April 1, 2014

Novel Terbaru Fixi : Pinjam dan Siong

Salam semua...

Buku terbaru dari Fixi yang bertajuk Pinjam dan juga Siong.






Tajuk : Pinjam
Penulis : Anuar Shah
Mukasurat : 266
Harga : RM19.90









Sinopsis
Shahrom seorang peminjam. Shahrom boleh pinjam apa saja. Jarang orang tahu Shahrom telah meminjam daripada mereka. Kebolehan Shahrom meminjam telah diasah sejak dari kecil lagi.
Mula-mula barang yang Shahrom pinjam adalah barangan fizikal. Kemudian dia asah kebolehannya sehingga dia boleh pinjam pemikiran manusia. Selalunya ketika Shahrom pinjam pemikiran orang lain Shahrom akan gunakannya untuk lakukan apa yang dia tidak berani lakukan dengan tubuhnya sendiri.
Satu hari Shahrom telah melakukan sesuatu yang tidak mudah dimaafkan. Untuk menyelamatkan dirinya, Shahrom bersembunyi di dalam satu tubuh yang menyebabkan dia terperangkap di dalamnya.








Tajuk : Siong
Penulis : M. Faiz Syahmi & Neesa Jamal
Mukasurat : 261
Harga : RM19.90








Sinopsis
Seorang lelaki berusia awal 50-an dan seorang perempuan warga Indonesia di awal usia 40-an ditahan polis ketika mereka sedang melakukan urusan jual-beli kereta mewah di Mutiara Motors, Larkin Jaya, Johor Bahru. Mereka didakwa atas tuduhan membunuh hampir 30 orang mangsa di sekitar Johor Bahru dan Batu Pahat dalam masa lima tahun.
Ketika perbicaraan sedang dijalankan, ramai wartawan terkejut bila ternampak siong tersembul keluar daripada mulut mereka berdua.
“Ini bukan plastic surgery, sayang,” kata perempuan Indonesia itu kepada salah satu wartawan. Apa saja yang keluar daripada mulutnya akan dicatat dan disiarkan dalam akhbar. Keesokan harinya, ayat Ini Bukan Plastic Surgery, Sayang menjadi tajuk besar Harian Metro.

Pinjam nampak macam menarik je. Boleh beli buku terbaru ini di #JelajahLejeFixi, online atau di kedai buku MPH.

No comments:

Post a Comment