May 29, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Salam semua...


Terbuka untuk yang follower bawah 500 je.Haritu bawah 1000 dapat masuk.Ni bawah 500 pun dapat masuk.Nampak sangat barukan..

Siapa yang nak masuk tarikh tutup hari ni jam 10 malam.Klik pada gambar okay.

May 28, 2011

FT Island : Return

Salam semua...

FT Island kembali dengan mini album yang baru iaitu Return.Setelah hampir setahun mereka sibuk mengadakan promosi di Jepun,kini mereka kembali di Korea untuk membuat promosi album terbaru.Terdapat 5 lagu didalam mini album mereka ini.

1. Hello Hello
2. Oh
3. I Must Have You
4. I Must Confess
5. Sunshine Girl

Mereka menjadikan Hello Hello sebagai single mereka dan sekarang mereka giat mempromosikan lagu tersebut.Sesiapa yang minat FT Island,mesti perasan lagu mereka yang sebelum ni lebih kurang dengan lagu baru ni.Dalam album ni ada 2 lagu yang best.Yang pertama Hello,Hello.Dan lagi satu lagu I must confess sebab lirik lagu ni macam sempoi je.Klik lirik kalau nak tahu maksud lirik lagu ni.



Kasih Ibu Tidak berbelah bahagi..

Salam semua..

Kasih ibu membawa syurga..Entry ringkas untuk mengingatkan korang semua tentang kasih sayang seorang ibu..


50 reasons why Seoul is the world's greatest city!!!

Salam semua...

Seoul merupakan ibu negara bagi Korea Selatan dan untuk pengetahuan semua telah menjadi tempat pilihan kegemaran bagi pelancong-pelancong Asia untuk 3 tahun berturut-turut.Apa yang menyebabkan Seoul menjadi tempat pilihan mereka,ada 50 sebab dan mari kita lihat sebab-sebabnya.[disebabkan terlalu banyak,jadi syuk akan pilih yang mana terbaik]

50.Dari medan perang kepada medan pasaran
Walaupun Korea Selatan musnah disebabkan Korean War 50 tahun yang lalu tapi sekarang menjadi 10 bandar yang berkuasa dalam ekonomi dan mejadi bandar metropolitan kedua yang terbesar di dunia.


49.Hidangan sampingan lebih banyak dari hidangan utama
Contohnya,kalau di Malaysia.Hidangan utama ikan 3 rasa dan hidangan sampingan sayur kailan.Kalau di Korea,hidangan sampingan lagi banyak seperti kimchi.



48.Bandar yang paling ber"wireless"
Di bandar Seoul,orang tidak dapat mengelak dari internet wireless kerana 95% rumah di Seoul mempunyai internet broadband.

47.Lapangan terbang terbaik di dunia
Menjadi lapangan terbang terbaik didunia oleh Airport Council International.




May 27, 2011

Youtube dan sejarahnya...

Salam semua..

Youtube merupakan platform yang amat popular dengan perkhidmatan online video dan merupakan tempat kedua dalam Alexa rank selepas Google.Mula beroperasi pada tahun 2005 dan genap 6 tahun beroperasi pada 14 Februari iaitu sama dengan Hari Kekasih.


Banyak perkara baru yang dibuat oleh Youtube sepanjang 6 tahun mereka beroperasi iaitu:-






Semakin hari semakin ramai yang membuka account youtube,yang melihat video-video di youtube.Ini merupakan senarai top 10 youtubers yang mempunyai subscribers yang paing ramai.Sesiapa yang ada youtube account,bolehlah subscribe channel mereka.

May 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

Salam semua...


Siapa yang nak join cepat..Tutup 12 tengah malam ni.Nak join click gambar kat atas ni. =]

May 25, 2011

SNSD become goddess for their Japanese album

Salam semua..

Selepas mereka dijadikan muka depan majalah Marie Claire,mereka bertukar pula menjadi 9 dewi untuk album Jepun mereka yang akan dipasarkan pada bulan Jun nanti.



Diberi nama Girls' Generation,album tersebut mempunyai 12 buah lagu termasuk lagu-lagu popular iaitu Gee,Run Devil Run,Hoot dan juga single terbaru mereka Mr. Taxi.Mereka akan mengeluarkan 3 jenis album iaitu Deluxe First Press Limited Edition,Limited Edition dan Regular Edition.Dalam ketiga-tiga edition tersebut,Deluxe First Press Edition akan dipasarkan dalam bentuk kotak dan termasuk dengan bag mini.




Jom close up wajah-wajah 9 gadis cantik ni.Mesti korang cair tengok.

May 24, 2011

Korean Movie : The Way Home

Salam semua...


Filem The Way Home ni merupakan sebuah filem .Filem ini mengisahkan tentang seorang nenek yang tinggal jauh di pedalaman dan mempunyai seorang anak perempuan yang tinggal dibandar.Anak perempuannya telah menghantar anaknya kepada neneknya untuk dijaga buat sementara waktu.Neneknya merupakan seorang yang bongkok,mempunyai masalah pendengaran dan mempunyai penyakit osteoporosis.

Pada mulanya,cucunya merupakan seorang budak yang tidak menghormati neneknya.Disebabkan neneknya yang tidak tahu mengenai dunia moden,dia selalu mengejek neneknya.Walaupun diejek,dikenakan oleh cucunya,dia tetap bersabar dan melayan cucunya dengan baik sekali.Melihat pengorbanan neneknya terhadapnya,dia mula belajar tentang cinta,sifat tidak mementingkan diri sendiri,berbuat baik kepada orang lain.

disebabkan osteoporosis,neneknya tidak dapat memasukkan benang ke dalam jarum.Pada mulanya,dia merengek kerana selalu disuruh memasukkan benang.

May 23, 2011

Giveaway Belog Nemomimosh

Salam semua..


Tag 3 orang kawan

Saja je masuk giveaway ni.Kawan dah tagkan,lagi pun bila nampak hadiah yang diberi,macam best je.Seronok kot kalau dapat satu. =]

p/s : sesiapa nak join boleh klik gambar tu okey!!!

U-KISS Fanmeet in Malaysia.

Salam semua..


U-Kiss merupakan salah satu kumpulan yang popular dari Korea Selatan.Tak berapa ikut sangat perkembangan mereka tapi lagu mereka yang baru-baru ni boleh tahan best " 0330". Dan untuk comeback kali ni mereka ada bertukar ahli kumpulan.

Balik pada tajuk entry,buat kali kedua kalau tak silap,U-Kiss akan mengadakan fanmeet untuk mini album terbarunya iaitu Bran New Kiss.Siapa peminat U-Kiss.Mesti korang nak pergi kan..

Fanmeet details :
Time : Friday, June 10 · 8:00pm - 10:30pm
Location : Dewan Wawasan, Level 4, Tower 1, Menara PGRM
No.8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, 56100 Kuala Lumpur

May 22, 2011

Kucing pun guna iPad tau!!!

Salam semua...

Bestnya kalau ada iPad,macam-macam boleh buat sebab banyak application ada.Siapa yang cakap taknak iPad tu memang pelik sebab kucing pun ada iPad sendiri tau.Kalau kucing pun boleh seronok dengan iPad,apatah lagi kitakan.


Nilah jadi bila orang buat application yang sesuai untuk kucing main.Memang giranglah kucing tu,nak-nak game yang tangkap ikan tu,lagilah kucing tu seronok.Friskies buat application yang boleh kucing main dan merupakan syarikat makanan kucing yang pertama membuat application untuk kucing tapi mereka bukanlah syarikat yang pertama keluarkan application untuk kucing.Maknanya,ada syarikat yang pernah buat application untuk kucing sebelum ni.

May 21, 2011

Comeback : B2ST Fiction and Fact

Salam semua...

Beast atau B2ST merupakan kumpulan Korea yang terdiri daripada 6 orang iaitu DooJoon sebagai ketua,Yoseob sebagai lead vocal,Dongwoon sebagai vocalist dan merupakan maknae dalam group,Hyunseung,Junhyung sebagai lead rapper dan kikwang sebagai main dancer.


Mereka telah mengeluarkan album baru yang bertajuk Fiction and Fact.Buat kali pertama mereka tidak mempertaruhkan genre pop dance seperti sebelum ini.Walaupun tidak rancak seperti sebelum ini,tetapi Beast berjaya mernjadikan album ini sebagai album hit apabila dikeluarkan 17 Mei yang lalu.Terdapat 10 lagu didalam album baru tersebut dan mereka mempertaruhkan lagu Fiction sebagai single pertama mereka.

Track List:
1. The Fact
2. Fiction
3. Back to You
4. You
5. Freeze
6. Virus
7. Calling You
8. On Raining Days
9. Lightless (Unplugged Version)
10. Fiction (Orchestra Version)

Mereka telah pun membuat comeback dibeberapa stesen televisyen seperti MBC dan KBS.2 lagu yang dibawa ketika membuat comeback di Mnet Countdown

Group Korea 2AM di Malaysia...

Salam semua..

Sempena dengan Digi Kpop Live,2AM merupakan artis selepas B2ST,4Minute dan G.Na yang datang.Mereka sampai di Malaysia pada 18 Mei iaitu pada hari Rabu.Mereka sempat berjalan-jalan disekitar Kuala Lumpur dan menikmati budaya di Malaysia.Jom tengok beberapa gambar mereka di Malaysia.

Jin Woon cuba untuk membuat teh tarik


Jangan main-main,orang korea buat teh tarik

Boss,roti telur satu

Jo Kwon sedap makan

Changmin cuba tebar roti sebab dekat korea dia jadi tukang masak dirumah 2AM

                            Jo Kwon punya hasil batik                                Semua orang cuba

Jin Woon punya hasil

Banyak lagi gambar yang ada dan sesiapa nak tengok boleh tengok dekat soompi.com.Apa-apa info pasal 2AM di Malaysia akan diupdate.Sesiapa yang pergi showcase 2AM,kongsi-kongsilah gambar,video ye.. =]

        source :  soompi.com

May 20, 2011

Korea Coming of Age Day

Salam semua...


Siapa tahu Coming of Age Day?Sebenarnya sambutan ni lagi popular dekat Jepun,tapi orang Korea ada jugak yang menyambut sambutan ni.Coming of Age Day disambut setiap hari Isnin pada minggu ketiga bulan Mei.Sambutan ni disambutan untuk sesiapa yang cukup umur 20 tahun pada tahun tersebut.Kiranya tahun tersebut mereka dah jadi dewasa,boleh pilih untuk berkahwin,minum alkohol dan yang sewaktu dengannya.

Sebagai tradisi Coming of Age Day,orang yang menyambut hari tersebut selalunya akan menerima 3 hadiah.

bunga

perfume

kiss!!!


Ramai artis korea yang menyambut hari tesebut sebab kebanyakkannya berumur 20 tahun.Kat bawah ni antara artis-artis yang menyambut hari tersebut.

2AM – Jinwoon
2NE1 – CL
After School – Nana
BEAST – Dongwoon
CNBLUE – Jungshin and Minhyuk
FT Island – Jaejin
Girls’ Generation – Seohyun
Infinite – Woohyun, Sungyeol, and Hoya
KARA – Hara and Nicole
MBLAQ – Mir
miss A – Min
Rainbow – Hyun Young
SHINee -Key and Minho
SISTAR – Hyorin
UKISS – Kevin, Eli, AJ, Hoon, and Kiseop
ZE:A – Hyungsik




Peminat Seo Hyun [SNSD] menyambut hari tersebut dengan meletakkan iklan disalah sebuah kereta api bawah tanak di Korea.






Nak tahu lebih lanjut tentang artis yang sambut ni,boleh pergi ke laman web mtvk.com.Ada tak artis yang korang minat sambut Coming of Age Day?

source : mtvk.com

May 19, 2011

Korean Movie : Death Bell 2: Blood Camp

Salam semua...


Death Bell 2 merupakan filem seram Korea yang menggandingkan barisan pelakon-pelakon muda yang hebat.Filem ni bukan sequel kepada Death Bell.Untuk sesiapa yang tak tahu,filem ni memang nampak macam filem hantu,tapi sebenarnya bukan cerita pasal hantu.

