December 11, 2013

Bel Ami Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Bel Ami / Pretty Man
Episod : 16
Saluran : KBS World
Masa : Rabu dan Khamis 9.00 malam

Drama ini diadaptasi dari komik yang diterbitkan pada tahun 2011.
Dokgo Ma Te (Jang Geun Suk) adalah seorang lelaki bercita-cita tinggi dan mahu membuat banyak wang menggunakan paras rupa yang dia ada. Dia menetapkan untuk keluar dengan sepuluh wanita yang paling berjaya di Korea. Seorang wanita yang pelik kemudian muncul di hadapan Dokgo Ma Te. Namanya Kim Bo Tong (IU), seorang gadis biasa datang dari latar belakang miskin yang sudah cinta kepadanya selama sepuluh tahun. Bolehkah dia membuat Dokgo Ma Te suka dia?


November 20, 2013

Rakyat Malaysia pertama, Raja Syahiran berjaya ujibakat Britain's Got Talent

Salam semua...

Seorang rakyat Malaysia iaitu Raja Syahiran,20 tahun berjaya melepasi ujibakat Britain's Got Talent untuk peringkat pertama. Dengan bakat unik yang dia ada iaitu kebolehan meniru suara chipmunk, dia berjaya melepasi peringkat pertama dalam pertandingan Britain's Got Talent.

Raja Syahiran merupakan rakyat Malaysia dan di Asia Tenggara yang pertama berjaya melepasi ujibakat di Britain's Got Talent. Seperti program mencari bakat yang lain, Britain's Got Talent merupakan program pencarian bakat luar biasa yang di hakimi oleh selebriti terkenal iaitu Simon Cowell, Amanda Holden, Alesha Dixon dan David Walliams.


November 10, 2013

Ender's Game Review

Salam semua...


Filem yang diadaptasi dari buku bestseller yang juga mempunyai tajuk yang sama. Buku tersebut diterbitkan pada tahun 1977. Filem ini bermula dengan peperangan antara mahluk asing dengan manusia dan salah satu cara penyelesaian untuk menamatkan peperangan tersebut dengan melatih kanak-kanak untuk mengetuai peperangan tersebut kerana kanak-kanak mempunyai fikiran yang berbeza dengan orang dewasa.

November 4, 2013

Marry Him If You Dare Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Marry Him If You Dare
Genre : Romantik, Fantasi
Episod : 16
Masa : 9-10 malam, KBS World

Drama ini merupakan drama 'time travel' yang berlatar belakangkan dunia penyiaran televisyen. Drama ini mengisahkan tentang seorang penulis yang bertemu dirinya pada masa akan datang dan memberi nasihat kepadanya.


Na Mi Rae (Choi Myung Gil), penulis untuk siaran televisyen , dia yang dari masa akan datang kembali untuk memenemui diri dia pada umur 32 tahun lakonan,(Yoon Eun Hye) dengan matlamat untuk menghalang perkahwinannya dengan Kim Shin (Lee Dong Gun) yang merupakan seorang juruhebah.


November 3, 2013

FOBIA Kumpulan Cerpen

Salam semua...


Tajuk : FOBIA - Kumpulan Cerpen
Halaman : 282 m/s
Harga : RM19.90
Penerbit : Roman Buku

"Sejauh manakah anda mampu berhadapan dengan mimpi paling ngeri? Apakah yang sanggup anda lakukan untuk menghapuskan perkara yang paling ditakuti?
 Selami 16 kisah pendek yang membongkar antara sisi tergelap dalam perasaan manusia, FOBIA. Zaman kanak-kanak yang gelap, pengalaman ngeri di hospital, menjadi saksi tragedi pembunuhan, dan pelbagai lagi cerita gentar dan debar dimuatkan dalam kumpulan cerpen ini.
 Kita semua punya FOBIA. Apa ketakutan anda?"
Cerpen Fobia dari Roman. Memuatkan 16 cerpen tentang fobia yang dialami oleh manusia. Dalam 16 cerpen terdapat beberapa cerpen yang aku rasakan terbaik dan seronok bila aku baca. Kebanyakan penulis dalam cerpen ni dah pun popular denngan karya mereka. Ada 6 cerpen yang aku minat dalam buku ni. 

October 28, 2013

Running Man The Comic

Salam semua...


