July 29, 2011

We Got Married Ep 15 Eunjung Jangwoo in Malaysia

Salam semua...

Ni sambungan untuk episode penggambaran mereka di Malaysia.Dimulakan dengan mereka lunch bersama dan Jangwoo propose Eunjung dengan cara meletakkan cincin dalam aiskrim calung(kelakar,korang patut tengok).Selepas tu,mereka pergi sekitar tempat dan akhir sekali mereka pergi ke kelab(Malaysia punya kelab terbaik =p )

Enjoy it =]


July 23, 2011

KPOP : After School Blue and Red

Salam semua..

After School merupakan sebuah kumpulan dari Korea yang terdiri daripada 9 orang gadis.Baru-baru ini salah seorang dari mereka meninggalkan kumpulan tersebut setelah mereka mengeluarkan album Virgin yang mempertaruhkan single Shampoo.



Kali ini mereka kembali dengan membuat sub unit iaitu After School Red dan After School Blue.After School Red membawa perwatakan yang berani dan seksi yang dianggotai oleh Kahi,Uee,Nana dan Jungah manakala After School Blue [A.S Blue] membawa perwatakan yang comel dan manis yang dianggotai oleh Raina,Lizzy,Jooyeon dan E-young.

Dulu After School ni pun pernah buat sub unit nama Orange Caramel dan sekarang ni mereka keluarkan lagi sub unit yang baru.Macam-macam cara mereka buat nak promote kumpulan diaorang.Siapa yang minat kpop mesti tahu group ni tapi kalau yang tak minat sangat tu mesti tak kenal macam Super Junior,Girls Generation ke.Sebab tu mereka ni bersungguh-sungguh promote kumpulan diaorang.

Mereka debut dengan sub unit ni di rancangan Musci Core buat kali pertama.Jom tengok.

Music Bank Special Live in Tokyo (KPOP Festival)

Salam semua..

Petang tadi KBS telah menyiarkan Music Bank Special dari Tokyo.Konsert tersebut diadakan pada minggu lepas iaitu 13 Julai 2011 tetapi baru ditayangkan petang tadi di saluran KBS2 di Korea dan di 72 buah negara menerusi KBS World.


Seramai 15 artis Korea yang membuat persembahan pada konsert tersebut iaitu termasuk  2PM,SNSD,4Minute,KARA,TVXQ,Rainbow,SECRET,BEAST,U-Kiss dan lain-lain.KBS membelanjakan sebanyak RM7juta untuk menjayakan konsert tersebut dan seramai 45 ribu orang yang hadir pada konsert tersebut.

Konsert tersebut berlangsung selama 3 jam dan dibahagi kepada 2 bahagian.Bahagian pertama dimulakan dengan persembahan KARA dan diakhiri oleh 2PM.

KARA - Mister

Rainbow - Come To Me

U-Kiss - 0330

IU - Good Day

2PM - Hands Up

2PM - 10 Out of 10

Bahagian kedua dimulakan dengan 4Minute dan diakhiri oleh TVXQ

July 22, 2011

KBS Drama : Spy Myung Wol

Salam semua...

Drama terbaru dari saluran KBS yang menggantikan drama Babyface Beauty.Drama ini telah pun bersiaran selama selama 4 episode.Drama ini mengisahkan tentang seorang perisik lakonan Han Ye Sul sebagai Han Myung Wol dari Korea Utara dibantu oleh rakannya iaitu Choi Ryu lakonan Lee Jin Wook dengan misi untuk mengganggu Gelombang Kpop dengan cara menculik seorang artis Korea Selatan iaitu Kang Woo lakonan Eric.


Drama ini bergenre romantik komedi dan mempunyai 16 episode.Yang menarik tentang drama ini ialah drama Spy Myung Wol ni masih belum ditayangkan di KBS World tapi telah diambil oleh laman web Maadu.com selepas 48 jam ditayangkan di Korea. Bagi sesiapa yang minat drama bergenre romantik komedi,korang tengoklah drama ni.Rating drama ni tak berapa tinggi mungkin disebabkan baru lagi bersiaran.

July 21, 2011

(Review) Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2

Salam sema..

Filem Harry Potter melabuhkan tirainya dengan filem mereka yang terakhir iaitu Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2.Dengan tag line filem ini iaitu It All Ends ia merupakan antara climax terbaik dalam sejarah filem fantasi.

Filem ini bermula aksi dimana Harry dan rakannya pergi ke Gringotts Bank untuk mencari Hocrux yang berada di dalam bilik kebal Bellatrix Lestrage.Aksi terbaik dalam scene tersebut dimana mereka menjadikan naga yang terdapat di bilik kebal sebagai kekuatan mereka untuk melepaskan diri.


