April 30, 2013

Gu Family Book Korean Drama

Salam semua...


Drama terbaru dari MBC bertajuk Gu Family Book yang bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa.


April 29, 2013

Buku Terbaru dari Fixi

Salam semua..

Peminat Buku Fixi, Fixi telah mengeluarkan 3 buku baru iaitu Tuhan Ilusaniti dan Cerpen.


Ilusaniti ditulis oleh Adib Zaini yang popular dengan novel Zombijaya. Mempunyai 320 mukasurat dan berharga RM19.90

April 27, 2013

Gwiyomi Bobo

Salam semua..

Bobo yang popular dengan parodi lagu Sayang keluar dengan parodi baru iaitu Gwiyomi. Saksikan stail Gwiyomi Bobo.


April 26, 2013

Pelancaran Samsung Galaxy S4 di Malaysia

Salam semua...

Pada 27 April 2013 bersamaan dengan hari esok bersamaan dengan pelancaran gadget terbaru dari Samsung iaitu Galaxy S4. Malaysia merupakan antara negara yang terawal mendapat telefon tersebut.



April 24, 2013

Nora Danish Buat Gwiyomi

Salam semua...

Seorang lagi artis popular yang comel dan cantik buat video Gwiyomi. Nora Danish upload video tersebut di Youtube disebabkan oleh permintaan peminat sebab tajuk video tu Nora Danish Gwiyomi as Requested. Jom tengok kecomelan Nora Danish dalam video gwiyomi yang dia buat.


April 23, 2013

Big Bad Wolf Books Melaka

Salam semua...

Big Bad Wolf akan ke Melaka pada bulan 5 ini. Mereka telah pun mengumumkan dalam laman web Facebook mereka pada minggu lepas yang mengatakan mereka akan pergi ke Melaka selepas Johor.


April 22, 2013

Gwiyomi Wawa Zainal

Salam semua...

 Tengah popular dengan video-video gwiyomi,artis Malaysia juga tak ketinggalan untuk menunjukkan kecomelan melalui video Gwiyomi. Pelakon Wawa Zainak mencuba melakukan aksi comel gwiyomi.


Bobo yang popular menerusi parody Sayang pun turut mengeluarkan teaser untuk video Gwiyomi.

April 21, 2013

Gempa Bumi di China, 180 orang maut

Salam semua..

Gempa bumi yang berlaku di Sinchuan, Cina pada 8.02 pagi telah mengorbankan seramai 113 orang dan mencederakan seramai 11000 orang. Gempa bumi tersebut berukuran 6.6 magnitud di barat daya Cina. Gempa bumi yang dahsyat ini mendatangkan kerosakan meluas di seluruh rantau ini selepas hampir lima tahun negara tersebut tidak dilanda gempa bumi yang dahsyat.

Berikut merupakan gambar-gambar tempat kejadian.

Sebuah kereta menyelamat dari Tentera Wilayah Chengdu jatuh dari tebing ke dalam sungai di Wilayah Sichuan. Dua daripada 17 askar di dalam kereta itu telah meninggal dunia

Kanak-kanak pelarian berehat di tempat perlindungan pemindahan di Baosheng bandar pada hari Sabtu

April 20, 2013

K-POP Dream Concert Live in Malaysia

Salam semua..


Artis - artis popular K Pop iaitu SISTAR,4Minute, BTOB, Brown Eyed Girls dan G.Na bakal memeriahkan  Arena of Stars, Genting Highland pada 23 & 24 Mei 2013 ini.

Artikel dari Ticketcharge :


"Prepare yourself this May for an extravagant K-Pop fiesta when South korea's top performing groups converge together to perform live up at Resorts World Genting. Immerse yourself with the revolutionary Korean pop group as they are all set to engulf you with their popular hits that helped create the South Korean cultural wave overseas"
Mereka akan beraksi di Arena of Stars selama 2 hari dan akan memeriahkan pentas dengan lagu-lagu popular mereka. Mereka semua merupakan artis yang popular bukan sahaja di Korea Selatan malah di seluruh dunia.Tiket konsert boleh dibeli di Ticketcharge

April 19, 2013

You Are The Best Korean Drama

Salam semua...




Lee Soon Shin (IU) adalah seorang gadis yang berani dari sebuah pulau terpencil. Walaupun keadaan hidupnya tidak begitu mewah, dia sentiasa cuba untuk melakukan yang terbaik. Menggunakan bakat nyanyian, dia menangkap hati peminatnya. Dia bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif agensi hiburan yang berjaya dipanggil Shin Joon Ho (Jo Jung Suk). Apa yang dia akan lakukan selepas Soon Shin mendapati bahawa Shin Joon Ho suka pada dia ?


April 18, 2013

Gwiyomi Versi Paling Comel

Salam semua..

Aku tak tahu kenapa ramai sangat yang dah buat parody lagu Gwiyomi tapi ada parody memang comel, tapi ada tu yang tak berapa nak comel sangat. Jom tengok koleksi video gwiyomi yang comel.


April 17, 2013

Gambar Iraq di Bom

Salam semua...

Walaupun berita tentang kes pengeboman di Boston pada hari Isnin ketika larian maraton tersebar meluas, di Iraq juga mengalami peristiwa yang sama iaitu di bom. Seramai 8 orang rakyat Iraq yang mati akibat letupan bom tersebut dan menyebabkan 300 rakyat tercedera. Berikut merupakan gambar-gambar pengeboman yang berlaku di Iraq.

Kanak-kanak lelaki Iraq memeriksa tapak serangan bom kereta

April 15, 2013

Trailer Hunger Games : Catching FIre

Salam semua..


