October 31, 2011

90% peserta Masterchef Malaysia Tak Pandai Masak - Chef Wan

Salam semua..

Sekarang ni rancangan yang mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia adalah Masterchef Malaysia yang telah diadaptasi dari rancangan realiti popular dari UK kalau tak silap.Dah banyak rancangan realiti memasak macam Hell Kitchen,Top Chef.Siapa dah pernah tengok rancangan memasak ni?Apa pendapat korang tentang peserta untuk musim pertama Masterchef Malaysia?


Dalam artikel yang ditulis di Harian Metro,mereka meminta pendapat chef terkemuka Malaysia iaitu Chef Wan dan beliau mengatakan hampir 90% peserta tak pandai masak.Begini petikannya..

“Setelah menonton sendiri program itu, saya berpendapat 90 peratus daripada peserta memang tidak berbakat. Kalau orang yang pandai masak, mereka tidak perlu lagi diajar perkara-perkara asas dalam memasak. Ini saya tengok, ramai yang terkial-kial. Hendak guna pisau yang betul untuk memotong bahan-bahan dapur pun masih ada yang tidak tahu."


Mesti korang pernah tengok rancangan memasak dari luar negarakan,macam Masterchef US,Masterchef Australia.Korang rasa macam mana?Kita cuba compare dengan Masterchef Junior Australia.Pada pendapat aku,memang jauh beza.Idea nak buat jadi gempak untuk Masterchef Malaysia dah ada macam mempopularkan masakan orang Malaysia,cuma perlaksanaan kurang menjadi.Itu pada pendapat aku lah.

October 30, 2011

Sesi menjawab soalan!!!

Salam semua..

Buka je blog tadi nampak blog ni kena tag dengan Mieza,segmen tag meng-tag dari mereka-mereka semua.Tanpa rasa busy hari ni,aku pun nak joinlah sesi jawab soalan.


THE RULES

~You must post these rules.
~Each persons must post 11 things about themselves in their journals.
~Answer the question the tagger set for you in their post. And create new 11 question for the people you tagged to answer.
~You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
~Go to their page and tell them you have tagged him/her.
~No tag back!
~No stuff in the tagging section about "You Are Tagged if You Are Reading This" you legitimately (a.k.a really, trust, with all honestly) have to tag 11 people

okay, tu semua rules nye.
shall we start now?

11 things about me....
  • anak tunggal
  • suka main game facebook
  • suka warna biru
  • up to date pasal gadget especially phone
  • suka warna biru & merah

October 29, 2011

K-pop semakin dipandang oleh penggemar muzik dunia

Salam semua..

Sekarang ni makin menjadi-jadi pula K-pop bukan saja dekat negara Asian tapi orang barat pun ramai dah mula pandang dengan lagu-lagu k-pop.Yang paling terbaru sekali tentang muzik video Girls Generation atau pun SNSD.Mereka baru je mengeluarkan album terbaru mereka The Boys dan dikeluarkan dalam 2 versi iaitu Korea dan English.

Dan jumlah viewer untuk MV mereka untuk minggu ini mencecah 12 juta dalam masa satu minggu.Dan mereka berada di tempat ketiga selepas LMFAO dan Justin Bieber.



October 27, 2011

Ujian Penglihatan Mata,Rugi tak buat.

Salam semua..

Disebabkan dekat facebook je kita boleh share dengan kawan,kat sini kena buat post baru.Siapa-siapa yang bosan tu bolehlah tengok-tengok entry ni.

Gambar ni mereka-mereka kata untuk Japanese eye test.Kira untuk mata orang yang tak ada kelopak mata.Bahasa pasar SEPET.Mesti korang tak dapat bacakan.Kalau nak baca sila tarik mata korang jadi sepet.Tak pun kecik kan mata korang.Cepat-cepat.nampak tak??






Dah boleh teka tak apa yang ditulis..hehe.
Kat bawah ni suka-suka je.First time tengok mesti tak dapat baca.

October 26, 2011

Wordless Wednesday : Iklan yang fail..

Salam semua...


Cepat cari kesalahan dekat iklan ni. =]

p.s : happy depavali

October 25, 2011

SM Town in New York : Concert Kpop

Salam semua..

Baru-baru ni syarikat SM Entertainment telah pun menjayakan konsert SM Town Live World Tour in New York dan barisan artis yang berada dibawah naungan SM Entertainment sendiri telah menjayakan konsert tersebut.

Konsert yang berlangsung pada 23 Oktober di Madison Square telah berjaya mengumpulkan seramai 15 ribu peminat Kpop di seluruh New York. Dan yang membanggakan mereka adalah artis Asian pertama yang membuat persembahan di Madison Square.

Dalam konsert tersebut Girls Generation menyanyikan lagu terbaru mereka dalam versi Bahasa Inggeris buat kali pertama.



Konsert mereka mendapat perhatian pihak media di New York sehingga mereka telah menjadi muka depan untuk pada bahagian dalam akhbar The New York Daily.


October 24, 2011

Sam Tsui artist Youtube yang best.

Salam semua...

Siapa kenal Sam Tsui.Dia merupakan salah seorang artis Youtube yang popular kerana banyak cover yang dibuat mendapat perhatian penonton Youtube dan setiap cover yang dibuat best.Sam Tsui ni dah lama jugak jadi artis Youtube dan dulunya dia collaborate dengan Kurt untuk mengeluarkan cover tapi baru-baru ni dia telah membuka account Youtube dia sendiri.

Ni lagu yang paling popular yang pernah dia cover iaitu lagu Just A Dream oleh Nelly dan telah dilihat sebanyak 37 juta +..



Ni antara cover yang best kalau nak compare dari artis asal yang nyanyi.[pendapat sendiri okay]

October 23, 2011

Scent of Woman Korean Drama

Salam semua...

COMING TO ONE HD 30th NOVEMBER 2011


Drama dari SBS channel yang disiarkan setiap hari Sabtu dan Ahad dan mungkin akan ditayangkan di saluran One HD tidak lama lagi.Drama ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama yang menghidap penyakit dan tahu bahawa dia tidak akan hidup lama.Dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menghabiskan masa-masa terakhir dengan aman.

October 20, 2011

HASRULHASSAN.COM - Inilah Blog Saya

Salam semua..





Cuba ceritakan bagaimana anda boleh bermula membuat blog, dan siapakah yang mendorong anda untuk terus berblog. Nyatakan beberapa orang blogger yang memberikan semangat untuk anda terus berblog.

Baca selengkapnya: Segmen: Inilah Blog Saya | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial Share Alike



Okay,mula berblog tahun 2009 tapi masa tu belum aktif sangat sebab duduk asrama,so nak update blog pun susah masa tu.Awal tahun 2010 baru agak giatlah buat entry.Macam mana boleh berblog ek?Mungkin masa tu sebab tengok kawan kot.So,terasa macam best je buat blog ni.hahaha.


Pendorong,macam tak ada je.Diri sendirilah yang bagi dorongan untuk berblog ni.Blogger yang bagi semangat,mungkin ada seorang ni.Sebab dia je lah yang dah jadi macam kawan rapat dalam dunia blog ni sebab selalu jugaklah dia singgah blog ni walaupun entry tak seberapa.Selalu bagi komen membina.Dia adalah akak Sha [akak rasanya.hehe sebab baca entry dia gaya dah lama masuk U].


Sekian.


p.s: dah 2 kali join segmen HH ni.Dapatlah jugak tambah viewer =]   Thanks HH.

October 19, 2011

SNSD Third Album The Boys

Salam semua...

Kumpulan Kpop yang sensasi kembali dengan album yang ketiga bertajuk The Boys.Album mereka kali ni mempunyai 12 lagu dan single pertama mereka untuk album kali ini berjudul The Boys.Salah seorang producer yang menjayakan album ini ialah Teddy Riley iaitu seorang producer America yang pernah bekerja dengan Michael Jakson.


Jom tengok MV untuk lagu The Boys ni.Serious lawa masing-masing.

Yang menarik tentang lagu The Boys ni,mereka membuat 2 versi iaitu Bahasa Korea dan Bahas Inggeris.Album mereka juga dipasarkan di Amerika Syarikat.Dan promosi yang mereka adakan sangat gempak.Sebelum tu tengok pulak The Boys versi english.

Wordless Wednesday : Galaxy Nexus

Salam semua..


Galaxy Nexus dirasmikan hari ini di Hong Kong.Coolkan.Spesifikasi kemudian ye.

October 18, 2011

Mc Donald's Promotion : Quarter Pounder

Salam semua...

Siapa dekat sini penggemar McD.Mesti ramai punya makan McD kan.Nak-nak time lunch berderet orang beratur beli sebab ada Mc Value Lunch. Sekarang ni Mc Donald's ada buat promotion Quarter Pounder with Cheese Mc Value hanya RM 6.99 sahaja.Promosi ni dibuat di fan page FB mereka.


