October 13, 2014

My Lovely Girl Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : My Lovely Gir
Genre : Romantik, Muzikal
Episod : 16
Waktu : Rabu & Khamis 9.00 malam
Saluran : One HD

Hyun Wook merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah agensi yang melatih artis. Beliau seorang pencipta lagu yang mempunyai perwatakan dingin dan acuh tak acuh di luaran tetapi sensitif dan baik hati. Hyun Wook hidup dalam kesedihan kerana dia teman wanita dia meninggal dunia dalam kemalangan di depan matanya sendiri. Kakaknya bekas teman wanita, Yoon Se Na, pergi ke Seoul untuk mengejar kerjaya sebagai seorang pencipta dan berjumpa dengan Hyun Wook yang membantu dia mencapai cita-citanya.


Drama lakonan penyanyi dan pelakon popular iaitu Rain dengan gandingan penyanyi kumpulan f(x), Krystal. Sebelum ini, Rain telah berlakon dalam popular, Full House dan juga telah berlakon di dalam filem Hollywood. Krystal juga sebelum ini pernah berlakon di dalam drama The Inheritors. 

Drama ini mula ditayangkan di saluran One HD pada 22 Oktober ini. Dari segi rating, drama ini mendapat tempat kedua di belakang drama MBC, The Spring Day of My Life. 

No comments:

Post a Comment