December 20, 2009

Sepetang di W.A.K.A.F

Rutin harian lain ketika musim peperiksaan SPM ialah berada di wakaf.BELAJAR.TIDUR.BERGELAK-KETAWA dan lain-lain lagi diwakaf.Selalunya duduk di kelas.Tetapi ada perkara menghalang dan menyebabkan pelajar tingkatan 5 tidak dibenarkan ke bangunan akademik.Aku akan duduk di wakaf sehingga petang bersama rakan-rakan yang lain.Selain belajar,banyak benda lain yang kami lakukan bersama.Mendengar lagu MEMORI TERCIPTA.Salah satu perkara yang tak dapat dilupa ketika belajar dengan 3 org rakan.

Petang tu,aku duduk dibilik kerana hujan dan keadaan dibilik agak bising disebabkan adanya kad UNO dan beberapa orang rakanku sedang bermain.Aku hanya duduk di katil dan membuka buku kimia.Tiba-tiba,seorang rakanku mengajakku belajar diwakaf.Aku mengikut mereka pergi ke wakaf kerana hujan sudah reda.Kami belajar di wakaf dan beberapa puluh minit kemudian,hujan mula turun dan aku menukar tempat duduk kerana terkena tempias.Hujan mula turun dengan lebat diikuti dengan petir.Melihat air di longkang penuh,salah seorang rakanku mengajakku membuat kapal menggunakan kertas.Aku hanya mengikut rakanku membuat kapal kertas dan menyuruhnya meletakkan di longkang.Sebelum tu,aku sempat menulis Muhd Syukri Mohd Mohtar 9A SPM.Lalu,rakanku melepaskan kapal tersebut ke longkang.Duduk didalam kesejukan.Aku memandang sinis kepada rakanku yang mengajak untuk pergi ke wakaf.Memandang ke arah padang,aku dapat melihat sekawan burung di padang mencari makanan di padang.

"Senangnye dapat cacing tu."kataku
"Hujan-hujan,cacing duduk atas.ko pon nak ke syuk"rakanku berkata sambil ketawa.

Ketika memandang keadaan sekeliling,tiba-tiba.Petir menyambar pokok yang betul-betul di padang tersebut.Semua yang berada diwakaf tersebut terkejut melihat cahaya yang sangat pantas di depan.Melihat cahaya tersebut,kami terus beristhifar.Aku memandang sekali lagi ke arah rakanku yang telah mengajakku belajar di wakaf.

"tu la,nak study lagi kat wakaf."kataku

kami menunggu sehingga hujan reda baru kami bergerak menuju ke surau.Sebelum itu,kawanku yang pergi ke rumah kahwin Cikgu Rofa datang dan menunjuk gambar yang telah diambil ketika berada di majlis tersebut.Selepas itu,kami beredar dari wakaf.


Cikgu Rofa


p/s:tu antare kenangan yg kelaka time kat wakaf..hahaha..

December 17, 2009

bola T.A.M.P.A.R















Salah satu kenangan terindah di MRSM Pontian.Bukannya selalu beriadah pun.Tapi sejak hendak meninggalkan maktab,aku seringkali turun untuk bermain bola tampar,paling tidak pun bersiar-siar bersama rakan-rakan.Cukup menarik permainan bola tampar.Perasaan seronok ketika bermain membuatkan aku ketagih untuk bermain bola tampar.Rasanya disebabkan di maktab saja aku dapat bergaul dengan rakan-rakan,dirumah aku bersendirian bertemankan laptop.Walaupun tangan berasa sakit ketika menyambut bola,tapi keseronokan dapat menyambut bola menghilangkan rasa sakit tersebut.Posisi yang paling aku gemar adalah dibelakang sekali kerana orang dibelakang dapat serve bola tersebut.Banyak peristiwa lucu ketika bermain bola tampar.

Ketika itu,team kami menyambut bola dan aku dapat bola tersebut dengan agak baik.Bola itu terus pergi ke pihak lawan dan pada ketika itu salah seorang rakanku mengambil tetapi,entah mengapa,belum sempat untuk mengambil,bola itu terus menuju ke pipinya.Agak kelakar ketika itu.Banyak lagi peristiwa lucu semasa bermain bola tampar.

