April 28, 2011

SNSD for Marie Claire Korea May Issue!!!

Salam semua...

Marie Claire merupakan antara majalah fesyen yang terkemuka membuat kelainan pada keluaran May 2011 dengan mengeluarkan sembilan muka yang berbeza setiap satu ahli SNSD dalam edisi terhad.Marie Claire Korea mengeluarkan edisi terhad tersebut melalui laman web Marie Claire dan pelanggan boleh menempah melalui laman web tersebut.

Dan yang paling menarik dalam sembilan muka majalah berbeza Yoona,Seohyun,Taeyeon dan Tiffany habis dijual.







                 

April 24, 2011

f(x) : Korean Girl Group

Salam semua...


f(x) merupakan kumpulan daripada syarikat SM Entertainment yang debut pada tahun 2009.Disebabkan mereka ni dibawah naungan antara syarikat muzik yang berpengaruh di Korea,mereka senang mendapat populariti.Terdiri daripada 5 orang gadis dan single pertama mereka La Cha Ta.

April 22, 2011

Pikachu Wujud!!!

Salam semua...

Rasanya semua pernah tengokkan cartoon Pokemon yang pernah menjadi fenomena kepada kanak-kanak seluruh dunia ni.Dan siapa tak kenal Pikachu iaitu binatang belaan hero Pokemon iaitu Ash.Pikachu tu kalau tak silap sebenarnya tikus padi.Disebabkan dia ni merupakan Pokemon belaan Ash,dia merupakan Pokemon yang paling popular diantara semua Pokemon yang ada.

TAPI.....
Korang pernah tengok Pikachu ni dalam dunia,mesti korang teruja nak tengokkan?Okay,jom tengok..

April 20, 2011

Kalau Tuhan nak tunjuk sekejap je!!!

Salam semua...

Entri kali ni berkenaan dengan bencana alam yang melanda negara Jepun baru-baru ni.Kuasa Allah kita tak boleh duga.It is unpredictable.Kalau benda-benda nak jadi,jadi jugaklah.Jadi,kita sebagai hamba-Nya perlu berserah diri dengan apa sahaja yang berlaku kepada kita.Bencana alam ni memang tak putus-putus sejak dari dulu lagi kerana ini fenomena alam yang semula jadi.Lagi pun dunia pun dah nak kiamat dan salah satu tanda kiamat adalah bencana alam yang semakin meningkat.

Ramai orang cakap,kalau sesuatu tempat tu kena bencana mesti ada perkara yang tak elok berlaku dekat situ.Kalau betul,tak tahulah apa aktiviti orang Jepun sampai terkena musibah yang dahsyat tu.

Video ni syuk tak berapa tahu info ni,sama ada selepas atau sebelum Tsunami melanda Jepun bulan lepas.Tapi muka bumi Jepun bergoyang-goyang seolah-olah Jepun terapung-apung.Cuba korang bayangkan kalau Malaysia kena macam ni,tak ke cuak orang Malaysia.Jom tengok!!!



Gerun tak tengok video ni?memang nampaklah yang tanah tu bergoyang-goyang,air keluar dari bawah tanah.Dahsyat sungguhkan.Sama-samalah doa agar kita dijauhkan dari bencana alam sebegini

April 18, 2011

MBC Korean Music Wave Concert in Bangkok

Salam semua....


Pada 12 Mac 2011 yang lalu syarikat penyiaran MBC telah mengaadakan Korean Music Wave Concert di Bangkok sempena dengan ulang tahun MBC yang ke 50.Ramai artis Korea yang datang untuk membuat persembahan di sana.

Pada 17 April 2011 channel MBC telah menayangkan konsert tersebut.Nickhun 2PM,Yuri dan Tiffany SNSD menjadi pengacara untuk konsert tersebut.Boleh dikatakan semua artis yang popular menghadiri konsert tersebut antaranya TVXQ, SNSD, Wonder Girls, 2PM, SG Wannabe, T-ara, B2ST, Son Dambi, After School, Brown Eyed Girls, F.T Island, 4minute, Norazo, CNBLUE, MBLAQ, SISTAR, miss A, 2AM, dan Secret.

Berita Kpop dalam Harian Metro

Salam semua...




