December 24, 2012

20 Lagu Inggeris Terbaik 2012

Salam semua..

Billboard telah mengeluarkan 100 lagu terbaik sepanjang 2012. Aku nak kongsi dengan pembaca 20 lagu terbaik sepanjang 2012,yang lagi 80 lagu boleh tengok di laman web Billboard.com.

20) The Motto - Drake feat Lil Wayne
19) Drive By - Train
18) One More Night - Maroon 5
17) Whistle - Flo Rida
16) Good Feeling - Flo Rida
15) Wide Awake - Katy Perry
14) Some Night - fun.
13) Sexy And I Know It - LMFAO
12) Set Fire To The Rain
11) Wild Ones - Flo Rida feat Sia

December 23, 2012

20 Lagu Kpop Terbaik 2012

Salam semua...


Senarai lagu terbaik 2012 telah dikeluarkan oleh Billboard.com. Terdapat banyak lagu yang menarik dikeluarkan pada tahun ini.Jom lihat senarai lagu terbaik untuk tahun 2012.

20) Catch Me - TVXQ



19) Love Dance - The Koxx



18) Touch - miss A



17) One of A King - G Dragon



16) Without You - Dynamic Duo



15) Painkiller - Spica



14)  Same Love, Same Farewell - Urban Zakpa



13) Good Morning - Verbal Jint feat Kwon Jung Yeol



12) I Wish - FT Island



11) Every Night - EXID



December 22, 2012

Gangnam Style Psy cecah 1 billion view

Salam semua..

Demam Gangnam Style nynayian Psy sudah mula reda tapi peminat-peminat lagu tersebut masih menonton music video tersebut dan sekarang ianya sudah mencecah 1 billion view dan lagu tersebut merupakan video yang PERTAMA di Youtube mencecah angka 1,000,000,000.


December 20, 2012

Ranking SBP PMR 2012

Salam semua...


Dengan keputusan PMR yang diumumkan baru-baru ini ramai ingin mengetahui kedudukan SBP untuk PMR 2012. Berikut merupakan kedudukan SBP untuk PMR 2012

1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022)
2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237)
3. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265)
4. Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278)
5. SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302)
6. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309)
7. SBP Integrasi  Gombak (GPS 1.0375))
8. Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377)
9. Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408)
10. Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0434)
11. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0499)
12. Sekolah Menengah Sains Selangor (GPS 1.0538)
13. Sekolah Seri Puteri (GPS 1.0557)
14. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0575)
15. Sekolah Menengah Sains Tapah (GPS 1.0595)
16. Sekolah Menengah Sains Kuching (GPS 1.0707)
17. Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0711)
18. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (GPS 1.075)
19. Sekolah Menengah Sains Miri (GPS 1.0772)
20. Sekolah Menegah Sains Johor (GPS 1.0781)
21. Sekolah Menengah Sains Machang (GPS 1.0802)
22. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (GPS 1.0827)
23. Sekolah Dato' Abdul Razak (GPS 1.0923)
24. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (GPS 0983)
25. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (GPS 1.0989)
26. SBP Integrasi Sabak Bernam (GPS 1.099)
27. Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (GPS 1.1006)
28. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.1062)
29. Sekolah Menengah Sains Pasir Putih (GPS 1.1104)
30. Sekolah Menengah Sains Dungun (GPS 1.114)
31. SBP Integrasi Kubang Pasu (GPS 1.1149)
32. SM Sains Hulu Terengganu (GPS 1.1194) 
33. SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (GPS 1.1209)
34. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (GPS 1.1221)
35. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.124)
36. SM Sains Tuanku Syed Putra (GPS 1.1243)
37. SBP  Integrasi Rawang (GPS 1.1296)
38. Sekolah Menengah Sains Sabah (GPS 1.1357)
39. SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.1373)
40. SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1376)
41. SM Agama Persekutuan Labu (GPS 1.1485)
42. Sekolah Menengah Saisn Teluk Intan (GPS 1.1493)
43. Sekolah Menengah Sains Labuan (GPS 1.1496)
44. Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (GPS 1.1581)
45. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.1585)
46. Sekolah Berasrama Penuh Tun Abdul Razak (GPS 1.171)
47. SM Sains Sulatan Haji Ahmad Shah (GPS 1.178)
48. SBP  Integrasi Temerloh (GPS 1.1951)
49. SBP Integrasi  Selandar (GPS 1.1954)
50. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (GPS 1.2491)
51. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (GPS 1.25)
52. Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (GPS 1.2549)
53. SBP Integrasi Jempol (GPS 1.2865)

Tahniah diucapkan kepada pelajar PMR yang cemerlang. Semoga berjaya untuk SPM 2014.