Rasanya dekat maktablah kali terakhir aku bermain bola tampar.Lepas rasanya,dah tak pegang lagi bola tampar tu.
Rindu nak main bola tampar dengan rakan-rakan.









I LOVE TO PLAY BOLA TAMPAR WITH MY FRIENDS...

December 15, 2009

1 Minggu tanpa S.A.H.A.B.A.T

Pejam celik dah satu minggu tak jumpe ngan kawan-kawan.Memang rindu sangat.Teringat lagi last day kat maktab.
Lepas je habis exam kimia paper 3,ramai kawan-kawan didalam dewan tersenyum.Aku turut tersenyum.Rancangan yg diberi tahu oleh Suleiman akan dilaksanakan.Tengku Asyraf a.k.a Achap bangun dan menyuruh rakan-rakan yg lain bangun.

"bangun semua!Terima kasih cikgu."

Pelajar yg lain turut ikut.Ketua pengawas kali ni amat sporting dan selalu membuat lawak.Pengawas yg lain pun baik dan ade yg menolong pelajar.Selepas mengucapkan terima
masih,aku mendapat nota ringkas diatas tisu dan
aku terus keluar dari dewan tanpa membaca nota tersebut.Aku melihat disekeliling,rakan-rakan bersalaman antara satu sama lain.Ada yg ku lihat menangis kerana sedih meninggalkan rakan-rakan.Aku sempat berjumpa dgn beberapa org rakan utk memberikan gambar sebagai tanda ingatan.Selepas memberikan gambar aku berjalan menuju ke aspura untuk kali terakhir seorang diri.Melihat sekeliling,teringat kenangan yg dibina selama 5 tahun di MRSM.Segala kenangan suka & duka masih terngiang-ngiang.Rasa seperti baru semalam aku mendaftar di MRSM.Baru semalam aku berkenalan dengan rakan-rakan dan membina kenangan yg terindah.Masuk di kelas Yale yg serba banyak karenah.Di sini aku belajar berdikari,belajar tentang keyakinan diri,belajar menjadi usahawan,belajar bergaul dengan orang ramai dan banyak lagi.Sampai di depan aspura,terlihat kereta proton Savvy berwarna hijau menandakan ibuku sudah menunggu.Aku dengan berat hatinya mengangkat satu persatu barang masuk ke dalam kereta.

"syuk,awalnye ko balik"tegur salah seorg rakanku.
"urm,abis tu,nak dok lame-lame kat sini"kalisku

Aku mengangkat barang sambil memerhatikan keadaan sekeliling.Ada yg bersalam-salaman.Tertarik dengan perbuatan seorang rakanku,Umarul yg menyuruh rakan-rakannya menandatangan baju yang dipakai.Semalam Amir Asmadi buat,hari ni Umarul pulak kataku di dalam hati.Setelah selesai menangkat barang,aku pergi ke bilik rakan sekelasku untuk memberikan gambar sambil bersalaman dengan mereka.Kemudian aku bersalaman dengan rakan-rakan yg lain sehingga dengan roomate ku sendiri,Anas,Rompin,Suhail.

Sambil bersalaman,"Korang sweet memories sgt"kataku kepada roomate.

Aku menunaikan solat asar yang terakhir di surau El-Bukhary MRSM Pontian sebelum melangkah meninggalkan maktab.Perpisahan tu satu yang pasti dalam diri kita.



Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti SAHABAT dan REMAJA...
Dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi..
Masa ini kita akan membawa haluan masing-masing...
Mungkin sukar untuk kita bersatu kembali di tempat sekecil kelas,bergurau,ke DS, ke tandas,ke surau dan semuanya bersama...
Terbukti zaman remaja merupakan zaman yang memberikan 1001 makna di dalam hidup dan sukar untuk dilupakan...
Mungkin satu hari kita akan menangis kerana rindu akan zaman remaja yang sangat indah...