Macam biasalah,nak dapatkan promosi ni,kenalah print coupon ni..Siapa yang dah biasa guna promotion dekat McD mesti tau macam manakan..Untuk yang tak tahu,,,,

October 17, 2011

Detective in 40 minutes Korean Movie

Salam semua...

Filem ini menceritakan tentang seorang pelajar yang mati disekolah ketika rakan sekelasnya pergi ke padang untuk pendidikan jasmani.2 orang pelajar dari kelasnya membuat keputusan untuk menyiasat siapakah pembunuh sebelum masa pendidikan jasmani tamat.


Lakonan Yoo Seung Hoo dari drama God of Study dan Kang So Ra yang kini menyertai We Got Married.Filem ni bergenre thriller dan misteri dan ditayangkan di panggung wayang pada tahun 2009. Tajuk lain bagi filem ini 4th Period Murderer Mystery.

October 16, 2011

Tae Ho.Kisah Kanak-Kanak yang Kurang Upaya

Salam semua...

[serious gambar ni boleh buat orang touching]

Kisah ni dapat dari kawan sebab dia kongsi video ni kat facebook.Nama kanak-kanak ni Yu Tae Ho berumur 11 tahun dan tidak mempunyai kedua-dua belah tangan tetapi masih mampu menjalani kehidupan dengan tabah.Kisahnya mendapat perhatian ramai apabila salah satu saluran TV di Korea menayangkan dokumentari tentang kehidupan seharian dia,bagaimana dia mengatasi masalah walaupun tidak mempunyai kedua-dua tangan.


Bagi yang rasa macam video ni panjang sangat,meh syuk ringkaskan.Dokumentari ni cerita pasal kehidupan harian dia,macam mana dia makan,dia tukar pakaian tanpa meminta bantuan orang.Dia ada seorang adik lelaki yang berumur 8 tahun[gambar di atas].Disebabkan kekurangan yang dialami,Tae Ho kerap jatuh sakit.Ada satu ayat yang dia cakap ketika dia demam "Saya ada leher,saya ada perut".Maknanya walaupun dia tak ada tangan tapi dia tetap ada yang lain..

Video kat bawah ni pulak tentang buah hati yang dia jumpa dekat sekolah.Walaupun Tae Ho kurang upaya tetapi budak perempuan ni tetap suka kat dia.This is what we call TRUE LOVE =]

October 15, 2011

Siapa peminat Facebook Games???

Salam semua..


Musim cuti semester tengah berlangsung untuk student diploma UiTM seluruh Malaysia.Siapa yang bekerja masa cuti sem ni?Nak kerja macam singkat je cuti kali ni.Sebulan je.So,duduklah dekat rumah and buat apa yang patut.

Yang patut buat kat rumah salah satunya main game dekat Facebook!!!!Tak tahulah kenapa tapi macam best pulak main game dekat facebook tapi tak semua game yang main.Ada 2 game je [kira banyaklah tu kan]..hehe..

Yang pertama sekali game Cityville.Game ni macam buat bandar sendirilah kiranya.Best sebab ada task kita kena buat untuk dapatkan reward.Sekarang ni dah level 68.Lama jugak dah main game ni.Kat bawah ni adalah Syukri's Town.

klik untuk besar

Besar tak?Susah kot nak besarkan bandar ni.Nak request kat orang.Leceh tapi best.Untuk yang berminat untuk jadi perancang bandar dan wilayah,korang sesuai main game ni..

October 14, 2011

Penyebab Migrain yang Sebenar

Salam semua...

Selalunya ramai yang akan mengeluh sakit kepala disebabkan migraine dan ramai menyangka makanan yang dimakan merupakan punca UTAMA kepada migraine mereka.Makan MSG terlebih lah,tak boleh makan itu,ini..Nanti kena migraine.

Kat sini ada 10 sebab utama yang menyumbang kepada Migraine sebenarnya. Dan penyumbang pertama ialah...


  • STRESS.Apa-apa perkara yang kita buat kalau boleh mendatangkan stress.Kita kena berehat dulu,kalau tak stress tersebut akan melarat hingga kita mendapat migraine.

  • HORMON YANG TIDAK STABIL.Jangan asyik nak masam muka je,boleh migraine jugak okay..

  • GANGGUAN KETIKA TIDUR.Elakkan gangguan,pasang lagu instrument sebelum tidur.Sure lentokk punya!!! =p

  • BAU MINYAK WANGI ATAU BAU LAIN.Mahal sekali mana pun minyak wangi tu,kalau buat orang lain pening kepala pun susah jugak.Migraine nanti orang tu.