December 17, 2012

The Hobbit Movie Review

Salam semua...









The Hobbit : Unexpected Journey
13 December 2012
169 minit
Berdasarkan buku The Hobbit oleh J.R.R Tolkien




















Peminat-peminat The Lord of The Rings Trilogy boleh bersuka ria kerana prequel untuk movie tersebut telah berada di pawagam iaitu The Hobbit : An Unexpected Journey. Untuk pengetahuan semua movie tersebut merupakan prequel kepada trilogi The Lord of The Rings dan merupakan adaptasi dari novel laris yang ditulis oleh J.R.R Tolkien.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan orang kedil atau lebih dikenali sebagai dwarves dan seorang hobbit yang bernama Bilbo Baggins yang mengembara untuk mengambil semula Erobor yang satu ketika dahulu pernah menjadi tempat tinggal dwarves. Kalau dalam filem The Lord of The Rings,Bilbo Baggins hanya berlakon dalam filem pertama iaitu Fellowship of The Rings,kali ini dia menjadi watak utama dalam filem ini.

Filem ini juga menceritakan bagaimana Bilbo Baggins menjumpai cincin yang sangat berharga di Middle Earth. Untuk pengetahuan, The Hobbit juga merupakan trilogy dan 2 filem lagi akan menyusul pada tahun 2013 dan 2014.

Ada masa pandang comel Smeagol ni

Pada pendapat aku,scene yang paling menarik dalam filem ni masa Smeagol dan Bilbo main teka-teki. Memang kelakar habis scene tu dan lagu yang dwarves nyanyi sebelum mula mengembara pun best.

December 13, 2012

Kebesaran Allah : Manusia Bercahaya

Salam semua..

Ada yang kata rakaman yang menampakkan seorang lelaki bercahaya sewaktu khutbah Jumaat didalam Masjid Nabawi ini hanya edit semata-mata. Mulanya,kami ingatkan silauan matahari atau lampu spotlight. Tetapi bila di"play" semula secara perlahan-lahan, cahaya itu memang datang dari lelaki tersebut.



December 8, 2012

Golden Disk Award in Kuala Lumpur

Salam semua...


Golden Disk Award akan diadakan di Kuala Lumpur,Malaysia pada 15 dan 16 Januari 2013. Golden Disk Award merupakan Anugerah yang paling berprestij di Korea dan telah mendapat gelaran Grammy Award Korea.Tahun sebelum,Anugerah ini telah diadakan di Jepun dan kali ini Malaysia menjadi pilihan untuk Anugerah berprestij ini.


Sama-sama kita nantikan Anugerah breprestij ini.Berikut merupakan harga tiket untuk Anugerah ini.

November 30, 2012

Mnet Asian Music Award 2012 Winner

Salam semua...


Berikut merupakan pemenang dari Mnet Asian Music Award 2012 yang telah diadakan pada 30 November 2012 di Hong Kong

Best New Female Artist - Ailee
Best New Male Artist - Busker Busker

Best Dance Performance Solo - Psy
Best Male Group - Big Bang
Best Female Group - Sistar

Best Collaboration Performance - Troublemaker
Mnet PD's Choice - BAP
International Favorite Artist - Psy
Best OST - Seo In Guk & A-Pink's Eunji (All For You)
Best Music Video - Psy
Style in Music - Gain
Best Rap Performance - Epik High
Guardian Angel Worldwide Performer - Big Bang
Best Line - Super Junior
TVB's Choice - Joey Yung

Best Asian Artist - Wang Leehom
Best Asian Artist (Japan) - AKB48
Best Asian Artist (Philippines) -  Sarah Geronimo
Best Asian Artist (Vietnam) - My Tam
Best Asian Artist (Singapore) - Taufik Batisah
Best Asian Artist (Indonesia) - Agnes Monica
Best Asian Artist (China) - Li Yuchun
New Asian Artist (China) - TimeZ
New Asian Artist (Thailand) - Natthew
New Asian Artist Group - EXO
   
Best Dance Performance Male Group - SHINee
Best Dance Performance Female Group - f(x)
Best Band Performance - Busker Busker

Best Vocal Performance Solo - K.Will
Best Vocal Performance Group - Davichi

Best Female Artist - IU
Best Male Artist - G-Dragon

Best Global Group Female - KARA
Best Global Group Male - Super Junior

iTunes 11 Menarik

Salam semua...