INGAT!!!
tidak ada tempat seutuh sekolah kerana diluar kita akan fikir hal masing-masing,bebas melakukan apa sahaja,tiada siapa akan halang kita dan susah untuk kita mencari semangat setiakawan ketika itu.



















gambar diambil setalh selesai paper 3 kimia!!


p/s;rindu sgt belaja kat kelas,gurau ngan korg...tapi ape kan daye..perpisahan satu yg pasti..

December 11, 2009

Annual Dinner Form 5 09















Annual Dinner Form 5 MJSC Pontian

Grand Hall MJSC Potian
Dress To Impress



Annual dinner kiteorg yg ke-2 selame kat MRSM Pontian.The word to describe the annual dinner is MEMORABLE.Walaupun ade yg tak datang,tapi majlis berjalan dengan baik.Ramai gak yg pakai lawa2 malam tu termasuk la cikgu-cikgu.Pade mulenye,majlis ni tak nak dibuat oleh dak-dak form 5,tapi disebbkan majlis ni wajib diadakn,kiteorg menjlnkan jugak.Tarikh yg diambil pade 6 November kerana tarikh tu yg kosong dan pade seblh pagi 6 November tu adalh Hari Graduasi.Perbincangan tentang persiapan majlis tersebut berjalan lancar dan kiteorg tlh membahagikan tugas :

5 Harvard & 5 Oxford-Hiasan Dewan dan Atucara Majlis
5 Cambridge & 5 Sheffield-
5 Yale-Hadiah dan cenderhati

Dengan berkobar-kobarnye kiteorg membuat persiapan.Dari tak pandai buat bunge rose sampai tau buat bunge rose.Pendek kate dengan harapan ape yg kiteorg bincang jadi annual dinner yg terbaik.Tapi,beberape hari sblm majlis,byk masalah yg datang dan wat kiteorg tak bersemangat nak wat annual.Ramai yg mule nak balik,nak pakai t-shirt je and etc.Setelah berfikir secare rasional dan positif[rasenye la].Kiteorg pun meneruskan majlis tersebut.

Majlis pade malam tu dimulakan dgn pemotongan reben oleh Pengetua,Encik Ahmad Kamal dan kiteorg mengiringi pengetua masuk ke dlm dewan diiringi dengan nyanyian oleh kumpula Al Muttaqin yg bertajuk .Hiasan dewan malam tu gempak sebab ade beberape jambak bunga rose besar yg menggunekan kertas telah dibuat oleh dak-dak sheffield.Lepas tu,kiteorg pun makan sambil diiringi dengan slideshow yg dibuat oleh dak-dak Harvard.Hidangan utama malam tu .Kiteorg makan dengan kenyang nye.Malam tu ade 4 pengacare,Dila ngan Khairi..Timah ngan Ujang.Kelakar dyeorg.Lepas tu,ade anugerah yg telah dibuat oleh dak-dak Yale.Terdapat 15 anugerah dan 1 anugerah khas.

Anugerah Lelaki & Perempuan Melayu Terakhir [cam baik & bole jadi contoh]
Anugerah Speaker Maktab [faham kan]
Anugerah Shrek & Fiona [jiwang]
Anugerah Jimmy & Jenny Neutron [pandai]
Anugerah "penghuni B.A [tak suke g B.A]
Anugerah Uswatul Hasanah [alim]
Anugerah Ratu & Raja Lawak
Anugerah Giler Gelak
Anugerah Mr & Miss Demand
Anugerah Mr & Miss Clumsy
Anugerah Drama King & Queen[cepat touching]

sory.yg lain tu tak ingat la...sambung

Anugerah tu just suke-suke je.Sebagai tande penganugerahan,kiteorg diberi sebijik bantal yg telah dibeli oleh dak-dak Yale.Penyampaian anugerah tersebut diselitkan dengan persembahan dan lucky or bad draw.Persembahan yg best malam tu lagu Tunjuk Perasaan oleh The Times tapi telah dinyanyikan semula oleh dak-dak laki.Untuk lucky draw,kiteorg dpt hamper manekale bad draw just dapat gule-gule kace.Kemuncaknye time pengumuman King & Queen of the night.
King dimenangi oleh Presiden BWP kiteorg,Suleiman yg bertungkus-lumus menjayekan majlis tersebut.Queen pulak dimenangi oleh Fatin Fadwana[wana],BWP biro komunikasi.Mmg lawa pakaian dyeorg malam tu.Lepas abis je tentatif program,kiteorg pun kemas dewan tersebut sambil mengadakan sesi fotografi.













king of the night[sorry tade gamba sorg]













queen of the night[sorry tade gamba sorg]












pengacare yg best!!!

byk lagi gamba + sume ade gamba ak.so,tak yah la display ye.just for reading.

p/s: tak pandai berbahase la.so ayat cam kabut sikit

Graduasi!!

