February 16, 2013

Lirik Cinta Hati Shila Amzah

Salam semua..


Peminat Shila Amzah,mari dengarkan lagu baru Shila Amzah yang Shila upload di Youtube. Lagu ni pernah Shila upload di Sound Could dengan tajuk I Love You, mungkin untuk lebih formal Shila tukar dengan tajuk Cinta Hati.


Senangnya dalam hati ku
Lihat Kau disisi
Dari kejauhan mata
namun dekat dihati

Kau memelukku indah
Membisik nama ku
Kau tanyakan ku soalan
Yang buat ku terpaku

Bila Kau kata Kau Cinta
Ku juga cinta mu
Bila Kau bilang Kau rindu
Ku juga rindu mu
Lama telah ku menyimpan
Hasrat 'tuk hidup dengan mu
Oh sayang,ku cinta mu..

Satu dunia tahu aku adalah milikmu
Ku persembahkan cinta yang terbaik
Hanya lah untuk mu

Sudah berkali-Kali ku terjatuh cinta
Sudah berkali-Kali juga ku kecewa
Tapi ternyata segalanya berbeza
Bila aku dengan kamu,
Kamu dengan aku oh..
Tiada lelaki yang bisa jadi sehebatmu
Muzik Dan jenaka mu mencuri hatiku
Tak mungkin ku akan berpaling dirimu
Cuz baby I LOVE YOU.

p.s : rap lagu ni sangat cute :)

February 15, 2013

400 Cedera Akibat Meteor Jatuh di Russia

Salam semua..


Kira-kira 400 mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api
menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.

Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.



Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.

February 14, 2013

Lirik Masih Aku Cinta Shila Amzah

Salam semua..


Dalam kedukaan yang menimpa penyanyi Shila Amzah baru-baru ini, Shila mengambil semua keperitan yang dialami dan berjaya menghasilkan lagu bertajuk Masih Aku Cinta. Lagu ini diupload oleh Shila dalam laman web Sound Cloud.


Masih Aku Cinta (Shila Amzah)

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku
sumber : Rotikaya

Fakta tentang Media Sosial 2012

Salam semua..

Tahun 2012 banyak meninggalkan sejarah dalam dunia media sosial. Sama-sama kita lihat apa yang berlaku pada tahun 2012 dalam dunia media sosial

Untuk lebih jelas klik sini

February 13, 2013

Queen of Ambition Korean Drama

Salam semua..


Drama yang mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Joo Dae Hee yang bercita-cita untuk melepaskan diri dalam kemiskinan dan menjadi presiden wanita pertama Korea. Dia bertemu dengan lelaki yang sanggup lakukan apa saja untuk dia. Pada masa yang sama,seorang lelaki juga jatuh cinta padanya.


February 12, 2013

Muka Iras Yoona Girls Generation di Malaysia

Salam semua..

Laman web berita kpop nombor satu iaitu Allkpop membuat entry yang bertajuk YoonA's fans take notice of Malaysian doppelganger dan telah meletakan satu gambar perempuan bertudung yang seiras dengan Yoona Girls Generation


February 8, 2013

My Daugther Seo Yeong Korean Drama

Salam semua...


Drama ini ditayangkan di KBS World. Drama ini menceritakan tentang kisah seorang anak dan bapa yang terpisah disebabkan masalah keluarga. Antara pelakon drama ini ialah Lee Bo Young, Lee Sang Yun, Park Hae Jin dan Lee Jung Shin dari kumpulan CN Blue.