Posts

Showing posts from May, 2014

You're Surrounded Korean Drama

Image
Salam semua...

Tajuk : You're All Surrounded
Genre : Aksi, Komedi
Episod : 20
Saluran : ONE HD
Waktu : Rabu & Khamis (9.00 malam)

Drama ini menceritakan tentang seorang detektif baru yang berusia lingkungan 20tahun, Eun Dae Gu (Lee Seung Ki) di sebuah stesen polis di Gangnam.
Sementara itu, Seo Pan Suk (Cha Seung Won) adalah ketua pasukan unit jenayah ganas. Yeo Soo Sun (Go Ah Ra) adalah perempuan tunggal di dalam kelas baru pegawai.
Eun Dae Gu mempunyai agenda tersendiri kenapa dia menjadi detektif dan kenapa dia ingin bekerja bersama ketua pasukan unit jenayah ganas.


Roommate Korean Variety Show

Image
Salam semua...

Tajuk : Roomate
Dibintangi oleh : Hong Soo-hyun, Jo Se-ho ,Lee Dong-wook, Lee So-ra, Nana (After School), Park Bom (2NE1), Chan-yeol (EXO), Park Min-woo, Seo Kang-joon (5urprise), Shin Sung-woo, Song Ga-yeon
Saluran : 393
Waktu : Selasa (11.50 malam)

Seramai 11 orang artis akan tinggal sebumbung dan menjadi rakan sebilik. Mereka akan menjalani kehidupan harian bersama rakan artis yang lain. Sebanyak 60 buah kamera telah dipasang di dalam rumah tersebut untuk merakam aktiviti harian mereka.


Doctor Stranger Korean Drama

Image
Salam semua...


Tajuk : Doctor Stranger
Genre : Romantik, Perubatan
Episod : 20
Waktu : Isnin & Selasa (9.00 malam)
Saluran : ONE HD

Seorang lelaki yang genius mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang doktor. Park Hoon (Lee Jong Suk ) dibesarkan di Korea Utara untuk menjadi seorang doktor oleh bapanya yang telah berpaling tadah ke Korea Selatan dan bertemu pasangan hidupnya sebelum ditangkap dan kembali ke Korea Utara. Selepas Park Hoon menjadi pakar bedah dada yang berjaya , dia juga berpaling tadah ke Korea Selatan dan pergi ke kerja di Hospital berprestij Dongwoo Universiti. Dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Korea Selatan dan melakukan yang terbaik untuk bekerja bersama Han Jae Joon ( Park Hae Jin ), seorang graduan Harvard.

Juara MasterChef UK 2014 dari Malaysia

Image
Salam semua...


Juara MasterChef UK 2014 jatuk kepada Ping Coombes yang berasal dari Malaysia. Pada pusingan akhir peringkat tersebut, Ping menggunakan makanan Melayu sebagai hidangan utamanya iaitu Nasi Lemak.

Age: 33
Born: In the small Malaysian town of Ipoh
Started cooking: At university
Former job: Hotel manager
Current job: Full time mother

Hidangan utama Ping, Nasi Lemak

Filem Baru Harry Potter 2016

Image
Salam semua...


Filem terbaru spinoff Harry Potter akan berada di panggung wayang pada 18 November 2016. Filem ini merupakan dari dunia Harry Potter tetapi filem ini bakal memperkenalkan watak baru.

Filem ini akan berdasarkan dari buku yang ditulis oleh J.K Rowling iaitu Fantastic Beast and Where to Find Them. Filem ini akan dijadikan trilogi dan akan ditayangkan 11 tahun selepas tayangan Harrry Potter and the Goblet of Fire ditayangkan pada tahun 2005.

Pelakon untuk filem ini masih belum diketahui sepenuhnya tetapi sebarang berita akan diberitahu oleh J.K Rowling sendiri. Buat yang rindukan dunia Hogwarts, sama-sama kita nantikan filem ini.

Big Man Korean Drama

Image
Salam semua...


Tajuk : Big Man
Genre : Melodrama,
Episod : 16
Waktu : Isnin dan Selasa ( 9.00 malam)
Saluran : KBS World, 392

Kim Ji Hyuk (Kang Ji Hwan) tidak mempunyai ibu bapa dan melalui kehidupan yang sukar. Dia kemudian bertemu Dal Sook (Song Ok Sook) yang  merupakan pengurus sebuah restoran kecil di pasar. Dia bekerja keras untuk membuka kedai sendiri tetapi tiba-tiba, Kim Ji Hyuk rahsia terbongkar bahawa dia merupakan seorang anak yang telah hilang dari sebuah keluarga yang memiliki syarikat terulung Korea, Hyunsung. Dia menjadi romantis terlibat dengan seorang wanita bernama Jadi Mi Ra (Lee Da Hee) yang dia bertemu pada masa yang paling penting dalam hidupnya


Trip ke Korea Part 1

Image
Salam semua..

Pada cuti pertengahan semester yang lepas, aku berkesempatan melancong ke Korea Selatan selama 9 hari 8 malam. Tiket penerbangan telah pun ditempah beberapa bulan awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

14 April, bermula percutian aku bersama emak dan abang saudara. Hari yang pertama kami bermalam di rumah tamu di sekitar lapangan terbang Incehon dan suhu pada ketika itu 16 darjah celcius.

Keesokan harinya, kami menuju ke destinasi pertama iaitu 63 Building. Bangunan tersebut pernah menjadi bangunan tertinggi di Korea Selatan. 3 tempat yang sempat aku pergi ialah 63 Aquarium, 63 Wax Museum dan 63 Sky Art Gallery.

 63 Building, Yeouido, South Korea

 Kanak-kanak membuat lawatan ke 63 Building
Destinasi seterusnya ialah Nami Island, ia merupakan sebuah pulau yang sangat popular setelah pengambaran drama Winter Sonata dibuat disini. Jarak Pulau ini dari Bandar Seoul ialah 54 kilometer dan mereka menyediakan pengangkutan awan untuk pergi ke sini, Pulau ini diberi nama …

Buku Fixi : Gantung oleh Nadia Khan

Image
Salam semua...





Tajuk : Gantung
Penulis : Nadia Khan
Mukasurat : 293
Harga : RM19.90
Bintang : 4.5











Novel ini merupakan novel kedua karya Nadia Khan selepas Kelabu.
"Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Aku beli buku ni dalam Google Play Books dengan harga RM9.90 sahaja. Aku boleh katakan, jalan cerita novel ni sangat menarik untuk dibaca dan dijadikan filem. Disebabkan dialog-dialog dalam buku ni menarik, aku kena bookmark dialog tersebut.

Puting Beliung Berapi di Amerika Syarikat

Image
Salam semua...


Salah seorang wanita telah berjaya mengambil gambar puting beliung berapi atau lebih dikenali sebagai Firenado, campuran nama "Fire" dan "Tornado". Kejadian ini berlaku pada hari Ahad yang lepas di Chillicothe.

Pusar api yang sangat besar amat jarang berlaku tetapi ianya boleh berlaku tetapi pusar api yang lebih kecil seperti gambar dia atas kerap terjadi. Kejadian yang pertama di catatkan adalah di Canberra, Australia.
Keadaan ini terjadi akibat kawasan haba dari api yang menyebabkan pusar angin yang berputar secara menegak. Ini mewujudkan vorteks yang menghisap api ke dalam angin tersebut dan menjadi puting beliung berapi.

Vine Applikasi Yang Meningkat Popular

Image
Salam semua...


Umum mengetahui bahawa sekarang telefon pintar merupakan salah satu kemestian kerana memudahkan kehidupan seharian kita. Terdapat pelbagai aplikasi yang popular seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp.

Tetapi salah satu applikasi yang kian meningkat popular ialah Vine. Ia merupakan sebuah aplikasi untuk memuat naik video dalam masa 6 saat. Terdapat pelbagai video menarik yang boleh di lihat dan ada video yang kreatif juga telah dihasilkan di aplikasi Vine ini.


Video diatas merupakan salah seorang artis Vine iaitu Zach King yang mana dia menghasilkan video-video kreatif.


The Fault in Our Star dalam Bahasa Melayu

Image
Salam semua...

Fixi Verso akan mengeluarkan buku terjemahan yang terbaru mereka iaitu The Fault In Our Stars. Buku The Fault In Our Stars merupakan buku yang amat laris dan masih lagi berada di kedudukan yang tinggi dalam carta buku New York Times. Untuk mereka yang tidak tahu Fixi Verso, mereka merupakan syarikat label Fixi yang menterjemah buku-buku laris dalam Melayu. Sebelum ini mereka telah menterjemah buku Neil Gaiman dan Stephen King.


Buku tersebut mengisahkan seorang remaja, Hazel yang menghidap kanser di mana dia bertemu dengan seorang lelaki, Augustus dan jatuh cinta apabila berjumpa di satu kumpulan untuk orang yang berpenyakit. Buku ini diterbitkan pada tahun 2012 dan filem adaptasi dari buku ini akan berada di wayang pada bulan 6. Tetapi untuk Malaysia, filem tersebut akan ditayangkan pada bulan 9 nanti.


