December 31, 2011

Goodbye 2011, Hello 2012.

Salam semua..


Nampaknya dalam beberapa jam je lagi kita akan ke tahun baru iaitu 2012.Mesti ramai yang dah pasang azam untuk tahun 2012 ni.Korang punya azam yang tahun 2011 tu dah tercapai semuanya? Kalau dah tahniah,kalau belum bawaklah azam tahun lepas ke tahun 2012 ye.

Aku punya azam adalah yang tercapai. (ada buat azam ke tahun ni). Mestilah ada,nak dapat dean list,nak naikkan berat badan etc.Adalah yang tercapai jugak dan yang tak tercapai tu macam nak naikkan berat badan,bolehlah bawak ke tahun 2012.

Korang ada azam yang menarik ke?kalau ada kongsi-kongsilah dengan blogger-blogger lain.Apa-apa pun selamat menyambut tahun baru 2012 dan harapan aku tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya.

December 29, 2011

SBS Gayo Daejun 2011

Salam semua..

Minggu terakhir pada tahun 2011 ni bermula semua festival-festival muzik di saluran Korea iaitu MBC,SBS dan KBS.Dan hari ini bermula dengan saluran SBS,mereka telah menayankan festival muzik yang dipanggil sebagai SBS Gayo Daejun 2011.


 Ramai artis-artis yang popular datang membuat persembahan di festival tersebut antaranya SNSD,2PM,TVXQ,Miss A dan ramai lagi artis K-pop yang popular hadir. Festival tersebut mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Korea,malah di luar negara melalui online streaming dan trending di Twitter kebanyakkannya tentang festival muzik tersebut ketika festival tersebut berlangsung.

Best of Korea FB

Antara part-part di festival tersebut.Tengoklah sebelum diremove dari Youtube.

December 28, 2011

Wordless Wednesday : Suboh Scenery

Salam semua..


Taken 2010 lepas subuh kalau tak silap.Masa ni Eye On Malaysia tu still ada kat Melaka lagi sebelum diturunkan.

December 27, 2011

K Pop Star Park Ji Min sings Rolling in The Deep

Salam semua..

Baru-baru ni saluran SBS telah membuat satu rancangan realiti untuk mencari artis k-pop yang terbaru dan syarikat besar seperti SM Entertainment,YG Entertainment dan JYP Entertainment telah bergabung untuk mencari peserta yang terbaik.


Dalam episode terbaru rancangan tersebut, salah seorang peserta telah membuat para juri terpegun dengan suaranya ketika membawakan lagu Adele - Rolling in The Deep. Dan yang menarika lagi,peserta tersebut baru berumur 15 tahun.

Memang terpegunlah bila korang tengok video ni sebab sumpah sedap suara dia,english pun boleh tahan,tak adalah macam slang korea english bila budak perempuan ni.Juri siapa jerit lagi time budak perempuan ni nyanyi.




December 26, 2011

Chatbox bertukar!

Salam semua...

Chatbox ni sangat necessary kepada blog-blog sebab dekat situlah ramai orang tinggal jejak dan senang untuk empunya blog tahu siapa yang dah jengok blog diaorang.Samalah macam aku,walaupun tak ramai orang yang datang blog ni,tapi jugak ada orang yang tinggal jejak dekat chatbox.


ni chatbox yang sebelumya dikenali sebagai shoutmix,sebab utama aku tukar chatboz ni sebab pada tahun 2012 syarikat shoutmix ni tak akan lagi memberikan perkhidmatan percuma kepada pengguna mereka kerana mereka tak dapat kaut untung dengan membuka chatbox secara percuma.Jadi,siapa yang nak guna jugak shoutmix ni bolehlah keluarkan $0.99 setiap bulan untuk bayar chatbox dekat blog korang.

Chatbox yang baru...

December 25, 2011

Top 10 Carian Google 2011 untuk Malaysia

Salam semua...

Menjelang tahun 2012 yang tak lama lagi akan tiba,Google telah pun mengeluarkan carian yang paling popular pada tahun 2011 dan tak ketinggalan juga,Malaysia juga mempunyai carian negara Malaysia sendiri selain carian untuk seluruh dunia...

