September 25, 2012

Psy Gangnam Style tweet Malaysia

Salam semua..

Siapa yang tak tahu lagi lagu Gangnam Style yang masih lagi popular sehingga sekarang.Lagu tersebut sekarang berada di tempat pertama dalam carta iTunes US dan tempat 11 untuk carta Billboard Hot 100.

Psy telah memuat naik gambar Mc Shaker Fries Malaysia.

September 24, 2012

Kemalangan di Melaka ( Gambar )

Salam semua...

Ayer Keroh,Melaka dikejutkan dengan kemalangan yang dahsyat petang tadi melibatkan 3 buah lori, 2 buah kereta dan 4 buah motor.Kemalangan berpunca dari lori yang breknya tidak berfungsi dengan baik.Kemalangan berlaku di simpang empat utama di Ayer Keroh.Kemalangan berlaku ketika waktu puncak iaitu kira-kira jam 5.30 petang.



September 23, 2012

Lukisan Kanak-kanak Menjadi Barang Sebenar

Salam semua...

Siapa yang ada adik?Kalau bagi adik korang kertas dan pensel mesti mereka akan mula melukis benda-benda yang kita tak paham.Tapi sekarang lukisan-lukisan tersebut akan bertukar menjadi patung. Orang yang bertanggungjawab dalam menghasilkan barang dari lukisan kanak-kanak ialah Child's Own Studio.


Lukisan kanak kanak disebelah kiri dan dijadikan patung sebenar.Memang tak sangka orang akan menghasilkan patung hasil imaginasi kanak-kanak.Apa-apa pun kita lihat yang selebihnya.

September 22, 2012

Shila Amzah Pemenang Asian Wave 2012

Salam semua...


Agak lambat untuk aku buat entry pasal pertandingan Asian Wave 2012 tapi kena buat jugak sebab orang Malaysia dapat tempat pertama daripada 11 orang peserta. Shila Amzah memulakan pertandingan Asian Wave dengan membawa lagu Adele, Set Fire to the Rain.



September 16, 2012

Gangnam Style Terus Popular

Salam semua..

Makin lama,makin banyak aku tengok orang buat parody lagu Gangnam Style.Sekarang ni view untuk lagu tu dah pun melebihi angka 15 juta dan terus naik.Gangnam Style terus cipta rekod bila dapat MV paling ramai LIKE mengalahkan video LMFAO iaitu Party Rock Anthem dan mengalahkan Wonder Girls apabila masuk dalam carta Billboard Hot 100 dan yang paling menakjubkan merupakan artis Korea pertama yang mendapat tempat pertama dalam iTunes Chart Songs and Videos.

Siapa yang tak kenal apa-apa pasal Psy atau Gangnam,boleh tengok info grafik ni. Memang menarik.

September 15, 2012

PIKOM PC Fair 2012

Salam semua..

Bermula hari ni iaitu 14 September hingga 16 September 2012 PC Fair anjuran PIKOM berlangsung di MITC,Melaka.


Lepas balik kelas tadi,aku terus pergi terjah PC Fair saje nak cuci mata tapi tak best sangat kali ni punya fair sebab macam tak penuh je.Nak snap gambar malas tapi memang tak banyak booth kalau nak compare dengan PC Fair yang sebelum-sebelum ni.Sempat jugak aku tengok beberapa gadget macam Galaxy Note 10.1 yang harganya RM2099,murah sikit dari harga official, RM2199.

September 8, 2012

Reply 1997 Korean Drama

Salam semua..


Sitcom dari saluran tvN dan mempunyai 16 episod.Sitcom ini menceritakan tentang peminat ekstrem terhadap k-pop pada tahun 1990 an dan juga kisah hidup 6 orang pelajar sekolah menengah yang kembali mengenangkan zaman remaja mereka ketika mengadakan reunion pada tahun 2012.


Barisan pelakon baru iaitu dibintangi oleh Jung Eun Ji,ahli kumpulan A-Pink,Seo In Guk, Hoya dari kumpulan INFINITE.

MTV Video Music Award

Salam semua..


 Hari ni ada MTV VMA yang dihadiri oleh barisan artis yang terkenal.Aku sempat tengok re-run je sebab kat rumah sewa tak ada Astro.TV pun jarang tengok.Tak nak banyak cakap,boleh tengok senarai pemenang untuk VMA 2012.

Video of the Year
Rihanna (featuring Calvin Harris) — "We Found Love" 
Best Male Video 
Chris Brown- "Turn Up the Music"
Best Female Video
Nicki Minaj — "Starships"
Best New Artist
One Direction — "What Makes You Beautiful"
Best Pop Video
One Direction — "What Makes You Beautiful"
Best Rock Video
Coldplay — "Paradise"
Best Hip-Hop Video
Drake (featuring Lil Wayne) — "HYFR"
Best Electronic Music Video
Calvin Harris — "Feel So Close"
Best Direction in a Video
M.I.A. — "Bad Girls" (Director: Romain Gavras)
Best Choreography in a Video
Chris Brown — "Turn Up the Music" (Choreographer: Anwar "Flii" Burton)
Best Art Direction in a Video
Katy Perry — "Wide Awake" (Art Director: Benji Bamps)
Best Editing in a Video
Beyoncé — "Countdown" (Editors: Alexander Hammer and Jeremiah Shuff)
Best Video with a Message
Demi Lovato — "Skyscraper"
Most Share-Worthy Video
One Direction — "What Makes You Beautiful"

September 5, 2012

The Watch Movie Review

Salam semua..

Sebelum balik ke kolej,sempat aku tengok satu movie yang bertajuk The Watch. Aku tengok trailer movie ni kelakar sebab ada pelakon lawak Ben Stiller tu.Lagi pun masa nak tengok movie,tak ada choice lain.So decide tengok movie The Watch yang hanya untuk 18 tahun ke atas.


Movie ni mengisahkan tentang seorang pekerja yang telah mati ditempat kerjanya iaitu Costco.Dan pada ketika itu Evan Trautwig lakonan Ben Stiller merupakan pengurus untuk kedai tersebut.Dengan memegang tanggungjawab sebagai seorang pengurus,dia nekad untuk mencari pembunuh sebenar pekerjanya itu. Tak disangka-sangka,pembunuh itu merupakan alien.

Part yang twist bila dapat tahu yang boyfriend anak kawan Evan Trautwig tu merupakan ketua alien dan cara untuk membunuh alien dengan cara menembak alat kemaluan alien tersebut.



September 2, 2012

KBS World in HD

Salam semua..


KBS World dalam HD mulai 3 September 2012 ni.Mula-mula dengar berita ni aku sangat teruja sebab dah lama aku tengok KBS World gambar tak berapa nak lawa sangat kalau nak dibandingkan dengan ONE HD tu.


Tapi tak tahulah bila Astro nak mula tayang KBS World HD.Harap-harap Astro keluarkan channel tu tepat pada waktu channel tu dilancarkan.Bergembiralah kalau perkara tu jadi sebab lepas ni boleh tengok drama dalam HD,Music Bank dalam HD dan variety show dalam HD :)