Emergency Couple Korean Drama

Image
Salam semua...


Tajuk : Emergency Couple
Genre : Romantik, Komedi, Perubatan
Episod : 21

Drama romantik komedi tentang pasangan yang berkahwin semasa sekolah perubatan tetapi kerana personaliti mereka yang tidak sama mereka bercerai tidak lama lagi selepas itu. Mereka bersatu semula tahun kemudian sebagai pelatih di sebuah hospital.


Jin Hee (Song Ji Hyo) merupaka pakar sains makanan apabila dia bertemu seorang pelajar di sekolah perubatan Chang Min (Choi Jin Hyuk). Mereka akhirnya berkahwin tetapi perkahwinan tersebut tidak menjadi dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mendapatkan perceraian. Selepas perceraian mereka, mereka lulus dari sekolah perubatan dan kerja sebagai pelatih dan di situ mereka bertemu semula

The Amazing Spider Man 2 Review

Image
Salam semua...








Tajuk : The Amazing Spider-Man 2 Genre : Aksi, Fantasi Durasi : 142 minit Review ; : 3.5 bintang









The Amazing Spider Man 2 merupakan sekuel kepada filemnya yang pertama iaitu The Amazing Spider Man yang keluar pada tahun 2012. Filem lakonan Andrew Garfield dan Emma Stone telah berjaya mengutip 369 juta sehingga 6 Mei 2014.
Keseluruhan filem ini memuaskan tapi dari segi aksi, boleh dikatakan kurang. Tapi kalau dibandingkan dengan filem Spider Man sebelum ini yang dilakonkan oleh Tobey Maguire agak kurang berkesan dengan watak sebenar Spider Man di dalam komik. Babak romantik dalam filem ini tidak terlalu berlebihan dan menarik, mungkin disebabkan pengarah ini merupakan pengarah yang sama untuk filem romantik 500 Days of Summer

Subway di UK Bertukar Menjadi Halal Atas Permintaan Ramai

Image
Salam semua...


Syarikat gergasi makanan segera, Subway telah mengeluarkan menu ham dan bacon di hampir 200 cawangan mereka di United Kingdom , dan menukarkan menu tersebut kepada daging halal dalam usaha untuk memuaskan bagi pelanggan yang beragama Islam.

Ayam belanda yang akan digunakan dalam menu baru mereka telah disahkan di mana semua daging kini akan disediakan mengikut peraturan halal. Sebanyak 185 kedai dari 1,500 kedai di seluruh UK akan menggunakan daging yang halal untuk menyediakan makanan tersebut.

200 Cedera Akibat Kemalangan Kereta Api Bawah Tanah

Image
Salam semua...


SEOUL - Dua kereta api bawah tanah berlanggar di Seoul petang tadi menyebabkan 200 orang mengalami kecederaan ringan. Tragedi berkenaan mencetuskan kemarahan dan juga tanda tanya jika tahap keselamatan diabaikan kerana tergesa-gesa dengan pembangunan ekonomi kerana ia berlaku sewaktu negara berkenaan masih dalam keadaan sedih atas tragedi feri karam yang berlaku pada 16 April di mana 300 orang terbunuh atau masih hilang, kebanyakkanya adalah pelajar sekolah

Kesan darah penumpang yang cedera akibat perlanggaran kereta api

Novel Terbaru Fixi : Sanctuaria dan Awan

Image
Salam semua..
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 Fixi mengumumkan 2 buah novel baru dan sebuah novel edisi terhad iaitu 40






Tajuk : Sanctuaria
Penulis : Shaz Johar
Mukasurat : 300
Harga : RM19.90









"Satu kampung ni tau pasal tempat tu. Orang-orang kat situ buat ajaran sesat. Sembah patung, sembah api, minum air kaki orang, seks liar, hisap dadah, sumbang muhrim, macam-macam lagilah kerja setan yang dorang buat."
"Mana Pakcik tau semua ni? Pakcik pernah pergi sana, ke?"
"Tak."
SANCTUARIA (baca: sang-tu-a-ria) membuka misteri satu kelompok manusia yang ingin mencari pegangan hidup yang lebih baik di satu dunia yang baru. Hidup yang lebih bebas dan bertoleransi. Tiada agama yang mengekang dan melarang. Tiada bangsa yang menang. Semua hidup dalam satu ideologi yang sama. Semuanya satu: Satu Sanctuaria.





Tajuk : Awan (sambungan novel Ajaib)
Penulis : Syafiq Aizat
Mukasurat : 385
Harga : RM21.90