August 30, 2011

Wonder Girls on Teen Nick

Salam semua...

Siapa kenal Wonder Girls.Alah,kumpulan k-pop yang popular dengan lagu Nobody tu sampai Datuk Siti pun buat cover lagi diaorang. Mereka dah lama tak keluar lagu baru selepas lagu Two Different Tears keluar tahun lepas sebab mereka ni sibuk dengan aktiviti dekat U.S macam buat cover lagu B.O.B untuk Mashup Mondays Billboard.


August 29, 2011

Kad Raya Paling Bermakna!!!

Salam semua...

Lama dah tak update blog ni.Cuti dah start hari jumaat hari tu tapi sampai sekarang baru sempat nak update blog.Okay,nak cerita pasal kad raya.Siapa yang dah dapat kad raya tahun ni?Seronok dapat kad raya?Siapa yang bagi?Kawan,girlfriend,boyfriend?Tak kisahlah siapa pun yang bagi,yang penting korang dapat kad raya.

Tahun ni baru dapat satu kad raya dari kawan sekolah menengah.Itu pun dia post kat facebook tanya siapa nak kad raya.So,cepat-cepatlah syuk inbox alamat kat email dia.Hari Jumaat sampai rumah,tengok-tengok kad raya pun dah sampai...


August 21, 2011

Jom Berbuka Bersama Anak Yatim

Salam semua...

Semalam bersamaan dengan 20 Ogos,Kelab Usahawan UiTM Melaka telah mengadakan program Jom Berbuka bersama anak yatim di Krubong dan seramai 30+ anak yatim yang diraikan.Kali ini dah masuk kali kedua syuk join program yang dianjurkan oleh KUMUDA ni cuma tahun lepas program Singgah Sahur di Kuala Lumpur.


Mereka ni bukanlah tinggal macam kat asrama tapi tinggal dirumah taman yang dikelolakan oleh pihak berkenaan.Mungkin ada orang yang beli rumah tersebut dan buat rumah anak yatim.Ada 2 rumah, 1 rumah untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan.


Dan semuanya masih kecil-kecil lagi, yang paling besar pun darjah 6 [yang lelaki la,yang perempuan tak tau pulak].Semua makanan untuk berbuka disponsor oleh orang-orang yang ingin beramal pada bulan puasa ni.Sebelum berbuka tu sempatlah kitaorang berbual-bual dengan anak-anak yatim,tak semua yang ada kat rumah tu anak yatim,ada jugak anak-anak yang dari keluarga susah.


K-Pop All Star Live in Niigata

Salam semua..

Pada 20 Ogos yang lepas saluran TV Korea iaitu MBC telah mengadakan konsert di Jepun sempena menyambut ulang tahun yang ke-50 dan ramai artis-artis yang popular hadir untuk menjayakan konsert tersebut.Antaranya CN Blue, BEAST, SNSD, Kara, 4minute, SECRET, 2PM, 2AM, Infinite, SISTAR.

Seramai 45 ribu penonton yang hadir untuk menyaksikan konsert tersebut di Stadium Big Swan Niigata.Sooyoung,Tiffany dan Yuri menjadi pengacara untuk konsert tersebut.




Ramai artis yang membuat persembahan tapi rasanya orang paling tunggu adalah persembahan istimewa dari pada Goguma Couple yang super sweet =]

 

Persembahan yang lain....

 

August 19, 2011

KAMI BLOGGER PRIHATIN

Salam semua.. Segmen ini adalah sebagai sokongan terhadap kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA  anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ni.Marilah kita sama-sama menderma kepada orang yang memerlukan bantuan. Sedikit gambar rakyat yang miskin tegar di Somalia.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada =]

August 15, 2011

Checklist bulan Ramadhan

Salam semua..

NAFSU TERDIDIK,CINTA TUHAN BERPUTIK

RAMADHAN ITU DATANG DAN PERGI, SETIAP TAHUN IA BERSILIH GANTI, TETAPI ADAKAH KITA MELIHAT RAMADHAN SEBAGAI ADAT BERPUASA SEMATA-MATA??
RAMADHAN SEBAGAI BULAN IBADAT DANKEBAJIKAN?? ATAU RAMADHAN SEBAGAI TITIK MULA BERCINTA DENGAN SANG PENCINTA???


Malam ini sudah masuk hari ke 17 Ramadhan dan esok adalah Nuzul Al-Quran.Sekejap je rasanya bulan puasa berlalu tanpa kita rasa. Dan untuk 17 Ramadhan terakhirlah kita perlu tingkatkan amalan kita sama ada sekecil zahar pun amalan dalam bulan Ramadhan ini akan dikira.Masih sempat lagi kepada sesiapa yang tak meningkatkan amalan kebaikan mereka dalam bulan Ramadhan ni. Tengoklah checklist untuk meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan ini.