"PARA GRADUAN DIMINTA BERDIRI"kate Cikgu Rofa

Seramai lebih kurang 140 pelajar tingkatan 5 MRSM Pontian menjadi graduan MRSM Pontian 09.Kedudukan diantara Nina Syarfa' dan Ahmad Naqib.Ak takde la pandai mane pun but dpt la grade!!!Setelah sampai di barisan,ak terus bgn dan keluar di tepi dewan.Apabila nama disebut ak terus naik ke pentas da bersalaman dgn tetamu kehormat.Perfume BioAura dijadikan cenderhati kepada para graduan.Walaupun panas dihati dak form 5 masih belum sjuk,kami masih mampu tersenyum ketika hari graduasi.Setelah selesai majlis graduasi,ak terus mendapatkan ibu dan sempat bergambar.Dengan berbaju Melayu,ak outing ke bandar pontian dengan ibu serta akak saudara.Berjalan-jalan di Pontian semata-mata mencari tali pinggang merah utk annual dinner malamnya.Kami balik ke maktab hampir pukul 6 kerana singgah ke pasar malam dan di pasar malam,terserempak dgn cikgu syariah[cikgu sejarah].





p/s : tetibe terase pelik sbb outing gne baju melayu,naseb baik aritu ari jumaat

December 9, 2009

LuKenaBeb!!!!


Date : 1/11/06
Venue: kelas 503

Selepas solat di surau,ak terus pergi ke kelas seperti biase.Sampai di kelas,ak terlihat note di whiteboard...


Syuk,on phone tau.papehal ak contact ko.

tibe2,terlintas difikiran."izat,jom kne kan fifie".After discuss,izat pun call fifie
"fifie,ko nak tau tak,phone syuk kne rampas"kate izat
"camne bole kne rampas lak"jawab fife
"ko yg tulis kat depan tu suruh syuk on phone.Pastu tadi cikgu zam2 round B.A masuk kelas,dye tanye sape syuk.pastu dye mintak phone."terang izat.
"ko biar betul,takkan lah.meh ak nak ckp ngan syuk"kate fifie
"syuk tak nak ckp ngan ko.Bek ko datang kelas"kate izat.
"ye ke..urm.ak dtg kelas ni"

selepas berbincang lagi sekali,ak duduk dibhgian hujung kelas menghadap belakang sambil menunggu ketibaan fifie.Fifie pun datang.
"izat,camne ak nak ckp kat syuk ni,dye da len la skrang.ak takut la"kate fifie.
"bek ko g je kat dye,ckp kat dye"jawab izat.

dengan berani nye fifie pergi ke arah ak.

"syuk,sorry syuk.ak tak sangke lak jadi cam ni"kate fifie.
ak hanye menundukkan kepale..Tibe2, phone yg ade ditangan ku vibrate.
ak pon menjawab phone yg berade dlm tangan.
ketike mengankat phone.dak2 yg ade dlm kelas menjerit ke arah Fifie

LUKENABEB!!!!!

fifie menjerit sambil menangis.ak hanye fifie sambil tersenyum.

saje mengisi mase lapang time tu kne kan org..
sory ye fifie kalo terase.tu la kenangan yg ak anggap terindah ngan ko.
lepas ni kite da tak jumpe dlm kelas.tade da nak bergurau.zaman remaje ribena dah habis da.da nak masuk remaje dewase.huhuuu..sob3

September 21, 2009

ROOMATES



My roomate.tak sampai setahun pun ngan dyeorg.even tak sampai setahun tapi best.maybe sebab satu form and satu kelas.macam-macam benda jadi.nak-nak time bulan puase hari tu.nak kejut [ade la 2 orang roomate tu]memang susah.kelakar roomate ngan dyeorg.mase form 4 dengan form lain.boleh tahan la.tapi ngan same form lagi best la.senang nak tanye pasal homework[copy homework sebenarnye].cite-cite ngan dyeorg.memang best.tapi lagi berape bulan je ngan dyeorg.lepas SPM da susah nak jumpe.ye la.2 orang duduk pahang.sorang johor.so,memang susah nak jumpe.tapi tak pe.at least boleh contact ngan dyeorg.



