December 20, 2009

Sepetang di W.A.K.A.F

Rutin harian lain ketika musim peperiksaan SPM ialah berada di wakaf.BELAJAR.TIDUR.BERGELAK-KETAWA dan lain-lain lagi diwakaf.Selalunya duduk di kelas.Tetapi ada perkara menghalang dan menyebabkan pelajar tingkatan 5 tidak dibenarkan ke bangunan akademik.Aku akan duduk di wakaf sehingga petang bersama rakan-rakan yang lain.Selain belajar,banyak benda lain yang kami lakukan bersama.Mendengar lagu MEMORI TERCIPTA.Salah satu perkara yang tak dapat dilupa ketika belajar dengan 3 org rakan.

Petang tu,aku duduk dibilik kerana hujan dan keadaan dibilik agak bising disebabkan adanya kad UNO dan beberapa orang rakanku sedang bermain.Aku hanya duduk di katil dan membuka buku kimia.Tiba-tiba,seorang rakanku mengajakku belajar diwakaf.Aku mengikut mereka pergi ke wakaf kerana hujan sudah reda.Kami belajar di wakaf dan beberapa puluh minit kemudian,hujan mula turun dan aku menukar tempat duduk kerana terkena tempias.Hujan mula turun dengan lebat diikuti dengan petir.Melihat air di longkang penuh,salah seorang rakanku mengajakku membuat kapal menggunakan kertas.Aku hanya mengikut rakanku membuat kapal kertas dan menyuruhnya meletakkan di longkang.Sebelum tu,aku sempat menulis Muhd Syukri Mohd Mohtar 9A SPM.Lalu,rakanku melepaskan kapal tersebut ke longkang.Duduk didalam kesejukan.Aku memandang sinis kepada rakanku yang mengajak untuk pergi ke wakaf.Memandang ke arah padang,aku dapat melihat sekawan burung di padang mencari makanan di padang.

"Senangnye dapat cacing tu."kataku
"Hujan-hujan,cacing duduk atas.ko pon nak ke syuk"rakanku berkata sambil ketawa.

Ketika memandang keadaan sekeliling,tiba-tiba.Petir menyambar pokok yang betul-betul di padang tersebut.Semua yang berada diwakaf tersebut terkejut melihat cahaya yang sangat pantas di depan.Melihat cahaya tersebut,kami terus beristhifar.Aku memandang sekali lagi ke arah rakanku yang telah mengajakku belajar di wakaf.

"tu la,nak study lagi kat wakaf."kataku

kami menunggu sehingga hujan reda baru kami bergerak menuju ke surau.Sebelum itu,kawanku yang pergi ke rumah kahwin Cikgu Rofa datang dan menunjuk gambar yang telah diambil ketika berada di majlis tersebut.Selepas itu,kami beredar dari wakaf.


Cikgu Rofa


p/s:tu antare kenangan yg kelaka time kat wakaf..hahaha..

December 17, 2009

bola T.A.M.P.A.R















Salah satu kenangan terindah di MRSM Pontian.Bukannya selalu beriadah pun.Tapi sejak hendak meninggalkan maktab,aku seringkali turun untuk bermain bola tampar,paling tidak pun bersiar-siar bersama rakan-rakan.Cukup menarik permainan bola tampar.Perasaan seronok ketika bermain membuatkan aku ketagih untuk bermain bola tampar.Rasanya disebabkan di maktab saja aku dapat bergaul dengan rakan-rakan,dirumah aku bersendirian bertemankan laptop.Walaupun tangan berasa sakit ketika menyambut bola,tapi keseronokan dapat menyambut bola menghilangkan rasa sakit tersebut.Posisi yang paling aku gemar adalah dibelakang sekali kerana orang dibelakang dapat serve bola tersebut.Banyak peristiwa lucu ketika bermain bola tampar.

Ketika itu,team kami menyambut bola dan aku dapat bola tersebut dengan agak baik.Bola itu terus pergi ke pihak lawan dan pada ketika itu salah seorang rakanku mengambil tetapi,entah mengapa,belum sempat untuk mengambil,bola itu terus menuju ke pipinya.Agak kelakar ketika itu.Banyak lagi peristiwa lucu semasa bermain bola tampar.

