Charity Explorace bersama anak yatim PAYASUM,24 Julai 2010 di Zoo Melaka anjuran SIFE dan usahasama pihak Zoo Melaka.Seramai 35 orang pelajar UiTM Alor Gajah bersama anak-anak yatim PAYASUM.Mula-mula memang tak tau langsung pasal program ni.Just nak masuk kelab SIFE je.SIFE tu dalam malay Kelab Usahawan Muda,tapi kat sini panggil SIFE.Kat sekolah dulu panggil PUM je.Bebalik kepada cerita,tanyalah senior,macam mana nak masuk kelab tu,sebab kelab-kelab yang lain ada sesi perkenalkan kelab masing-masing.Time tanya senior,kebetulan dia NYDP kelab SIFE tu,lagilah senang.Dia pun ajak join program tu.Disebabkan dah lama tak pergi zoo[hahaha],so,setujulah nak join program tu.Bila ada meeting datanglah sorang-sorang sebab classmate sorang pun tak masuk.Ingatkan aku sorang je part one yg join SIFE & program tu,tapi ada gak 2-3 orang yang lain join.Hari dinanti pun tiba,kteorang pun berkumpul pukul 7 pagi,prepare apa yang patut.Program tu saing dengan induction kos,tapi tak pergi pun.Dah siap semua,kteorang pun pergi,sampai-sampai je dah bergamba masing-masing.
.semangat.awal pergi tapi x bukak lagi.
Then,sambut anak-anak yatim PAYASUM.Actually,tak semua anak yatim,cuma diaorg tinggal kat situ.Skip terus kepada program,kalau dah nama explorace,confirm penat.Kteorang dibahagi dalam 7 kumpulan.Setiap kumpulan ada dalam 10 orang.Kumpulan kteorang ada 9 & nama group kteorang adalah SERIGALA.Explorace ni ada 6 check point dan semestinya,clue yang diberi memang kteorang blurr.Tanya pasal binatang,manalah kteorang tau,tapi dengan confidentnya kteorang ikut map utk checkpoint pertama.Tengok-tengok,bukan.Dah tak dapat,kteorang tanya je pakcik kat zoo tu.Banyak-banyak checkpoint,yang paling memorable ada 2.The most memorable checkpoint kat tempat gajah.Memorable sangat checkpoint ni sebab kteorg kena cari clue dalam tahi gajah and kteorang kena cari guna tangan.Agak menggelikan tapi pengalaman berharga.Besar kot tahi gajah tu and dengan penuh komitmen mencari clue,akhirnya aku yang dapat clue dalam tahi gajah tu.Second memorable checpoint kat menara pemerhati,dahlah time tu kteorang sesat,pastu kena menapak 7 tingkat.Naik atas je ada pakcik tanya soalan. "dik,berapa keluasan zoo melaka ni?Kteorang pun teka,tapi confirmlah salah.Keluasan Zoo Melaka ialah 54 hektar.Sebagai denda,kteorang kena makan telur mentah yang dah dicampur dengan cencalok.Sangat meloyakan dan sangat masin.Demi kumpulan,sanggup telan.Memang rasa nak muntah,tapi tahan je.Then makan chewing gum.
Kteorang dapat tempat ketiga daripada 7 kumpulan.Not bad.Dapat hamper yg agak besar jugak.
lepas penat berlari.not bad.num 3.
bergambar bersame hamper yg x besar mane.huhu.
Lepas dah habis semua,kteorang diberi masa 1 jam utk bersiar-siar kat zoo ni.Banyaklah jugak gambar dapat snap.Lepas dah habis jalan,kteorang kumpul kat depan balik,kat kawasan burung nuri kot kalau tak silap.Memang memekak habis burung tu.Yang uniknya,bila aku snap gamba burung tu,pandai dia posing.
Dah kumpul semua,sesi salam-salam dengan adik-adik PAYASUM.Dyeorg balik dulu,lepas tu baru kteorang balik.Naik-naik bas je,terus lena semua orang sebab keletihan yang amat sangat.For me,it was a new experience sebab tak pernah sebelum ni pegang tahi gajah and minum telur mentah + cencalok.Yang paling berharga dapat kenal dengan anak yatim PAYASUM.