Filem ini menceritakan tentang seorang pelajar perempuan yang mati disekolah.Pelajar perempuan tersebut mempunyai kakak tiri dan sering dihantui oleh adik tirinya.Kakak tirinya dan rakan yang lain pergi ke sekolah untuk menghadiri kem sempena ujian untuk masuk ke universiti.Di situ bermula kejadian ngeri dimana setiap seorang daripada rakannya dibunuh dengan kejam.

Banyak pelakon-pelakon reamaja hebat yang berlakon dalam filem ni.Antaranya Jiyeon dari T-ara.Hero drama Bakery Kim Tak Gu.Hero dalam Smile Dong Hae.

Jiyeon as Se Hee

Yoon Si Yoon as Gwan Woo

Ji Chang Wook as Soo Il

Filem ni pun macam drama Jungle Fish 2 jugak filem ni ada mesej tersirat yang nak disampaikan iaitu masalah rasuah yang berlaku.Apabila keadilan tidak dapat ditegakkan kerana rasuah yang berleluasa.Mesej tersebut dapat sampai walaupun dalam filem bergenre seram ni.


SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

Salam semua....



SOALAN

1. Dimana anda dilahirkan?
Di Melaka Bandaraya Bersejarah

2. Dimana anda dibesarkan?
Di tempat yang sama dilahirkan iaitu Melaka

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Mestilah Melaka sebab dah lahir,tinggal semua kat sini...

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Sebab Melaka best[syok sendiri].Walau macam mana baik negeri lain orang semua pilih negeri sendirikan.Memang lumrah.

May 18, 2011

Free Header dari Kei Seichi!!!

Salam semua...


Siapa perasan blog ni dah tukar header baru?[macam ada orang selalu blogwalking je kat blog ni (=_=)].Okay,bagi sesiapa yang perasan,blog ni dah ditukar dengan header baru yang telah diberi oleh Kei Seichi.Memang sangat baik hati dia ni sebab sudi buatkan header untuk blogger-blogger.Kiranya berbakti kepada blogger-blogger yang lainlah.

Sebenarnya,dia ada buat lagi satu header,tapi macam seram bila,tengok.So,suruh dia ubah sikit[demand lebih].Dah lah cepat dia buat header,lepas tu bila komen,straight dia tukar kepada yang atas ni.Memang suka sebab tak serabut sangat.SIMPLE is NICE.First time dapat header daripada blogger lain tau.So,agak excited jugak. =p

Terima kasih sangat-sangat ye Kei Seichi

Kalau korang nak tengok entry tentang header blog ni boleh klik sini.

p/s : sorry,pinjam kejap header.

May 17, 2011

Jang Geun Suk in Malaysia

Salam semua..



Siapa tak kenal Jang Geun Suk,kalau yang tak kenal tu,dia ni hero untuk drama popular tahun 2009 iaitu You're Beautiful.Drama ni saing dengan drama Boys Over Flower.Dia ni boleh dikatakan artis yang versatile sebab boleh berlakon dan menyanyi.


Drama yang paling latest dia berlakon "Marry Stay Out All Night" bergandingan dengan Moon Geun Young.Dia datang Malaysia bersempena dengan Jang Geun Suk CRI Show Asia Tour dan Malaysia menjadi salah satu destinasi untuk tour dia.

Maklumat tentang event tersebut :

Tarikh : 4th Jun 2011, Sabtu
Tempat : Dewan Plenary,Kuala Lumpur Convention Centre
Masa : 5 petang


Untuk maklumat lanjut tentang tiket,boleh rujuk soompi.Sempat Jang Geun Suk buat short video untuk greet peminat dia dekat Malaysia,sure ramaikan peminat Jang Geun Suk kat Malaysia ni.Yang paling penting dalam video ni,dia cakap Melayu tau.Apa khabar dengan Jumpa disana.Memang hebatlah[padahal itu je dia cakap]


source : soompi

May 16, 2011

USAHA perlu untuk berjaya!!!

Salam semua..