  • SAKIT LEHER.Ni selalunya kena pada orang yang bekerja menghadap komputer dari pagi sampai malam.Buatlah exercise kepala supaya tak sakit leher.Nanti lagi bertambah kalau migraine pun kena dengan sakit leher

October 13, 2011

Warrior Baek Dong Soo Korean Drama

Salam semua...

Drama yang berkisahkan tentang seorang lagenda yang bernama Baek Dong Soo pengasa seni mempertahankan diri di Korea pada waktu dahulu. Dia yang mempertahankan Raja Jeongjo dari penjahat yang  ingin membunuh Raja tersebut.


Drama ni pada mulanya ada 24 episode tapi memandangkan rating untuk drama ni makin meningkat hingga mendapat rating yang tinggi untuk slotnya,pihak drama tersebut menambah 5 episode menjadikan drama ni 29 episode kesemuanya. Drama ni sudah habis ditayangkan di Korea tetapi di Malaysia masih lagi ditayangkan di channel One HD setiap Rabu dan Khamis jam 9.00 malam.

Barisan pelakonnya juga hebat iaitu terdiri daripada Ji Chang Wook yang popular menerusi drama Smile Dong Hae, dan Yoo Seung Ho yang pernah berlakon dalam movie The Way Home.



October 12, 2011

Story of Junko Furuta : Penyeksaan yang amat dahsyat!!!!

Salam semua...

Info ni dapat dari facebook bila kawan-kawan share.Kisah seorang perempuan yang bernama Junko Furuta yang didera oleh 4 orang lelaki selama 44 hari sebelum meninggal dunia. Kalau dibaca betul-betul penderitaan yang dialami oleh mendiang sangat-sangat kejam dan lebih elok dia dibunuh daripada diseksa dengan teruk sekali. Antara seksaan yang dikenakan terhadap mendiang :

Dirogol hampir 400 kali
Dijatuhkan dumbells ke perutnya
Dimasukkan mercun ke dalam kemaluan dan dibakar.

okay..cukup.tak sanggup nak tulis lagi.Bace sendiri dibawah ni.

DAY 1: November 22, 1988: Kidnapped
Kept captive in house, and posed as one of boy’s girlfriend
Raped (over 400 times in total)
Forced to call her parents and tell them she had run away
Starved and malnutritioned
Fed cockroaches to eat and urine to drink
Forced to masturbate
Forced to strip in front of others
Burned with cigarette lighters
Foreign objects inserted into her vagina/anus

DAY 11: December 1, 1988: Severely beat up countless times
Face held against concrete ground and jumped on
Hands tied to ceiling and body used as a punching bag
Nose filled with so much blood that she can only breath through her mouth
Dumbbells dropped onto her stomach
Vomited when tried to drink water (her stomach couldn’t accept it)
Tried to escape and punished by cigarette burning on arms
Flammable liquid poured on her feet and legs, then lit on fire
Bottle inserted into her anus, causing injury

DAY 20: December10, 1989: Unable to walk properly due to severe leg burns
Beat with bamboo sticks
Fireworks inserted into anus and lit
Hands smashed by weights and fingernails cracked
Beaten with golf club
Cigarettes inserted into vagina
Beaten with iron rods repeatedly
Winter; forced outside to sleep in balcony
Skewers of grilled chicken inserted into her vagina and anus, causing bleeding

DAY 30: Hot wax dripped onto face
Eyelids burned by cigarette lighter
Stabbed with sewing needles in chest area
Left nipple cut and destroyed with pliers
Hot light bulb inserted into her vagina
Heavy bleeding from vagina due to scissors insertion
Unable to urinate properly
Injuries were so severe that it took over an hour for her to crawl downstairs and use the bathroom
Eardrums severely damaged
Extreme reduced brain size

Wordless Wednesday : Keychain Korea

Salam semua..



Dapat key chain ni daripada pen pal kat Korea.Comelkan.Kalau siapa yang tahu mereka ni tengah pakai hanbok[pakaian tradisional Korea].

October 11, 2011

MTV Nusantara : Falling in Love - Siti Nurhaliza

Salam semua...


Rasanya ramai dah tahu yang Datuk Siti dah pun melancarkan album Inggeris yang pertama bertajuk All Your Love dan salah satu daripada lagu didalam album tersebut,beliau telah berduet dengan Sean Kingston.[hebat jugaklah tu]

Album tersebut mengandungi mempunyai 10 buah lagu dan yang menariknya semua lagu tersebut dalam bahasa Inggeris.Video clip untuk lagu Falling In Love akan mula ditayangkan di MTV Nusantara dari 13-19 Oktober 2011.Bagi sesiapa yang nak tengok kat TV bolehlah bukak rancangan MTV Nusantara.

