July 13, 2011

Wonder Girls in Mashup Mondays Billboard.

Salam semua...


Dengan kejayaan Wonder Girls yang merupakan artis Korea pertama yang masuk di dalam carta Billboard Hot 100 dengan lagu Nobody,mereka dipanggil untuk melakukan rakaman Mashup Mondays di Billboard Chart.Mereka juga yang sebelum ini pernah disenaraikan oleh Billboard untuk artis bawah umur 21 yang berpotensi.


Kali ini mereka dijemput untuk membuat rakaman lagu bahasa Inggeris dan yang menariknya peminat Wonder Girls sendiri boleh memilih lagu yang akan dinyanyikan nanti.Terdapat 3 lagu yang boleh dipilih oleh peminat WG iaitu....



Party In The USA oleh Miley Cyrus
Hip To My Heart oleh The Band Perry
Nothin' On You oleh B.O.B feat Bruno Mars

Untuk mengundi lagu yang akan dinyanyikan oleh Wonder Girls sila klik Polls Wonder Girls. Tarikh tutup undian adalah pada 25 Julai dan lagu yang menang akan diumumkan pada 1 Ogos.