January 27, 2013

Dwicharms

Salam semua...

Dwicharms merupakan sebuah laman web untuk membeli bracelet. Pelbagai jenis bracelet yang dijual di laman web tersebut. Semuanya cantik dan harganya berpatutan

 Salah satu bracelet yang dijual

Selain dari menjual online, mereka juga ada membuka booth di Subang Parade dan mendapat sambutan dari orang ramai. Dwicharms pernah tersenarai dalam majalah In Trend Disember untuk online shopping popular.

January 24, 2013

Shila Amzah Menyanyi Lagu Korea

Salam semua...


Selepas melihat kehebatan Shila menyanyikan lagu Cina di Asian Wave Award 2012. Kali ini Shila mencuba menyanyikan lagu korea yang bertajuk I Miss You nyanyian Kim Bum Soo. Shila berkongsi nyanyian tersebut di laman web Soundcloud.


January 23, 2013

Wordless Wednesday : Tidur yang Nyenyak

Salam semua...


Memang stail kucing ni tidur,nyenyak je : D

January 21, 2013

Big Bad Wolf 2013

Salam semua...

Big Bad Wolf kembali lagi. Untuk sesiapa yang tidak mengenali Big Bad Wolf, ia merupakan sebuah jualan buku murah yang terbesar di Malaysia. Rasanya disebabkan permintaan ramai, BBW kembali pada 28 Februari hingga 4 Mac 2013 di MIECC, Seri Kembangan.



January 19, 2013

Steve Job Malaysia

Salam semua..

Artikel ini dipetik dari Harian Metro Online,

Usianya baru menjangkau 17 tahun, namun bakat luar biasa dimiliki pelajar, Syed Muhammad Syed Abdullah mengagumkan berikutan mampu menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple menerusi lima aplikasi dihasilkan untuk iPhone dan satu permainan ciptaannya diiktiraf terbaik dunia

Lebih senang dipanggil Habib,dia telah menghasilkan 5 aplikasi untuk pengguna Apple dan 4 daripada aplikasi yang dihasilkan mendapat tempat 100 teratas. Salah satu aplikasi yang dihasilkan ialah Crazy Ball.



January 18, 2013

UiTM Lendu

Salam semua...

Penuh timeline di Twitter pasal UiTM Lendu kena kacau dengan mahluk halus.Aku tak tahu kesahihan tapi memang kejadian kacau ni pernah berlaku sebelum ni tapi tak lah seteruk yang berlaku sekarang.Sampai bacaan Yassin dibuat serentak seluruh kolej di UiTM. Siapa yang nak tahu cerita pasal UiTM Lendu ni boleh pergi laman web http://theruzannapages.wordpress.com/2013/01/18/day-eighteen/

Yang menariknya sampai jadi trending kat Twitter disebabkan perkara ni.


January 12, 2013

Karangkraf eMall

Salam semua..

Siapa yang biasa baca ebook? Pada bulan November yang lepas,syarikat Karangkraf telah melancarkan laman web untuk membeli ebook.


Ebook yang dijual oleh Karangkraf adalah dibawah penerbitan Karangkraf sendiri. Selain dari menjual novel,Karangkraf emall juga menjual majalah juga dalam ebook dan semuanya dalam harga yang lebih murah dari harga majalah dan novel yang sebenar.

Kaedah pembelian yang mudah kerana hanya perlu menggunakan internet banking ataupun kad debit.


January 3, 2013

School 2013 Korea Drama

Salam semua...


Drama ini berdasarkan siri popular yang telah dikeluarkan pada tahun 1999 dan disiarkan sehingga 2002. Drama ini membincangkan dengan isu-isu remaja hadapi di sekolah tinggi. Lakonan Lee Jong Suk, Jang Nara dan Choi Daniel. Drama ini disiarkan oleh KBS World setiap hari Isnin dan Selase jam 9.00 malam.