Buat pengguna iTunes,syarikat Apple telah pun mengeluarkan iTunes terbaru iaitu iTunes 11. iTunes merupakan aplikasi media player dari Apple Inc yang memfokuskan kepada iTunes Store dan memudahkan pengguna gadget Apple menguruskan file.

 iTunes 11 mempunyai interface yang lebih mudah untuk digunakan oleh orang ramai. Perkara yang baru diperkenal oleh iTunes 11 ialah kebolehan untuk melihat lagu yang akan dimainkan seterusnya dengan mudah.
 

November 26, 2012

Pencarian Bloglist Musim 1 Diari Farisha

Salam semua..



Syarat penyertaan :

  1. Follow blog Diari Farisha (DONE)
  2. Klik button Google share (DONE)
Nak masuk dalam bloglist Diari Farisha?Sila klik banner di atas. Dapat masuk bloglist selama SETAHUN.Siapa nak bagi?Jom masuk ramai-ramai. :)

November 25, 2012

Muzik Muzik 27 Final

Salam semua..


Pertandingan akhir akan berlangsung pada 6 Januari 2013.Seramai 12 finalis akan bertanding di peringkat akhir ini.
  1. Idola - Azlan & The Typewriter
  2.  Pelangi Senja - Stacy
  3. Anak Kampung - One Nation Emcee & Jimmy Palikat 
  4. Terukir di Bintang - Yuna
  5. Tanpamu - Amir Jahari
  6. Ombak Rindu - Hafiz & Adira
  7. Lagu - Bedroom Sanctuary
  8. Teman Pengganti - Black & Malique

November 22, 2012

Cara Meningkatkan Kemahiran Membaca

Salam semua..


Jadikan tabiat membaca sebagai rutin harian. Baca seberapa banyak buku bahasa Inggeris, surat khabar dan majalah.Membaca seharusnya menyeronokkan, jadi pastikan teks yang anda pilih tidak terlalu terlalu sukar untuk anda.

Cari pengarang yang anda suka dan membaca semua buku-buku mereka. Dengan cara ini anda akan mendapat digunakan untuk gaya penulis tertentu dan perbendaharaan kata biasa dan tatabahasa yang mereka gunakan dan anda akan mendapati ia lebih mudah dan lebih mudah.

Tips meningkatkan kemahiran membaca.

  1. Jangan cuba memahami setiap patah perkataan.Cuba untuk memahami makna keseluruhan sesuatu ayat.
  2. Jangan terjemah sesuatu perkataan. Gunakan kamus hanya apabila sesuatu perkataan tersebut berulang dan anda masih tidak faham.
  3. Jangan hanya baca sesebuah buku kemudian melupakan buku tersebut. Anda boleh membuat review tentang buku yang telah anda baca di Goodreads.com

November 20, 2012

Bilik Pilihan Anda

Salam semua..

Dibawah merupakan antara bilik-bilik yang paling cantik dan unik.Mana satukah bilik pilihan anda?

1) Bilik dengan pelbagai bentuk



2) Bilik dengan pemandangan yang menakjubkan


3) Bilik dengan papan gelongsor


3) Bilik dengan skrin besar

4) Bilik yang tergantung

November 18, 2012

God's Quiz Korean Drama

Salam semua...


Drama ini menceritakan tentang seorang doktor yang genius dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Tetapi doktor tersebut mempunyai penyakit pelik yang tidak dapat dikenal pasti.Lakonan Ryu Duk Hwan sebagai Dr Han Jin Woo,Yoon Jun Hee sebagai Detektif Kang Kyung Hee.Drama ini dari saluran kabel OCN di Korea dan mendapat sambutan kerana menyerupai drama popular CSI.



November 17, 2012

McDonald Memberikan Burger Percuma

Salam semua...