Top 10 Fastest Rising Search

Nampak situ rakyat Malaysia suka sangat dengan Facebook ni.Game yang mendapat tempat seluruh orang di dunia termasuk Malaysia iaitu Angry Bird.Memang addictive game ni. Maharaja Lawak merupakan rancangan realiti yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia,yang buat kita ketawa tiap-tiap minggu. Smartphone mendominasi carta dengan iPhone 5,Samsung Galaxy,iPad 2 dan Android. Ramai orang dah beralih dengan smartphone sekarang ni temasuklah aku.
Apakah penganggur Malaysia semakin meningkat sampai word Jawatan Kosong dapat top 10.
TV Online pun dapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu Tonton.Dan last sekali Aishiteru,sebab lagu Aishiteru tu ke atau drama Aishiteru tu?tak tau lah..




Top 10 Fastest Rising People


Siapa perasan penyanyi Malaysia tak ada pun.Yang ada pun blogger-blogger terkenal macam Fatin Liyana and Hanis Zalikha dan seorang ahli politik Anwar Ibrahim.Dan tentunya yang menjadi fenomena untuk gadis di Malaysia iaitu Hana Tajima style.










Top 10 Televison


Kebanyakkan realiti tv dari US macam ANTM (America's Next Top Model), X-Factor USA,American Idol, Amazing Race.
Series daripada US pun popular macam Supernatural dengan Bones.
Dan yang paling aku suka iaitu salah satu drama korea iaitu My Princess dapat top 10 search untuk Malaysia.Mungkin sebab ramai orang tengok dekat 8tv.











Dan search yang paling best sekali adalah top 10 blog dari Google Search.

December 24, 2011

Top Korean Drama 2011

Salam semua...

Bagi peminat drama korea,mesti korang tertanya-tanya drama mana yang mendapat rating tertinggi sepanjang 2011.Untuk pengetahuan semua,kebanyakkan drama yang mendapat rating tertinggi di Korea merupakan drama harian macam sitcom yang mempunyai beratus-ratus episode tapi ada jugak drama yang biasa dapat rating tinggi.


 Top 10 drama 2011..

1. KBS, ‘Smile, Donghae’ – 36.4%
2. SBS, ‘Secret Garden’ – 26.5%
3. KBS, ‘Ojakgyo Brothers’ – 25.5%
4. KBS, ‘Believe In Love’ – 22.8%
5. KBS, ‘Women of Our Home’ – 21.5%
6. KBS, ‘Only You’ – 19.9%
7. KBS, ‘Happy Sunday’ – 18.4%
8. KBS, ‘Princess’ Man’ – 17.3%
9. SBS, ‘Deep-Rooted Tree’ – 17.1%
10. KBS, ‘King Gwanggaeto the Great’ – 16.7%

Dalam banyak-banyak drama yang list dekat atas ni,ada satu je variety show yang masuk dalam list iaitu KBS Happy Sunday atau lebih dikenali dengan 2 Days 1 Night. Tempat yang 1, ke 4, ke 5 dan ke 6 merupakan daily drama yang telah mendapat rating tertinggi antara drama-drama yang lain.Smile, Donghae tu best jugak.Aku adalah layan,tapi tak selalu lah.

December 18, 2011

Protect The Boss Korean Drama

Salam semua..

Drama sempoi terbaik 2011 ni memang peminat drama korea patut tengok sebab jalan cerita drama ni tak serabut sangat dengan konfik macam drama korea yang lain tapi still ada konflik lah.
 

Drama ni dari saluran SBS dan mempunyai 18 episode.Rating drama ni pun tinggi jugak sebab ada beberapa kali dapat nombor 1. Drama ni tentang seorang bos yang sangat kebudak-nudakkan dan tentang seorang personal assistant yang berani. Bos tersebut mempunyai penyakit dan bergantung kepada personal assistant hinggalah mereka berdua jatuh cinta.


December 17, 2011

Lagu K-pop paling laris 2011

Salam semua..

Berikut merupakan senarai lagu k-pop yang paling laris mengikut jualan digital oleh Olleh Music.Lagu yang paling banyak dalam senarai ni adalah dari 2NE1 dan IU sebanyak 4 lagu.