Rasanya dekat maktablah kali terakhir aku bermain bola tampar.Lepas rasanya,dah tak pegang lagi bola tampar tu.
Rindu nak main bola tampar dengan rakan-rakan.









I LOVE TO PLAY BOLA TAMPAR WITH MY FRIENDS...

December 15, 2009

1 Minggu tanpa S.A.H.A.B.A.T

Pejam celik dah satu minggu tak jumpe ngan kawan-kawan.Memang rindu sangat.Teringat lagi last day kat maktab.
Lepas je habis exam kimia paper 3,ramai kawan-kawan didalam dewan tersenyum.Aku turut tersenyum.Rancangan yg diberi tahu oleh Suleiman akan dilaksanakan.Tengku Asyraf a.k.a Achap bangun dan menyuruh rakan-rakan yg lain bangun.

"bangun semua!Terima kasih cikgu."

Pelajar yg lain turut ikut.Ketua pengawas kali ni amat sporting dan selalu membuat lawak.Pengawas yg lain pun baik dan ade yg menolong pelajar.Selepas mengucapkan terima
masih,aku mendapat nota ringkas diatas tisu dan
aku terus keluar dari dewan tanpa membaca nota tersebut.Aku melihat disekeliling,rakan-rakan bersalaman antara satu sama lain.Ada yg ku lihat menangis kerana sedih meninggalkan rakan-rakan.Aku sempat berjumpa dgn beberapa org rakan utk memberikan gambar sebagai tanda ingatan.Selepas memberikan gambar aku berjalan menuju ke aspura untuk kali terakhir seorang diri.Melihat sekeliling,teringat kenangan yg dibina selama 5 tahun di MRSM.Segala kenangan suka & duka masih terngiang-ngiang.Rasa seperti baru semalam aku mendaftar di MRSM.Baru semalam aku berkenalan dengan rakan-rakan dan membina kenangan yg terindah.Masuk di kelas Yale yg serba banyak karenah.Di sini aku belajar berdikari,belajar tentang keyakinan diri,belajar menjadi usahawan,belajar bergaul dengan orang ramai dan banyak lagi.Sampai di depan aspura,terlihat kereta proton Savvy berwarna hijau menandakan ibuku sudah menunggu.Aku dengan berat hatinya mengangkat satu persatu barang masuk ke dalam kereta.

"syuk,awalnye ko balik"tegur salah seorg rakanku.
"urm,abis tu,nak dok lame-lame kat sini"kalisku

Aku mengangkat barang sambil memerhatikan keadaan sekeliling.Ada yg bersalam-salaman.Tertarik dengan perbuatan seorang rakanku,Umarul yg menyuruh rakan-rakannya menandatangan baju yang dipakai.Semalam Amir Asmadi buat,hari ni Umarul pulak kataku di dalam hati.Setelah selesai menangkat barang,aku pergi ke bilik rakan sekelasku untuk memberikan gambar sambil bersalaman dengan mereka.Kemudian aku bersalaman dengan rakan-rakan yg lain sehingga dengan roomate ku sendiri,Anas,Rompin,Suhail.

Sambil bersalaman,"Korang sweet memories sgt"kataku kepada roomate.

Aku menunaikan solat asar yang terakhir di surau El-Bukhary MRSM Pontian sebelum melangkah meninggalkan maktab.Perpisahan tu satu yang pasti dalam diri kita.



Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti SAHABAT dan REMAJA...
Dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi..
Masa ini kita akan membawa haluan masing-masing...
Mungkin sukar untuk kita bersatu kembali di tempat sekecil kelas,bergurau,ke DS, ke tandas,ke surau dan semuanya bersama...
Terbukti zaman remaja merupakan zaman yang memberikan 1001 makna di dalam hidup dan sukar untuk dilupakan...
Mungkin satu hari kita akan menangis kerana rindu akan zaman remaja yang sangat indah...

