March 16, 2013

That Winter, The Winds Blow Korean Drama

Salam semua..


Drama terbaru dari SBS dan telah ditayangkan di One HD setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam. Drama yang mengisahkan tentang kisah seorang wanita yang hilang penglihatan dan hidup keseorangan walaupun merupakan waris kepada syarikat yang besar.


Sementara itu, seorang kaki judi yang hidup dalam kehidupan yang tidak bermakna selepas ditinggalkan oleh ibu bapanya pada usia yang awal serta cinta pertama beliau.

Dalam usaha untuk membayar balik jumlah hutang yang besar, lelaki tersebut mendekati wanita tersebut untuk tujuan wang tetapi berakhir sehingga jatuh cinta dengan dia .


March 1, 2013

Lahad Datu, Sabah di serang

Salam semua..

Petikan dari Berita Harian
KUALA LUMPUR: Polis akan mengadakan sidang media di Lahad Datu kira-kira jam 5 petang ini berhubung operasi pasukan keselamatan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
 Sehingga kini dilaporkan dua komando polis terkorban dalam serangan mortar oleh kumpulan Filipina itu manakala dua lagi cedera.
Wartawan sudah diarahkan keluar dari lokasi kejadian atas sebab keselamatan.
 Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusof memberitahu Bernama, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sudah pun berada di Sabah
Dari minggu lepas lagi aku dengar isu Lahad Datu ni tapi tak berapa pasti pasal apa tapi apa yang aku baca dari Twitter, sekarang ni Lahad Datu telah diserang. Dan kat Twitter tengah trending #PrayForLahadDatu.