  • 1. ‘”Black & White” – G.NA
  • 2. “Good Day” – IU
  • 3. “Roly Poly” – T-ara
  • 4. “Tonight” – Big Bang
  • 5. “Shy Boy” – SECRET
  • 6. “Pinocchio” – f(x)
  • 7. “Someday” – IU
  • 8. “Intuition” – CN BLUE
  • 9. “The Story Only I Didn’t Know” – IU
  • 10. “Fiction” – B2ST
  •  
  • Tengok dari top 10 lagu paling laris ramai artis yang popular dan yang paling ketara IU.Siapa tak kenal IU?Dia lah artis solo yang paling laku sekarang.Sampai 3 lagu dia masuk top 10.Salah satu lagu tu dari OST Dream High - Someday.Lagu-lagu top 10 ni memang best.

December 16, 2011

Wonder Girls at The Apollo Teen Nick

Salam semua..

Wonder Girls sudah pun membuat kemunculan semula di Korea pada bulan lepas dan mereka akan menghasilkan filem bersama dengan saluran television US iaitu Teen Nick untuk filem Wonder Girls at The Apollo.



Klip ni preview untuk filem tersebut,sesiapa peminat Wonder Girls boleh nantikan filem ni yang akan ditayangkan di Teen Nick pada bulan Februati tahun 2012.

December 11, 2011

Toyota Camry 2012 ft Lee Min Ho

Salam semua..

Toyota Camry telah melancarkan generasi terbaru kereta tersebut dan mereka mempromosikan kereta terbaru mereka tersebut dengan dengan 4 mini episode yang telah dilakonkan oleh pelakon Korea terkenal iaitu Lee Min Ho.

Episode pertama.



Episode kedua

Episode ketiga



December 5, 2011

Haagen Dazs Hatten Square

Salam semua..

Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke kedai aiskrim Haagen Dazs yang boleh tahan mahal harganya. Tapi disebabkan nak celebrate birthday ibuku yang tersayang, tak kisah pun.


Memang kena admit lah kemahalan aiskrim ni,kalau korang tengok aiskrim ni dekat shopping pun harganya dalam RM30+ kan.Tapi rasa aiskrim ni memang macam RM30 dan rugilah kalau korang tak habiskan aiskrim kalau korang dah beli.

Ada macam-macam jenis aiskrim,dari yang classic sampailah yang kita boleh pilih sendiri.Disebabkan baru first time masuk [ntah bila lagilah nak masuk],so aku pilihlah yang cam best.

Banana Split RM 29

December 3, 2011

Sad Movie Korean Movie

Salam semua...

Sad Movie mengisahkan tentang 4 kisah yang berlainan tetapi semuanya menceritakan tentang perpisahan dengan orang yang mereka sayangi.Setiap kisah mempunyai jalan cerita yang menarik. Filem ni ditayangkan pada tahun 2005.


Filem ni dibintangi barisan pelakon yang popular seperti Jeong Woo Seong dalam drama Athena Goddess of War,Shin Min Ah dalam drama My Girlfriend is Gumiho, Im Soo Jeong dalam drama Sorry I Love You dan Lee Ki Woo dalam drama Flower Boy Ramyun Shop.



Antara 4 cerita dalam movie ni,yang paling best aku rasa pasangan yang heroin bisu dan hero pulak seorang pelukis.Mereka kenal dekat taman tema. Tapi cerita yang lain pun boleh tahan sedih jugak. Nama pun Sad Movie,siapa yang tak sedih tengok movie ni,memang keras hati dia sebab cerita pasal emak dengan anak pun ada jugak.

 Pasangan best dalam movie ni

Duit Syiling Baru 2012

Salam semua...

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan edisi terbaru untuk duit syiling Malaysia dan berkuat kuasa pada tahun hadapan.Semua duit syiling akan ditukar coraknya dari RM 0.50 hingga RM 0.05 dan corak kali ini lebih simple dari corak sebelumnya.



Yang paling atas sekali RM 0.50,RM 0.20, RM 0.10 dan terakhir RM 0.05. Corak di bahagian belakang pun diubah menjadi lebih simple. Duit syiling ni lecturer aku beli time dia pergi BNM dan harga untuk 5 duit syiling ni RM 10.