Memang tak dinafikan lagi artis-artis Asia sekarang ni setanding dengan artis Baratkan?Tengoklah peminat kpop yang sangat ramai dekat serata dunia ni sekarang.Malaysia contohnya,dah banyak kali artis Korea datang buat persembahan.G.Na,Beast,4Minute,Super Junior dan lain-lain.Memang boleh dikatakan setanding jugaklah.Kalau nak tau allkpop.com tu sebenarnya orang US yang buat laman web tu.

Sedikit artikel dari Harian Metro...

April 17, 2011

49 Days : Korean Drama

Salam semua...


Drama ni daripada syarikat SBS dan akan ditayangkan di Channel One HD.Drama ni ada 16 episode kesemuanya dan untuk rating pulak,tak berapa nak tinggi,dalam purata tempat ke 8.Tapi bila tengok trailer untuk drama ni dekat channel One dan baca sinopsis,rasa macam gempak pulak cerita ni.


Daum Music Festival 2011 at MTV!!!

Salam semua..


Daum ialah sebuah laman web Korea yang popular selain dari Nate dan Naver.Dan pada 19 Februari 2011 dengan usahasama MTV,mereka telah membuat Music Festival yang telah menampilkan artis-artis yang famous dari Korea.

Antara artis-artis yang membuat persembahan MBLAQ,2NE1,T-ara,Secret dan lain-lain..

April 16, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Salam semua...

Ben Ashaari buat segmen lagi...Segmen yang pendek tapi boleh mengeratkan lagi blogger-blogger yang ada ni..

Macam biasa.Tulis tajuk BEN ASHAARI GEGAR LAGI.Letak header BA dan post kat link ni.

April 10, 2011

10 Page Facebook yang Kreatif!!!

Salam semua..

Rasanya semua orang tahukan sejak diperkenalkan profile user facebook yang baru,ramai orang yang edit profile page mereka supaya jadi lawa.Ada yang buat gambar sambung-sambunglah.Memang kreatif orang tu.Jom kita tengok antara profile page yang creative,cool dan awesome!!!


April 9, 2011

SNSD Run Devil Run

Salam semua..


Girls Generation ataupun So Nyeon Shi Dae ni bukan asing lagi bagi peminat k-pop.Mereka terdiri daripada 9 gadis jelita iaitu Taeyon sebagai ketua,Jessica,Tiffany,Yoona,Yuri,Hyoyeon,Sooyoung dan Seohyun[maknae].Cantik-cantik mereka semua ni.Single mereka boleh dikatakan semuanya popular antaranya Gee,Tell Me Your Wish,Run Devil Run,Oh dan yang terbaru Hoot.

Mereka ni jugak popular dekat Jepun dan kebanyakkan lagu mereka ada 2 versi,Korea dan Jepun dan yang terbaru mereka keluarkan music video Run Devil Run versi Jepun.Baru je beberapa jam dikeluarkan,perkataan Run Devil Run jadi trending topic dekat twitter.Betapa popularnya mereka ni.

Artis Korea: IU Masuk KOSMO!!!

Salam semua...

Pagi-pagi biasalah,orang akan baca surat khabar dan sekarang dengan zaman serba teknologi ni baca surat khabar pun online.Dalam membelek surat khabar Kosmo tadi,tiba-tiba nampak seorang artis Korea dekat dalam ruang Hiburan.



Dia nilah yang masuk Kosmo.Okay,cun + cute kan gadis ni.Nak kenal?

My First Award : Setetes Embun

Salam semua...


Okay.Rasa macam pelik tak award ni.Sebenarnya award ni dari Indonesia dan telah diberikan kepada syuk melalui Mydecrescendo.Kiranya ni viral award.Tak pernah dapat lagi apa-apa award sebelum ni.so agak teruja walaupun bukan award yang gah.Untuk share award ni,syuk nak bagi dekat....

1) Nmirmo
2) Sha My Heart
3)Tikalatiff
4) Fifie

Sebenarnya,award ni dari www.menjelma.com dan telah dipas-pas kepada orang ramai.Orang yang telah syuk bagi award ni pun boleh share award ni kat rakan-rakan dia yang lain.

April 8, 2011

Rumour iPhone 5!!!

Salam semua...

