March 29, 2011

C.N Blue : Korean Band

Salam semua...


C.N Blue merupakan sebuah kumpulan rock band daripada South Korea.Debut pada tahun 2009 di Jepun manakala di Korea pada tahun 2010.Di gelar FT Island kedua kerana mempunyai style yang sama dan juga dibawah satu syarikat yang sama dengan FT.Island.Debut di Korea dengan tajuk "I'm A Loner" dan mendapat sambutan hangat.


March 27, 2011

We Got Married : YongSeo Couple

Salam semua...


Variety show yang lain daripada mana-mana variety show yang pernah anda lihat sebelum ni.Rancangan ni dibawah saluran MBC.Rancangan ni melibatkan artis dimana mereka harus menjalani hidup mereka di alam perkahwinan.Kiranya virtual marriage.Rancangan ni dah nak penghujung season 2 dah.Berbalik kepada tajuk,dalam season 2 ni,ada 6 couple tapi yang famous ada 3 dan salah satunya YongSeo couple atau dikenali sebagai Goguma Couple.

Oh! My School : Variety Show

Salam semua...

Oh MySchool atau nama lain 100 point out of 100 ni adalah satu variety show korea yang agak baru jugak daripada saluran KBS.Rancangan ni bermula hujung tahun lepas dan dah ditayang pun kat KBS World.Rancangan ni pasal artis pergi ke sekolah sebab nak belajar cara-cara jadi artis yang lagi baik.Best variety show ni sebab tiap-tiap minggu dia invite artis untuk jadi pelajar Oh My School.

March 26, 2011

Earth Hour.Siapa yang join?

Salam semua...


Sekarang ni semua orang bercakap pasal Earth Hour yang akan berlansung lagi beberapa jam.Seperti yang semua tahu Earth Hour ni adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) kerana perubahan iklim yang drastik.Tahun lepas boleh dikatakan Earth Hour ni berjaya kerana telah ramai negara menyertai dengan menutup lampu di bangunan-bangunan yang menjadi mercu tanda negara mereka.

Postman to Heaven : Korean film

Salam semua...


Filem ni ditayangkan pada tahun 2009 dan filem ni genre fantasy dan melodrama.Filem ni menceritakan tentang Shin Jae Joon [Jaejoong] merupakan orang yang bertanggungjawab menghantar surat-surat ke syurga.Dia bertemu dengan Jo Hana [Han Hyo Joo] sewaktu hendak mengambil surat.Yang menarik tentang filem ni,Jae Joon iaitu hero filem ni hanya boleh dilihat oleh orang berada dalam kesedihan akibat kematian seseorang,ketika itu,Hana boleh melihat Jae Joon sebab dia sedih akan kepergian bekas kekasih.

March 25, 2011

Samsung Galaxy Tab 8.9 & Galaxy Tab 10.1

Salam semua...

Belum sempat Galaxy Tab 10.1V datang Malaysia, dah keluar Galaxy Tab yang baru.Samsung Unpacked buat launching ceremony untuk gadget yang baru dekat Orlando,Florida, Amerika Syarikat 22 Mac yang lalu.Mereka keluarkan 2 lagi model yang baru iaitu Galaxy Tab 10.1 new dengan Galaxy Tab 8.9.Jom tengok apa yang baru sangat pasal tablet ni.





Kalau nak compare dengan yang Galaxy Tab 10.1 yang lepas,yang baru ni lagi nipis dan ringan.Tapi kalau ikut camere.Yang lepas jauh lagi tinggi resolusinya berbanding yang baru.Selanjutnya tengok di bawah.

Top 10 K-Pop Maknaes

Salam semua..

Disebabkan populariti K-Pop yang kian meningkat,ramai orang yang berlumba-lumba nak belajar bahasa korea.Maknaes dalam bahasa Korea ahli kumpulan yang paling muda.Okay,syuk bukan nak ajar bahasa korea tapi nak cerita pasal maknae.Hari tu MTVK ada buat undian untuk top 10 maknae dan pemenang nya...

Super Junior Kyuhyun number 1.Kumpulan yang baru je buat persembahan kat Malaysia sabtu lalu.Untuk sesiapa yang pergi,mesti seronokkan?


March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

Salam semua...

Klik sini

Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..

Cerita ni sekitar tahun 2002,penulis berusia 10 tahun iaitu darjah 4.Ketika ni ayah penulis sedang terlantar dihospital kerana mengalami sakit buah pinggang dan paru-paru berair.Ibu si penulis gigih bekerja pada waktu siang untuk menanggung si penulis yang masih sekolah dan suaminya yang terlantar di hospital.Pada waktu malam pula dia sibuk menjaga suaminya di hospital.2 bulan genap ayah si penulis berada di hospital dan melihat keadaannya yang sangat terseksa,si ibu membuat keputusan untuk membawa pulang dan akhirnya ayah si penulis menghembuskan nafasnya yang terakhir dirumah sebaik sahaja azan zohor selesai.Disebabkan si penulis masih kebudak-budakan ketika itu dan tidak tahu apa itu ajal dan maut ditangan Tuhan,si penulis bertanya kepada ibunya "Kalau ibu tak bawak ayah balik rumah,mesti ayah ada kat hospital lagi".Ibu si penulis hanya mendiamkan diri saja.Sekarang si penulis sedar dimana kesilapan dia ketika itu dan tahu apa itu ajal dan maut di tangan Tuhan.

Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?
 

HanaKimi Korean Version

Salam semua..

Untuk pengetahuan semua,Hanazakari no Kimitachi e adalah semua mangga yang sangat famous sehingga telah diadaptasi oleh  Jepun dan Taiwan.Dan sekarang tibalah masa untuk Korea menadaptasi cerita tersebut.

Drama ni mengisahkan tentang seorang gadis yang sangat menyukai seorang atlet dan sanggup berpura-pura menjadi lelaki dan masuk ke sekolah lelaki semata-mata untuk mendekati lelaki tersebut.Kalau di Jepun drama ini mempunyai 12 episod dan di Taiwan mempunyai 15 episod.Di Korea pula drama ini akan mempunyai 16 episod.

Japanese version

March 19, 2011

Korean Celebrity Twitter : Jom follow artis kegemaran!!!

Salam semua..

Nak tahu perkembangan celebrity korea kesayangan korang?Jom follow mereka.

2PM
Chansung
Nickhun
Junho
Junsu
Taecyeon
Wooyoung

2AM
Jo Kwon
Jinwoon
Seulong
Changmin

Super Junior di Malaysia : Malaysia trending di Twitter!!!

Salam semua..

Sekarang tengah berlansung konsert Super Junior SS3 dekat Stadium Putra Bukit Jalil.Memang ramailah yang datang untuk tengok konsert tu.Teringin nak pergi konsert k-pop tapi apakan daya hajat tak kesampaian.Tengok perfomance kat internet je.Terbaca satu blog ni,dia cerita pasal ketibaan Super Junior dan suasana sebelum menjelang konsert.Jom ramai-ramai tengok blog tu.

Yang buatkan syuk excited bila malaysia punya nama jadi trending topic dekat twitter lagi.Bukan senang nak masuk trending topic tu.


Top 10 K-Pop Leader

Salam semua..

Untuk kipas susah mati k-pop ini senarai leader yang berjaya menambat hati peminat-peminat mereka.Ketua merupakan first impression kepada ahli kumpulan yang lain,kalau bagus personaliti ketua,maka yang lain pun akan menerima tanggapan yang baik.Jom tengok carta leader terhebat k-pop.



Leader 2NE1 di tempat ke 10.Bernaung dibawah YG Entertainment,sama syarikat dengan Big Bang,2NE1 berjaya menempah nama dengan gaya kumpulan mereka tersendiri.CL merupakan ahli kedua termuda selepas Minzy.

9 orang ahli After School,tapi Kahi mampu menonjol dari ahli kumpulan yang lain.Baru sahaja membuat solo debut.

White Day : Japan & Korean Celebration

Salam semua..



