August 31, 2014

Gambar Rasmi Proton Compact Car

Salam semua...


Proton akhirnya memuatnaik gambar Proton Compact di laman web Proton dan inilah gambar rasmi Proton Compact Car. Selain dari gambar ini proton juga turut berkongsi beberapa gambar lain seperti  reka bentuk lampu depan dan touch skrin infotainmet dan beberapa gambar yang lain.

Sistem infotainment dari Proton yang mana mempunyai navigation, media, bluetooth dan radio.

Keyless start.

August 29, 2014

Kembar 3 Yang Popular di Korea

Salam semua...

Salah satu rancangan yang menarik di Korea ialah rancangan di mana seorang ayah akan menjaga anaknya sendirian selama 48 jam tanpa ibu mereka dan salah seorang ayah yang popular ialah Song Ik Gook dimana dia mempunyai anak kembar 3.

Dari kiri : Manse, Daehan dan Minguk

Kembar 3 ini berusia hampir 3 tahun dan mula mendapat perhatian apabila berada di dalam rancangan tersebut. Kalau digabungkan nama mereka iaitu Daehan, Minguk, Manse akan membawa maksud Republic of Korea, Hurray. Apabila mereka bersorak untuk pasukan Korea, mereka menggunakan perkataan Daehan minguk, manse!

Daehan merupakan anak pertama, manakala Minguk anak kedua dan Manse anak ketiga. Salah satu sebab mereka popular ialah mereka kembar tiga tapi bukan kembar seiras.

Daehan

Minguk

Manse

Antara tiga ni, paling comel sekali Minguk. Daehan paling kuat makan dan Manse paling nakal. Memang tak bosan tengok dorang dalam rancagan tu. Dan semestinya Minguk akan menjadi bias aku.

August 28, 2014

Jam Tangan Pintar Samsung Gear S

Salam semua...


Samsung memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka iaitu Samsung Gear S. Enam bulan selepas Samsung mengumumkan yang smartwatch generasi kedua, mereka melancarkan satu lagi jam tangan terbaru, Gear S.

Kali ini terdapat satu sentuhan tambahan, iaitu jam tangan pintar yang pertama dari Samsung dengan sambungan 3G terbina di dalam . Gear S mempunyai 512MB RAM dan 4GB memori dalaman.

Spesifikasi Gear S

- 2.0” Super AMOLED (360 x 480)
- Accelerometer, Gyroscope, Compass, Heart Rate, Ambient Light, UV, Barometer
- 39.8 x 58.3 x 12.5T
- 300mAh Li-ion

August 27, 2014

Saat Gembira Seekor Gajah

Salam semua...


August 26, 2014

What’s With This Family? Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : What’s With This Family?
Genre : Romantik, Keluarga
Episod : 50
Waktu : Sabtu & Ahad, 7.00 malam

Drama ini merupakan sebuah drama tentang sebuah dimana ayah kepada 3 orang anak mendakwa anaknya kerana mementingkan diri sendiri dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa.


Drama yang menggantikan drama Wonderful Days, dan telah mendapat rating yang tinggi untuk slot tersebut. Mengganding pelakon-pelakon popular Kim Hyun Joo, Park Hyung Shik, Yoon Park dan ramai lagi. Sebuah drama komedi yang menarik untuk keluarga. 

August 23, 2014

7 Kanak-kanak Yang Sangat Comel

Salam semua...

Majoriti dalam entri ini adalah kacukan korea dan negara lain macam Amerika, Turkey dan lain-lain kecuali Joo Hye Rin. Itu memang asli Korea. Semoga melting.

1) Daniel Hyunoo Lachapelle



2) Joon Hye Rin


August 21, 2014

Novel Terbaru Fixi : Retina, Trio, Santet dan Gelap

Salam semua...

4 buku baru dari Fixi mula dijual pada 22 Ogos ini di laman web Fixi. Ebook pula sudah mula dijual di Google Play Store dan






Tajuk : Trio
Penulis : Hanani Natasya
Genre : Jenayah, Persahabatan
Mukasurat : 284
Harga : RM 19.90







"Joe yang ditemui di tepi semak oleh Mak Som bukan sahaja tidak ingat akan asal usulnya, malah dia dapat melihat masa hadapan. Kelebihannya itu telah banyak menyelamatkan nyawa mereka yang penting dalam hidup Joe.
Andy, seorang lelaki kacukan yang mempunyai bakat kulinari yang hebat ada rahsianya yang tersendiri di sebalik setiap masakan yang membuatkan restorannya tidak berhenti daripada dikunjungi pelanggan.
Sam, seorang ayah tunggal yang protektif terhadap anak gadisnya mahupun terhadap dua rakannya. Ketampanannya menjadi kegilaan wanita, tetapi dia ada kenangan hitam yang membuatnya tidak mahu untuk bercinta lagi.
Kedatangan seorang lelaki misteri dalam hidup ketiga-tiga jejaka ini bakal mengubah segala-galanya apabila satu persatu rahsia TRIO ini terbongkar."






Tajuk : Retina
Penulis : Lokman Hakim
Genre : Fantasi, Misteri
Mukasurat : 312
Harga : RM19.90







"Abbas: pemain gitar band Kuzari. Namun dalam dirinya ada suara yang menyuruhnya untuk kembali ke jalan agama. Abbas bertekad untuk memilih kedua-duanya. Namun adakah pilihan semudah itu?
Karina: bekas graduan yang kini bekerja di sebuah kedai dobi. Minatnya pada falsafah membawanya kepada persoalan yang ingin dijawab sejak zaman kanak-kanak lagi. Apakah makna kebenaran buat Karina?
Larky: pemuzik sambilan multi-instrumentalis yang bekerja selaku jurutera tapak yang sentiasa mengalami masalah kewangan yang kritikal. Hidupnya adalah perjuangan untuk keluar daripada penjara dunia.
Suara hati mereka bergema dan menjelmakan dunia-dunia surreal. Ilusi ingin bersenggama dengan minda-minda mereka. Apa yang terlihat oleh RETINA itu tidak semestinya serupa dengan zahirnya!"

August 20, 2014

Subway Pertama di Melaka

Salam semua...


Subway akan dibuka pada 25 Ogos ini di Dataran Pahlawan Megamall bersebelahan dengan kedai Uniqlo. Ini merupakan restoran Subway yang pertama di Melaka. Subway merupakan rangkaian restoran terbesar dan pengendali restoran terbesar di dunia. Subway adalah salah satu daripada francais paling berkembang di dunia, dengan 42,252 restoran di 107 buah negara.

August 19, 2014

Lagi Iklan Sedih dari Thailand

Salam semua...


Syarikat insurans dari Thailand sekali lagi mengeluarkan iklan yang menarik perhatian dari seluruh dunia kerana terkenal dengan iklan yang menyentuh hati.
Iklan ini secara ringkasnya mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang pelik bermain gitar, dan mula membuat persembahan jalanan untuk membantu membayar untuk rawatan kanser ibu tercinta beliau.


Sebelum ini mereka telah menghasilkan iklan yang bertajuk "Unsung Heroes" yang berjaya mendapat tarikan penonton sehingga 17 juta. Syarikat insurans dari Thailand ini sinonim dengan iklan yang berjaya menyentuh hati penonton.
Unsung Heroes

Memang tidak dinafikan iklan dibuat untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan, tetapi iklan ini adalah antara iklan yang boleh dikatakan berjaya menarik perhatian orang ramai dengan keaslian tanpa berlebih-lebihan. Antara iklan dari syarikat insurans Thailand yang lain. 

August 18, 2014

Good Daughter, Hana Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Good Daughter, Hana
Genre : Romantik, Keluarga
Episod : 122
Waktu : Isnin - Jumaat, 10 malam
Saluran : One HD

Jang Ha Na (Park Han Byul) merupakan anak perempuan keempat kepada anak sulung daripada keluarganya. Dia berpakaian seperti seorang lelaki kerana keadaan kewangan mereka. Keluarganya memerlukan seorang wakil lelaki untuk perniagaan kicap mereka. Selepas melahirkan empat orang anak perempuan, mereka berputus asa untuk mencuba untuk waris lelaki dan anak perempuan keempat hanya perlu berpura-pura menjadi lelaki dan bertindak seperti seorang anak lelaki dalam keluarga.



August 16, 2014

Bila Orang Kaya Melakukan Ice Bucket Challenge

Salam semua...


Ice Bucket Challenge merupakan satu cabaran yang digunakan untuk kesedaran tentang penyakit ALS. Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) adalah salah satu jenis penyakit yang tergolong dalam penyakit saraf motor. Di Amerika Serikat penyakit ini dikenali dengan nama Lou Gehrig Disease, disebabkan Lou Gehrig, seorang pemain baseball meninggal disebabkan penyakit ALS.

Stephen Hawking antara orang yang menghidap penyakit ALS
ALS boleh menyerang sesiapa sahaja yang berumur di antara 40 hingga 70. Kebarangkalian untuk lelaki penghidap penyakit ini adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding wanita.

Antara orang yang terkenal menyahut cabaran ALS Ice Bucket Challenge ialah pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, pengasas Microsoft, Bill Gates, CEO Apple, Tim Cook, Justin Timberlake, The Rock dan Adam Levine,
Bill Gates



Tim Cook

August 13, 2014

Samsung Galaxy Alpha

Salam semua...


Samsung akhirnya melancarkan telefon terbaru mereka iaitu Galaxy Alpha yang mempunyai ciri-ciri premium. Galaxy Alpha merupakan telefon pintar dengan bingkai logam. Alpha merupakan ultra-nipis (6.7mm) telefon Android dengan paparan 4.7 inci 720p, kamera 12-megapixel, 1,860mAh bateri (agak kecil), cip pemprosesan Quadcore atau  Octacore. Galaxy Alpha tidak menyertakan sebarang slot mikro-SD. Ia akan mula dijual pada bulan September ini, tetapi Samsung belum lagi mengumumkan harga.

Angel Eyes Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Angel Eyes
Episod : 20
Genre : Romantik, Melodrama, Medikal
Waktu : Rabu & Khamis, 9.00 malam di One HD

Yoon Soo Wan (Koo Hye Sun) adalah cinta pertama Park Dong Joo (Lee Sang Yoon) dan begitu juga Park Dong Joo, tetapi terpaksa berpisah kerana keadaan keluarga. Soo Wan, yang telah buta, akhirnya menjalani pembedahan pemindahan mata yang mengembalikan penglihatan beliau.

Dua belas tahun kemudian, Soo Wan kini bekerja sebagai pekerja penyelamat kecemasan, manakala Dong Joo merupakan seorang pakar bedah. Mereka bertemu untuk sekali lagi. Tetapi Wan Soo sudah bertunang dengan pakar bedah otak Kang Ji Woon (Kim Ji Suk). Mengetahui ini Park Dong Joo memutuskan untuk diam dan tidak mendedahkan identitinya kepada Soo Wan dan juga mengambil keputusan untuk pulang. Adakah Wan Soo menyedari bahawa Doktor Dylan Park adalah cinta pertamanya, Park Dong Joo? Mereka akan berakhir bersama-sama walaupun semua halangan-halangan yang mereka akan hadapi?

August 12, 2014

Video Selfie Remaja Menjadi Viral

Salam semua...


Hugo Cornellier merekodkan zaman remajanya dengan mengambil gambarnya sendiri setiap hari dari umur 12 hingga 19 tahun. Video ini menjadi viral selepas ianya dimuatnaik oleh Hugo. Buat masa ini, video ini telah mendapat 1.9 juta tontonan


August 11, 2014

Gambar rasmi Perodua Axia dari Perodua

Salam semua...