McDonalds akan memberikan burger Egg McMuffin secara percuma di semua cawangan seluruh Malaysia pada 19 November. Hari tersebut diberi nama McDonald's Breakfast Day. 1000 pelangan pertama di 215 cawangan yang menyediakan sarapan akan diberikan burger Egg McMuffin.


November 16, 2012

Manusia Terpantas dengan Empat Anggota

Salam semua...


Usain Bolt merupakan manusia terpantas di dunia dengan rekod 9.58 saat untuk 100m.Tetapi dia hanya menggunakan 2 anggota iaitu sepasang kaki.Kini, seorang lelaki dari Jepun telah memegang rekod dunia untuk manusia terpantas di dunia dengan menggunakan 4 anggota iaitu sepasang kaki dan sepasang tangan.


Lelaki yang dikenali sebagai Kenichi mendapat anugerah Guinness World Book of Record setelah berjaya berlari menggunakan 4 anggota dengan rekod 17.47 saat untuk 100m. Dia dikenali sebagai Monkey Man kerana sebelum ini dia juga adalah pemegang rekod dunia untuk lelaki terpantas di dunia menggunakan 4 anggota.Dia telah memecahkan rekodnya sendiri baru-baru ini.

November 15, 2012

As One Korean Movie

Salam semua..


As One merupakan filem adaptasi daripada cerita sebenar yang berlaku ketika Kejohanan Ping Pong Dunia pada tahun 1991.Barisan pelakon yang popular iaitu Ha Ji Won sebagai Hyun Jung Hwa dan Bae Doona sebagai Lee Bun Hui.

Pada tahun 1991,Korea Selatan dan Korea Utara buat pertama kalinya bergabung sebagai satu negara yang dikenali sebagai Korea untuk Kejohanan Bola Sepak dan Ping Pong Dunia. Pada mulanya,mereka enggan untuk bergabung kerana mempunyai personaliti yang berbeza antara negara tersebut. Tetapi untuk mengharumkan nama negara,mereka bergabung menjadi satu negara yang akhirnya mengharumkan nama Korea pada tahun tersebut.



Spoiler 

November 11, 2012

Muzik muzik 27 Semifinal

Salam semua..


Sebanyak 30 buah lagu akan bertanding untuk mendapat tempat di pertandingan akhir Muzik Muzik 27 yang akan berlangsung pada Januari 2013. Sebanyak 12 lagu akan layak ke pertandingan akhir Muzik muzik 27.Muzik muzik 27 akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.Kumpulan pertama akan bertanding pada 11 November,kumpulan kedua pada 18 November dan kumpulan ketiga pada 25 November.

Lagu-lagu yang bertanding untuk Muzik muzik 27 :

11 November 2012
1. Cerita Dia - Drama Band 
2. Idola- Azlan & The Typewriter
3. Watak- Hafiz
4. Aku Datang - Tomok
5. Aku Suka Dia - Ainan Tasneem
6. Pelangi Senja - Stacy
7. Jerrypah - Aizat
8. Majnun - Hazama
9. Pencinta Terbaik - Sofaz
10. Kasanova - Stacy
11. Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar

Gempa Bumi di Myanmar


Satu gempa bumi telah berlaku di utara Myanmar telah membunuh sekurang-kurangnya 3 orang dan mencederakan 29 orang. Gempa bumi tersebut berukuran 6.8 magnitud berlaku di tengah bandar Mandalay.

Enam orang mati dalam perbandaran Ku Sint apabila lombong emas, biara dan sebuah rumah runtuh, menurut agensi bantuan Save the Children yang beroperasi di dalam negara ini. Bahagian sekolah rendah juga runtuh tetapi  tiada kecederaan dilaporkan. Dua yang lain terbunuh di berhampiran dengan bandar apabila sebuah biara runtuh. Berhampiran dengan pusat, jambatan di bawah pembinaan memberi laluan, membunuh empat pekerja.

PSY terima Guinness World Record

Salam semua..


Penyanyi Korea, PSY yang popular dengan lagu Gangnam Style telah menerima Guinness World Book of Record apabila mencatat jumlah "like" yang paling tinggi dalam laman web Youtube mengalahkan artis antarabangsa yang popular iaitu LMFAO dan Justin Bieber.Penyanyi popular itu mendapat sebanyak 5 juta like untuk video Gangnam Style dan angka tersebut terus meningkat.