Aksi yang kedua dan yang paling best adalah di School of Wizardy iaitu Hogwarts.Harry Potter kembali untuk mencari Hocrux yang seterusnya.Scene ni antara scene terbaik dalam semua siri Harry Potter.Cikgu di Hogwarts membuat pertahanan di sekolah tersebut daipada dipecah masuk oleh pengikut Lord Voldermort.

gambar kabur.Sebelah kiri Prof. Mcgonagall dan ibu Ron Weasley

Dan aksi yang terakhir sekali ketika Harry Potter bertarung dengan Lord Voldermort.Boleh kata sengit pertarungan antara mereka ni tapi rasanya yang tak best bila bukan kawan baik Harry Potter sendiri yang bunuh Hocrux yang terakhir (Nagini) tetapi Neville Longbottom yang bunuh dengan pedang Gryfindoor.

July 20, 2011

Bila Iklan Topup Pelik!!!

Salam semua..

Entri ringkas hari ini.Cuba bayangkan kalau ada iklan besar macam ni dekat pusat membeli belah yang besar dekat tempat korang.


Korang ada perasan apa-apa kesalahan tak dekat iklan ni?Kalau tak perasan cuba tengok balik ayat "Terus masuk ke...." HEADPHONE..Kan pelik tu.huhu.Kedai manalah ni kan.Siapa-siapa yang pernah pergi kedai ni jangan pulak kantoikan.

Moral of the story : Baca balik bila type.Nanti TYPO macam ni susah =]

July 19, 2011

We Got Married Ep 14 Eunjung Jangwoo in Malaysia

Salam semua...

Sebelum ni ada entry tentang pasangan We Got Married Eunjung dan Jangwoo pergi ke Malaysia untuk membuat penggambaran mereka disini.Untuk pengetahuan semua,episode tersebut telah pun ditayangkan di Korea.Lokasi penggambaran mereka di Cherating,Pahang.

Tujuan mereka membuat penggambaran di Malaysia kerana untuk berbulan madu sempena dengan tugas yang diberikan.Serba sedekit bagi yang tidak mengenali rancangan We Got Married,rancangan ini merupakan rancangan yang menjadi pilihan rakyat Korea kerana rancangan tersebut merupakan sebuah perkahwinan virtual diantara artis dan antara artis yang popular dari rancangan ini ialah Goguma Couple.

Rakaman penggambaran mereka di Malaysia ditayangkan pada minggu lepas selepas mereka pergi berkelah sempena dengan birthday Jangwoo.Jom tengok.



July 18, 2011

Miss A album A Class

Salam semua..

Miss A iaitu penyanyi berkumpulan dari Korea yang dibawah naungan JYP mengeluarkan album terbaru bertajuk A Class.Terdapat 5 lagu dan single yang dipertaruhkan dalam album ini ialah Goodbye Baby.Single terbaru ini tidak serancak jika dibandingkan dengan single mereka yang lepas iaitu Good Girl,Bad Girl dan Breathe.


Album ini dikeluarkan pada 18 Julai iaitu hari ini di laman web seperti Soribada,Daum,Mnet dan lain-lain lagi dan dalam masa beberapa jam,lagu Goodbye Baby mendahului semua carta lagu di Korea.Mereka mengeluarkan sekali music video untuk single mereka.



Untuk pengetahuan semua,mereka akan membuat comeback yang pertama mereke di Mnet Countdown pada 21 Julai ini.berikut merupakan lagu-lagu yang terdapat dalam album Miss A.

July 17, 2011

Lie To Me : Korea Drama

Salam semua...


Drama yang bertajuk Lie To Me yang ditayangkan di saluran SBS dan mempunyai 16 episode.Drama ini sudah pun habis ditayangkan di Korea pada minggu lepas dan drama ini tidak berapa mendapat sambutan di Korea tetapi lebih mendapat sambutan di luara negara seperti negara China.

Mengisahkan tentang Gong Ah Jung lakonan Yoon Eun Hye yang cemburu dengan rakan-rakannya yang sudah berkahwin dan mengambil keputusan untuk menipu rakan-rakannya bahawa dia telah berkahwin.Malangnya,penipuannya menjadi besar sehingga ke pengetahuan Hyun Ki Joon lakonan Kang Ji Hwan yang merupakan seorang perngurus hotel.



July 13, 2011

Wonder Girls in Mashup Mondays Billboard.

Salam semua...


Dengan kejayaan Wonder Girls yang merupakan artis Korea pertama yang masuk di dalam carta Billboard Hot 100 dengan lagu Nobody,mereka dipanggil untuk melakukan rakaman Mashup Mondays di Billboard Chart.Mereka juga yang sebelum ini pernah disenaraikan oleh Billboard untuk artis bawah umur 21 yang berpotensi.


