Caffebene merupakan salah sebuah kafe yang popular di Korea Selatan dan kini telah berada di Malaysia. Caffebene membawa maksud kafe yang bagus. Setakat ini terdapat 6 cawangan dan salah satunya di Melaka. Kafe tersebut bertempat di Terminal Dataran Pahlawan berhampiran dengan Hatten Square.
Seperti kafe lain, Caffebene menyediakan pelbagai minuman dan antara kelainan yang disediakan ialah Bingsu, Waffle, Gelato dan Honey bread.
Strawberry Bingsu (RM12.80)
Sweet Potato Latte & Coffee Cake (RM10.00)
Disebabkan sweet potato (keledek) popular dekat Korea Selatan, saja nak rasa. Jujur rasa dia tak berapa nak sedap sebab terlalu rasa susu, tapi kek memang sedap sebab ada rasa campur manis-manis dan rasa kopi.
Cookie & Cream Bingsu
Yang ni double, selalunya makan dalam 4 orang tapi buat yang kuat makan, dalam 3 orang pun boleh sebab banyak. Yang atas tadi single. Overall, memang menarik and worth a try.
semuanya nampak menyelerakan :)
ReplyDeletesemua nampak sedap... Bingsu tu mengancam.. T_T
ReplyDelete