MY ROOMATE IS THE BEST!!!

ROMPIN,MOK,SUHAIL





p/s : hehe.korang memang best.thanks for everyting.kejut sahur ke.pape je la.i'll always remember that.







September 17, 2009

sampai rumah pukul 5 lebih.sebelum tu pergi bazar,beli yong tau fu.da lame tak makan.pagi tadi jawab exam PJ.last day TRIAL MARA.soalan TRIAL MARA!!!majoriti kate susah.tapi better compare tahun-tahun lepasnye exam TRIAL MARA.tak tau la berape result nanti.memang tak nak pun SPC.tak berminat.ade la kawan yang ambik handout pasal SPC.pinjam je sebab nak bace.lepas ni SPM.satu-satunye harapan untuk jadi orang yang bergune melalui SPM.semalam last berbuke ngan dak HASIB.tahun depan dah tak jumpe pun.memang rindu sesangat la.dah takde orang kejutkan sahur[thanks roomateku].berbuke ikut kelas.macam bende jadi.yang paling best time blackout.tak sampai 2 minit azan,whole maktab BLACKOUT.makanlah dalam gelap time tu.banyak lagi bende best jadi kat maktab.lagi sehari nak raye.





homework sgt banyak.cikgu bagi handout.sume subjek.tapi takpe.hope bole siapkan[azam tinggi]





I'M GONNA MISS FASTING MOMENTS AT MJSC WITH MY FRIENDS...






HASIB 5

August 26, 2009

bYe...

amik kat internet je ni


dah 4 hari puasa.kejap lagi balik maktab.ikut hati memang taknak balik.fikir nak trial and SPM.kat rumah bukannye study sgt pun.kalau study pun,bile tak faham,dok tenung buku.ye la,sorang kat rumah.at least kat maktab ade la orang nak ditanye.sedih tengok keadaan nenek.makin tak bermaya nenek.mata dia pun makin tak nampak.pagi tadi,buat rutin harian.bila suap makanan dekat nenek,bergenang air mata.sedih.aku doa harap-harap boleh tgk dia buat kali terakhir sebelum dia pergi.


wan,syukri SAYANG wan.terima kasih jage syukri time kecik dulu.masak untuk syukri.syukri takkan lupe.


bile nak balik maktab,cakap dengan wan."Wan.syukri balik dulu,nanti syukri balik semula",sambil mencium dahinya.esok,dapat jumpe kawan.ye la.kat rumah tade kawan.kawan ngan laptop.phone.next week TRIAL.TRIAL MARA.macam mane la nak score.wish me all the best.pasni.no more internet.after SPM baru boleh bukak[azam tau].
p/s : miss grandma.love you.
: tadi wat cup cake.penat wo..

August 24, 2009

Sayang SANGAT!!


gambar kat atas tu semuanye classmate aku.29 orang.bersyukur masuk kelas 03 even kadang memang entah ape2 je kelas tu.tapi kelas 503 memang happening dari segi kebingitan kelas.nak kate result kiteorg gempak.tak sangat kot.lagi berape bulan jumpe dyeorg.pastu dah tak jumpe.mesti rindu prep sebab time tu la kiteorg memekakkan kelas.kelas 03 terkenal dengan habitnye yang suka menganjing[suke ajuk org].semua dak 03 memang kuat menganjing.kelakar sgt.tapi tu la yang buat kiteorg ketawe tiap2 hari.walaupun nak trial MARA.kelas kiteorg tetap gamat.neway.hope kiteorg dpt score for this exam.bak kata najwa,kalau SPM takde.kementerian akn ambil trial sebagai SPM..huiyoh.dahsyat.



