July 17, 2014

Tertulis di Bintang-Bintang

Salam semua...

Buku yang berjudul Tertulis di Bintang-Bintang merupakan terjemahan kepada buku popular "The Fault In Our Stars". Untuk pengetahuan semua, buku ini di terjemahkan oleh pihak Fixi Verso. Dan buku asal ini juga telah dijadikan filem dengan menggunakan tajuk yang sama.






Tajuk : Tertulis Di Bintang-Bintang
Penulis : John Green
Penterjemah : Birsilah Bakar
Muka surat : 326
Harga : RM 24.90











July 16, 2014

Lelaki Berubah Menjadi Seekor Beruk

Salam semua...


Sekarang filem Dawn of the Planet of the Apes mendapat reaksi positif dari pengkritik filem dan berjaya mengutip 70 juta USD dalam masa seminggu ditayangkan. Filem ini merupakan filem sekuel kepada Rise of the Planet of the Apes pada tahun 2011 yang lalu.


July 14, 2014

Diagnosis oleh Anwar Fazal

Salam semua...









Tajuk : DIAgnosis
Penulis : Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat, Dr Azah
Halaman : 142
Harga : RM20.00











Sinopsis
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:
1) Kaya
2) Bergaya
3) ’Glamour’
4) Rasa ‘Superior’
Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.
Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh  buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.
Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat