July 31, 2012

Rumah Anak Yatim Islam Jasin

Salam semua..

Bulan-bulan puasa ni lagi elok kalau beramal.Dengan prinsip tersebut,aku pun telah melibatkan diri dengan program berbuka puasa bersama anak yatim di Jasin,Melaka.


Program tersebut sebenarnya bermula pagi,tapi aku tak dapat join sebab ada MUET,so aku datang masa nak berbuka.Sebelum ni aku ada join jugak program Explorace bersama anak yatim yang sama,kiranya kenal jugak anak-anak yatim dekat Jasin tu.Penasihat kelab nak jadikan anak-anak yatim tu sebagai anak angkat kelab,dapatlah kitaorang adik-adik angkat yang ramai.



July 29, 2012

Ghost Korean Drama

Salam semua...


Drama dari saluran SBS yang menceritakan tentang kisah penjenayah siber di Korea.Lakonan So Ji Sub sebagai Kim Woo Hyun dan Lee Yeon Hee sebagai Yoo Gang Mi.Mereka merupakan polis bahagian jenayah siber yang bertanggungjawab atas jenayah yang menggunakan teknologi.Cerita bermula apabila Kim Woo Hyun mati ketika melakukan operasi tetapi kawannya iaitu Park Gi Young mengambil alih tugasnya sebagai polis jenayah siber.


Nice drama ni sebab kita boleh tahu macam-macam pasal teknologi.Contohnya orang boleh hack komputer kita dengan menggunakan IP address.Tak tahulah betul ke tak tapi dalam drama tu sampai hack external hardisk.

Heroin pernah berlakon dalam drama Paradise Ranch,hero aku tak berapa sure.Ada penyanyi berlakon jugak iaitu ahli kumpulan MBLAQ, GO.

July 27, 2012

Hana Kimi Korean Version

Salam semua...

Peminat drama semua mesti pernah dengan tajuk drama Hanazakari no Kimitachi e atau nama pendek Hana Kimi.Hana Kimi merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari manga dan mula diadaptasi oleh negara Taiwan,kemudian Jepun dan terkini Korea Selatan.


Barisan pelakon utama drama Hana Kimi untuk versi Korea iaitu Min Ho,Sulli,Lee Hyun Woo dan Kim Ji Won


July 25, 2012

The Dark Knight Rises Review

Salam semua...

Filem terakhir dari Batman series telah pun ditayangkan.Ramai orang pergi tengok filem ni termasuk aku.Aku dah tengok filem ni sebelum bulan puasa lagi tapi tak sempat nak buat entry.


Memang best filem ni walaupun aku tak tengok habis 2 filem yang pertama ni,tapi still faham jalan cerita.Watak jahat dalam filem ni bernama Bane tapi best lagi Joker jadi jahat dari Bane ni sebab watak Bane tak annoying macam Joker.Yang penting Anne Hathaway sebagai kucing dalam filem ni sangat menarik.

Spoiler alert.

July 22, 2012

Lagu Kpop Terbaik Separuh Tahun 2012

Salam semua...

Gaon telah pun mengeluarkan carta untuk lagu kpop terbaik sepanjang separuh tahun pertama untuk 2012.Gaon ialah sebuah laman web yang setaraf dengan Billboard.

Gaon Chart National Digital Single Ranking

1. Busker Busker – “Cherry Blossom Ending” – 285,723,438 Points
2. T-ara – “Lovey Dovey” – 263,602,835 Points
3. Big Bang – “FANTASTIC BABY” – 261,487,164 Points
4. SISTAR – “Alone” – 253,894,932 Points
5. Big Bang – “Blue” – 251,692,639 Points
6. Ailee – “Heaven” – 246,357,100 Points
7. Lyn – “Back In Time” – 216,120,492 Points
8. TaeTiSeo – “Twinkle” – 209,737,735 Points
9. 10cm – “Sorrow” – 199,838,791 Points
10. miss A – “Touch” – 189,995,898 Points

Gaon Chart National Physical Album Ranking
 1. Big Bang – ’5th Album ALIVE’ – 266,911 albums
2. SHINee – ‘Sherlock 4th Mini Album’ – 168,161 albums
3. TaeTiSeo – ‘Twinkle’ – 140,826 albums
4. Xia Junsu – ‘Tarantallegra’ – 126,220 albums
5. CNBLUE – ’3rd Mini Album Ear Fun’ – 121,735 albums
6. Big Bang – Special Edition STILL ALIVE’ – 117,929 albums
7. Busker Busker – ‘Busker Busker 1st Album’ – 114,760 albums
8. INFINITE – ’3rd Mini Album Infinitize’ – 108,639 albums
9. EXO-K – ‘MAMA The 1st Mini Album’ – 106,683 albums
10. Shinhwa – ’10th Album The Return’ – 77,279 albums

July 21, 2012

Ramadhan Al-Mubarak 2012

Salam semua...


