March 8, 2014

Kapal terbang MAS MH370 Hilang

Salam semua..


Usaha mencari kapal terbang MH370 sedang giat dijalankan. Beberapa negara lain turut menghulurkan bantuan dalam usaha mencari pesawat tersebut. Walaupun media dari luar negara mengesahkan kapal terbang tersebut terhempas, tetapi pihak MAS masih belum mengeluarkan seberang kenyataan rasmi lagi. Sama-sama kita mendoakan untuk semua orang yang berada dalam kapal terbang tersebut selamat.

TERKINI, berikut merupakan nama-nama penumpang yang berada di dalam kapal terbang MH370.

 1. China – 152 dan 1 bayi
2. Malaysia - 38
3. Indonesia - 12
4. Australia - 7
5. France - 3
6. United States of America – 3 dan 1 bayi
7. New Zealand - 2
8. Ukraine - 2
9. Canada - 2
10. Russia - 1
11. Italy - 1
12. Taiwan - 1
13. Netherlands - 1
14. Austria - 1

Pihak tentera laut Vietnam mengesahkan bahawa MH370 telah terhempas di laut tetapi pihak Malaysia Airlines (MAS) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi lagi.

Sebuah pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dari radar. Sama-sama kita doakan agar semua orang yang berada dalam kapal terbang tersebut selamat dari bahaya.

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
Kapal terbang tersebut hilang dua jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur. Ia telah hilang di ruang udara yang dikawal oleh Vietnam. Kapal terbang itu itu tidak memasuki ruang udara dikawal oleh China dan tidak membuat hubungan dengan pengawal Cina

Terkini, Pesawat MH370 dari KL ke Beijing hilang, MAS adakan sidang media pukul 10 pagi.

Sumber : Awani 

1 comment: