July 23, 2011

KPOP : After School Blue and Red

Salam semua..

After School merupakan sebuah kumpulan dari Korea yang terdiri daripada 9 orang gadis.Baru-baru ini salah seorang dari mereka meninggalkan kumpulan tersebut setelah mereka mengeluarkan album Virgin yang mempertaruhkan single Shampoo.



Kali ini mereka kembali dengan membuat sub unit iaitu After School Red dan After School Blue.After School Red membawa perwatakan yang berani dan seksi yang dianggotai oleh Kahi,Uee,Nana dan Jungah manakala After School Blue [A.S Blue] membawa perwatakan yang comel dan manis yang dianggotai oleh Raina,Lizzy,Jooyeon dan E-young.

Dulu After School ni pun pernah buat sub unit nama Orange Caramel dan sekarang ni mereka keluarkan lagi sub unit yang baru.Macam-macam cara mereka buat nak promote kumpulan diaorang.Siapa yang minat kpop mesti tahu group ni tapi kalau yang tak minat sangat tu mesti tak kenal macam Super Junior,Girls Generation ke.Sebab tu mereka ni bersungguh-sungguh promote kumpulan diaorang.

Mereka debut dengan sub unit ni di rancangan Musci Core buat kali pertama.Jom tengok.



Mana satu yang korang suka.AS Blue atau AS Red?Syuk pilih AS Blue. =]