Bulan puasa kembali.Best bulan puasa sebab macam-macam makanan boleh dapat kat bazar ramadhan.Tapi best lagi bila dapat buka ramai-ramai macam masa sekolah menengah dulu.Seronok.Bukan kat universiti tak seronok tapi bila makan dalam bilik berempat je,macam tak bestkan.

Masa aku kat MRSM dulu,makan ikut homeroom.Memang seronok,semua orang gilir-gilir amik makanan untuk budak homeroom masing-masing.Lepas tu terawikh ramai-ramai.Kalau kat maktab tu memang tak tinggal terawikh,bila kat u,biasalah rasa malas tiba-tiba,ada kelas. Pahala lebih sikit masa sekolah menengah dulu.haha.

July 20, 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Salam semua..


Menarik segmen BA buat ni.Sebab korang kena pilih blog aku sebab aku akan letak semua nama yang request dalam bloglist aku.Dan korang boleh tambah rakan blogger bila pilih aku (memanglah kan).Cukup tinggi ke kalau aku cakap Alexa rank aku dalam 4 juta.Jauh lagi rasanya.Apa pun selamat berkenalan semua.Semua orang dialu-alukan. ;)

July 18, 2012

IU Single Album

Salam semua...

Berita gembira untuk aku sebab dapat hadiah yang sangat best sempena birthday aku bulan lepas.Aku tak sangka ada orang nak bagi hadiah yang mahal tu.Hadiah yang aku dapat ialah sebuah album dari artis yang aku sangat minat sekarang ni.


Tak pernah aku ada album Korea,ni lah first time ada album korea.Even aku minat tapi tak pernah rasa nak beli sebab mahal,nak tengok lirik tak tahu sebab dalam bahasa korea.Tapi seronok jugak album ni.Ada gambar-gambar IU yang sangat cantik dan comel.Untung aku dapat album ni.

July 17, 2012

Extremely Loud and Incredibly Close

Salam semua...



Filem yang diadaptasi dari buku yang bertajuk Extremely Loud and Incredibly Close dari penulis Jonathan Safran Foer.Aku tak pernah dengar pun pasal buku ni tapi bila dapat voucher dulu aku beli buku ni sebab ada 50% diskaun.Bila aku baca sinopsis novel ni boleh tahan jugak.



July 14, 2012

Big Korean Drama

Salam semua...


Drama dari di KBS World dan mempunyai 16 episode.Rating untuk drama ni tak tinggi mana pun tapi line untuk drama ni best. Drama ni tentang pelajar sekolah (Kang Kyung Joon) berumur 18 tahun bertukar badan dengan seorang doktor (Seo Yoon Jae) semasa mengalami kemalangan.Doktor tersebut merupakan tunang kepada seorang cikgu (Gil Da Ran) dan pelajar tersebut merupakan anak murid cikgu itu.


Aku tengok drama ni sebab aku suka Suzy (miss A) ni.Dalam drama ni watak Suzy seorang pelajar yang obses dengan Kang Kyung Joon (pelajar yang bertukar badan).Memang kelakar bila tengok Suzy berlakon dalam drama ni.


July 13, 2012

Segmen: Jom Kenali KPOP Bloggers

Salam semua..

Tiba-tiba dapat tag dari JungRara untuk join segmen ni.Tak sangka pulak.Aku pun terus join sebab menarik segmen ni untuk orang yang minat kpop ni.


Nak join sila klik banner ni :)

Ada beberapa soalan yang perlu dijawab dalam segmen ni...

Group KPOP pertama yang korang minat.
Wonder Girls

 Lagu KPOP kegemaran korang . State 2 reasons kenapa korang suka lagu itu
Peach by IU sebab melody lagu tu sangat best :)
Lagi satu lagu Love is Terrifying by Bobby Kim (OST Spy Myeong Wol) sebab lirik lagu tu sangat meaningful.

 Siapakah ultimate bias korang. Seorang sahaja. Tak boleh lebih
 Group KPOP mana yang menjadi top3 pilihan korang sekarang
Miss A,2PM dan Wonder Girls

 K-DRAMA & Variety show kegemaran korang?
 Drama latest Rooftop Prince,Moon That Embrace The Sun.Kalau yang lama My Girlfriend is Gumiho
Variety show semua aku layan dari yang biasa-biasa macam Happy Together sampailah yang best macam Strong Heart,Running Man,Star King.Semua aku layan.

 Blog fanfiction manakah yang menjadi kegemaran korang? State 2 reasons
Tak berapa minat sangat fanfiction ni.Tak tahu la sebab apa.

 Adakah bias korang antara yang paling smart & sexy ? tunjukkan gambar tersebut ><*banyak pun tak pe



July 12, 2012

Duit Kertas Baru

Salam semua..