November 10, 2012

Travelog Kehidupan Abadi oleh Roza Roslan

Salam semua...


Travelog ini menceritakan perjalanan penulis iaitu Roza Roslan di perantauan bersama keluarganya.Susah senang mereka di negara orang turut ditulis dalam buku ini. Roza Roslan sebelum ini telah pun menulis 2 buah buku iaitu Travelog Cinta Abadi dan Travelog Impian Abadi.

November 9, 2012

Gempa Bumi di Jepun

Salam semua...

Satu gempa bumi berlaku di Jepun dengan ukuran 5.5 skala ritcher di Utara Jepun 6 jam yang lepas. Menurut laporan Agensi Meteorologi Jepun, pukulan melanda bahagian Ibaraki Prefecture, di mana ia diukur 4, serta Fukushima, Saitama dan Tochigi mana ia diukur 3.


November 1, 2012

Korean Drama The Innocent Man

Salam semua..


Drama terbaru di saluran KBS World. Mempunyai 20 episod tetapi belum ditetapkan lagi.Ditayangkan pada hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam.

Drama ini menceritakan tentang seorang lelaki yang telah terluka akibat seorang wanita. Dia sanggup mengorbankan kerjayanya sebagai seorang doktor untuk menyelamatkan wanita yang dia sayangi. Dia mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan bantuan kawannya. Dia mengambil kesempatan berkenalan dengan seorang wanita yang telah kehilangan memori akibat kemalangan untuk membalas dendam.


October 30, 2012

Taufan Sandy

Salam semua...

Taufan Sandy atau lebih dikenali sebagai Hurricane Sandy merupakan antara taufan yang terbesar pernah direkodkan. Taufan ini telah beberapa tempat di beberapa buah negara termasuk New York,New Jersey,Jamaica, Haiti dan beberapa buah negara yang lain.




October 21, 2012

ABU Song Radio Song Festival

Salam semua...

Pada 11 Oktober yang lalu di Seoul,South Korea telah berlangsung ABU Song Radio Festival dan ABU TV Song Festival dan Malaysia telah mengambil bahagian dalam festival tersebut.



Malaysia telah mengharumkan nama negara dengan mendapat Anugerah Jury bagi ABU Song Radio Festival yang dimiliki oleh K-Town Clan. Seramai 26 buah negara telah mengambil bahagian dalam festival tersebut dan seramai 13 orang yang mara ke peringkat akhirnya.Kedua-dua peserta Malaysia layak ke peringkat akhir.

K-Town Clan yang mendapat Anugerah Juri

October 19, 2012

2NE1 Global Tour Malaysia

Salam semua


Kumpulan terkenal 2 NE1 akan mengadakan Evolution Tour mereka di Malaysia pada 8 December 2012 ini di Stadium Melawati. 2NE1 terkenal dengan gaya mereka tersendiri dan popular dengan lagu I am The Best,Ugly, I Love You dan banyak lagi. Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang iaitu CL,Dara,Minzy dan Park Bom.

October 18, 2012

Wonder Girls Wonder World Tour in Malaysia

Salam semua..

13 Oktober yang lalu,kumpulan Wonder Girls telah mengadakan konsert di Stadium Negara,Kuala Lumpur.Yang menarik,Wonder Girls telah mengenakan pakaian traditional Malaysia iaitu baju kurung ketika mengadakan persembahan tersebut.



Mereka berbaju kurung sambil menyanyikan lagu popular mereka iaitu Be My Baby.Saksikan :)

October 12, 2012

KBS World HD di Astro

Salam semua..


Setelah sebulan lebih menunggu saluran KBS World HD di Astro.Akhirnya,Astro akan melancarkan KBS World HD di saluran 392 pada 15 Oktober 2012 jam 12.05 am.Saluran KBS World merupakan saluran dari Korea Selatan yang beroperasi 24 jam sehari.

Beberapa hari yang lepas Astro mengeluarkan bahawa mereka akan melancarkan saluran KBS World HD


October 11, 2012

Harga Galaxy Note 2

Salam semua...


Samsung secara rasmi melancarkan Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia dengan harga RM2299 dan akan dijual bermula 19 Oktober 2012.Harga tersebut tinggi sedikit berbanding Galaxy Note 10.1 dan Galaxy S3.Tapi tidak berapa jauh perbezaan harga tersebut.


