Posts

Showing posts from January, 2010

Observation

Hari minggu keadaan di Mahkota Parade begitu sesak kerana dipenuhi dengan remaja dan ada juga yang berjalan-jalan dengan keluarga mereka.Tambahan pula,semalam telah diadakan tarian singa di MP.Ramai yang menyaksikan tarian tersebut kerana penari tersebut begitu hebat sekali.Seorang rakan sekerja aku menceritakan tentang asal usul singa tersebut kerana dia berbangsa cina.Dia berkata singa dan naga tersebut telah menolong orang sebab itulah mereka menghargai singa dan naga.[lebih kurang la ape yg dicerite].Kagum melihat tarian tersebut kerana mereka menari diatas tiang yang agak tinggi dan mereka pandai mengimbangi badan supaya tidak jatuh.

Banyak gelagat yang dapat dilihat di kedai buku tersebut.Banyak kanak-kanak non-muslim yang petah bercakap bahasa inggeris.Kagum melihat mereka speaking.Time mock interview dulu,gagap didepan kaunselor dan cikgu.Sempat melihat remaja dari Kolej Yayasan Saad yang membeli stationary di MPH.Pakaian outing mereka adalah t-shirt putih yang mempunyai lamban…

2 weeks

Sudah hampir 2 minggu bekerja di kedai buku dan rasanya sudah mula biasa dengan persekitaran di sana.Pada mulanya merupakan seorang yang pendiam tetapi 3 minggu berlalu,bercakap juga dengan rakan-rakan sekerja.Banyak juga perkara yang dapat dipelajari tentang pengoperasian kedai buku tersebut.Suasana bekerja yang seronok kerana terdapat beberapa bangsa di tempat kerja tersebut dan kami selalu bertukar pendapat.Salah satu perkara yang menyeronokkan adalah pekerja di kedai buku boleh meminjam apa jua buku kecuali majalah.Sudah 2 buku yang dipinjam dan aku akan terus meminjam buku-buku yang seronok dibaca.Sudah beberapa kali aku keluar rehat dengan rakan semaktab tapi agak susah untuk rehat bersama kerana kami bukan bekerja ditempat yang sama.Kadang-kadang sahaja kami rehat pada masa yang sama.

Merupakan satu pengalaman yang baru dalam hidup walaupun pernah mendapat gaji ketika di dalam PUM =]

entry kali ni pendek je sbb tak tau nak tulis ape n dlm dlm keadaan mengantuk...

Kerja..

Image
8 JAN 10


Pagi itu aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.Pakcik saudaraku meninggal dunia di rumah anaknya di Semenyih,Selangor.Pakcik tersebut merupakan abang angkat ibuku kerana beliau merupakan jiran aku dahulu tetapi telah pindah.Beliau sangat baik kerana selalu memberikan lauk-pauk untuk kami sekeluarga.Beliau meninggal akibat sakit jantung.Beliau meninggal di atas pangkuan isteri tercinta pada jam 7.00 pagi.Selepas mendapat tahu,aku,ibuku dan kakak saudaraku bersiap-siap untuk pergi ke rumah anaknya.Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih.Setibanya kami di rumah tersebut,jenazah telah dimandikan dan sedang dibacakan Yassin.Jenazah tersebut akan dibawa ke Perak untuk pengebumian di sana.Aku sempat melihat jenazah untuk kali terakhir sebelum di bawa ke Perak.Ketika melihat jenazah tersebut,aku tersedar bahawa MATI sangat dekat dengan aku.Bila-bila sahaja seseorang itu boleh mati,aku baru sahaja berbual-bual dengan arwah pada minggu lepas semasa arwah datang melawat kami…

New Year 2010

Image
2009 melabuhkan tirainya dengan 1001 kenangan.Banyak kenangan yang tercipta sepanjang tahun tidak kira ketika suka mahupun duka.Bermula dari tarikh 1.1.2009 hingga 31.12.2009,banyak perkara yang terjadi.Tahun 2009 juga merupakan tahun yang penting kerana tahun dimana aku mengambil peperiksaan SPM.

my best classmate..i L.O.V.E  you all.

I met you as a stranger and I live you as a friend.Hope our friendship will never end.
.Memang terlalu indah kenangan bersama mereka.Banyak perkara kami lalukan bersama.BELAJAR.PREP dan lain-lain. Bersyukur mendapat classmate di kelas 503.






MAJUSCOP.IC SDN. BHD



rindu kawan sekerja

Terlalu manis kenangan ketika berada dalam Persatuan Usahawan Muda.Bermula daripada menjadi ahli biasa sehingga menjadi Pengurus Operasi,banyak perkara yang dipelajari semenjak melibatkan diri menjadi Usahawan Muda.Salah satu kenangan termanis ketika di dalam PUM ialah sewaktu mewakili maktab di Konvensyen PUM MRSM Se-Malaysia di MRSM Serting.Syarikat MRSM Pontian telah mendapat 10 s…

JUST FOR F.U.N

Image
atas permintaan seorg rakan =]


1. adakah anda rasa anda HOT?
belum lagi kot.setakat ni temp still normal. =p



2. upload gambar kegemaran kamu.



3. cerita pasal gambar.
this photo is taken by me at Tiram indah village.is my idea.hehe.sanggup tak take part sbb nak amik gamba ni.tapi tak sume ade.



4.bila kali terakhir makan pizza?
last kat pontian.ngan mak n akk.lepas grade n sblom annual



5. lagu terakhir yang anda dengar.
lagu memori tercipta[favourite song da skng].asyik teringat kwn je



6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tgk TV



7. selain nama sendiri, apa panggilan yg orang guna untuk panggil kamu?
family : syukri
friends : syuk



8. tag lagi 6 orang.
isha
nina
fifie
wani
hani



9. siapakah gerangan no 1 pada anda?
isha,ak tak rapat sgt ngan dye kat maktab tapi cam rapat kat alam maya.tak sangke.hehe.same PUM.nice and maybe alim.hehe



10. kata sesuatu untuk org no 5.
hani,peramah sgt.hehe.ske ketawe.pernah sakat dye time PUM dlu.smpi ko geram gle.ingat tak.



11. no 3 ada hubungan apa dgn anda?
fife,cla…