July 31, 2013

Empire of Gold Korean Drama

Salam semua...



Tajuk : Empire of Gold
Genre : Politik, thriller, melodrama
Episode : 24
Masa : Setiap Isnin dan Selasa, 9.00 malam

Drama ini adalah mengenai perebutan kuasa antara tiga orang dalam satu chaebol empayar pada zaman bergelora kewangan Korea pada awal 1990-an selama 20 tahun.

Jang Tae Joo lakonan Go Soo seorang yang akan membina empayar dan menjaga adiknya sendiri selepas kematian bapa mereka. Dia jatuh cinta dengan Choi Seo Yoon lakonan Lee Yo Won, waris perempuan untuk keluarga yang kaya. Tetapi saingan terbesar beliau adalah beliau lebih tua adik Choi Min Jae lakonan Son Hyun Joo.


July 23, 2013

Video Ikan Paus Hampir Makan Penyelam

Salam semua...


Video yang diupload dalam laman web Youtube menjadi popular apabila video tersebut berjaya merakam ikan paus yang hampir menelan manusia ketika ikan paus tersebut ingin mengambil nafas di atas permukaan air.

July 22, 2013

Video Mamat Cina Puasa Sehari

Salam semua...


Seorang Youtuber Malaysia berbangsa Cina telah membuat sebuah vlog di mana dia mencuba untuk berpuasa. Dalam video tersebut, dia berkongsi pengalaman berpuasa untuk sehari dan dia berjaya melakukannya.


Video tersebut mendapat respon yang positif dari orang ramai dan ramai orang terutamanya yang beragama Islam, mereka memberi komen yang positif kepada Youtuber tersebut.

July 18, 2013

Lagu Top Kpop Separuh Tahun 2013

Salam semua...


Carta Gaon adalah carta muzik di Korea Selatan dan setaraf dengan carta Billboard di Amerika Syarikat. Berikut merupakan carta untuk online download separuh tahun 2013.

July 17, 2013

KL Zombie Adaptasi Novel Zombijaya

Salam semua...


Filem KL Zombie yang diadaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini bakal ditayangkan di pawagam 29 Ogos 2013. Pelakon utama dalam filem ini ialah Zizan Raja Lawak.


Filem ini mengisahkan Kuala Lumpur yang diserang zombie dan Nipis merupakan watak utama yang kematian emaknya akibat di makan zombie. Dia ingin melepaskan diri daripada zombie yang telah menyerang bandar tersebut.

Antara babak-babak dalam filem KL Zombie


July 11, 2013

Drama Kampung Girl

Salam semua...


Drama Kampung Girl yang akan mula bersiaran pada 12 Julai 2013 menggantikan drama popular Sebenarnya Saya Isteri Dia pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam.

Drama lakonan Akim AF7 dan Nad Zainal yang diadaptasi dari novel yang juga berjudul Kampung Girl hasil tulisan Umi Kalsom. Sinopsis yang diambil dari laman web Karya Seni.


PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?