August 30, 2013

Orang Turki Menemubual Seekor Lembu Tentang Keaadan di Syria

Salam semua...


Seekor lembu telah "ditemubual" di studio untuk sebuah program di Turki. Lembu membuat penampilan mengejut dalam TV Turki buletin berita. Ini merupakan sebahagian daripada aksi membantah secara senyap mengenai keganasan di Syria dan Mesir.

Wartawan tersebut menemubual lembu tersebut semasa program, meminta pendapatnya tentang reaksi masyarakat dunia yang berdiam diri mengenai keadaan di Syria dan Mesir.

August 27, 2013

Good Doctor Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Good Doctor
Genre : Melodrama, Medical
Episode : 20
Masa : Setiap Isnin & Selasa 9.00 malam di KBS World

Drama ini mengenai seorang lelaki muda, Park Shi On (Joo Won) yang mempunyai Idiot Savant Sindrom . Penyakit tersebut menjadi penghalang untuk dia menjadi seorang pakar bedah pediatrik. Dia adalah seorang pakar kanak-kanak yang kurang upaya tetapi seorang genius dalam perubatan. Dia adalah seorang doktor berbakat tetapi mempunyai masalah lain dalam hidupnya, seperti sukar bersosial dengan orang.

August 26, 2013

Shila Amzah Chinese Idol Final

Salam semua...

Shila Amzah dengan jayanya membuat persembahan di pertandingan akhir Chinese Idol 2013 pada 25 Ogos 2013. Shila dengan peserta Chinese Idol menyanyikan lagu A Moment Like This yang merupakan lagu Kelly Clarkson tapi diubah menjadi lagu bahasa Cina.


Untuk pengetahuan semua, lagu A Moment Like This versi bahasa Cina merupakan lagu tema untuk Chinese Idol dan Shila merupakan lagu penyanyi lagu tema untuk program tersebut.

August 24, 2013

The Mortal Instruments : City of Bones Review

Salam semua...


Filem adaptasi dari novel City of Bones ( The Mortal Instruments Series) dan mula ditayangkan pada 22 Ogos 2012.

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Clary Fray yang merupakan anak kepada Shadowhunter iaitu pemburu demon. Dia mendapat tahu tentang kewujudan alam lain selepas emaknya diculik oleh penjahat. Sejak insiden tersebut dia belajar tentang dunia baru dan menggunakan kebolehan yang dia ada untuk menyelamatkan emaknya.

August 23, 2013

Shila Amzah di Chinese Idol

Salam semua...

Shila Amzah yang kini popular dengan lagu terbaru Masih Aku Cinta bakal membuat persembahan secara langsung di pertandingan akhir Chinese Idol.


Untuk pengetahuan semua, Shila merupakan penyanyi lagu tema untuk Chines Idol. Lagu tema tersebut berjudul A Moment Like This. Penyanyi asal lagu tersebut ialah Kelly Clarkson tetapi telah diubah kepada versi cina dan dinyanyikan oleh Shila.

August 19, 2013

Akankah Bahagia Itu Milik Kita oleh Farisha Imani

Salam semua...


Novel ini mengisahkan tentang Nurul Iman dan Fariz Minhat yang terikat dengan wasiat oleh orang tua mereka untuk menyatukan mereka. Di sebabkan wasiat tersebut, mereka membenci atas satu sama lain kerana masing-masing tidak meluahkan perasaan sayang antara mereka. Dan bermula dari perkahwinan mereka yang tidak direlakan, pelbagai dugaan yang datang sebelum mereka dapat memiliki kebahagiaan yang diinginkan.

August 12, 2013

Percy Jackson Sea of Monster Reivew

Salam semua..


Filem Percy Jackson Sea of Monster adaptasi dari novel Percy Jackson : Sea of Monster ditayangkan pada 8 Ogos 2013.

Filem ini mengisahkan tentang Percy Jackson, anak kepada Tuhan Laut iaitu Poseidon yang ingin menyelamatkan "Thalia Tree" yang melindungi "Camp Half Blood" dari raksasa. Aku tengok cerita ni sebab aku memang minat cerita fantasi dan filem yang diadaptasi dari buku. Sebab aku boleh bandingkan jalan cerita dalam buku dan dari filem.