INGAT!!!
tidak ada tempat seutuh sekolah kerana diluar kita akan fikir hal masing-masing,bebas melakukan apa sahaja,tiada siapa akan halang kita dan susah untuk kita mencari semangat setiakawan ketika itu.



















gambar diambil setalh selesai paper 3 kimia!!


p/s;rindu sgt belaja kat kelas,gurau ngan korg...tapi ape kan daye..perpisahan satu yg pasti..

December 11, 2009

Annual Dinner Form 5 09















Annual Dinner Form 5 MJSC Pontian

Grand Hall MJSC Potian
Dress To Impress



Annual dinner kiteorg yg ke-2 selame kat MRSM Pontian.The word to describe the annual dinner is MEMORABLE.Walaupun ade yg tak datang,tapi majlis berjalan dengan baik.Ramai gak yg pakai lawa2 malam tu termasuk la cikgu-cikgu.Pade mulenye,majlis ni tak nak dibuat oleh dak-dak form 5,tapi disebbkan majlis ni wajib diadakn,kiteorg menjlnkan jugak.Tarikh yg diambil pade 6 November kerana tarikh tu yg kosong dan pade seblh pagi 6 November tu adalh Hari Graduasi.Perbincangan tentang persiapan majlis tersebut berjalan lancar dan kiteorg tlh membahagikan tugas :

5 Harvard & 5 Oxford-Hiasan Dewan dan Atucara Majlis
5 Cambridge & 5 Sheffield-
5 Yale-Hadiah dan cenderhati

Dengan berkobar-kobarnye kiteorg membuat persiapan.Dari tak pandai buat bunge rose sampai tau buat bunge rose.Pendek kate dengan harapan ape yg kiteorg bincang jadi annual dinner yg terbaik.Tapi,beberape hari sblm majlis,byk masalah yg datang dan wat kiteorg tak bersemangat nak wat annual.Ramai yg mule nak balik,nak pakai t-shirt je and etc.Setelah berfikir secare rasional dan positif[rasenye la].Kiteorg pun meneruskan majlis tersebut.

Majlis pade malam tu dimulakan dgn pemotongan reben oleh Pengetua,Encik Ahmad Kamal dan kiteorg mengiringi pengetua masuk ke dlm dewan diiringi dengan nyanyian oleh kumpula Al Muttaqin yg bertajuk .Hiasan dewan malam tu gempak sebab ade beberape jambak bunga rose besar yg menggunekan kertas telah dibuat oleh dak-dak sheffield.Lepas tu,kiteorg pun makan sambil diiringi dengan slideshow yg dibuat oleh dak-dak Harvard.Hidangan utama malam tu .Kiteorg makan dengan kenyang nye.Malam tu ade 4 pengacare,Dila ngan Khairi..Timah ngan Ujang.Kelakar dyeorg.Lepas tu,ade anugerah yg telah dibuat oleh dak-dak Yale.Terdapat 15 anugerah dan 1 anugerah khas.

Anugerah Lelaki & Perempuan Melayu Terakhir [cam baik & bole jadi contoh]
Anugerah Speaker Maktab [faham kan]
Anugerah Shrek & Fiona [jiwang]
Anugerah Jimmy & Jenny Neutron [pandai]
Anugerah "penghuni B.A [tak suke g B.A]
Anugerah Uswatul Hasanah [alim]
Anugerah Ratu & Raja Lawak
Anugerah Giler Gelak
Anugerah Mr & Miss Demand
Anugerah Mr & Miss Clumsy
Anugerah Drama King & Queen[cepat touching]

sory.yg lain tu tak ingat la...sambung

Anugerah tu just suke-suke je.Sebagai tande penganugerahan,kiteorg diberi sebijik bantal yg telah dibeli oleh dak-dak Yale.Penyampaian anugerah tersebut diselitkan dengan persembahan dan lucky or bad draw.Persembahan yg best malam tu lagu Tunjuk Perasaan oleh The Times tapi telah dinyanyikan semula oleh dak-dak laki.Untuk lucky draw,kiteorg dpt hamper manekale bad draw just dapat gule-gule kace.Kemuncaknye time pengumuman King & Queen of the night.
King dimenangi oleh Presiden BWP kiteorg,Suleiman yg bertungkus-lumus menjayekan majlis tersebut.Queen pulak dimenangi oleh Fatin Fadwana[wana],BWP biro komunikasi.Mmg lawa pakaian dyeorg malam tu.Lepas abis je tentatif program,kiteorg pun kemas dewan tersebut sambil mengadakan sesi fotografi.