Entry ringkas tentang USAHA.Nak tunjuk sikit bukti yang USAHA adalah sesuatu yang perlu untuk kita mencapai kejayaan yang kita inginkan.Tanpa usaha kita tidak mungkin dapat mengecapi kejayaan yang kita ada sekarang ni.Betul tak?Dan usaha itu mestilah berterusan atau pun istiqamah dalam membuat sesuatu perkara.Begitu juga dengan pertolongan dari orang lain,tanpa pertolongan,kita juga tidak dapat berdiri dengan sendirinya.Hayati gambar ini.


Nampak tak USAHA burung ni untuk membuat tempat perlindungan untuk dirinya sendiri.Gigihnya burung ini dan dengan pertolongan burung yang lain,mereka mampu menyiapkan tempat perlindungan.

May 15, 2011

Latest Single by Miss A : Love Alone

Salam..

Miss A baru sahaja mengeluarkan single terbaru mereka yang bertajuk Love Alone.Untuk pengetahuan semua,lagu ini telah dihasilkan oleh orang yang sama menggubah lagu untuk artis Hollywood iaitu Jason Derulo yang bertajuk "Whatcha Say".Lagu ini telah menjadi lagu tema untuk rancangan terbaru SBS iaitu Kim Yuna : Kiss and Cry.

Lagu ni menarik sebab lagu ini dinyanyikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.Walaupun ada slang Korea + Cina dalam nyanyian ni,tapi lagu ni membuktikan yang mereka boleh menyanyikan walaupun dalam bahasa Inggeris.Memang susah nak bawak kalau lagu tu bukan bahasa yang kita guna selalu,nak-nak Korea merupakan negara yang tak berapa mementingkan bahasa Inggeris di negara mereka.


Jom nyanyi ramai-ramai.
[chorus:]
i don’t wanna be in love alone
wanna give you my heart
but you can’t be playin’ cause
i don`t wanna be in love alone
see me falling, yeah but i can`t be the only one
cause i don`t wanna be in love alone
so give it to me straight, know you feeling me baby
no i don`t wanna be in love alone
all on my body, and i just can`t take it.
heart racing, it`s amazing
the way you got me off on my game
no secret, ima go head and say it
ya lovin` got me feeling this way (yeah, yeah)
if it’s an illusion
i need you to tell me now
no room for confusion
i need you to let it out!
[chorus]
staring into space
thinking about the way you
been having me calling your name
get distracted, hard to focus
boy you know you got me open
wanna know
if it’s an illusion
i need you to tell me now
no room for confusion
i need you to let it out!
[chorus]
(oh ooh oh ooh oh baby let me know)
whatever you wanna do
(yeah, yeah)
(i can make it yours
if you ready for it)
but you gotta be true
cause I
[chorus]


May 14, 2011

2AM group Korea : Berita Kosmo!

Salam semua...

Memang ketara kebelakangan ni sebab banyak akhbar kat Malaysia ni dah mula buat artikel tentang artis Korea.Kumpulan dari Korea Selatan yang berada dibawah naungan JYP Entertainment akan membuat konsert pada 21 Mei 2011 ini di Malaysia.Walaupun mereka ni banyak mengeluarkan lagu-lagu balada tetapi bukan je orang Korea mendengar lagu mereka malah orang luar negara pun layan lagu-lagu 2AM termasuklah rakyat Malaysia yang suka K-pop.Sebab tu ada konsert 2AM dekat Malaysia.Konsert yang akan diadakan ini dibawah Digi Kpop Live dimana sebelum ni mereka ada jugak mengadakan konsert kpop.

Nak baca berita selanjutnya tentang 2AM sila klik KOSMO..

Untuk sesiapa yang tak tahu 2AM,mereka ni mempunyai 4 orang anggota yang terdiri daripada JoKwon,Seulong,Changmin dan JinWoon.Antara 4 ni,yang paling famous adalah JoKwon sebab dia pernah menyertai rancangan yang popular di Korea iaitu We Got Married dan Seulong pula pernah berlakon dalam drama Personal Taste.

Lagu mereka pernah dinobatkan sebagai lagu terbaik tahun 2010 iaitu lagu Can't Let You Go Even If I Die.


Lagu didalam album terbaru mereka...





Untuk sesiapa yang pergi nanti konsert 2AM,kongsi-kongsilah gambar atau video kat konsert ye. =]

May 11, 2011

SBS Music Festival 2010 di One HD

Salam semua...

