Posts

Showing posts from September, 2010

Salam Lebaran

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Lirik lagu tu sangat tak bertepatan dengan suasana raya tahun ni.Memang takde mood sangat nak raya tahun ni.Hari untuk bersuka ria,tapi bergenang kadang-kadang air mata.Mungkin disebabkan untuk pertama kali wan takde time raya.Ambil gambar pun tak raya tahun ni.Ye la,raya 2 orang je,memanglah tak rasa.Memang lain sangat rasa bila wan dah takde,kalau tak dulu bangun awal sebab orang datang salam dengan wan.First day raya pun tak jalan raya,pergi rumah sebelah,lepas tu balik tgk TV,online sampai petang.Macam rutin harian biasa je,cuma yang lain pakai baju melayu.Ada la jugak sedara mara datang,tapi dah kurang dari sebelum ni.Masa hari raya ketiga,ada sedara datang.Salam dia,tiba-tiba dia tanya kat mak,

"Mak mane?"

Time tu mata mak straight bergenang sambil jawab,

"Dia dah meninggal"

Sedara yang datang tu terduduk dengar mak cakap.Yang lagi sedih,dia siap bawak wajik lag…