  • Berazam yang kita akan memenangi nikmat Allah dengan melaksanakan solat sunat, kerap berdoa dan berzikir
  • Membaca Al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu sekurang-kurangnya 3-4 muka dalam sehari. Dengan cara ni kita akan khatam pada hujung bulan Ramadhan
  • Memahami ayat Al-Quran ketika kita membacanya
  • Ajak rakan-rakan atau sedara mara untuk berbuka bersama dengan kita dirumah. Kita akan rasa keberkatan dalam perhubungan tersebut
  • Bagi sesiapa yang tinggal dengan ibu bapa seelok-eloknya berbuka bersama mereka untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga
  • Bersedekah dimasjid ataupun dirumah anak yatim kerana Ramadhan is a month of sharing
  • Banyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan mengajar kita erti kesabaran.
  • Malam Lailatuk Qadar yang dinantikan oleh semua umat Islam untuk  membuat amal kerana ganjarannya lebih banyak dari seribu bulan
  • Menangis untuk meminta kemaafan disebabkan dosa yang telah kita lakukan. Ramadhan adalah bulan kemaafan.Masih belum terlambat lagi.
  • Menahan pandangan dan lidah. Rasulullah S.A.W memberi amaran bahawa menipu, mengumpat dan melihat perkara yang tidak elok adalah dilarang semasa berpuasa.

August 14, 2011

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

Salam semua...


Cepat..Tarikh tutup petang ni je

p/s : dah lama tak join segment =]

August 13, 2011

We Got Married Ep 16 Eunjung Jangwoo in Malaysia

Salam semua...

Ini adalah episode terakhir mereka berbulan madu di Malaysia.Harap korang terhibur. Mereka menghabiskan masa dipantai dan makan tengah hari bersama 2 orang asing dari Perancis. Tengoklah gelagat mereka semasa berbual dengan orang luar negara tersebut,macam anjing dengan kucing bercakap. Tapi yang menariknya walaupun tak pandai sangat speaking mereka tetap promote negara Korea kat orang tersebut.



Nak mintak pendapat korang boleh??

Salam semua...

Semenjak ni tak ramai yang komen kat blog ni.Adakah disebabkan blog ni guna intense debate dan membuatkan orang rasa leceh nak post komen?? [sebelum pakai intense debate macam ramai orang komen je -_- ] Ke sebab isi tak best?[tu tak boleh nak buat ape lagi lah kan >_<

Nak mintak pendapat orang yang baca,patut guna intense debate atau guna comment yang biasa sahaja.Pendapat korang semua amat diperlukan sebab untuk menyenangkan korang untuk post komen[tu pun kalau ada yang sudi nak komen blog yang tak seberapa ni]

August 12, 2011

T-ara Roly Poly School Uniform

Salam semua..



Siapa kenal gadis-gadis sekolah dekat atas ni?Mereka ni adalah T-ara.Ni adalah gaya terbaru mereka untuk mempromosikan lagu terbaru mereka Roly Poly.Kumpulan T-ara kembali dengan lagu 80an yang bertajuk Roly Poly dan kali ini dengan gaya sekolah. Gaya sekolah ini untuk mempromosikan lagu Roly Poly yang pernah mendapat tempat pertama dalam Mnet Countdown. Lagu ni bergenre 80an dan tariannya pun ala-ala tarian yang dulu.Sebelum ni mereka hanya memakai pakaian yang membawa imej 80an tapi sekarang mereka menukar imej gadis-gadis sekolah.

August 8, 2011

MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA 2011

Salam semua..


MTV World Stage Live in Malaysia telah pun berlangsung pada bulan Julai yang lepas dan kali ini channel MTV akan menayangkan premier untuk konsert tersebut.Bermula pada 8 Ogos dan beberapa kali siaran ulangan.Jadi sempat rasanya kalau nak tengok ulangan bagi sesiapa yang sibuk.Sesiapa yang nak tengok full jadual boleh klik...

August 3, 2011

Super Junior Comeback with Mr Simple

Salam semua..

Super Junior yang berada dibawah naungan SM Entertainment akan mengeluarkan album kelima mereka pada awal bulan Ogos.Mereka sekarang membuat promosi dengan meletakkan satu persatu poster ahli kumpulan untuk dijadikan teaser album terbaru mereka.Bermula dengan Eunhyuk, poster-poster mereka telah pun dikeluarkan dalam laman web mereka.

Mereka akan kembali setelah 1 tahun 2 bulan dan lagu terakhir mereka ialah Bonamana. Album terbaru mereka mempunyai 4 lagu baru dan mempertaruhkan lagu Mr Simple sebagai single comeback mereka kali ini.


August 1, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam semua..

Selamat menaiki RAMADHAN AIR.Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan LAPAR & DAHAGA.Para penumpang diWAJIBkan untuk memasang NIAT puasa dan menegakkan kerusi SOLAT.Penerbangan ini bebas asap PERSILISIHAN.Saya selaku anak kapal bertugas mengucapkan SELAMAT MENEMPUH 30 HARI yg MENCABAR.Semoga penerbangan kali ini akan lebih DIBERKATI =]


Esok semua orang yang menganut agama Islam akan mula berpuasa selama sebulan di dalam bulan Ramadhan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang umat Islam.Mula-mula kita kena bersyukur sebab kita masih diberi peluang untuk merasai bulan Ramadhan untuk tahun ni sebab ada orang disekeliling kita yang tak sempat nak rasa macam arwah cikgu Sivik syuk yang baru je meniggal dalam minggu lepas disebabkan kanser.Tak sangka sebab masa dekat sekolah dulu cikgu tu tak nampak sakit pun.Itulah namanya ajal,boleh sampai bila-bila je.

Lagi satu yang keluar kat paper hari ni pasal Ashraf,lelaki yang nak tukar namanya kepada Aleesha Farhana kalau tak silap.Lagi 2 hari nak puasa,arwah meninggal sebab jantung dan tekanan darah rendah.Tuhan nak amibil nyawa kita sekejap je.Jadi kita kenalah hadapi bulan Ramadhan kali ni dengan lebih baik berbanding tahun lepas.