Berita yang dinanti-nantikan dari pihak Perodua telah tiba. Pihak Perodua telah mengemaskini laman web mereka dengan gambar pertama Perodua Axia. Gambar Perodua Axia dari bahagian belakang telah diperlihatkan secara rasmi oleh pihak Perodua.

Dengan kemaskini pertama Axia dari pihak Perodua, ini bermakna pelancaran untuk Axia semakin hampir dan sama-sama kita tunggu dari pihak Perodua. Untuk pengetahuan semua, Axia bakal menggantikan Perodua Viva.


Temptation Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Temptation
Genre : Melodrama, Keluarga
Episod : 20
Hari & Waktu : 9.00 malam di One HD

Sebuah melodrama tentang seorang lelaki yang sudah berkahwin, Cha Suk Hoon (Kwon Sang Woo) yang menerima sejumlah wang yang besar dari seorang wanita, Yoo Se Young (Choi Ji Woo) untuk membayar balik hutang yang besar dia berhutang. Komplikasi timbul apabila wanita itu menuntut penyerahan diri daripadanya, menjejaskan hubungannya dengan isterinya.

August 8, 2014

Puting Beliung Kecil di Port Dickson

Salam semua..


Port Dickson: Fenomena angin puting beliung kecil di permukaan laut atau dikenali sebagai belalai air yang berlaku di Pantai Batu 2 di sini, pagi ini mengejutkan orang ramai.

Beberapa penduduk ditemui berkata, mereka bingung melihat fenomena itu, namun bersyukur kerana angin kencang berkenaan hanya berlaku di kawasan laut dan tidak mengakibatkan kemusnahan harta benda.


August 7, 2014

Perodua Axia (Gambar)

Salam semua...


Perodua Axia adalah secara rasminya nama model terbaru kereta dari Perodua, tetapi masih belum ada kenyataan rasmi bila Perodua akan melancarkan model ini.



August 6, 2014

Bila Mat Salleh Makan Durian

Salam semua...


Sila tengok video ini dan lihat reaksi seorang lelaki berbangsa asing menikmati raja segala buah iaitu Durian. Trevor James merupakan seorang penggemar makanan dan dia melancong untuk menikmati makanan yang enak diseluruh dunia. Malaysia merupakan antara tempat yang dia kunjungi.


August 5, 2014

6 Pengeluar Telefon Pintar Terbesar di Dunia

Salam semua...

Umum mengetahui Samsung masih merupakan pengeluar telefon pintar terbesar di dunia tetapi dari segi keuntungan, Samsung dikatakan mengalami kerugian untuk tiga penggal berturut-turut. Yang menarik perhatian apabila Xiaomi yang kurang dari 3 tahun mengeluarkan telefon pintar mereka yang pertama  Mi1 telah turut tersenarai dalam 6 pengeluar terbesar telefon pintar di dunia.


August 4, 2014

High School Love On Korean Drama

Salam semua..


Tajuk : High School Love On
Genre : romantik, remaja
Episod : 20
Waktu : Selasa, 6.00 petang
Saluran : KBS World

Lee Seul Bi (Kim Sae Ron) adalah malaikat yang dihantar ke Bumi untuk menjaga Shin Woo Hyun (Nam Woo Hyun), yang tinggal bersama neneknya dan telah ditinggalkan oleh ibu bapanya. Walaupun sikap Woo Hyun agak pendiam, dia amat popular di sekolah kerana kelihatan baik dan keupayaan nyanyian. Apabila kawan baiknya, Hwang Sung yeol (Lee Sung yeol), mendapat tahu rahsia yang mereka bahawa Seul Bi, yang menyamar sebagai seorang pelajar rakan-rakan di sekolah mereka,  mereka berubah menjadi lawan. Bolehkah Seul Bi hidup cinta pertama dan lain-lain bencana hidup sebagai seorang remaja dan betul melakukan kerja beliau untuk melindungi Woo Hyun?