Tajuk : Running Man (Don't Walk but Run) The Comic
Halaman : 176 mukasurat
Harga : RM19.90

"Rancangan televisyen popular Korea, Running Man kini dalam bentuk komik!
 Ayuh bersama-sama ahli Running Man dan  selebriti terkenal berlari, menyorok, mencari, dan berusaha menyempurnakan misi yang diberikan.
 Kali ini, mereka perlu menyelamatkan Yoona, penyanyi kesayangan ramai yang diculik oleh penjahat Blagoose. Kemerduan suara dan jeritan kesakitan Yoona akan menjadi senjata bagi menjayakan misinya menyebarkan kuasa gelap ke seluruh dunia.
 Mampukah Running Man menyelamatkan Yoona dan menghalang niat jahat Blagoose? Berjayakan mereka mengatasi cabaran-cabaran dalam misi ini?
 Don't walk but run, Running Man!"


Peminat Running Man dah beli komik terbitan PTS? Sebenarnya komik ni dah keluar 23 September 2013 tapi aku baru ada kesempatan nak beli. Komik ini dialih bahasa dari Bahasa Korea ke Bahasa Malaysia dan di Korea Selatan, komik ini menjadi best seller disebabkan rancangan realiti Running yang juga popular dalam kalangan masyarakat Korea.

October 23, 2013

Sukarelawan JPU 2013

Salam semua...

Tak sempat nak update di blog. Semua mesti tahukan tentang pilihan raya UMNO 2013 pada hari Sabtu yang lepas, dan dengan suka relanya aku telah menjadi Jawatankuasa Pillihanraya UMNO(JPU 2013). Sebenarnya sebab dapat elaun, itulah yang aku masuk jadi JPU.

 
Aku sebelum ni pernah jadi SPR untuk pelantikan BWP atau dengan nama lain pengawas sekolah masa belajar dekat MRSM. Jadi, tahulah sikit-sikit proses nak kira undi. Berbalik kepada tajuk, pilihan raya UMNO 2013 diadakan 2 kali, iaitu pada 12 Oktober 2013 dan 19 Oktober.

(dak lelaki yang lain pijak atas meja,so nampaklah aku rendah.haha)

October 21, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com

Salam semua...


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

October 18, 2013

Wanita New York Mempunyai Kuasa

Salam semua...


Bagaimana jika seseorang itu mempunyai kuasa telekinetik? Telekinetik adalah kebolehan seseorang manusia menggerakan sesuatu objek tanpa memegang objek tersebut. Tak pasti kesasihan kuasa telekinetik, tapi kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca dalam Wikipedia.

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya video ini dibuat untuk mempromosikan filem terbaru iaitu Carrie. Filem ini mengisahkan seorang remaja wanita yang mempunyai kuasa telekinetik. Filem tersebut diadaptasi dari buku bestseller dari penulis Stephen King dan buku tersebut telah diadaptasi menjadi filem sebelum ini.

October 15, 2013

The Heirs Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : The Heirs / The Inheritors
Genre : Romantik, Komedi
Episode : 20
Masa : Khamis & Jumaat, 9.00 malam di One HD

Drama ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar elit sekolah tinggi yang dilatih untuk mengambil alih empayar perniagaaan keluarga mereka. Pelajar mempunyai segala yang mereka ingini kecuali kehidupan cinta mereka.

October 11, 2013

Google Malaysia di Godam

Salam semua...

Google Malaysia telah di godam sekali lagi dan sedang menjadi bualan ramai. Tetapi laman web Google Malaysia terlah pulih seperti sedia kala.


Maswing Terhempas di Sabah

Salam semua...


Dua maut dan empat cedera manakala 10 lain selamat apabila sebuah pesawat ringan DHC-9 Twin Otter milik MASwings terhempas di atas sebuah rumah di Kampung Sin-San, Kudat, kira-kira 190 kilometer dari sini, jam 3.30 petang tadi.

Salah seorang mangsa merupakan juruterbang pesawat tersebut iaitu Marc Joel Bansh,23 dan seorang penumpang bernama Tan Ah Chai,96.

Marc Joel Bansh, juruterbang Maswing

October 9, 2013

iPhone 5C dan 5S di Malaysia

Salam semua...


Berita baik untuk pencinta gadget, Apple akan mula menjual handphone terbaru mereka iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C di Malaysia pada 1 November 2013. Buat masa ini harga masih belum diketahui.

October 8, 2013

IU - Modern Times Album

Salam semua...


