June 1, 2011

Baby Faced Beauty : Korean Drama

Salam semua..



Jang Nara kembali dalam arena drama korea.Dia pernah popular dengan drama Successful of Bright Girl yang pernah ditayangkan di TV3.Drama Babyfaced Beauty mula bersiaran di Korea pada awal bulan Mei di saluran KBS dan mula ditayangkan di KBS World pada pertengahan bulan Mei.Purata rating untuk drama ni dalam tempat ke 6.

Drama ini menceritakan tentang Lee So Young,wanita berumur 34 tahun yang mempunyai baby face dan bercita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen.Dalam masa yang sama dia perlu menyara keluarganya yang banyak berhutang.Konflik drama ni bermula apabila dia bekerja di sebuah syarikat fesyen menggunakan identiti adiknya yang berumur 25 tahun iaitu 9 tahun lagi muda dari dia disebabkan dia mempunyai muka yang muda.

Jang Nara sebagai Lee So Young


Choi Daniel sebagai Choi Jin Wook

Ryu Jin sebagai Ji Seung Il

Kim Min Seo sebagai Kang Yeon Seo



Drama ini bergenre romantik komedi.Memang kelakar tengok hero dengan heroin asyik bergaduh je.Untuk peminat drama korea.Jangan lupa tengok drama ni dekat channel KBS World pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 9 malam.