.I DEDICATE THIS FOR YOU ALL.


SAHABAT ITU BAGAI BINTANG DI LANGIT ...WALAU JAUH, DIA AKAN TETAP BERSINARWALAU TAK BISA DIMILIKI, DIA AKAN SELALU DI HATI MESKIPUN TERKADANG DIA HILANG..DIA AKAN SELALU DI HATI DAN AKAN TERKENANGDI HATI, DAN TAKKAN PERNAH HILANG ^_^



[GUYS]



Rompin-my roomate[mmg awal la dye bangun]

suhail-orang tuaku[eh,salah].sorry suhail.always give advice

anas-kalau mak anas datang mesti best[FOOD]

shahrin-tong.hot news

amir-thanx for teachin' me in all sub.

leiman-tak best btol kejut dye[ssg sgt bangun]

panjang-asyik2 ejek.hisyh.[bluek]

mirza-hobbynye menc*r*t.suke basuh baju

topek-roomate lowerform.hahaha.klaka

nash-nyrap.klaka.pendapat lain2.

boyak-seram.asal jepun.fluent BI.



[GURLS]



Alin-My BFF..Thanx 4 being beside me when i'm sad or happy

Odie-memang kenangan.i will never forget our memories

Ina-my place to study.thanx ina 4 teachin' me.selalu gaduh2.

chaca-thanx cite cam2 kat aku.hope you happy with him.

wani-ingat bersin.ingat wani.thanx wani.

anis-selalu gaduh ngan kau.sorry.tapi best.

wana-my pau.ingat kite pernah rapat mase form dlu 1.jgn lupe.

maria-my clown.klaka sgt kau.thanx wat aku ketawe selalu

bB-selalu bagi bB artikel pasal love.asal eak?

pka-lain kali jgn buat bende pelik depan aku.

jannah-suke wat lawak.lawak unsur 18.

nina-jgn salah lirik tau kalau nyanyi

teenor-cite la lagi pasal makanan

gha-saddest girl[suke ngangis]sorry gha.

mila-same characteristic with me[guess what]

fifie-wow.kecah.mmg boe.

paeh-macam mak tau.

tra-ingat motor.ingat ragut.ingat tra.


you all memang best.i will never forget you.503 students and 4th BATCH MJSC PONTIAN straight A1 in SPM 09.AMIN.

[w][a][n][i]



atas permintaan seorang rakan.entry kali ni tentang seorang rakan yang bernama WANI.takde idea untuk menulis tentang dia.tapi dia ni seorang rakan yang suka menolong dalam pelajaran[itu yang saya nampak].dia juga pernah berkongsi cerita dengan saya.dan saya sangat senang dengan dia walaupun kadang-kadang kami ade bertengkar yang biase-biase[gaduh-gaduh manje].saya pun pernah berkongsi cerita dengan dia dan dia pandai menyimpan rahsia yang diberi[dalam pengetahuan saya].ketika lower form,dia sangat terkenal dengan gaya bersinnya yang dahsyat[memang dahsyat].dia juga pernah menolong saya dalam pelajaran terutamanye subjek math.[star math dlm kelas].hope you will be my friend even after this school.and don't forget me.





p/s : wani.hope u like it
: ko antara girls yg ak rapat dlm kelas

August 22, 2009

LAST GAHTERING




Perkara : Jamuan terakhir MAJUSCOP.IC SDN. BHD
Tempat : Kafe MRSM Pontian
Waktu : 7.45 malam