Korang semua tau tak White Day tu apa?White Day tu adalah hari yang disambut oleh orang Jepun dan Korea pada 14 March iaitu sebulan selepas Valentine Day.Kalau Valentine Day yang semua tahu pasangan lelaki mereka akan bagi hadiah seperti bunga,coklat ataupun teddy bear.Tapi kalau dekat Jepun dan Korea Valentine Day adalah hari dimana gadis-gadis memberi hadiah selalunya coklat.Dan White Day adalah hari dimana jejaka-jejaka membalas hadiah yang telah diberi kepada mereka.


March 18, 2011

Tsunami Jepun : Kesetiaan yang Tak Ternilai

Salam semua...

Belum terlambat rasanya kalau syuk ucap salam takziah kepada penduduk jepun yang sangat sengsara akibat gempa bumi dan susulan tsunami yang amat dahsyat Jumaat lalu.Terlalu banyak kemusnahan dan kematian yang berlaku.Memang sakitlah rakyat Jepun yang menghadapi bencana tersebut.Apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia ni harus bersyukur sebab jauh dari bencana alam yang dahsyat macam tu.

Sedikit gambar selepas kejadian dahsyat Tsunami.

 hancur kediaman 

March 17, 2011

Top 10 Global Brands

Salam semua...


Hari ni nak share pasal 10 brands yang teratas kat dunia ni pada tahun 2010.

Tempat ke 10 Hewlett Packard

 Syarikat ni daripada Amerika Syarikat.Syarikat ni dari kategori elektronik.Syarikat ni mengeluarkan mesin cetak ataupun printer dulu,tapi sekarang mereka ada keluarkan laptop.Siapa yang pakai printer HP ataupun laptop HP.Tahun lepas syarikat ni dikedudukan 11.

Tempat ke 9 Disney

Siapa tak kenal dengan syarikat ni?Syarikat ni pun berasal dari Amerika Syarikat dan dari kategori media.Banyak benda yang Disney buat berjaya.Filem-filem yang syarikat ni buat meletup.Kartun Mickey Mouse tu wujud sampai sekarang.Syarikat ni dikedudukan 10 tahun lepas.

Tempat ke 8 Nokia

March 15, 2011

Oh My Lady : Korean Drama

Salam semua...


Drama korea tahun 2010,baru je habis tengok.Dapat daripada kawan pun,tukar cerita dengan dia.Drama daripada SBS,ada 16 episode dan rating dia agak rendahlah tapi tak tau sebab apa,mungkin sebab jalan cerita yang tak berapa nak menarik.

Drama ni pasal artis muda,Sung Min Woo yang sangat famous dan seorang janda,Yoon Gae Hwa.Dia mula kenal time Yoon Gae Hwa jadi maid Sung Min Woo dan dijadikan cerita,Sung Min Woo tu ada anak dan dia suruh Yoon Gae Hwa jaga anak dia,dari situlah mulanya cerita.

March 12, 2011

Big Bang Comeback

Salam semua...


Group Big Bang ni tak asing lagi buat peminat k-pop kan?Siapa yang tak kenal Big Bang tu maknanya dia masih belum jadi k-pop fans yang sejati.hehehe.Agak lama jugak mereka ni tak buat comeback akhirnya tahun ni diaorang buat comeback dengan keluarkan extended play bertajuk Tonight.Sangat famous mereka ni kat korea mahupun Jepun sampai buat album dalam bahasa Jepun lagi.Untuk sesiapa yang tak kenal lagi ahli Big Bang ni jom kenal.

March 11, 2011

Lady Gaga Copies Girls Generation

Salam semua..

Baru buka allkpop dan terbaca artikel yang mengatakan Lady Gaga plagiarize lagu Girls Generation "Be Happy".Tak tahulah kesahihan berita tu tapi banyak response cakap yang lagu Born This Way macam familiar.Untuk pengetahuan semua lagu Born This Way baru je keluar awal tahun 2011 manakala lagu Be Happy tu dah keluar awal 2010.Dengar macam pelikkan?Takkan Lady Gaga tiru Girls Generation,memang hebatlah Girls Generation kalau orang Barat pun plagiarize lagu diaorang.

Cuba korang dengar sendiri persamaan lagu ni.Dan nilai sendiri okay.


JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI !



Syuk berblog mula-mula untuk suka-suka je,tapi lama-lama rasa macam best pulak sebab boleh belajar benda baru dalam dunia blogging ni.Dapat ramai kawan blogger yang boleh tolong pasal blogging.Sebab lain,boleh kongsi info pasal benda yang best dan boleh buat side income walaupun masih tak seberapa lagi kat dalam nuffnang tu.

Blogger lelaki lagi kreatif sebab diaorang ada cara sendiri untuk menulis dalam blog diaorang,diaorang menulis mengikut kreativiti diaorang sendiri.Blogger lelaki ni senang mendapat perhatian kaum hawa sebab masih tak ramai lagi blogger tegar lelaki yang ada dalam dunia blogging ni dan tak semua lelaki yang suka menulis ni.So,yang ada tulah dapat attract kaum hawa untuk baca blog diaorang.

Blog kaum hawa yang syuk suka baca...Harishah,Pelangi,Sha...

Untuk kaum adam yang nak join boleh click link kat atas tu,cepat!!!Segment ni tutup malam ni..

March 10, 2011

Ipad 2 : Amazing

Salam semua...

okay.siapa yang tak kenal dengan gadget yang bernama Ipad?Rasanya semua pernah dengar dan tahu apa benda bendalah tu.Sekarang Ipad dah keluar second generation yang mana lebih nipis dan ringan dari sebelumnya.Kepada penggemar barangan Apple,semestinya korang menantikan kemunculan gadget ni.Jom tengok sikit spec Ipad yang latest ni.

March 8, 2011

Love You Thousand Times : Korean Drama

Salam semua...


Drama dari SBS yang baru sahaja ditayangkan dekat One HD.Plot drama ni lebih ke arah masalah family.Walaupun drama ni ada 55 episode,ranking drama ni boleh dikatakan agak okay sebab average setiap episode rank bawah daripada 5.Drama ni dah lama kat korea.Tahun 2009 lagi tapi baru ditayangkan kat Malaysia.Syuk pun belum tengok lagi drama ni sebab tak ada masa tapi dengar tajuk macam best.

Sinopsis drama ni

March 6, 2011

SUJU sub group : Super Junior M

Salam semua..


Siapa sini minat Super Junior?Memang ramailah minat SuJu ni.Tapi syuk bukan nak cerita pasal SuJu tapi sub group dia iaitu Super Junior M.Untuk sesiapa yang tak tahu,group ni campur antara Korea dengan Cina.M tu bermaksud Mandarin dan memang group ni ditubuhkan sebab populariti SuJu yang tinggi kat Cina.

March 5, 2011

How I Met Your Mother : Best Sitcom

Salam semua..

Siapa kata syuk tak layan cerita selain daripada drama korea.Ni salah satu bukti yang kukuh.Syuk layan jugak cerita dari Barat jugak.Universal okay [tapi berat kat Korea lagi lah]

Cerita ni tersangatlah best.Walaupun cerita ni satu episode 20 minit lebih,tapi kelakar habis,nama pun sitcom,mestilah kelakar.Okay,sinopsis sitcom ni pasal seorang ayah yang menceritakan macam mana dia berjumpa dengan isteri dia iaitu mak kepada anak yang dia cerita.Yang bestnya,dah season 6 tapi still bercerita kat anak dia dan masih belum tahu macam mana ayah dia jumpa mak dia.

March 3, 2011

PPKP : Pelakon Terbaik Lelaki!!!

Salam semua...

Tajuk entry ni khas untuk program Ahad lepas.Bukan program Anugerah Bintang Popular atau pun Anugerah Skrin,tapi program kat UiTM ni je.Nama program tu student UiTM panggil PPKP tapi tak tahulah pulak nama panjang program tu.Siapa student UiTM korang tahukan program apa ni.Untuk yang tak tahu tu,program ni untuk pembelajaran diluar bilik kuliah means bukan dalam silibus subjek.Macam semester ni, modul komunikasi.So,belajar pasal komunikasilah satu hari tu.Program ni banyak aktiviti daripada ceramah.Ada 5 sesi,daripada berkenalan sampailah pembentangan.Aktiviti ni dibuat ikut kelas time kuliah,so memang dah biasa dengan classmates