Seperti yang semua tahu,wang syiling baru sudah pun diperkenalkan pada awal tahun 2012 dan wang kertas baru juga akan diperkenalkan kelak untuk rakyat Malaysia



Yang kekal hanyalah duit RM50 sahaja dan semua telah berubah.Duit RM20 sekeping juga telah diperkenal.Apa yang boleh nampak dari gambar kat atas ni.Duit RM1 pun akan jadi macam duit RM5 sekarang,iaitu menggunakan polimer atau bahasa biasa orang panggil plastik.

July 11, 2012

Wordless Wednesday : Kucing Unik

Salam semua...


Unik telinga kucing ni :) Harga RM1300

July 10, 2012

Park Ji Sung keluar dari Manchester United

Salam semua..


Aku tak minat pun sangat bola ni,setakat tahu score dan pemenang cukup.Tapi disebabkan aku ni tengok variety show Running Man,so nak update sikit pasal salah seorang pemain Manchester United iaitu Park Ji Sung sebab dia ni korang Korea dan pernah jadi artis undangan dalam Running Man.

Aku dapat berita ni pun dari Twitter.Memang betul Park Ji Sung ni akan keluar dari Manchester United tak lama lagi.Aku tak tahu sebab apa dia keluar,dah tamat kontrak ke sebab aku ni memang noob sikit pasal bola ni.


July 7, 2012

Diskaun Tiket Legoland Malaysia

Salam semua..

Seperti yang semua sedia maklum Legoland Malaysia iaitu taman tema antarabangsa yang pertama di Malaysia akan dibuka di Johor pada bulan 9 ini.Dan semua orang tahu harga tiket untuk masuk ke dalam taman tema tersebut melebihi RM100.


Nak masuk Legoland dengan harga tiket yang murah.Kini kedai buku Popular sedang mengadakan promosi dengan potongan 30% harga tiket Legoland dengan setiap pembelian di Popular sebanyak RM50.


July 5, 2012

100 Pesanan Terakhir Rasulullah

Salam semua..

Buku ni memang ak tergerak nak beli pun tapi masa aku kerja dulu asyik habis stok je.Minggu lepas pergi popular nak beli Zombijaya tapi tak ada pulak.Ternampak buku ni,ada diskaun 20%.Terus ambil buku ni.

Buku ni memang bestseller pun,ramai orang cari buku ni.Bagus buku ni sebab merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita seharian.Untuk tambahkan pengetahuan tentang agama ni,aku bukan orang yang tinggi agama.Jadi buku ni pon sesuai tak ada kandungan yang kita tak faham bila baca buku ni.

Tatkala nyawa dihujung usia
Tatkala umat yang akan ditinggalkan
Tidak tahu bagaimanakah nasibnya
Tergenang air jernih di kelopak mata
Apakah akan terjadi andainya tidak saling berpesan
Buat umat yang terkemudian

July 3, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Salam semua...

Tadi ada terbaca satu artikel menarik kat surat khabar KOSMO tentang Kad DIskaun Siswa 1 Malaysia yang telah pun dilancarkan baru-baru ni.


Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ini dilancarkan untuk memberi diskaun kepada pelajar universiti bagi mengurankan kos sara hidup yang makin meningkat. Kad ini diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.

Kad ini akan diberikan secara percuma kepada pelajar universiti IPTA mahupun IPTS.Kad ini akan diberikan secara berperingkat terutamanya untuk pelajar tahun akhir supaya mereka dapat menggunakan sebelum tamat pengajian.

July 2, 2012

T-ara in Malaysia

Salam semua...


Kumpulan dari Korea Selatan iaitu T-ara yang popular dengan lagu Roly Poly akan datang ke Malaysia pada bulan Oktober 2012 ni untuk mengadakan showcase pertama mereka di Malaysia.

Kumpulan T-ara dianggotai oleh 7 orang iaitu Hyomin,Jiyeon,Eun Jung,Hwayoung,Boram,Soyeon dan Q-ri. Terdapat 2 lagi anggota baru yang akan masuk dalam kumpulan T-ara.

Tempat dan waktu showcase T-ara adalah seperti berikut :

Tarikh : 3 Oktober 2012
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Wawasan, Menara PGRM,Kuala Lumpur

Lagu terbaru mereka adalah Lovey Dovey yang popular dengan tarian shuffle.Mereka telah mengeluarkan MV terbaru mereka iaitu Day by Day pada 1 Julai 2012



July 1, 2012

Mobbed : Best Dance Show

Salam semua...


Satu rancangan yang terbaru di Star World.Rancangan ini tentang tarian yang selalu dibuat dalam kelompok yang ramai dinamakan flash mob.Rasanya semua dah familiar dengan flash mob sebab kat Malaysia pun dah pernah buat.

Tapi rancangan ni lain sikit dari flash mob yang biasa.Rancangan ni untuk membuat kejutan untuk orang kesayangan mereka.Memang sangat best bila melibatkan elemen suprise ni.Episod pertama tentang kejutan untuk bakal isteri dia.Memang sangat happening malam bila lelaki tu nak propose