king of the night[sorry tade gamba sorg]













queen of the night[sorry tade gamba sorg]












pengacare yg best!!!

byk lagi gamba + sume ade gamba ak.so,tak yah la display ye.just for reading.

p/s: tak pandai berbahase la.so ayat cam kabut sikit

Graduasi!!

"PARA GRADUAN DIMINTA BERDIRI"kate Cikgu Rofa

Seramai lebih kurang 140 pelajar tingkatan 5 MRSM Pontian menjadi graduan MRSM Pontian 09.Kedudukan diantara Nina Syarfa' dan Ahmad Naqib.Ak takde la pandai mane pun but dpt la grade!!!Setelah sampai di barisan,ak terus bgn dan keluar di tepi dewan.Apabila nama disebut ak terus naik ke pentas da bersalaman dgn tetamu kehormat.Perfume BioAura dijadikan cenderhati kepada para graduan.Walaupun panas dihati dak form 5 masih belum sjuk,kami masih mampu tersenyum ketika hari graduasi.Setelah selesai majlis graduasi,ak terus mendapatkan ibu dan sempat bergambar.Dengan berbaju Melayu,ak outing ke bandar pontian dengan ibu serta akak saudara.Berjalan-jalan di Pontian semata-mata mencari tali pinggang merah utk annual dinner malamnya.Kami balik ke maktab hampir pukul 6 kerana singgah ke pasar malam dan di pasar malam,terserempak dgn cikgu syariah[cikgu sejarah].





p/s : tetibe terase pelik sbb outing gne baju melayu,naseb baik aritu ari jumaat

December 9, 2009

LuKenaBeb!!!!


Date : 1/11/06
Venue: kelas 503

Selepas solat di surau,ak terus pergi ke kelas seperti biase.Sampai di kelas,ak terlihat note di whiteboard...


Syuk,on phone tau.papehal ak contact ko.

tibe2,terlintas difikiran."izat,jom kne kan fifie".After discuss,izat pun call fifie
"fifie,ko nak tau tak,phone syuk kne rampas"kate izat
"camne bole kne rampas lak"jawab fife
"ko yg tulis kat depan tu suruh syuk on phone.Pastu tadi cikgu zam2 round B.A masuk kelas,dye tanye sape syuk.pastu dye mintak phone."terang izat.
"ko biar betul,takkan lah.meh ak nak ckp ngan syuk"kate fifie
"syuk tak nak ckp ngan ko.Bek ko datang kelas"kate izat.
"ye ke..urm.ak dtg kelas ni"

selepas berbincang lagi sekali,ak duduk dibhgian hujung kelas menghadap belakang sambil menunggu ketibaan fifie.Fifie pun datang.
"izat,camne ak nak ckp kat syuk ni,dye da len la skrang.ak takut la"kate fifie.
"bek ko g je kat dye,ckp kat dye"jawab izat.

dengan berani nye fifie pergi ke arah ak.

"syuk,sorry syuk.ak tak sangke lak jadi cam ni"kate fifie.
ak hanye menundukkan kepale..Tibe2, phone yg ade ditangan ku vibrate.
ak pon menjawab phone yg berade dlm tangan.
ketike mengankat phone.dak2 yg ade dlm kelas menjerit ke arah Fifie

LUKENABEB!!!!!

fifie menjerit sambil menangis.ak hanye fifie sambil tersenyum.

saje mengisi mase lapang time tu kne kan org..
sory ye fifie kalo terase.tu la kenangan yg ak anggap terindah ngan ko.
lepas ni kite da tak jumpe dlm kelas.tade da nak bergurau.zaman remaje ribena dah habis da.da nak masuk remaje dewase.huhuuu..sob3