Buat peminat Hunger Games, sekuel filem tersebut akan berada di pawagam pada bulan November ini. Filem yang bertajuk Hunger Games : Catching Fire akan menceritakan tentang Katniss Everdeen dan Peeta Mellark yang berjaya memenangi pertamdingan Hunger Games.

Malaysia Menang Piala Axiata 2013


Salam semua...

Tahniah diucapkan kepada pasukan malaysia kerana berjaya menjulang Piala Axiata untuk tahun 2013. Ternyata kejutan yang dilakukan pemain No. 1, Datuk Lee Chong Wei untuk tampil buat kali pertama pada Piala Axiata berjaya menguatkan lagi strategi skuad negara untuk mengungguli kejohanan berpasukan berprestij itu.
Artikel dipetik dari Kosmo: 
Pada aksi tersebut, skuad negara ketinggalan 0-1 apabila perseorangan wanita, Sonia Cheah Su Ya tewas 16-21, 17-21 kepada pemain No.8 dunia, Ratchanok Intanon pada perlawanan pertama. 
Begitupun, Malaysia kembali menyamakan kedudukan menerusi gandingan mantap beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang mudah menundukkan Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam untuk mengikat Thailand 1-1.
 Pada aksi kedua itu, beregu campuran No. 5 dunia itu mengalahkan Prapakamol-Thoungthongkam (No. 6) 21-16, 21-12.
Chong Wei yang tampil dalam perseorangan lelaki, menyumbangkan mata kedua negara apabila menewaskan pemain No. 25 dunia, Tanongsak Saensomboonsuk 21-12, 21-18.

Masterchef Selebriti Malaysia 2

Salam semua..

Masterchef Selebriti Malaysia musim 2 kembali di Astro Ria dan kali ini lebih ramai selebriti popular yang akan bertanding untuk merebut gelaran Masterchef Selebriti.


Seramai 19 selebriti akan bertanding dalam Masterchef Selebriti musim 2 dan akan bersiaran pada 20 April 2013.Petikan dari laman web Astrogempak


"Program realiti memasak MasterChef Selebriti Malaysia kembali dengan barisan selebriti yang bakal menghangatkan lagi dapur MasterChef Malaysia. Jika di musim yang lalu, 16 selebriti memulakan cabaran mereka, kali ini, 19 selebriti bakal menyahut cabaran MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2. Selebriti daripada pelbagai bidang seperti penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara dan pengarah filem dipilih untuk menyertai MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 ini.
 Selebriti-selebriti yang terlibat adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin (pelawak), Keroz Nazri, Zain Saidin, Sabhi Saddi, Cat Farish, Michael Ang, Afiq Muiz, Sharifah Shahora, Celina Khor, Kenchana Devi, Enot, Lydiawati, Syanie, Rozita Che Wan, Norish Karman dan Syura.
 Mereka bakal melalui pelbagai cabaran memasak mewakili badan-badan kebajikan pilihan mereka. Cabaran-cabaran MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 adalah seperti Peti Saji Misteri, Ujian Cipta Rasa, Cabaran Sajian Pantas, Cabaran Sajian Luar dan sebagainya.
 Siapakah yang bakal menyerlah kali ini setanding JUARA MasterChef Selebriti Malaysia pertama, Dato' Fazley Yaakob? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 mulai 20 April 2013, setiap Sabtu hingga Selasa, 9 malam, tayangan serentak di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)"


April 14, 2013

Video muzik PSY Gentleman dapat 6.9 juta view

Salam semua..


Setelah mendapat kedudukan #1 di semua laman web muzik di korea dan Single Top 100 di beberapa negara. Psy telah berjaya mendapat view yang menakjubkan dalam masa 13 jam iaitu 6.9 juta view.



April 13, 2013

PSY Gentleman

Salam semua..

Penyanyi popular dari Korea Selatan yang popular dengan lagu Gangnam Style kembali dengan lagu baru iaitu Gentleman.

Sejurus selepas lagu tersebut dikeluarkan di seluruh dunia dan juga di Korea Selatan, lagu Gentleman berada dikedudukan #1 di semua laman web yang muzik tempatan untuk hari kedua berturut-turut, termasuk Melon, Mnet, Soribada, Bugs, Olleh Music, Naver Music, Daum Music, Cyworld Music, Monkey3, dan banyak lagi .

Untuk jualan antarabangsa di carta Singles Top iTunes lagu Gentleman telah berada di Top 10 di beberapa negara termasuk # 1 di Vietnam, # 2 di Singapura, # 3 di Hong Kong, # 4 di Kemboja, Malaysia, dan Filipina. # 6 di Argentina, dan # 7 di Finland.

Ia juga dalam 100 Top di banyak negara, mencapai # 12 di Paraguay, # 13 di Sweden dan Switzerland, # 14 di Taiwan, # 15 di Denmark dan Mongolia, # 19 di Belanda, # 23 di Slovakia, # 25 di Belgium dan England, # 26 di Perancis, # 27 di New Zealand, # 30 di Turki, # 31 di Mexico, # 38 di Luxembourg, # 42 di Austria, # 44 di Colombia, # 46 di Nigeria, # 48 di Chile dan Australia , # 57 di Thailand, # 61 di Kanada, # 67 di Indonesia dan Ireland, # 72 di Jerman, # 78 di Brazil dan Itali, # 79 di Sepanyol, # 88 di Rusia, dan # 97 di Afrika Selatan.

Video muzik untuk lagu Gentleman telah pun keluar di Youtube.

Video anak Tomok, Arrian

Salam semua..

Video Tomok bersama anaknya, Arrianshah Akid . Video ini telah dipost oleh Tomok dalam aplikasi Keek.