Posts

Showing posts from August, 2009

bYe...

Image
amik kat internet je ni


dah 4 hari puasa.kejap lagi balik maktab.ikut hati memang taknak balik.fikir nak trial and SPM.kat rumah bukannye study sgt pun.kalau study pun,bile tak faham,dok tenung buku.ye la,sorang kat rumah.at least kat maktab ade la orang nak ditanye.sedih tengok keadaan nenek.makin tak bermaya nenek.mata dia pun makin tak nampak.pagi tadi,buat rutin harian.bila suap makanan dekat nenek,bergenang air mata.sedih.aku doa harap-harap boleh tgk dia buat kali terakhir sebelum dia pergi.

wan,syukri SAYANG wan.terima kasih jage syukri time kecik dulu.masak untuk syukri.syukri takkan lupe.

bile nak balik maktab,cakap dengan wan."Wan.syukri balik dulu,nanti syukri balik semula",sambil mencium dahinya.esok,dapat jumpe kawan.ye la.kat rumah tade kawan.kawan ngan laptop.phone.next week TRIAL.TRIAL MARA.macam mane la nak score.wish me all the best.pasni.no more internet.after SPM baru boleh bukak[azam tau]. p/s : miss grandma.love you. : tadi wat cup cake.penat wo..

Sayang SANGAT!!

Image
gambar kat atas tu semuanye classmate aku.29 orang.bersyukur masuk kelas 03 even kadang memang entah ape2 je kelas tu.tapi kelas 503 memang happening dari segi kebingitan kelas.nak kate result kiteorg gempak.tak sangat kot.lagi berape bulan jumpe dyeorg.pastu dah tak jumpe.mesti rindu prep sebab time tu la kiteorg memekakkan kelas.kelas 03 terkenal dengan habitnye yang suka menganjing[suke ajuk org].semua dak 03 memang kuat menganjing.kelakar sgt.tapi tu la yang buat kiteorg ketawe tiap2 hari.walaupun nak trial MARA.kelas kiteorg tetap gamat.neway.hope kiteorg dpt score for this exam.bak kata najwa,kalau SPM takde.kementerian akn ambil trial sebagai SPM..huiyoh.dahsyat.


.I DEDICATE THIS FOR YOU ALL.

SAHABAT ITU BAGAI BINTANG DI LANGIT ...WALAU JAUH, DIA AKAN TETAP BERSINARWALAU TAK BISA DIMILIKI, DIA AKAN SELALU DI HATI MESKIPUN TERKADANG DIA HILANG..DIA AKAN SELALU DI HATI DAN AKAN TERKENANGDI HATI, DAN TAKKAN PERNAH HILANG ^_^


[GUYS]


Rompin-my roomate[mmg awal la dye bangun]
suhail-orang…

[w][a][n][i]

Image
atas permintaan seorang rakan.entry kali ni tentang seorang rakan yang bernama WANI.takde idea untuk menulis tentang dia.tapi dia ni seorang rakan yang suka menolong dalam pelajaran[itu yang saya nampak].dia juga pernah berkongsi cerita dengan saya.dan saya sangat senang dengan dia walaupun kadang-kadang kami ade bertengkar yang biase-biase[gaduh-gaduh manje].saya pun pernah berkongsi cerita dengan dia dan dia pandai menyimpan rahsia yang diberi[dalam pengetahuan saya].ketika lower form,dia sangat terkenal dengan gaya bersinnya yang dahsyat[memang dahsyat].dia juga pernah menolong saya dalam pelajaran terutamanye subjek math.[star math dlm kelas].hope you will be my friend even after this school.and don't forget me.




p/s : wani.hope u like it
: ko antara girls yg ak rapat dlm kelas

LAST GAHTERING

Image
Perkara : Jamuan terakhir MAJUSCOP.IC SDN. BHD Tempat : Kafe MRSM Pontian Waktu : 7.45 malam

jamuan yang diadakan sempena menyambut kemenangan syarikat MAJUSCOP.IC SDN BHD yang berjaya mendapat tempat ke-2 dalam Persatuan Usahawan Muda[PUM] MRSM Se-Melaysia.Walaupun kejayaan tu sudah berbulan yang lepas.tapi kami tetap meraikannya dengan menggunakan duit yang kami menang.seperti biasa,majlis dimulakan dengan umul kitab dan seterusnya ucapan dari pengurus syarikat iaitu KHAIRI,diikuti oleh guru penasihat MAJUSCOP.IC,Cikgu Syahriah yang sangat banyak membantu syarikat untuk mencapai matlamat syarikat iaitu RM 10,000 dan ALHAMDULILLAH,berkat usaha semua ahli MAJUSCOP.IC.kami berjaya mencecah angka yang diinginkan.berbekalkan 5 pengurus besar.KHAIRI[pengurus besar],SALINA[pengurus pentadbiran],SYUKRI[saya],[pengurus operasi],DIN[pengurus pemasaran] dan BB[pengurus kewangan],syarikat MAJUSCOP.IC berjaya membentangkan laporan syarikat di dewan MRSM Serting kerana menjadi 10 syarikat terbaik da…

INSYAALLAH

Image
tengok tu.semua ada.bukan niat menunjuk.tapi hakikat.semua benda yang aku nak,dapat.even I didn't give the best to my mom.result pun hampeh.so,aku mesti bagi yang terbaik for my mom.hope so.for this trial and SPM.I want it so much.

