July 31, 2014

Novel Terbaru Fixi : Tangkas dan Kombo Jerat Hilang

Salam semua...

Fixi telah mengluarkan novel terbaru mereka iaitu Tangkas dan kombo : Jerat dan Hilang.





Tajuk : Tangkas
Penulis : Syahmi Hafizuddin
Genre : Aksi, Sukan, Misteri
Halaman : 316
Harga : RM19.90












"Dia kehilangan ayah secara tiba-tiba.
Dia pula hilang begitu saja setelah berhadapan dengan orang yang dicari-carinya.
Dia yang dicari kehilangan memori, namun kini kembali dengan satu tujuan yang pasti.
Dan dia pula terus mengejar musuh yang tidak pasti di mana keberadaannya.
Hanya satu tempat yang dapat mengakhiri kesemua pencarian tersebut - Martial Arts Underground Tournament - atau nama mudahnya MAUT.
Dengar sini, semua! Bukan calang-calang orang yang boleh masuk tournament tu. Hadiah lumayan tahap tak masuk akal. Risiko pun besar. Lawan handal-handal. Siapa yang paling TANGKAS menepis serangan?"






Fixi Kombo Jerat dan Hilang
Penulis : Dayang Noor
Genre : Misteri, thriller
Halaman : 544
Harga : RM29.90












"Ini dua novel jenayah yang dihidangkan dalam satu buku. Apa yang kelihatan sempurna dan cantik di luar mungkin boleh menyembunyikan rahsia kelam yang meragut nyawa!
JERATsebuah thriller yang bertempat dalam dunia IT. Kemalangan meragut ingatan Shereen. Dia kini tidak pasti: siapa kawan, siapa lawan. Di tengah-tengah kekalutan itu, dia perlu membongkar kegiatan penyeludupan kod-kod program yang didadangkan dengan harga tinggi di pasaran gelap.
HILANGmenemukan Shaziman — seorang jurulatih peribadi yang happy-go-lucky — dengan Khairani, seorang gadis kampung yang berhijrah untuk mencari rezeki dan cinta. Apabila adik kembar Shaziman ghaib, dia tidak menyedari Khairani menyimpan kunci tentang misteri itu."

No comments:

Post a Comment