Salam semua..
Pada cuti pertengahan semester yang lepas, aku berkesempatan melancong ke Korea Selatan selama 9 hari 8 malam. Tiket penerbangan telah pun ditempah beberapa bulan awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah.
14 April, bermula percutian aku bersama emak dan abang saudara. Hari yang pertama kami bermalam di rumah tamu di sekitar lapangan terbang Incehon dan suhu pada ketika itu 16 darjah celcius.
Keesokan harinya, kami menuju ke destinasi pertama iaitu 63 Building. Bangunan tersebut pernah menjadi bangunan tertinggi di Korea Selatan. 3 tempat yang sempat aku pergi ialah 63 Aquarium, 63 Wax Museum dan 63 Sky Art Gallery.
63 Building, Yeouido, South Korea
Kanak-kanak membuat lawatan ke 63 Building
Destinasi seterusnya ialah Nami Island, ia merupakan sebuah pulau yang sangat popular setelah pengambaran drama Winter Sonata dibuat disini. Jarak Pulau ini dari Bandar Seoul ialah 54 kilometer dan mereka menyediakan pengangkutan awan untuk pergi ke sini, Pulau ini diberi nama sempena Jeneral Nami yang mati pada umur 28 tahun. Kepada penggemar alam semual jadi, tempat ni sangat menarik untuk dilawati dan musim luruh dan musim sejuk lagi cantik pemandangannya.
Kagum aku tengok pemandangan yang cantik dekat Pulau Nami, memang ramai pelancong yang datang untuk menikmati pemandangan hebat ni, Dalam berjalan-jalan, ternampak papan notis yang menunjukkan gambar Pulau Nami dan Pulau Langkawi. Bangga sekejap nampak papan notis besar pasal Malaysia.
Cukup bahagian yang pertama, seterusnya akan bersambung di bahagian kedua.