jamuan yang diadakan sempena menyambut kemenangan syarikat MAJUSCOP.IC SDN BHD yang berjaya mendapat tempat ke-2 dalam Persatuan Usahawan Muda[PUM] MRSM Se-Melaysia.Walaupun kejayaan tu sudah berbulan yang lepas.tapi kami tetap meraikannya dengan menggunakan duit yang kami menang.seperti biasa,majlis dimulakan dengan umul kitab dan seterusnya ucapan dari pengurus syarikat iaitu KHAIRI,diikuti oleh guru penasihat MAJUSCOP.IC,Cikgu Syahriah yang sangat banyak membantu syarikat untuk mencapai matlamat syarikat iaitu RM 10,000 dan ALHAMDULILLAH,berkat usaha semua ahli MAJUSCOP.IC.kami berjaya mencecah angka yang diinginkan.berbekalkan 5 pengurus besar.KHAIRI[pengurus besar],SALINA[pengurus pentadbiran],SYUKRI[saya],[pengurus operasi],DIN[pengurus pemasaran] dan BB[pengurus kewangan],syarikat MAJUSCOP.IC berjaya membentangkan laporan syarikat di dewan MRSM Serting kerana menjadi 10 syarikat terbaik dan menjadi ke-2 terbaik diantara 10 tersebut.ketika cikgu syahriah memberikan ucapan semasa jamuan tersebut.dia ada menyebut nama saya kerana dia pernah melihat saya bekerja sehingga merah mata.bukan niat untuk membangga,tetapi memang terharu ketika dia menceritakan perkara tersebut.ketika itu.selesai ucapan.kami menjamu makanan yang dihidangkan antaranya sate,ayam percik dll.selesai makan kami bersurai kerana esoknya akan diadakan amali fizik untuk TRIAL SPM.




p/s : malam tu.semua pakai baju merah kecuali 2 org.
time makan ayam percik,tangan terluke masa nak bukak drpd apitan kayu.
: memorable gahtering for majuscop.ic
: trial fizik.ok gak lah..

August 9, 2009

INSYAALLAH


tengok tu.semua ada.bukan niat menunjuk.tapi hakikat.semua benda yang aku nak,dapat.even I didn't give the best to my mom.result pun hampeh.so,aku mesti bagi yang terbaik for my mom.hope so.for this trial and SPM.I want it so much.


SAYA DOAKAN MUHAMMAD SYUKRI BIN MOHAMAD MOHTAR MENDAPAT 9A DALAM SPM 2009 DAN JUGA RAKAN-RAKANNYA.
p/s : nampak macan best.tapi kadang macam bosan je.ye la.sorang kat rumah.
3 phone.maknanya semua num ada[kalah businessman]

August 8, 2009

[sama]


eh.sama pulak tajuk dengan blog ni.sebenarnya copy tajuk buku tu.MILES TO GO.banyak lagi perkara yang perlu ditempuhi.sekarang baru 17 tahun.hidup panjang lagi.dewasa pun belum.baru remaja.tapi kalau kalau ditakdir kan umur pendek.mesti terima.ada orang kata time remaja kita berseronok sebab remaja ni bersifat hedonisme.Hedonisme sifat yang inginkan keseronokan saja.Seronok memang seronok zaman remaja.Tapi kalau tak pandai jaga diri hanyut di bawa arus keseronokan yang akan menggelapkan hati kita.So,sama-samalah kita menjaga diri kita sebab kita baru remaja dan banyak lagi yang harus kita jalani.Many MILES we have TO GO...
p/s : sebenarnya memang minat sgt dekat Miley Cyrus tu.
faktor kepada pemilihan tajuk.

Hang Out


Tempat : Mahkota Parade
Perkara : PC Fair

Ramai betul orang dekat PC Fair.Memang best tengok barang-barang elektrik yang dijual.Tapi tengok je la.Nak beli apa.Pendrive?dah ada.Teringin nak beli external hard disk but no money no talk.So,tengok je external hard disk tu.Penat juga round PC Fair tu.Lepas round,pergi makan dekat food court.Tengah makan,dekat sebelah kami satu couple tengah bercanda.Seriously,sakit mata tengok.Pegang-pegang tangan.Bukannya nak anti-couple.Tapi tak payah la nak buat macam tu sekali.Jujur, orang yang menulis ni pun pernah couple.Tapi tak pernah touching and tak nak.REMAJA tak lari dari perkara sebegitu.Harap-harap dijauhkan dari perkara macam tu.Dah kahwin nanti boleh buat.