Seperti yang semua orang tahu,SBS merupakan salah satu saluran televisyen yang popular di Korea Selatan selan MBC dan KBS.SBS membawa maksud Seoul Broadcasting System.Setiap tahun 3 saluran yang utama di Korea ini akan mengadakan muzik festival atau lebih dikenali sebagai Gayo Daejun di Korea.Yang menariknya semua artis yang kpop akan datang untuk membuat persembahan lagu-lagu mereka yang popular pada tahun tersebut.Sesiapa yang minat kpop mesti tahu tentang muzik festival ni dan pernah tengok streaming masa festival ini kat internet hujung tahun lepas.

Tapi kali ini,selepas Astro memperkenal saluran One HD iaitu salruan HD pertama dari Korea iaitu saluran SBS,peminat kpop semua boleh tengok secara HD di dalam TV rumah anda.Tarikh dan waktu SBS Music Festival di One HD ialah pada ......

14 & 15 Mei 2010
3.15 petang

Untuk tahun ini,antara artis yang akan membuat persembahan di SBS Gayo Daejun ialah BoA, Super Junior, SNSD, KARA, SE7EN, G-Dragon & T.O.P, 2PM, SHINee, 2AM, 2NE1, B2ST, 4minute, MBLAQ, F.T Island, CNBLUE, miss A dan lain-lain..

Bagi sesiapa yang tak sempat tengok nanti bolehlah tengok preview yang best-best dekat sini...

Opening yang sangat cute...



Beast Breathe & Beautiful



Shinee feat f(x) Lucifer



SNSD Hoot



miss A Good Girl Bad Girl



yang lebih tu kalau nak tengok boleh search dekat youtube taip "SBS Gaya Daejun 2010" adalah persembahan yang akan list.

May 9, 2011

After School : Virgin

Salam semua...

After School merupakan salah sebuah kumpulan dari Korea Selatan yang mempunyai 9 anggota.Iaitu Kahi sebagai ketua,Jung Ah,Jooyeon, Bekah,Uee,Raina,Nana, Lizzy,E-Young.Baru-baru ni mereka ada buat comeback dengan lagu Shampoo.

Yang menariknya tentang After School,mereka digelar Pussycat Doll Korea sebab tarian-tarian yang mereka buat mesti gempak.Macam tahun lepas mereka keluarkan mini album Bang yang menaikkan nama After School.

Let's Do It

Bang

Gempak tak?Memang famous lagu ni tahun lepas dan untuk tahun ni mereka kembali dengan rutin tarian yang gempak jugak iaitu tap dance.


Let;s Step Up

Dah macam Got to Dance mereke ni.Rutin tap dance ni mendapat perhatian orang ramai apabila dikeluarkan oleh mereka.

May 8, 2011

Budak bawah umur bercumbuan!!!

Salam semua....

Mesti nak tengokkan anak siapa yang kecik-kecik dah pandai bercumbuan.Ni lah salah satu tanda dunia nak kiamat kan.Maksiat tak kira tua atau muda.Semuanya termasuk sekali.Kalau kecik-kecik dah pandai,macam mana agaknya bila dah besar nanti ye.Harap-harap dijauhkanlah daripada kita semua.Jom tengok..


.
.
.
.
.





18SC 
[seram comel]

hehe.sekadar untuk membuatkan gusi anda tak kering ye.Tapi untuk remaja diluar sana,elakkan anak-anak korang jadi macam ni.Nanti dah besar SUSAH!!!

Free Header by Kei Seichi

Salam semua...


Size header : 960 x 350
Background color : Merah
Ayat yang nak diletak : Tajuk : Miles To Go.Kalau description, Yesterday's history.Tomorrow's a mystery.Today is a gift
Font : karabine tapi kalau tak sesuai buatlah ikut kesesuaian..
Gambar : kalau tak letak takpe kan..takde gamba nak letak.
Contact : boleh email kat syuk606@gmail.com


Tak sangka ada orang nak buatkan header.Bolehlah tukar header lepas ni =]

Happy Mohters Day 2011

Salam semua..