Bagi sesiapa yang tak tengok lagi betapa canggih Galaxy Note 2,sila saksikan video ini.


Time Slip Dr Jin Korean Drama

Salam semua...


Drama yang telah diadaptasi dari manga Jepun dan telah pun dijadikan drama di Jepun.Drama ini mengisahkan tentang seorang doktor,Dr Jin lakonan Song Seung Hun yang telah kembali ke zaman Dinasti Joseon. Dr Jin merupakan seorang yang doktor yang senang berputus asa tetapi ketika berada di zaman Dinasti Joseon,dia telah menjadi seorang doktor yang mempunyai ciri-ciri kedoktoran yang sebenar.



September 25, 2012

Psy Gangnam Style tweet Malaysia

Salam semua..

Siapa yang tak tahu lagi lagu Gangnam Style yang masih lagi popular sehingga sekarang.Lagu tersebut sekarang berada di tempat pertama dalam carta iTunes US dan tempat 11 untuk carta Billboard Hot 100.

Psy telah memuat naik gambar Mc Shaker Fries Malaysia.

September 24, 2012

Kemalangan di Melaka ( Gambar )

Salam semua...

Ayer Keroh,Melaka dikejutkan dengan kemalangan yang dahsyat petang tadi melibatkan 3 buah lori, 2 buah kereta dan 4 buah motor.Kemalangan berpunca dari lori yang breknya tidak berfungsi dengan baik.Kemalangan berlaku di simpang empat utama di Ayer Keroh.Kemalangan berlaku ketika waktu puncak iaitu kira-kira jam 5.30 petang.



September 23, 2012

Lukisan Kanak-kanak Menjadi Barang Sebenar

Salam semua...

Siapa yang ada adik?Kalau bagi adik korang kertas dan pensel mesti mereka akan mula melukis benda-benda yang kita tak paham.Tapi sekarang lukisan-lukisan tersebut akan bertukar menjadi patung. Orang yang bertanggungjawab dalam menghasilkan barang dari lukisan kanak-kanak ialah Child's Own Studio.


Lukisan kanak kanak disebelah kiri dan dijadikan patung sebenar.Memang tak sangka orang akan menghasilkan patung hasil imaginasi kanak-kanak.Apa-apa pun kita lihat yang selebihnya.

September 22, 2012

Shila Amzah Pemenang Asian Wave 2012

Salam semua...


Agak lambat untuk aku buat entry pasal pertandingan Asian Wave 2012 tapi kena buat jugak sebab orang Malaysia dapat tempat pertama daripada 11 orang peserta. Shila Amzah memulakan pertandingan Asian Wave dengan membawa lagu Adele, Set Fire to the Rain.



September 16, 2012

Gangnam Style Terus Popular

Salam semua..

Makin lama,makin banyak aku tengok orang buat parody lagu Gangnam Style.Sekarang ni view untuk lagu tu dah pun melebihi angka 15 juta dan terus naik.Gangnam Style terus cipta rekod bila dapat MV paling ramai LIKE mengalahkan video LMFAO iaitu Party Rock Anthem dan mengalahkan Wonder Girls apabila masuk dalam carta Billboard Hot 100 dan yang paling menakjubkan merupakan artis Korea pertama yang mendapat tempat pertama dalam iTunes Chart Songs and Videos.

Siapa yang tak kenal apa-apa pasal Psy atau Gangnam,boleh tengok info grafik ni. Memang menarik.

September 15, 2012

PIKOM PC Fair 2012

Salam semua..

Bermula hari ni iaitu 14 September hingga 16 September 2012 PC Fair anjuran PIKOM berlangsung di MITC,Melaka.


Lepas balik kelas tadi,aku terus pergi terjah PC Fair saje nak cuci mata tapi tak best sangat kali ni punya fair sebab macam tak penuh je.Nak snap gambar malas tapi memang tak banyak booth kalau nak compare dengan PC Fair yang sebelum-sebelum ni.Sempat jugak aku tengok beberapa gadget macam Galaxy Note 10.1 yang harganya RM2099,murah sikit dari harga official, RM2199.

September 8, 2012

Reply 1997 Korean Drama

Salam semua..