Kali ini mereka dijemput untuk membuat rakaman lagu bahasa Inggeris dan yang menariknya peminat Wonder Girls sendiri boleh memilih lagu yang akan dinyanyikan nanti.Terdapat 3 lagu yang boleh dipilih oleh peminat WG iaitu....

July 10, 2011

Fakta tentang Remaja dan SMS

Salam semua..

Seperti yang kita semua tahu,semenjak sistem pesanan ringkas ataupun SMS diperkenalkan,orang lagi ramai memilih SMS berbanding membuat panggilan terutamanya bagi para remaja disebabkan kosnya jauh lebih murah berbanding dengan membuat panggilan.Dibawah ini ada survey yang telah dilakukan terhadap remaja di US.Rasanya tak banyak perbezaan remaja di Malaysia dengan remaja di US.


Kalau kita nak bandingkan dengan remaja kat Malaysia ni rasanya tak jauh beza,ramai remaja kat Malaysia ni pun prefer SMS dari call sebab murah.Kalau lain pun daripada dekat atas ni mungkin akronim yang mereka guna berbeza dengan remaja kat Malaysia ni guna dan mereka banyak meringkaskan ayat daripada buat akronimkan.

CONTOH :

July 8, 2011

Pelakon,Drama dan Rancangan Terbaik Korea untuk Separuh Tahun Pertama 2011!!

Salam semua...

Sama seperti entry sebelum ni,Sports Seoul telah meminta artis-artis Korea untuk mengundi artis pilihan mereka tetapi kali ini mereka disuruh untuk mengundi variety show dan pelakon pilihan mereka untuk separuh tahun pertama 2011.

The Best Variety Show

http://kpoptara.wordpress.com/wgm/

We Got Married [ MBC ] and 2 Days 1 Night [ KBS ]

Rancangan We Got Married yang mnegisahkan tentang virtual marriage yang dapat menarik perhatian ramai artis-artis disebabkan pasangan Eunjung & Lee Jang Woo dan pasangan Victoria dan Nichkun. 2 Days 1 Night juga mendapat tempat disebabkan mereka selalu menjemput artis-artis untuk menyertai variety show tersebut.


The Variety Show that idols want to star in

1) We Got Married & 2 Days 1 Night
2) Infinity Challenge [ MBC ]

July 3, 2011

Lagu Terbaik K Pop Separuh Tahun Pertama 2011!!!

Salam semua...

Sports Seoul telah membuat undian untuk artis-artis bagi separuh tahun pertama bagi 2011 dan undian tersebut terbahagi kepada 7 kategori.Yang unik tentang undian ini adalah undian tersebut dibuat oleh artis-artis Korea sendiri.Berikut merupakan keputusan untuk undian tersebut.

The Best Hit Track


1) IU-Good Day
2)Beast Fiction,Big Bang - Toninght

Lagu hit untuk separuh tahun pertama ialah Good Day oleh IU.Lagu Good Day telah menaikkan nama IU kerana lagu tersebut popular dengan note yang tinggi.


Tempat kedua dimiliki oleh Beast dengan lagu Fiction dan Big Bang dengan lagu Toninght.



The Most Impressive Performance


1) TVXQ
2) IU
3) Big Bang

Tips Melindungi Gigi daripada Kaviti

Salam semua...


Hari ini nak bercerita sikit tentang tips untuk mengelakkan gigi daripada kaviti.Bagi yang tidak tahu,kaviti ini terjadi kerosakan gigi ataupun tooth decay.Ia terjadi apabila makanan berlebihan yang mengadungi karbohidrat seperti roti,gula,buahan-buahan tertinggal di celah-celah gigi.Makanan lebihan tersebut akan bergabung dengan air liur untuk membentuk plak dan melekat pada gigi.

Berbalik kepada tajuk entri,tips untuk melindungi gigi daripada kaviti.Dan benda yang paling berkesan untuk melindungi gigi kita daripada kaviti ialah AIR LIUR.Air liur kaya dengan minerals,kalsium dan fosforus yang boleh meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria.

Tetapi air liur akan cepat habis apabila berlaku dihidrasi dalam badan kita,apabila kita muntah dan apabila kita mengambil ubat.Berikut merupakan cara-cara untuk mengekalkan kelembapan mulut :

July 2, 2011

Music Bank Special Stage!!!

Salam semua..


Sempena dengan setengah tahun 2011,KBS Music Bank mengadakan special konsert untuk meraikan dengan mengadakan beberapa special stage untuk penonton Music Bank.Terdapat 3 special segment yang diadakan iaitu

Girl Group! Change Stage
Korea’s Most Powerful Vocal Harmonies
2011 first half hot rookies



Untuk Girl Group Change Stage.Kumpulan 4Minute dengan kumpulan f(x) menukar lagu mereka.Manakala kumpulan Secret bertukar lagu dengan kumpulan SISTAR.Saksikan.