Kepada ibu-ibu diseluruh dunia.Happy Mothers Day.Tidak ada manusia dapat menafikan pentingnya ibu di dunia dan tempatnya dalam kehidupan seorang anak. Betapa penting dan utamanya ibu kepada seseorang sehingga terdapat dalam hadis Rasullullah...

 Anu Hurairah radhiallahu 'anh berkata :


Seprang lelaki datang menemui Rasulullah S.A.W dan bertanya..


"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?"
          Baginda menjawab : "Ibu kamu"
Dia bertanya lagi : "Kemudian siapa?"
          Baginda menjawab : "Ibu kamu"
Dia bertanya lagi : "Kemudian siapa?"
          Baginda menjawab : "Ibu kamu"
Dia bertanya lagi : "Kemudian siapa?"
        Baginda menjawab : "Ayah kamu"


Kita boleh nampak betapa pentingnya seorang ibu kepada seseorang individu tersebutkan?Tanpa ibu kita tak boleh lahir dengan sempurna betul?Kita tidak dapat dijaga dan didodoikan tanpanya.Jadi hargailah ibu anda selagi dia masih ada.






Sempena hari ibu sedunia syuk nak berkongsi beberapa video...

Jangan buat ibu korang annoying dengan perangai korang!!!

May 7, 2011

Buat peminat atau anti K-pop

Salam semua..


Semenjak ni ramai je yang buat entry tentang k-pop,mungkin disebabkan kewujudan 2 kumpulan yang mendapat jolokan artis k-pop Malaysia atau m-pop.Tapi k-pop pun terkena tempias.Ada yang memuji dan ada juga yang mengutuk muzik yang berasal daripada Korea Selatan tersebut.Mungkin disebabkan ada artis Malaysia yang mengikut budaya k-pop dan mendapat perhatian oleh orang Malaysia.Untuk sesiapa yang tak tahu lagi k-pop tu singkatan bagi korean pop.K-pop ni mula naik popularitinya apabila Korean Wave mendapat perhatian dari seluruh pelusuk dunia termasuk dari negara Barat sendiri.

Rasanya tak salah kalau k-pop ni sekarang boleh dibandingkan dengan lagu-lagu dari Hollywood.Buktinya orang Barat pun menerima kpop dan kita boleh dilihat bertapa berjayanya k-pop ni sendiri apabila Wonder Girls merupakan artis Korea pertama yang mendapat tempat dalam carta Billboard Hot 100 dan album Big Bang terbaru Tonight merupakan satu-satunya album bukan English yang berjaya masuk dalam carta iTunes.Artis-artis yang terkenal dari Barat seperti Will.I.Am [Black Eyed Peas] dan Kanye West pun berganding bahu untuk menjayakan album k-pop.

Sedikit video dari peminat k-pop di seluruh dunia.

Australia


America


Ternyata k-pop ni sudah merebak di negara-negara lain jugakkan.Kalau orang Barat pun dah tiru orang Asia memang nampak gah insutri muzik Korea Selatan ni.Tapi kenapa k-pop ni sekarang menjadi pilihan reamaja zaman sekarang dan kenapa k-pop ni boleh meningkat popularitinya?

Pertama
Disebabkan muzik yang rancak dan persembahan yang bertenaga dan keselarian tarian antara ahli kumpulan.Memang tak dinafikan kalau kita tengok persembahan artis k-pop sangat menarik terutama apabila tarian yang susah dibawa dengan sempurna.

Kedua
Kualiti dan kuantiti.Memang tak dinafikan artis-artis kpop majoriti berkumpulan.Walaupun bergerak dalam kumpulan yang ramai tetapi mereka dapat mengekalkan kualiti persembahan.Buktinya artis-artis kpop yang popular seperti Wonder Girls,Girls Generation,Super Junior dll mempunyai jutaan peminat.Sebelum mereka bergelar artis mereka telah dilatih untuk beberapa tahun supaya menjadi yang berkualiti.Tapi tak dinafikan juga ada artis kpop yang menjadi artis 'mee segera'.

Ketiga
Syarikat naungan.Kebanyakkan artis yang popular berada dibawah naungan syarikat yang hebat.Contohnya,Wonder Girls sendiri berada dibawah naungan JYP Entertainment dimana Rain juga dibawah syarikat yang sama.JYP Entertainment merupakan antara syarikat rakaman gergasi di Korea Selatan dan mempunyai 2 anak syarikat di Amerika dan Cina.

