April 30, 2014

Shila Amzah di rancangan TV China

Salam semua..


Shila Amzah terus menempah nama di sana apabila dia dapat memenubi slot rancangan popular di China iaitu Happy Camp. Rancangan tersebut merupakan rancangan temu bual artis-artis popular di China. Shila turut menyanyikan 2 buah lagu semasa rancangan tersebut berlangsung.




Shila turut mempersembahkan musical semasa rancangan tersebut dengan lagu Let It Go.

April 27, 2014

Wonderful Days Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Wonderful Days
Genre : Kekeluargaan, romantik, melodrama
Episod : 50
Saluran : KBS World (391)
Masa : 6.50 petang ( Sabtu & Ahad)

Kang Dong Suk (Lee Seo Jin) merupakan seorang anak muda yang bijak, tetapi datang dari latar belakang keluarga yang miskin. Dia kini seorang pendakwa yang berjaya dan telah kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam 14 tahun. Di sana, dia bertemu semula dengan cinta pertamanya Cha Hae Won (Kim Hee Sun) dan jatuh cinta dengan dia sekali lagi.

Percutian Ke Korea

Salam semua...

Gambar-gambar semasa percutian di Seoul dan Pulau Jeju, Korea Selatan.





April 23, 2014

Shila Amzah Love Concert

Salam semua...


Sebagai membalas jasa peminat-peminat, Shila Amzah bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia dan China. Shila telah mengadakan sidang akhbar untuk konsert tersebut di Kuala Lumpur dan mendapat sambutan hangat dari pihak media Melayu mahupun Cina.

Menariknya tentang sidang media tersebut, apabila media Cina mengajukan soalan, Shila menjawab soalan tersebut dalam bahasa Mandarin kerana dia merasakan dengan menguasai bahasa tersebut dia dapat mengembangkan lagi sayapnya di China.


April 12, 2014

Shila Amzah di Pentas Akhir I Am a Singer

Salam semua...


Setelah mendapat tempat ketiga dalam musim kedua I Am a Singer, Shila diberi peluang untuk kali terakhir membuat persembahan di pentas I Am a Singer. Pentas akhir ini merupakan persembahan antara finalis I Am a Singer musim 1 dan 2. 

April 8, 2014

Big Bad Wolf di Melaka

Salam semua...

Selepas Big Bad Wolf pergi ke Pulau Pinang pada bulan 3 yang lepas, mereka akan pergi ke destinasi yang seterusnya iaitu di Melaka. Seperti tahun lepas, Big Bad Wolf akan diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC).


April 5, 2014

Shila Amzah I Am a Singer Final

Salam semua...


Seperti yang kita sedia maklum, walaupun Shila mendapat tempat ke 6 daripada 7 minggu lepas, Shila tetap dapat meneruskan pertandingan ke peringkat akhir. Pada peringkat akhir, terdapat 2 pusingan dan pada pusingan pertama Shila berada di kelompok 3 teratas.

Persembahan Shila Amzah untuk Final I Am a Singer.


April 4, 2014

Promosi Minyak Wangi di AEON

Salam semua...

Sempena dengan ulang tahun AEON di Malaysia, pihak AEON telah mengadakan promosi minyak wangi yang berjenama dengan harga RM 90 untuk 30ml. Promosi ini berlangsung dari 30 Mac dan sehingga stok masih ada.


Terdapat 12 jenis minyak wangi dalam promosi ini antaranya DKNY Golden Delicious, DKNY Be Delicious, DKNY Be Delicious Fresh Blossom, Pure DKNY, Tommy dan lain lagi.

DKNY Delicious

April 2, 2014

Mesin layan diri untuk Buku

Salam semua...


Apa yang anda faham tentang gambar di atas? Gamba diatas merupakan mesin layan diri untuk membeli buku. Sama seperti mesin layan diri yang lain, mesin ini dikeluarkan khas untuk pengguna membeli novel ketika keluar berjalan. Mesin ini dikenali sebagai MPH Vbook

Malaysia merupakan negara yang pertama di Asia Tenggara yang menggunakan mesin ini. Mesin ini merupakan kejayaan bersama antara Syarikat buku MPH yang juga antara syarikat yang merealisasikan mesin sebegini di Malaysia.


April 1, 2014

Novel Terbaru Fixi : Pinjam dan Siong

Salam semua...

Buku terbaru dari Fixi yang bertajuk Pinjam dan juga Siong.






Tajuk : Pinjam
Penulis : Anuar Shah
Mukasurat : 266
Harga : RM19.90









Sinopsis
Shahrom seorang peminjam. Shahrom boleh pinjam apa saja. Jarang orang tahu Shahrom telah meminjam daripada mereka. Kebolehan Shahrom meminjam telah diasah sejak dari kecil lagi.
Mula-mula barang yang Shahrom pinjam adalah barangan fizikal. Kemudian dia asah kebolehannya sehingga dia boleh pinjam pemikiran manusia. Selalunya ketika Shahrom pinjam pemikiran orang lain Shahrom akan gunakannya untuk lakukan apa yang dia tidak berani lakukan dengan tubuhnya sendiri.
Satu hari Shahrom telah melakukan sesuatu yang tidak mudah dimaafkan. Untuk menyelamatkan dirinya, Shahrom bersembunyi di dalam satu tubuh yang menyebabkan dia terperangkap di dalamnya.