July 31, 2012

Rumah Anak Yatim Islam Jasin

Salam semua..

Bulan-bulan puasa ni lagi elok kalau beramal.Dengan prinsip tersebut,aku pun telah melibatkan diri dengan program berbuka puasa bersama anak yatim di Jasin,Melaka.


Program tersebut sebenarnya bermula pagi,tapi aku tak dapat join sebab ada MUET,so aku datang masa nak berbuka.Sebelum ni aku ada join jugak program Explorace bersama anak yatim yang sama,kiranya kenal jugak anak-anak yatim dekat Jasin tu.Penasihat kelab nak jadikan anak-anak yatim tu sebagai anak angkat kelab,dapatlah kitaorang adik-adik angkat yang ramai.



July 29, 2012

Ghost Korean Drama

Salam semua...


Drama dari saluran SBS yang menceritakan tentang kisah penjenayah siber di Korea.Lakonan So Ji Sub sebagai Kim Woo Hyun dan Lee Yeon Hee sebagai Yoo Gang Mi.Mereka merupakan polis bahagian jenayah siber yang bertanggungjawab atas jenayah yang menggunakan teknologi.Cerita bermula apabila Kim Woo Hyun mati ketika melakukan operasi tetapi kawannya iaitu Park Gi Young mengambil alih tugasnya sebagai polis jenayah siber.


Nice drama ni sebab kita boleh tahu macam-macam pasal teknologi.Contohnya orang boleh hack komputer kita dengan menggunakan IP address.Tak tahulah betul ke tak tapi dalam drama tu sampai hack external hardisk.

Heroin pernah berlakon dalam drama Paradise Ranch,hero aku tak berapa sure.Ada penyanyi berlakon jugak iaitu ahli kumpulan MBLAQ, GO.

July 27, 2012

Hana Kimi Korean Version

Salam semua...

Peminat drama semua mesti pernah dengan tajuk drama Hanazakari no Kimitachi e atau nama pendek Hana Kimi.Hana Kimi merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari manga dan mula diadaptasi oleh negara Taiwan,kemudian Jepun dan terkini Korea Selatan.


Barisan pelakon utama drama Hana Kimi untuk versi Korea iaitu Min Ho,Sulli,Lee Hyun Woo dan Kim Ji Won