Kepada peminat barangan dari syarikat Apple. Inc.Ada berita baik untuk anda.Iphone 5 akan keluar!!!Walaupun masih hangat jualan Iphone 4 dipasaran,tetapi Apple telah pun membangunkan untuk generasi seterusnya iaitu ke-5.Jom tengok rumor tentang handphone tersebut.Sony ada bagi hint yang mengatakan mereka akan bekerjasama untuk kamera.

Kritikan Blog Bermula!!!

Salam semua...

Setelah bersungguh-sungguh[hiperbola] buat entry untuk segment ni,dapat jugak syuk masuk.Syuk dapat kumpulan ketiga sama dengan lagi 2 orang gadis.

Yang pertama


Nama google profile cik ni awEEN.First,nice quote,kelip-kelip in my life.Unik.lain daripada yang lain.Tak banyak yang boleh dikomen pasal blog ni sebab semuanya dah okay.Paling meletop header awEEN,serius smart.Tanya sikit macam mana buat header tu?Background awEEN simple,tak ada gambar yang serabut dan design layout pun okay.Tapi yang pelik kenapa blogger profile kat bawah.Kalau boleh letak kat atas sikit.Senang orang nak berkenalan. =] dan yang syuk jelous,alexa rank dan follower awEEN lagi tinggi dari syuk.

Yamg kedua...


Nama google profile cik ni zieha hisham.First,nice header.Kenapalah ramai orang yang design header mereka ni.Simple je blog zieha ni,background pun sewarna je.Tapi mungkin disebabkan header dan background gelap,jadi rasa macam betul-betul gelap.[ayat berterabur].Layout dekat tepi semua cantik tersusun.Umur 18 tahun,muda syuk setahun tapi maju dah dalam dunia blogging ni.Salute,syuk baru nak terkedek-kedek dalam dunia blogging ni.Overall,nice blog zieha.

okay.selesai mengkritik.Harap tak ada yang terasa.Kalau ada tu mintak maaf awal-awal oke. =]

BEN ASHAARI MMG GILA LA KOT

Salam semua...



Okey.Syuk suka pergi webpage Ben Ashaari sebab dia suka buat segment yang simple dan ringkas.Mudah untuk orang lain join.Contohnya macam segment Gegar 1000 Blog tu.Simple sangat terma & syarat yang dikenakan.

Sebab yang paling penting,kat webpage BA jugak syuk punya traffik naik mendadak disebabkan segment-segment yang dia anjurkan.Memang seronoklah kalau traffik naik mendadakkan.

Lain,kat sini jugaklah syuk boleh blogwalking dengan senang sebab BA dah siap list 1000 blogger.Cuma nak lawat blog tu je.Memang cara paling senang nak blogwalking.

Yang terakhir suka tengok follower dengan pageview BA.Cepat je naik dan terus naik.Syuk punya follower dengan page view,alah...Sikit-sikit je.[Alhamdulillah naik jugak la]

April 7, 2011

Wonder Girls ke Malaysia untuk Twin Tower @live 2011

Salam semua...


Untuk pengetahuan semua,Wonder Girls akan ke Malaysia untuk mengadakan persembahan untuk kali ke 3.Wah,Kali pertama mereka datang pada konsert MTV World Stage dan kali kedua,mereka mengadakan konsert solo mereka di Arena of Star,Genting Highland.Kali ni mereka akan membuat persembahan sempana Konsert TWIN Tower @live 2011 di Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada 8 April 2011[esok] bermula jam 6 petang.Ada ramai artis yang menarik lagi seperti Bunkface,Yuna,Hoobastank dan ramai lagi.

Dan yang paling penting konsert ni adalah PERCUMA.

4Minute : Heart to Heart & 4Minutes Left

Salam semua...


Untuk peminat 4Minute,mereka baru sahaja keluarkan mini album atau extended play bertajuk Heart to Heart dan lead single untuk EP ni ialah tajuk EP tu sendiri.Dalam EP tersebut ada 5 lagu.


1. 4Minutes Left (Intro)
2. Heart to Heart
3. Sweet Suga Honey!
4. You Know
5. Moreuneuncheok [Pretend]

Jom tengok mv Heart to Heart

4Minute : Korean Girl Group

Salam semua...