Lepas makan,pergi megamall.Jalan-jalan dengan family.Beli Big Apple.Dah lama tak makan.Memang ramai betul orang.Pakai mask pun ramai.Dah macam dekat hospital pula.But its good untuk mencegah dari H1N1 yang makin menular di Malaysia.Hingga Jumaat semalam.Dah 14 orang meninggal dunia akibat H1N1.Betullah kata orang mencegah lebih baik dari megubati.Tapi kami satu keluarga tak pakai pun.


best tengok latte tu.mcm sedap.tapi pahit mak ai.dekat Big Apple


p/s : bukan nak mengaibkan org couple.tapi kenyataan
banyak sekolah kat Melaka ditutup akibat virus H1N1.
best tengok abang yang buat Latte ni

August 7, 2009

BLACK NIGHT

Selepas mengambil nasi didalam periuk,aku terus duduk dan makan sambil menonton TV.Ibu keluar dari biliknya dan duduk disebelah aku.Kami makan bersama lauk yang telah dimasak oleh ibu,ikan tenggiri masak sambal(my favourite food).Sedang kami seronok makan,dengan secara tiba-tiba,seluruh rumah menjadi gelap."Hisyh,blackout lagi"kataku kepada ibu.Aku terus mengambil lilin yang berada di dalam almari.Ibu meletakkan lilin di bahagian tepi meja dan kami menghabiskan makanan yang ada."wah,candle light dinner tu"sampuk kakak sedara.






Selepas makan,kami duduk di luar rumah kerana kepanasan sambil mendengar lagu.Aku melihat cahaya bulan yang menerangi malam tersebut.Langit cerah seperti aku ber'night walk' di KEMAH ketika KEM KECEMERRLANGAN PMR 2007.Selepas hampir 2 jam duduk diluar,elektrik dirumah kembali seperti sedia kala.(^_^)
FYI :
satu tempat blackout time tu...
lepas da tak blackout tu.laptop plak buat hal.tu lagi tensyen..
(-_-)

August 6, 2009

I Love You


Seperti biasa,selepas bangun dari tidur aku terus pergi ke bilik nenek yang hanya beberapa tapak dari bilik aku.Melihat nenek yang sedang tidur,aku mengejutkan nenek dengan perlahan dan memulakan rutin harian ketika berada dirumah iaitu menukarkan pampersnya.Sudah lebih 8 bulan nenek tidak dapat berdiri akibat jatuh diluar bilik air.Melihat keadaan nenek yang sudah tidak berdaya untuk menguruskan diri,aku teringat tentang perihal yang mengatakan manusia akan menjadi bayi semula apabila dia menjadi tua.Bayi yang dimaksudkan ialah mereka tidak berdaya melakukan apa-apa lagi.Selepas membersihkan dirinya,aku akan menyuapkan makanan dan melayan karenah nenekku.Kadang-Kadang aku terfikir sampai bila nenekku boleh bertahan dengan hanya berbaring diatas tilam.Aku memohon kepada Yang Esa,jikalau Dia mahu mengambil nenek daripada kami semua,aku berharap dapat melihatnya menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.Tetapi takdir yang menentukan segalanya.Jika dulu sewaktu kecil,nenek yang menjaga aku,menukarkan lapmpinku,menyuapkanku,memakaikanku pakaian dan sekarang aku membalas jasanya walaupun tak seberapa.




p/s : I Love U Grandma

p/s : Jangan sesekali lupa jasa orang kepada kita dan bila ada masa,balaslah jasa tersebut dengan cara yang terbaik.

Percubaan pertama


Atas nasihat rakan,terhasillah blog ni dengan rasminya pada 6 Ogos 09 jam 1.17 pagi...memang berhajat nak berkarya,tapi diri terasa tak berapa pandai berkarya.nak-nak ayat yang berbunga-bunga.pemilihan tajuk blog "Miles To Go" disebabkan perjalanan hidup yang masih jauh.banyak lagi perkara yang masih belum dihadapi.disebabkan masih dalam peringkat permulaan.saya tidak mahu menulis terlalu panjang..terima kasih diucapkan kepada rakan yang menasihati saya agar saya boleh mengekspresikan perasaan.semoga dengan adanya blog ini.dapatlah masa diisi dengan menulis perkara yang berfaedah.InsyaAllah. (-.-)