Keempat
Carta siaran langsung.Untuk pengetahuan semua,saluran yang ternama seperti KBS,SBS dan MBC di Korea Selatan mempunyai satu carta dan artis kpop membuat persembahan pada setiap minggu secara langsung.Ini merupakan salah satu kelaianan dari mana-mana carta muzik.

Cukup tak nak membuktikan kenapa kpop ni semakin popular dekat seluruh dunia.

Bukannya kpop ni bagus sangat,setiap perkara tu mesti ada yang cacat cela.Ada jugak yang buruk tentang kpop ni contohnya pakaian mereka selalu jugak menjolok mata orang yang melihat.

TAPI....


Kalau ada lagi yang masih yang tak dapat terima kpop, sekurang-kurangnya terimalah perkara-perkara yang lain dari negara tersebut.Nak sebut sikit Seoul merupakan ibu negara Korea Selatan dan merupakan antara bandar metropolitan yang terbesar di dunia.Di Korea juga mempunyai internet berkelajuan tinggi di dunia.Kalah Tokyo ataupun Amerika.Jenama Samsung,LG,Hyundai juga merupakan antara jenama yang mendapat perhatian dunia dan datang dari Korea Selatan.


Tak semestinya kalau kita tak minat sesuatu tu kita tak minat secara keseluruhannyakan.Jadi,paling tidak pun tengoklah Korea Selatan sebagai sebuah negara yang mampu berdaya saing dari segi ekonomi mahu pun dari segi industrinya..

p/s : this is what that i saw why kpop can become popular all over the world and i didn't only see kpop but i also see a South Korea as successful country in terms of development.economy and music industry..

May 6, 2011

Jungle Fish 2 : Korean Drama

Salam semua...


Drama Jungle Fish 2 ini merupakan drama dari saluran KBS dan juga pernah di tayangkan di Astro KBS World saluran 391.Terdapat 8 episod sahaja untuk drama ini dan mengisahkan tentang pelajar sekolah yang membunuh diri.Apa yang menarik tentang drama ini adalah tentang persahabatan antara 6 rakan karib dan masing-masing mempunyai ID untuk dipanggil.Kiranya gelaranlah.

Drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan,Baek Hyo An yang membunuh diri.Rakan karibnya membuat keputusan untuk menyiasat sebab dia membunuh diri.Drama ini memaparkan tentang masalah sosial semasa dalam kalangan pelajar sekolah,masalah keluarga,kehamilan dan masalah sistem pendidikan.

Hong Jong Hyun sebagai Min Ho Soo 
ID : stranger_a

Park Ji Yeon sebagai Seo Yool
ID : bluepill

Lee Joon sebagai Ahn Ba Woo
ID : cinderellaman
Shin So Sool sebagai Lee Ra Yi
ID : Indiedol

Kim Bo Ra sebagai Yoo Gong Ji
ID : BloodyMandoo


Han Ji Woo sebagai Baek Hyo An
ID : Jungle Fish

Memang best drama ni sebab drama ni bukan meletakkan percintaan sebagai plot cerita tapi masalah yang berlaku sekarang.Kita boleh tengok macam mana seseorang tu kena buang sekolah akibat mengandung,sistem organisasi sekolah yang teruk dan macam-macam lagi.Bagi sesiapa yang tak tahu,kes pembunuhan diri memang dah biasa.Purata orang Korea setiap hari,ada je kes kematian yang melibatkan kes bunuh diri.Dan drama ni menunjukkan betapa pantasnya teknologi dalam menyebarkan maklumat,sebab drama ni banyak mengunakan teknologi seperti internet,smartphone.

Pelakon drama ni pun agak mantap.Ada Lee Joon dari MBLAQ,Park Ji Yeon dari T-ara dan juga pernah berlakon dalam Master of Study.Drama ni pun dah di adaptasi kepada filem dan sudah pun ditayangkan tapi syuk belum sempat tengok lagi.




Pesanan ringkas.Drama wajib tonton bagi penggemar drama korea..