September 26, 2014

Saintis Membedah Sotong Terbesar di Dunia

Salam semua...


Ahli saintis di Muzium New Zealand Te Papa Tongarewa telah membedah salah satu sotong terbesar didunia dan sesi pembedahan tersebut disiarkan secara langsung untuk tontonan umum.

Sotong tersebut dari spesies yang hidup di perairan berhampiran Antartika, adalah salah satu daripada sotong terbesar di dunia.

Sotong tersebut berukuran hampir 5 meter panjang dan berat mencecah 350kg. Manakala mata sotong tersebut berdiameter 35cm dan merupakan haiwan yang mempunyai mata paling besar di dunia. Sotong tersebut juga mempunyai 3 jantung.


September 23, 2014

The Voice Season 7

Salam semua...


Rancangan realiti TV, The Voice kembali untuk musim ke-7 dengan jurulatih baru iaitu Gwen Stefani dan Pharrell Williams. AXN bakal menayangkan rancangan tersebut bermula pada 23 September 2014 iaitu pada hari ini. Musim lepas menyaksikan Josh Kaufman dari kumpulan Usher memenangi The Voice dan naib juara ialah Jake Worthington dari kumpulan Blake Shelton.


September 19, 2014

The Maze Runner Review

Salam semua...


Tajuk : The Maze Runner
Durasi : 1jam 53minit
Rating : 4/5
Filem ini mengisahkan sekumpulan remaja yang telah disimpan di dalam sebuah maze. Thomas merupakan salah seorang remaja tersebut. Dia telah dihantar ke dalam maze tersebut selepas ingatan dipadamkan. Filem ini menceritakan bagaimana Thomas dan yang lain bekerjasama untuk keluar dari maze tersebut.


Filem ini juga diadaptasi dari novel siri remaja paling laris juga dengan tajuk yang sama. Ia mempunyai 3 buah novel dan sebuah novel prekuel. Kemungkinan besar jika filem ini berjaya, mereka akan membuat sekuel disebabkan penghujung filem ini dibuat seolah-olah mempunyai sambungan.

September 18, 2014

Blade Man Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Blade Man
Genre : Aksi, Romantik
Episod : 20
Waktu : Khamis & Jumaat , 9.00 malam
Saluran : KBS World

Sebuah kisah tentang seorang lelaki bernama Joo Hong Bin (Lee Dong Wook) yang kejam dan tidak mengenal erti takut. Dia seorang yang kaya dan pintar. Besi mula tumbuh kerana pengalaman pahit dan kesukaran yang dia hadapi untuk kali pertama dalam hidupnya.

September 14, 2014

Harga Proton Iriz

Salam semua...


Harga bermula dari RM42,888 sehinggah RM62,888 dan mengikut dari artikel Paultan harga untuk Proton Iriz jika dibandingkan dengan Perodua Myvi hanya beberapa ringgit mahal. Dan kini Tun Dr Mahathir telah pun menggunakan Proton Iriz 10 hari sebelum kereta tersebut dilancarkan.

September 11, 2014

5 Rekod Paling Aneh dalam Guinness World Records 2015

Salam semua....

Guinness World Records 2015 telah dikeluarkan pada Rabu yang lalu dengan rekod dunia yang menarik dan pelik. Ia meliputi segala-galanya daripada remaja yang tertinggi dan kucing paling pendek hingga yoyo yang terbesar. Berikut merupakan antara rekod-rekod yang pelik tercatat di Guinness World Records 2015.

1) Lidah Terpanjang - Nick Stoeberl


Purata panjang lidah manusia kira-kira 4cm tetapi untuk lidah Stoeberl berukuran 10.1cm. Dia telah memecahkan rekod Brit Stephen Taylor (9.8 cm) yang memegang gelaran itu sejak 2002.

2) Yo-yo Terbesar - Beth Johnson


Menurut rekod Guinness World 2015, yo-yo ini berukuran 11 kaki, 9 inci dengan berat 2000kg. Yo-yo ini hanya mengambil masa satu tahun setengah untuk membina dan boleh berfungsi sepenuhnya.

September 8, 2014

Gambar dan Spesifikasi Proton Iriz

Salam semua...

