Salam semua...
UPDATED...
Samsung S5 telah dilancarkan dan didatangkan dengan 4 warna electric blue, shimmery white, charcoal blakc dan copper gold . Samsung Galaxy S5 menggunakan pemprosesan Snapdragon 801Quadcore 2.5GHz dengan 2GB RAM dan mempunyai skrin sebesar 5.1 inci dengan Full HD Super Amoled. Untuk kamera pula Galaxy S5 didatangkan dengan kamera 16 MP dengan sokongan rakaman 4K.
Galaxy S5 akan mula dijual pada April 2014 dan Malaysia juga mungkin menjadi negara yang terawal untuk menjual S5 seperti S4 sebelum ini. Aku rasa macam biasa je handphone ni cuba nampak macam cantik tapi still plastik casing Galaxy S5. Mungkin Samsung ada upgrade untuk meletakkan sensor jari dan nadi walaupun fungsi tersebut dah ada dekat telefon yang lain.
Samsung mengadakan acara Unpacked 5. Dalam acara tersebut mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Samsung S5 pada 25 Februari 2013 (waktu Malaysia).
Banyak ura-ura mengatakan yang Samsung S5 akan mempunyai ciri-ciri kalis air dan teaser untuk Samsung S5 disertakan dengan perkataan Wet5.