SAYA DOAKAN MUHAMMAD SYUKRI BIN MOHAMAD MOHTAR MENDAPAT 9A DALAM SPM 2009 DAN JUGA RAKAN-RAKANNYA. p/s : nampak macan best.tapi kadang macam bosan je.ye la.sorang kat rumah. 3 phone.maknanya semua num ada[kalah businessman]

[sama]

Image
eh.sama pulak tajuk dengan blog ni.sebenarnya copy tajuk buku tu.MILES TO GO.banyak lagi perkara yang perlu ditempuhi.sekarang baru 17 tahun.hidup panjang lagi.dewasa pun belum.baru remaja.tapi kalau kalau ditakdir kan umur pendek.mesti terima.ada orang kata time remaja kita berseronok sebab remaja ni bersifat hedonisme.Hedonisme sifat yang inginkan keseronokan saja.Seronok memang seronok zaman remaja.Tapi kalau tak pandai jaga diri hanyut di bawa arus keseronokan yang akan menggelapkan hati kita.So,sama-samalah kita menjaga diri kita sebab kita baru remaja dan banyak lagi yang harus kita jalani.Many MILES we have TO GO... p/s : sebenarnya memang minat sgt dekat Miley Cyrus tu. faktor kepada pemilihan tajuk.

Hang Out

Image
Tempat : Mahkota Parade
Perkara : PC Fair
Ramai betul orang dekat PC Fair.Memang best tengok barang-barang elektrik yang dijual.Tapi tengok je la.Nak beli apa.Pendrive?dah ada.Teringin nak beli external hard disk but no money no talk.So,tengok je external hard disk tu.Penat juga round PC Fair tu.Lepas round,pergi makan dekat food court.Tengah makan,dekat sebelah kami satu couple tengah bercanda.Seriously,sakit mata tengok.Pegang-pegang tangan.Bukannya nak anti-couple.Tapi tak payah la nak buat macam tu sekali.Jujur, orang yang menulis ni pun pernah couple.Tapi tak pernah touching and tak nak.REMAJA tak lari dari perkara sebegitu.Harap-harap dijauhkan dari perkara macam tu.Dah kahwin nanti boleh buat.

Lepas makan,pergi megamall.Jalan-jalan dengan family.Beli Big Apple.Dah lama tak makan.Memang ramai betul orang.Pakai mask pun ramai.Dah macam dekat hospital pula.But its good unt…

BLACK NIGHT

Image
Selepas mengambil nasi didalam periuk,aku terus duduk dan makan sambil menonton TV.Ibu keluar dari biliknya dan duduk disebelah aku.Kami makan bersama lauk yang telah dimasak oleh ibu,ikan tenggiri masak sambal(my favourite food).Sedang kami seronok makan,dengan secara tiba-tiba,seluruh rumah menjadi gelap."Hisyh,blackout lagi"kataku kepada ibu.Aku terus mengambil lilin yang berada di dalam almari.Ibu meletakkan lilin di bahagian tepi meja dan kami menghabiskan makanan yang ada."wah,candle light dinner tu"sampuk kakak sedara.





Selepas makan,kami duduk di luar rumah kerana kepanasan sambil mendengar lagu.Aku melihat cahaya bulan yang menerangi malam tersebut.Langit cerah seperti aku ber'night walk' di KEMAH ketika KEM KECEMERRLANGAN PMR 2007.Selepas hampir 2 jam duduk diluar,elektrik dirumah kembali seperti sedia kala.(^_^) FYI : satu tempat blackout time tu... lepas da tak blackout tu.laptop plak buat hal.tu lagi tensyen.. (-_-)

I Love You

Image
Seperti biasa,selepas bangun dari tidur aku terus pergi ke bilik nenek yang hanya beberapa tapak dari bilik aku.Melihat nenek yang sedang tidur,aku mengejutkan nenek dengan perlahan dan memulakan rutin harian ketika berada dirumah iaitu menukarkan pampersnya.Sudah lebih 8 bulan nenek tidak dapat berdiri akibat jatuh diluar bilik air.Melihat keadaan nenek yang sudah tidak berdaya untuk menguruskan diri,aku teringat tentang perihal yang mengatakan manusia akan menjadi bayi semula apabila dia menjadi tua.Bayi yang dimaksudkan ialah mereka tidak berdaya melakukan apa-apa lagi.Selepas membersihkan dirinya,aku akan menyuapkan makanan dan melayan karenah nenekku.Kadang-Kadang aku terfikir sampai bila nenekku boleh bertahan dengan hanya berbaring diatas tilam.Aku memohon kepada Yang Esa,jikalau Dia mahu mengambil nenek daripada kami semua,aku berharap dapat melihatnya menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.Tetapi takdir yang menentukan segalanya.Jika dulu sewaktu kecil,nenek yang menjaga a…

Percubaan pertama

Image
Atas nasihat rakan,terhasillah blog ni dengan rasminya pada 6 Ogos 09 jam 1.17 pagi...memang berhajat nak berkarya,tapi diri terasa tak berapa pandai berkarya.nak-nak ayat yang berbunga-bunga.pemilihan tajuk blog "Miles To Go" disebabkan perjalanan hidup yang masih jauh.banyak lagi perkara yang masih belum dihadapi.disebabkan masih dalam peringkat permulaan.saya tidak mahu menulis terlalu panjang..terima kasih diucapkan kepada rakan yang menasihati saya agar saya boleh mengekspresikan perasaan.semoga dengan adanya blog ini.dapatlah masa diisi dengan menulis perkara yang berfaedah.InsyaAllah. (-.-)