January 30, 2012

B.A.P Korean Group

Salam semua..

Minggu ni ada satu group kpop yang debut dari syarikat TS Entertainment yang juga mempunyai artis popular iaitu SECRET.Gempak kot group ni bila tengok music video untuk single first dorang iaitu Warrior.

Yang uniknya,semua dalam group ni blonde.2 daripada ahli group ni pernah ada single yang bertajuk Never Give Up dan mereka pernah datang Malaysia untuk fan meeting.Sebab mereka ni tak berapa famous sangat,so tak berapa kecoh bila dorang datang.


Memang gempaklah rasanya MV pertama dorang sebab dance lagu ni sangat bergaya dan rasanya boleh famous cepat group ni,tapi yang macam weird bagi aku time suara yang mula-mula nyanyi tu macam dalam gila suara dia.Tak percaya dengarlah sendiri.

Eatyourkimchi pun buat review dan interview pasal lagu dorang ni.Dan yang paling gempak lagi album dorang tersenarai dalam top 10 world album okay.


January 23, 2012

Han Hee Jun American Idol 2012

Salam semua...

American Idol 2012 dah bermula.Maknanya dah 11 season American Idol ni dan ia masih lagi hangat.Tak tau lah kenapa Akademi Fantasia dah dihentikan siarannya.Okay,tak kisahlah.


Macam biasa,bila orang US pergi audition macam-macam gelagat yang ada.Yang kelakar,emosi,sedih semua lengkap.Ni salah satu video yang macam best sebab character lelaki ni macam blur je tapi bila nyanyi sedap suara dia.Orang Korea tau tapi dah pindah sana.



Nama dia Han Hee Jun.Juri pun terkejut sebab tak sangka suara dia berbeza dengan watak blur dia tu.Korang memang patut layan video ni.

January 22, 2012

Haagen Dazs Member Card

Salam semua...

Seronok hari ni sebab aku dapat makan FREE Haagen Dazs.Bukan calang-calang punya menu tau,Chocolate Fondue.Memang mahallah kan tapi sebab abang sedara aku belanja,layankan aje.


Macam-macam ada dalam chocolate fondue ni.Mestilah ada ice cream,buah-buahan ,sponge cake etc. Yang menariknya, ice cream tu dibuat jadi bulat dan ice cream dan makan dengan chocolate.Kiranya ice cream cicah chocolate.Ice crean dip with chocolate dalam bahasa antarabangsa kot.Sedap tapi tak puaslah sebab kecik sangat ice cream tu,cuba kira bulat-bulat tu.Ada 14 je. Yang paling awesome chocolate dipanaskan dengan lilin.Sumpah smart.

Smart tak kad ni

January 20, 2012

Dream High 2 Korea Drama

Salam semua...

The most anticipation sequel korean drama iaitu Dream High 2 akan mula ditayangkan pada 30 Januari ini di KBS dan pada bulan Februari di KBS World.


Pelakon-pelakon drama ni kebanyakkannya penyanyi macam hero iaitu Jin Woon dari 2AM, Hyorin dari SISTAR dan Jiyeon dari T-ara. Heroin pulak Kang So Ra yang sekarang masuk variety show We Got Married. Ada 2 artis baru,seorang dari JYP Entertainment dan seorang lagi dari KeyEast Entertainment.


2nd teaser


Walaupun Season yang kedua tapi jalan ceritanya berbeza dengan yang lepas cuma yang sama adalah macam mana pelajar-pelajar tersebut berjaya menjadi artis terkenal.

January 14, 2012

Tutti Frutti Dataran Pahlawan

Salam semua..

Tutti Frutti telah membuka cawangan kedua di Melaka selepas Tutti Frutti di Bukit Beruang. Macam biasalah bila Tutti Fruitti buat grand opening mesti 50% off punya yogurt kat Tutti Frutti.


 Bila dapat tau dari kawan yang Tutti Fruitti ada buat opening,mestilah nak pergi sebab masa grand opening kat Bukit Beruang tak pergi.Kalau pergi hari biasa confirm mahal.So,pergilah time murah.Aku pun baru first time pergi makan bendalah ni.Siapa yang minat yogurt ni mesti serbu punya.Sebab nak rasa punya pasal,aku pun pergilah Tutti Frutti Dataran Pahlawan tadi.Tak pernah makan pun,so kira first time lah makan bendalah ni.Sedap jugaklah makan first time.


January 7, 2012

IU Season Greeting 2012

Salam semua..

Setelah 2 minggu menunggu packaging dari online shopping akhirnya aku dapat jugak barang yang aku beli online.Maklumlah,first time beli barang online. Aku beli calendar 2012.Mesti macam pelikkan,semata-mata nak beli calendar,beli online. Mestilah calendar yang aku beli rare kat Malaysia ni.


Nilah yang aku beli,disebabkan suka sangat dengan artis ni,sanggup beli calendar dia.Cantik,comel.Siapa tak suka.haha.Siapa yang minat kpop kenal lah IU ni,siapa yang tak minat kalau korang tengok pon gamba dia,memang comel + cantik.


Dalam box tu ada calendar yang besar jugak, ada diary, postcard, poster and sticker.Harga,kalau aku cakap macam tak berbaloi, nak tahu tengoklah kat laman web yesasia.com.

January 2, 2012

Kpop Online Shop - Valoa Records

Salam semua..

Kepada sesiapa yang suka kumpul kpop stuff macam album atau kpop merchandise,korang bolehlah try beli dekat Valoa Records ni sebab dorang ada jual kpop stuff pada harga yang lebih murah kalau nak dibandingkan dengan international online shop macam yesasia. Mungkin sebab dalam Malaysia jugak online shopping ni beroperasi.


Korang boleh compare sendiri dengan online shop yang lain untuk harganya dan yang lagi convenience adalah untuk pembayaran dorang gunakan sistem fund transfer dan tak gunakan credit card.Senanglah untuk orang yang tak ada credit card macam aku ni,boleh je guna maybank2u atau cimbclicks.Nak tahu lebih pasal payment,bolehlah tengok dekat laman web tu sendiri.


January 1, 2012

Japan Earthquake 2012

Salam semua..

Semua orang berseronok bila tiba tahun barukan.Bukak twitter tadi ternampak ssorang kawan retweet pasal gempa bumi di Jepun,aku pun pergilah google.Rupanya memang betul ada gempa bumi 7.0 magnitude pada pagi 1 Januari 2012.

Tapi tak ada sebarang amaran tentang Tsunami,bangunan di tempat kejadian bergegar ketika gempa bumi berlaku tetapi tak ada sebarang kerosakkan.

Tsunami March 2011