Proton terbaru iaitu Proton Iriz akan dilancarkan pada 25 September ini. Menurut Paultan, kereta terbaru dari proton itu akan mempunyai 8 jenis varian dari 1.3 Standard sehingga 1,6 Premium. Berikut merupakan 8 jenis varian Proton Iriz. Proton Iriz akan terdapat dalam 7 warna termasuk Citrus Green, Silver Moon Dust, Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Atlantic Blue dan Proton White

1.3 Standard MT and 1.3 Standard CVT
1.3 Executive MT and 1.3 Executive CVT
1.6 Executive MT and 1.6 Executive CVT
1.6 Premium MT and 1.6 Premium CVT








Semua gambar ini adalah varian 1.6 Premium, jadi untuk fungsi seperti keyless ataupun USB charger tidak ada varian lain kecuali 1.6 Premium. Dalam artikel Paultan menyebut bahawa kereta ini akan berharga serendah RM45 ribu. Ada yang berminat kereta terbaru dari Proton ni? Nampak macam hebat kan?

Sumber : Paultan

The Woman Who Married Thrice Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : The Woman Who Married Thrice
Genre : Romantik, Komedi
Episode : 40
Saluran : ONE (393)
Waktu : Setiap Isnin- Khamis, 7.40 malam, ulangan 12.35 tengahari

Drama keluarga ini mengenai seorang ibu dan dua anak perempuannya, Oh Eun Soo (Lee Ji Ah) adalah anak kedua dalam keluarga ini. Jung Tae Won (Song Chang Ui) adalah suami pertama dan Kim Joon Goo (Ha Suk Jin) adalah cinta barunya Dia masih seorang pelajar dalam jurusan pengurusan.

September 5, 2014

Filem Yang Mesti di Tonton Sebelum 2015

Salam semua...

Berikut merupakan filem yang disenarai pendek oleh aku sendiri untuk ditonton. Mungkin ada yang berminat juga antara filem-filem yang disenaraikan.

The Maze Runner

Filem yang diadaptasi dari novel popular yang mempunyai tajuk yang sama "The Maze Runner". Ia menceritakan tentang sekumpulan remaja yang terperangkap dalam maze.


Big Hero 6

Dari pencipta Frozen dan Wreck It Raplh. Ia tentang robot bernama dan Hiro Hamada yang bekerjasama untuk mencipta sebuah robot yang berteknologi tinggi.



The Hunger Games : Mocking Jay Part 1

Sambungan kepada Hunger Games : Catching Fire dimana selepas Katniss Everdeen berjaya melepaskan diri daripada permainan yang kejam oleh Capitol dan dalam filem ini Katniss mengumpul askar untuk melawan dengan Capitol


The Hobbit: The Battle of Five Armies

Filem terakhir dari siri The Hobbit, sambungan kepada The Hobbit : The Desolation of Smaug yang betul-betul tergantung. Peminat LOTR dan Hobbit mesti tengok penghabisan filem ni.


September 3, 2014

Galaxy Note 4 dan Galaxy Note Edge

Salam semua...


Samsung akhirnya melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Galaxy Note 4 dan Galaxy Note Edge. Note 4 merupakan telefon pintar yang ditambahbaik daripada Note 3 tanpa secara perubahan yang drastik dari segi rupa atau fungsi. Note 4 akan mula dijual pada bulan Oktober.


Note 4 hadir dengan skrin 5.7-inci, memori 32GB, 3GB RAM, dan bateri 3220mAh. Selain daripada Note 4, Samsung juga turut melancarkan Note Edge dimana skrin bahagian tepi Note Edge melengkung di bahagian tepi.


Dari segi spesifikasi, Note Edge mempunyai spesifikasi yang sama dengan Note 4 tetapi kurang 0.1 inci dari Note 4 iaitu 5.6 inci. Skrin melengkung dibahagian tepi mempunyai fungsi notifikasi dan fungsi shortcut tanpa perlu diletakkan pada bahagian skrin utama.


Turut dilancarkan Samsung Gear S dan Samsung Gear VR. Samsung Gear S merupakan jam tangan pintar yang terbaru dari Samsung manakala Samsung Gear VR merupakan headset realiti maya atau virtual reality headset dimana pengguna dapat merasai dunia maya melalui Gear VR. Samsung bekerjasama dengan Oculus Rift untuk menghasilkan Gear VR tersebut.

Samsung Gear S

Samsung Gear VR

Aku paling tertarik dengan Note Edge tu bila tengok hands on dekat The Verge. Memang menarik sebab notification boleh tengok dari tepi tanpa perlu tengok skrin utama. Mesti lagi mahal lagi Note Edge dari Note 4.
Sumber gambar : The Verge