Album terbaru dari IU bertajuk Modern Times. Album tersebut membuat 13 lagu dan lagu single dalam album tersebut bertajuk Red Shoes.

October 7, 2013

Drama Projek Memikat Suami

Salam semua...


Novel keluaran penulisan2u bakal diadaptasi menjadi drama dan ditayangkan di Astro Ria.Lakonan Emma Maembong sebagai Nawwal Husna dan Aiman Hakim Redza sebagai Zahrain Alimin. Sedikit sinopsis dari novel tersebut.
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
 “Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
 Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
 “Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
 “Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
 Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
 

October 4, 2013

Big Bad Wolf 2013

Salam semua...



Jualan buku murah terbesar di Malaysia kembali lagi untuk tahun 2013, sebelum ini, Big Bad Wolf telah pergi ke beberapa negeri untuk mengadakan jualan buku termasuk Melaka. Kali ini, mereka akan mengadakan jualan buku di MIECC, The Mines pada 6-15 Disember 2013.

October 3, 2013

Bercinta di Balik Api Babi oleh Azwar Kamaruzaman

Salam semua...


Buku ini menceritakan tentang seorang lelaki anak luar nikah yang bernama Sulaiman. Walaupun dia di hina dan di maki oleh masyarakat sekeliling, tapi dia tetap tabah menjalani hari- hari sebagai seorang hamba Allah. Walaupun dia duduk serumah dengan emak yang merupakan seorang pelacur, adik-beradik yang melakukan sumbang mahram tetapi dia tetap berpegang dengan ajaran agama.

Sinopsis dari buku tersebut...

Perghh!! Bukan senang berjalan di atas muka bumi sebagai seorang anak luar nikah. Sanggup manusia-manusia yang lahir dari persetubuhan yang halal menyamakan aku dengan seekor binatang yang haram. BABI! Apakah aku yang bersalah? Sedangkan perkara itu dilakukan oleh ibu aku! Wahai masyarakat, seandainya kamu tidak menerima insan seperti aku, bagaimana kami mahu membuktikan insan seperti kami tidak mewarisi dosa keturunan kami – Leman
 

September 30, 2013

King's Family Korean Drama

Salam semua...



Tajuk : King's Family
Genre : Keluarga, Komedi, Romantik
Episode : 50
Masa : Sabtu & Ahad 6.50 petang

Drama ini mengisahkan tentang perkara-perkara yang berlaku semasa tinggal dengan mertua. Drama ini juga merupakan sebuah drama keluarga yang memberi penekanan kepada kepentingan pendidikan dan ibu bapa yang pilih kasih terhadap anak sendiri

September 27, 2013

Ahli Bomba Menyelamatkan Kucing (Video)

Salam semua...

Dalam dunia sosial kecoh dengan gambar remaja memasukkan kucing dalam botol dan remaja tersebut telah meminta maaf dan sebenarnya dia tak berniat dan tidak ada niat untuk menganiaya kucing itu. Aku dapat tau pasal kucing tu pun dalam blog Zamani

Dalam Youtube pulak tengah viral video seorang ahli bomba menyelamatkan seekor anak kucing. Dalam video tersebut memang boleh nampak betapa seorang ahli bomba menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan kasih sayang terhadap binatang.

September 18, 2013

Apakah Loghat Anda? (Video)

Salam semua...

Channel The Ming Thing di Youtube baru-baru ini telah membuat video tentang loghat bahasa Inggeris. Video yang bertajuk Your Accent Come From Where dan menjadi viral di laman web Facebook.


Video tersebut mengenai accent ataupun loghat Bahasa Inggeris yang digunakan oleh orang ramai tetapi disampaikan dengan penuh humour.

September 12, 2013

2 Lelaki Maut Tembakan di Tesco Cheng (Gambar)

Salam semua...


MELAKA: Dua lelaki ditembak mati dalam satu kejadian di persimpangan lebuhraya Sungai Udang-Paya Rumput -Ayer Keroh (SPA) dan Alor Gajah-Melaka Jasin (AMJ) , di sini, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

September 7, 2013

iPhone yang Terbaru

Salam semua...

Video yang diupload dalam laman web Youtube dan menjadi popular. Ini bukanlah video untuk iPhone yang terbaru, tapi video parody yang dibuat oleh Youtuber. Disebabkan syarikat Apple akan mengumumkan gadget terbaru dalam masa beberapa hari lagi, Youtuber ini mengambil peluang untuk membuat parody.


September 6, 2013

Catfish TV Show

Salam semua...


Catfish merupakan sebuah rancangan realiti televisyen yang ditayangkan di saluran MTV. Rancangan ini mula ditayangkan pada tahun 2012 dan sudah mempunyai 2 siri. Rancangan ini berdasarkan filem Catfish pada tahun 2010.


September 5, 2013

Galaxy Note 3 di Malaysia

Salam semua...


Galaxy Note 3 iaitu phablet terbaru dari Samsung telah dilancarkan pada 4 September 2013. Galaxy Note 3 merupakan gadget terbaru dari Samsung selepas Galaxy Note 2 laris di pasaran.


September 4, 2013

The Master's Sun Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : The Master's Sun
Genere : Seram, Romantik, Komedi
Episode : 16
Masa : Rabu & Khami, 9.00 malam di One HD

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita, Tae Gong Sil (Gong Hyo Jin) yang boleh melihat hantu dan seorang lelaki, Joo Jong Won (So Ji Sub) yang cuba untuk melindungi beliau. Drama ini merupakan sebuah drama ngeri dan mempunyai unsur-unsur romantik dan komedi.


September 2, 2013

Harga minyak RON95 dan Diesel Naik

Salam semua...

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.
Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini

August 30, 2013

Orang Turki Menemubual Seekor Lembu Tentang Keaadan di Syria

Salam semua...


Seekor lembu telah "ditemubual" di studio untuk sebuah program di Turki. Lembu membuat penampilan mengejut dalam TV Turki buletin berita. Ini merupakan sebahagian daripada aksi membantah secara senyap mengenai keganasan di Syria dan Mesir.

Wartawan tersebut menemubual lembu tersebut semasa program, meminta pendapatnya tentang reaksi masyarakat dunia yang berdiam diri mengenai keadaan di Syria dan Mesir.

August 27, 2013

Good Doctor Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Good Doctor
Genre : Melodrama, Medical
Episode : 20
Masa : Setiap Isnin & Selasa 9.00 malam di KBS World

Drama ini mengenai seorang lelaki muda, Park Shi On (Joo Won) yang mempunyai Idiot Savant Sindrom . Penyakit tersebut menjadi penghalang untuk dia menjadi seorang pakar bedah pediatrik. Dia adalah seorang pakar kanak-kanak yang kurang upaya tetapi seorang genius dalam perubatan. Dia adalah seorang doktor berbakat tetapi mempunyai masalah lain dalam hidupnya, seperti sukar bersosial dengan orang.

August 26, 2013

Shila Amzah Chinese Idol Final

Salam semua...

Shila Amzah dengan jayanya membuat persembahan di pertandingan akhir Chinese Idol 2013 pada 25 Ogos 2013. Shila dengan peserta Chinese Idol menyanyikan lagu A Moment Like This yang merupakan lagu Kelly Clarkson tapi diubah menjadi lagu bahasa Cina.


Untuk pengetahuan semua, lagu A Moment Like This versi bahasa Cina merupakan lagu tema untuk Chinese Idol dan Shila merupakan lagu penyanyi lagu tema untuk program tersebut.

August 24, 2013

The Mortal Instruments : City of Bones Review

Salam semua...


Filem adaptasi dari novel City of Bones ( The Mortal Instruments Series) dan mula ditayangkan pada 22 Ogos 2012.

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Clary Fray yang merupakan anak kepada Shadowhunter iaitu pemburu demon. Dia mendapat tahu tentang kewujudan alam lain selepas emaknya diculik oleh penjahat. Sejak insiden tersebut dia belajar tentang dunia baru dan menggunakan kebolehan yang dia ada untuk menyelamatkan emaknya.

August 23, 2013

Shila Amzah di Chinese Idol

Salam semua...

Shila Amzah yang kini popular dengan lagu terbaru Masih Aku Cinta bakal membuat persembahan secara langsung di pertandingan akhir Chinese Idol.


Untuk pengetahuan semua, Shila merupakan penyanyi lagu tema untuk Chines Idol. Lagu tema tersebut berjudul A Moment Like This. Penyanyi asal lagu tersebut ialah Kelly Clarkson tetapi telah diubah kepada versi cina dan dinyanyikan oleh Shila.

August 19, 2013

Akankah Bahagia Itu Milik Kita oleh Farisha Imani

Salam semua...


