Salam semua...
Zaman sekarang banyak sangat makanan yang tidak sihat yang sangat digemari termasuk makan ringan yang menggoda masyarakat dengan harga yang murah.Walaupun banyak makan yang tidak berkhasiat tapi banyak juga pilihan untuk makanan yang berkhasiat tetapi jarang diambil oleh masyarakat sekarang kerana tidak mempunyai rasa yang menarik.
Antara makanan yang mungkin tidak dimakan oleh masyarakat sekarang adalah :
- Pepitas (Biji Labu)
Banyak khasiat yang terdapat dalam biji labu antaranya lemat yang tidak tepu,kalsium, vitamin B, serat dan lain lagi.Cara terbaik untuk menghidangkan biji labu dengan cara mencampurkan di dalam salad dan makan bersama dengan salad.
2. Tahini ( Pes Biji Bijan)
Bagi yang tak tahu pes,ia merupakan biji bijan yang dihancurkan menjadi halus.Pes biji bijan kaya dengan protein, serat, kalsium, vitamin E dan antioksidan. Pes biji bijan ini juga dijadikan snek di negara Arab.
3. Prun
Buah prun tidak asing bagi rakyat Malaysia kerana buah prun telah dikomersialkan kepada rakyat Malaysia. Buah ini kaya dengan serat,iron, potassium, rendah kalori berbanding buah-buahan kering yang lain.
4. Barli
Barli juga dikenali oleh masyarakat Malaysia kerana kebanyakan kedai menyediakan air barli sama ada sejuk atau panas. Barli kaya dengan serat larut dan boleh digantikan dengan nasi.
5. Turmeric (Kunyit)
Tergolong dalam rempah ratus yang biasa digunakan di dalam masakan kari. Kunyit kaya dengan antioksidan yang setanding dengan buah strawberi, rasberi, dan ceri.