Dan bagi sesiapa yang tak subsrcibe channel tersebut.Diselitkan jugak video clip kat bawah ni,tengoklah =]


October 10, 2011

Poseidon Korean Drama

Salam semua...


Drama Poseidon berlatar belakangkan tentang hidup seorang lelaki,Kim Sun Woo lakonan Choi Siwon yang menyertai pasukan khas laut yang dikenali sebagai Poseidon. Drama ini ditayangkan di saluran KBS dan mempunyai 16 episode. Tayangan perdana drama ini untuk saluran KBS World pada 10 Oktober 2011 jam 9 malam.

Saya nak edit blog percuma

Salam semua....


Saya nak edit blog percuma sebab blog saya berat kalau orang nak datang nak baca dan kemungkinan orang tutup blog ni agak tinggi.Cuba tengok kalau tak percaya.

kan berat tu.150 KB.Dah try kurangkan berat blog ni.Tapi tak berjaya jugak.So,ni peluang TERBAIK untuk kurangkan berat yang nampak simple tapi berat T__T

October 9, 2011

Charlie Puth : YouTuber yang meningkat popular

Salam semua...

Mesti ramai yang tak kenal dengan Charlie Puth ni.Okay Charlie Puth ni merupkan seorang YouTuber yang pernah dibanned oleh YouTube sendiri kerana membuat vlog yang tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan sebanyak 3 account yang telah dibanned.


Tetapi dia masih aktif lagi di YouTube dengan account barunya iaitu CharliesVlog.Dia mula famous dengan apabila videonya di review oleh salah seorang YouTuber yang terkenal dan sejak itu dia mula mendapat perhatian ramai.Dan yang terbaru sekali,dia pernah dijemput untuk hadir ke rancangan Ellen DeGeneres kerana salah satu video yang dia menyanyi cover lagu "Someone Like You" oleh Adele mendapat sambutan ramai.



October 8, 2011

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca

Salam semua...




Nama Blog : Miles to Go
Nama Blogger : Muhd Syukri
Tahun berblogging : hujung 2009
Follower sekarang : 402

October 6, 2011

RIP Steve Jobs (1955-2011)

Salam semua..

Hari ini dunia dikejutkan dengan kehilangan seorang genius teknologi yang telah mempopularkan telefon pintar kepada dunia. Beliau merupakan pengasas syarikat gergasi Apple iaitu syarikat yang popular dengan gadger seperti iPhone,iPad dan iPod.


Beliau meninggal akibat kanser pancreatic dan kehilangan beliau merupakan satu kehilangan besar dalam industri teknologi.Berikut merupakan sedikit kata-kata daripada Steve Jobs


I want to put a ding in the universe.

‎If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle. As with all matters of the heart, you’ll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on.

Design is not just what it looks like. Design is how it works.


October 5, 2011

Wordless Wednesday : iPhone 4S

Salam semua

October 4, 2011

Selebriti Korea Tercantik

 Salam semua...


Y-Star channel di Korea mengadakan satu undian untuk carta wanita paling cantik di Korea dan seramai 50 wanita di Korea termasuk penyanyi dan juga pelakon mendapat tempat di dalam carta tersebut..

Tempat 1

Kim Tae Hee

Tempat 2

Shin Min Ah

Tempat 3 

Lee Min Jung

Tempat 4 

Song Hye Kyo

Tempat 5

Lee Na Young

Tempat 6

Han Ga In

Tempat 7

Han Ye Seul

Tempat 8
Soo Ae


Tempat 9

IU [memang comel]

Tempat 10


Kita tengok sepuluh teratas.Paling yang paling cun.Cepat pilih..Semua lawakan.Tapi syuk pilih number 9..IU.Dia lawa + comel..hehe.

October 3, 2011

Semester 3 berakhir!!!

Salam semua..


Setelah 3 minggu bertungkus lumus untuk menghadapi FINAL exam,akhirnya habis jugak paper pagi tadi. Lepas ni cuti sebulan lebih,mula-mula rasa macamnak kerja,tapi takut sekejap sangat.So duduk je lah kat rumah menghadap laptop.Lepas ni bolehlah update blog tiap-tiap hari.Makin slow dah rasanya.Orang pun tak ramai yang datang tengok blog ni.Bagi sesiapa yang datang singgah blog ni terima kasih dan jasa mu di kenang.

By the way,follower dah nak hit 400.Tak sangkalah.Blog ni tak ada apa sangat pun =p