Sitcom dari saluran tvN dan mempunyai 16 episod.Sitcom ini menceritakan tentang peminat ekstrem terhadap k-pop pada tahun 1990 an dan juga kisah hidup 6 orang pelajar sekolah menengah yang kembali mengenangkan zaman remaja mereka ketika mengadakan reunion pada tahun 2012.


Barisan pelakon baru iaitu dibintangi oleh Jung Eun Ji,ahli kumpulan A-Pink,Seo In Guk, Hoya dari kumpulan INFINITE.

MTV Video Music Award

Salam semua..


 Hari ni ada MTV VMA yang dihadiri oleh barisan artis yang terkenal.Aku sempat tengok re-run je sebab kat rumah sewa tak ada Astro.TV pun jarang tengok.Tak nak banyak cakap,boleh tengok senarai pemenang untuk VMA 2012.

Video of the Year
Rihanna (featuring Calvin Harris) — "We Found Love" 
Best Male Video 
Chris Brown- "Turn Up the Music"
Best Female Video
Nicki Minaj — "Starships"
Best New Artist
One Direction — "What Makes You Beautiful"
Best Pop Video
One Direction — "What Makes You Beautiful"
Best Rock Video
Coldplay — "Paradise"
Best Hip-Hop Video
Drake (featuring Lil Wayne) — "HYFR"
Best Electronic Music Video
Calvin Harris — "Feel So Close"
Best Direction in a Video
M.I.A. — "Bad Girls" (Director: Romain Gavras)
Best Choreography in a Video
Chris Brown — "Turn Up the Music" (Choreographer: Anwar "Flii" Burton)
Best Art Direction in a Video
Katy Perry — "Wide Awake" (Art Director: Benji Bamps)
Best Editing in a Video
Beyoncé — "Countdown" (Editors: Alexander Hammer and Jeremiah Shuff)
Best Video with a Message
Demi Lovato — "Skyscraper"
Most Share-Worthy Video
One Direction — "What Makes You Beautiful"

September 5, 2012

The Watch Movie Review

Salam semua..

Sebelum balik ke kolej,sempat aku tengok satu movie yang bertajuk The Watch. Aku tengok trailer movie ni kelakar sebab ada pelakon lawak Ben Stiller tu.Lagi pun masa nak tengok movie,tak ada choice lain.So decide tengok movie The Watch yang hanya untuk 18 tahun ke atas.


Movie ni mengisahkan tentang seorang pekerja yang telah mati ditempat kerjanya iaitu Costco.Dan pada ketika itu Evan Trautwig lakonan Ben Stiller merupakan pengurus untuk kedai tersebut.Dengan memegang tanggungjawab sebagai seorang pengurus,dia nekad untuk mencari pembunuh sebenar pekerjanya itu. Tak disangka-sangka,pembunuh itu merupakan alien.

Part yang twist bila dapat tahu yang boyfriend anak kawan Evan Trautwig tu merupakan ketua alien dan cara untuk membunuh alien dengan cara menembak alat kemaluan alien tersebut.



September 2, 2012

KBS World in HD

Salam semua..


KBS World dalam HD mulai 3 September 2012 ni.Mula-mula dengar berita ni aku sangat teruja sebab dah lama aku tengok KBS World gambar tak berapa nak lawa sangat kalau nak dibandingkan dengan ONE HD tu.


Tapi tak tahulah bila Astro nak mula tayang KBS World HD.Harap-harap Astro keluarkan channel tu tepat pada waktu channel tu dilancarkan.Bergembiralah kalau perkara tu jadi sebab lepas ni boleh tengok drama dalam HD,Music Bank dalam HD dan variety show dalam HD :)

August 31, 2012

Galaxy Note 2

Salam semua..

Sudah hampir setahun Galaxy Note diperkenalkan oleh pihak Samsung dan pada 29 Ogos 2012 yang lepas,pihak Samsung telah mengeluarkan gadget terbaru mereka iaitu Galaxy Note 2.


Sekali pandang macam Galaxy S3 cuma besar sikit sebab skrin Galaxy Note 2 ni 5.5 inci.Spesifikasi yang lain tu biasa-biasa je cuma banyak lagi yang baru Galaxy Note 2 ni boleh buat.Korang boleh tengok video tutorial ni.