Novel ini mengisahkan tentang Nurul Iman dan Fariz Minhat yang terikat dengan wasiat oleh orang tua mereka untuk menyatukan mereka. Di sebabkan wasiat tersebut, mereka membenci atas satu sama lain kerana masing-masing tidak meluahkan perasaan sayang antara mereka. Dan bermula dari perkahwinan mereka yang tidak direlakan, pelbagai dugaan yang datang sebelum mereka dapat memiliki kebahagiaan yang diinginkan.

August 12, 2013

Percy Jackson Sea of Monster Reivew

Salam semua..


Filem Percy Jackson Sea of Monster adaptasi dari novel Percy Jackson : Sea of Monster ditayangkan pada 8 Ogos 2013.

Filem ini mengisahkan tentang Percy Jackson, anak kepada Tuhan Laut iaitu Poseidon yang ingin menyelamatkan "Thalia Tree" yang melindungi "Camp Half Blood" dari raksasa. Aku tengok cerita ni sebab aku memang minat cerita fantasi dan filem yang diadaptasi dari buku. Sebab aku boleh bandingkan jalan cerita dalam buku dan dari filem.

July 31, 2013

Empire of Gold Korean Drama

Salam semua...



Tajuk : Empire of Gold
Genre : Politik, thriller, melodrama
Episode : 24
Masa : Setiap Isnin dan Selasa, 9.00 malam

Drama ini adalah mengenai perebutan kuasa antara tiga orang dalam satu chaebol empayar pada zaman bergelora kewangan Korea pada awal 1990-an selama 20 tahun.

Jang Tae Joo lakonan Go Soo seorang yang akan membina empayar dan menjaga adiknya sendiri selepas kematian bapa mereka. Dia jatuh cinta dengan Choi Seo Yoon lakonan Lee Yo Won, waris perempuan untuk keluarga yang kaya. Tetapi saingan terbesar beliau adalah beliau lebih tua adik Choi Min Jae lakonan Son Hyun Joo.


July 23, 2013

Video Ikan Paus Hampir Makan Penyelam

Salam semua...


Video yang diupload dalam laman web Youtube menjadi popular apabila video tersebut berjaya merakam ikan paus yang hampir menelan manusia ketika ikan paus tersebut ingin mengambil nafas di atas permukaan air.

July 22, 2013

Video Mamat Cina Puasa Sehari

Salam semua...


Seorang Youtuber Malaysia berbangsa Cina telah membuat sebuah vlog di mana dia mencuba untuk berpuasa. Dalam video tersebut, dia berkongsi pengalaman berpuasa untuk sehari dan dia berjaya melakukannya.


Video tersebut mendapat respon yang positif dari orang ramai dan ramai orang terutamanya yang beragama Islam, mereka memberi komen yang positif kepada Youtuber tersebut.

July 18, 2013

Lagu Top Kpop Separuh Tahun 2013

Salam semua...


Carta Gaon adalah carta muzik di Korea Selatan dan setaraf dengan carta Billboard di Amerika Syarikat. Berikut merupakan carta untuk online download separuh tahun 2013.

July 17, 2013

KL Zombie Adaptasi Novel Zombijaya

Salam semua...


Filem KL Zombie yang diadaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini bakal ditayangkan di pawagam 29 Ogos 2013. Pelakon utama dalam filem ini ialah Zizan Raja Lawak.


Filem ini mengisahkan Kuala Lumpur yang diserang zombie dan Nipis merupakan watak utama yang kematian emaknya akibat di makan zombie. Dia ingin melepaskan diri daripada zombie yang telah menyerang bandar tersebut.

Antara babak-babak dalam filem KL Zombie


July 11, 2013

Drama Kampung Girl

Salam semua...


Drama Kampung Girl yang akan mula bersiaran pada 12 Julai 2013 menggantikan drama popular Sebenarnya Saya Isteri Dia pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam.

Drama lakonan Akim AF7 dan Nad Zainal yang diadaptasi dari novel yang juga berjudul Kampung Girl hasil tulisan Umi Kalsom. Sinopsis yang diambil dari laman web Karya Seni.


PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

June 24, 2013

I Hear Your Voice Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : I Hear Your Voice
Genre : Romantik, Komedi, Fantasi
Saluran : SBS (Korea), Malaysia (ONE HD)
Episod : 16
Masa : Setiap Rabu & Khamis ( 9.00 malam )

Drama ini mengenai seorang peguam yang dilantik oleh kerajaan untuk mewakili defendan yang tidak mempunyai peluang 1% daripada diisytiharkan tidak bersalah.