Kumpulan ini dianggotai dengan 5 orang gadis dan mula debut pada tahun 2009 dengan mini album For Muzik dan single pertama mereka Hot Issue.Berjaya mendapat hati peminat muzik k-pop dan terus keluar mini album Hit Your Heart dan lagu hit adalah Huh dan I My Me Mine.Terbaru kumpulan ini keluar dengan mini album Heart to Heart yang sama dengan tajuk single untuk mini album ini.Kumpulan ini jugak melebarkan populariti ke Jepun dengan mengeluarkan album Jepun iaitu Diamond.

Kumpulan ni bernaung dibawah Cube Entertainment yang juga menaungi artis G.Na dan Beast.Kalau tak silap syarikat ni adalah subsidiary untuk JYP Entertainment.

April 4, 2011

Datuk Siti Nurhaliza pun nyanyi lagu Nobody:Korea!!!

Salam semua...


Anugerah Bintang Popular Harian 2010 baru sahaja melabuhkan tirainya dan Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2010.Dengan berbekalkan filem yang meletup iaitu Adnan Sempit,dia telah diundi sebanyak 100000+.Memang dia layak menang dan Penyanyi Wanita Popular yang selama ini dipegang oleh Datuk Siti Nurhaliza kini untuk pertama kali diberikan kepada Yuna.

Okay.Berbalik kepada topik.Syuk memang dah agak Datuk Siti Nurhaliza mesti buat persembahan punya.Membuat persembahan untuk penutup rancangan tersebut,Datuk Siti telah membuat kelainan dalam persembahan beliau.Daripada lagu balada Bukan Cinta Biasa ditukarkan kepada rentak pop dan ditambah dengan lagu hit kumpulan korea, Wonder Girls iaitu Nobody dihujung lagu tersebut.Ditukar juga rentak lagu Nirmala daripada etnik kreatif kepada pop.Memang menarik persembahan beliau.

April 3, 2011

We Got Married : Lee Jang Woo & Yoon Baek Hee

Salam semua..

Seperti yang sedia maklum,YongSeo couple atau Goguma Couple dah nak sampai ke penghujungnya dan MBC dah buat pengunguman untuk menambah couple yang baru dan orang yang itu adalah daripada kumpulan T-ara iaitu Eunjung yang berlakon dalam drama Dream High sebagai Yoon Baek Hee.


GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Salam semua..

Wah,dalam satu hari masuk 2 segment dari Ben Ashaari,sangat berterima kasih sebab buat segment yang dapat membantu blog ni punya trafik.  =]



Setelah masuk list untuk gegar blog hari tu,kali ni nak jugak tersenarai dalam bloglist untuk bulan April.

BLOG NI AKU RASA PATUT POPULAR LAA

Salam semua..

Pagi-pagi dah tergerak nak ikut segment Ben.Sesiapa yang nak ikut follow step ni atau pergi je link ni.



Berikan 5 blog yang korang rasa patut popular dan kenapa korang rasa blog tu patut popular.

Yang pertama, Mrdaha sebab dia punya tutorial untuk tingkatkan trafik sangat-sangatlah membantu blog yang kecik ni.Dan kalau dia buat tutorial tu memang detail habislah.

Yang kedua, Anikimaro sebab post-post dia sangat interesting dan lain daripada yang lain.Menariklah bagi syuk.

April 2, 2011

April Fool Google yang Kreatif...

Salam semua...

Macam-macamlah orang zaman sekarang ni sambut April Fool.Sampai buat cerita yang Jackie Chan dah rest in peace,siap jadi trending topic kat twitter lagi.Banyak-banyak April Fool tapi yang paling kreatif Google,sampai buat video dengan laman web bagai.Mula-mula mereka ni keluarkan video tentang Gmail Motion,memang nampak macam betul projek tu,interview oranglah.Bersungguh-sungguh Google nak kenakan orang.


 

C.N Blue : First Step

Salam semua...


C.N Blue dah pun buat comeback mereka setelah mini album pertama mereka iaitu Bluetory.Untuk album ni ada 12 lagu kesemuanya tapi tak semua lagu baru.Ada lagu yang diambil dalam album Jepun mereka tapi ditukar liriknya.Untuk album ni Younghwa dan Jonghyun banyak menulis dan menggubah lagu.