May 25, 2010

FATIMAH BINTI ABDULLAH



Dengan panggilan "WAN" aku memanggilnya dari kecil lagi.Aku antara cucu yang rapat dengan nenek sebab kami tinggal sebumbung dari kecil lagi.Makan dan minumku dijaga ketika ibu pergi bekerja.Pelbagai kenangan manis yang terbina bersama.18 tahun bersamanya,akhirnya dia pergi menghadap Yang Esa pada 19 Mei 2010 jam 11 pagi dirumah.


raya terakhir bersamanya

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
InsyaAllah.





May 6, 2010

30 April 2010

Memang tak ada niat nak keluar pun hari tu.Hari Jumaat,lagi lah malas nak keluar.Tapi disebabkan nak ambil kasut dekat Khairi yang tertinggal kat maktab,keluar jugak hari jumaat tu.Lepas tu tengok rakan-rakan yg dekat Melaka pun keluar hari Jumaat tu,kononya Farewell Party.Mula,memang tak nak join dyeorg,tapi fikir-fikir entah bila dapat jumpa lagi lepas ni,so kiteorg pun join sekali.Suruh Khairi ajak budak lelaki yg lain.Tapi ada yg bekerja,tak dibalas SMS dan akhirnya 3 orang lelaki termasuk Faisal.Macam biasa,ambil Khairi kat Melaka Sentral sambil menumpangkan Zack.Pergi MP,Maria dengan Fifie ikut sekali.Sampai,aku dengan Khairi makan sebab nak solat lepas tu.Then,jalan kaki pergi Masjid Kg Keling[nak bwk kereta,takut jam].Dah pernah jalan kaki pergi masjid sebelum ni.Habis solat,straight pergi GSC sebab tiket pukul 2.55.Ingatkan kaum Hawa tu beli tiket,rupanya dyeorg seronok main boling lagi.Last tengok cerita Iron Man 2 dengan Khairi & Faisal.Jalan cerita menarik.BEST.3 bintang setengah.hahaha.Dah habis tu,jumpa dyeorg kat tempat karoake kat MP sebab nak ambil duit Khairi.Last activity sebelum pisah,ambil gambar bersama.

Lepas tu,budak perempuan semua tumpang kereta.Seriuosly macam sardin time tu.Memang tak boleh describe.Hantar Adilah & Alia kat Aeon Bandaraya Melaka.Lagi best time ni sebab tak sampai nak ambil tiket parking.So,mangsanya Zack,kena turun tekan button tu.Balik pun sama,dia yg masukkan tiket.Hantar yang lain kat Melaka Sentral.Fifie ikut balik rumah sebab tiket dia lambat lagi.[macam bwk balik makwe].Pukul 7.15 hantar dia kat MC.

Gila-gila 1 hari jumpa dengan kawan-kawan yg 5 tahun bersama.