June 23, 2013

World War Z Review

Salam semua...


Salah satu sebab aku tengok filem kerana genre fantasi yang berkaitan dengan zombi. Aku memang suka filem genre fantasi. Trailer yang menarik disebabkan zombi yang sinonim dengan jalan yang perlahan, tiba-tiba dalam filem ni, zombi jadi sangat pantas.


June 19, 2013

Lagu Najwa Latif dinyanyikan oleh pelajar Amerika Syarikat

Salam semua...

Lagu Najwa Latif telah dinyanyikan oleh pelajar Amerika Syarikat yang telah diperkenalkan oleh Ana Najia di Chariho Regional High School, Rhode Island. Ana Najia telah memuat naik video pelajar tersebut menyanyikan lagu tersebut dan mengatakan bahawa cikgunya menangis apabila membaca lirik tersebut dalam bahasa Inggeris.




June 9, 2013

Pandangan Orang New York Terhadap Islam

Salam semua...

Seorang Youtuber dari New York yang bernama Karim telah mengadakan temu bual di tengah bandar New York pendapat mereka tentang agama Islam dan orang yang menganut agama Islam. Diharap video ini dapat mengubah persepsi sesetengah orang yang paranoid dengan agama ataupun orang Islam.


June 7, 2013

Cek Nuffnang

Salam semua...

Setelah menjadi blogger beberapa tahun, akhirnya dapat juga cek dari Nuffnang, memang tak hebat macam blogger yang lain dalam 4-5 tahun berblogging, baru first time dapat. Tapi still gembira sebab nampak hasil berblogging.

May 29, 2013

Fugitive of Joseon Korean Drama

Salam semua...



Tajuk : Fugitive of Joseon
Genre : Sejarah, Perubatan
Saluran : KBS2 ( Korea ), KBS World ( Malaysia )
Episod : 20
Masa : 9.00 malam setiap Rabu & Khamis

Drama yang mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan yang berjuang untuk menyelamatkan anak perempuannya dari penyakit terminal ketika sedang terperangkap dalam komplot untuk meracuni King Injong.

May 17, 2013

Pemenang American Idol 2013

Salam semua...

American Idol 2013 telah melabuhkan tirai pada tahun ini dan pemenang untuk tahun ini ialah Candice Glover.


Psy di American Idol 2013

Salam semua...

Psy dijemput mengadakan persembahan untuk final American Idol 2013. Psy menanyikan lagu terbarunya iaitu Gentleman. Setelah popular dengan lagu Gangnam Style, Psy terus popular dengan lagu terbarunya.

May 8, 2013

All About My Romance Korean Drama

Salam semua..


Tajuk : All About My Romance
Genre : Romantik, Komedi
Episode : 16
Saluran : SBS (Korea), ONE (Malaysia)
Masa : 9.00 malam (Rabu dan Khamis)

Kim Soo Young (Shin Ha Kyun) adalah ahli yang baru dipilih Dewan Negara Korea dari konservatif New Parti Korea. Beliau memasuki politik selepas enggan tunduk kepada tekanan daripada pegawai atasannya. Apabila dia tiba di Parlimen, Soo Young mendapati bahawa dia terus bergaduh dan bertengkar dengan Noh Min Young (Lee Min Jung), satu lagi ahli perhimpunan mahasiswa dari Parti Progresif Buruh liberal yang memasuki politik selepas kematian kakaknya (kakaknya adalah calon presiden). Dari pergaaduhan dan pertengkara antara Soo Young dan Min Young ia bertukar kepada percintaan dalam kehidupan peribadi mereka, mereka mesti menyembunyikan hubungan mereka dari rakan-rakan mereka, media dan orang ramai.

May 6, 2013

Jang Ok Jung Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Jang Ok Jung
Genre : Melodrama, Sejarah
Saluran : SBS (Korea), ONE (Malaysia)
Masa : 9.00 malam

Drama ini menceritakan kisah Jang Hee Bin (Kim Tae Hee), salah seorang daripada gundik raja yang paling terkenal dalam Dinasti Joseon yang berada di belakang takhta Raja Sook Jong (Yoo Ah In) isteri, Queen In Hyun (Hong Soo Hyun) . Drama ini menceritakan kisah Jang Jung Ok sebelum dia menjadi gundik, Jang Hee Bin sebagai seorang pereka fesyen dan pembuat kosmetik di era Joseon.