May 30, 2012

Wordless Wednesday : Favourite Food

Salam semua....


Siapa tahu ni apa?

p.s : sedap kot.

May 28, 2012

Rooftop Prince Korean Drama

Salam semua..


Drama ini mempunyai 20 episode dan ditayangkan di saluran SBS.Rating drama ni pun boleh tahan tinggi jugak. Drama ni ditayangkan di Malaysia saluran One HD, Astro 393.Drama ni tentang seorang putera yang datang pada masa hadapan untuk mencari puterinya. Putera tersebut muncul di rumah bumbung seorang gadis dan dipendekkan cerita gadis tersebut jatuh hati pada putera tersebut.


Hero drama Micky Yoo Chun sebagai Lee Gak dan Yong Tae Yong dan heroin Han Ji Min sebagai Bu Yong dan Park Ha.


Apa yang aku boleh cakap,one of the best drama so far for 2012.Jalan cerita drama ni memang best.Walaupun asyik gelak je tengok drama ni.Tapi ada part yang betul-betul emosi.Feeling lebih pulak.


1st GiveAway by Nabila Medan

Salam semua...


Tag : 1,2 dan 3

Siapa nak join sila klik, klik

Segmen:Misi Mencari Bloglist Jun

Salam semua...

Blogger yang memberi korang inspirasi untuk berblog?

May 27, 2012

SEGMEN BUDAK PENING : BLOGLIST PENING JUN 2012

Salam semua

Join segmen ni.Senang je.Kalau nak join silalah klik kat banner tu.

Perbezaan filem The Hunger Games dengan dalam buku

Salam semua...

Siapa yang dah tengok movie The Hunger Games.Siapa yang minat dengan filem yang fiction, fantasy mesti korang layang punya. Pada yang tak tahu, filem ni berdasarkan best seller trilogi The Hunger Games.Aku pernah buat entry pasal buku Hunger Games

Bagi sesiapa yang baca novel Hunger Games mesti dapat tahu perbezaan antara filem dan buku.Aku tak baca habis lagi buku tu tapi memang banyak beza. Yang paling ketara tentang Mockingjay Pin


Kalau perasan,dalam filem ada wanita tua yang bagi Mockingjay Pin ni tapi kalau dalam novel, Madge Undersee (anak datuk bandar District 12).Dalam filem tu watak Madge tidak dimasukkan.

May 25, 2012

MTV World Stage Live in Malaysia 2012

Salam semua...


Seperti yang dah dikecoh-kecohkan dalam Twitter, MTV World Stage Live in Malaysia kembali untuk tahun ini. Konsert ini akan diadakan pada 14 Julai 2012 di Sunway Lagoon. Line up artist untuk perfomance kali ni pon boleh tahan gempak jugak sebab ada 2 artis Korea. Jay Park dengan KARA.

Jay Park

KARA

May 24, 2012

Popular Bookstore Sale

Salam semua...

Buat peminat-peminat buku atau dengan bahasa lain ulat buku,boleh terjah mana-mana Popular Bookstore diseluruh Malaysia ni dari 25 May hingga 25 June 2012 kerana ada promosi untuk semua buku kecuali buku sekolah.


Wordless Wednesday : Lunch Bersama

Salam semua.



May 22, 2012

Baby Paling Comel

Salam semua...

Siapa yang tak suka baby angkat tangan?Bagi siapa yang tak suka tu,lepas korang baca entri ni mesti korang akan suka gila kat baby.




Macam mana,comel tak baby ni.Jujur aku memang tak boleh tengok baby yang comel-comel ni.Tak kisahlah perempuan ke,laki ke, janji comel.Selamat mencuci mata!!!



Segmen 24 Jam : Bloglist Miss z

Salam semua....


Okay..dah letak blog miss Z dalam bloglist sahabat siber.Siapa yang nak join boleh klik banner.Cepat 24 jam je =)

May 20, 2012

Thirstea Card, B Card for Chatime

Salam semua...

Chatime merupakan minuman yang seangkatan dengan Cool Blog,Each A Cup dan lain-lain. Chatime semenjak ni makin famous bukan kat KL tapi kat luar KL pun famous dan aku salah seorang peminat Chatime ni. Baru-baru ni Chatime dengan kerjasama B Card telah mengeluarkan kad yang diberi nama Thirstea Card dimana kad tersebut digunakan untuk mengumpul point.


May 17, 2012

Buku Bersyukur Saat Diuji oleh Muhd Kamil Ibrahim

Salam semua..


Buku ni mengisahkan tentang erti sebenar ujian buat manusia yang ditulis oleh Ustaz Muhd Kamil Ibrahim yang popular dengan buku Travelog Haji. Tergerak pulak nak baca buku ni,aku ni jenis yang tak kisah pun baca buku apa janji dapat info dalam buku tu. Buku ni memang bagus pun,nama pun buku ilmiah. Selain bercerita tentang erti ujian sebenar,ustaz ni ada selitkan terjemahan Al-Quran dan hadis.

Dalam banyak-banyak bab dalam buku tu,yang paling best rasa aku masa ustaz tu cerita tentang anak beliau yang dapat yang tak dapat A dalam UPSR tapi ustaz tu tetap bersyukur sehingga beliau buat sujud syukur.Ada ramai yang komen cakap dia marah anak dia yang tak dapat 5A tapi ustaz bersyukur walaupun anak beliau tak dapat A pun.Memang time tu kesedaran datang kejap kat aku.Aku ni bukan jenis yang alim tapi kadang-kadang tu adalah jugak kesedaran.

Salamander Guru and The Gang

Salam semua...


Bakal ditayangkan di saluran Astro One HD.Drama ini merupakan semua sitcom yang dibintangi oleh penyanyi k-pop terkenal iaitu SHINEE Minho. Sitcom ni ditayangkan di saluran SBS dan mempunyai 10 episode.Ramai artis yang membuat cameo dalam sitcom ni macam IU,Taeyon (SNSD), G.O (MBLAQ) dan lain-lain lagi.


May 16, 2012

Selamat Hari Guru,Terima Kasih Cikgu

Salam semua..

Tanggal 16 Mei setiap tahun,guru-guru di Malaysia diraikan.Tak semestinya yang bergelar cikgu je patut diraikan,tapi sesiapa sahaja yang mengajar tak kira tadika,orang yang ajar mengaji atau pensyarah.Semuanya menabur ilmu kepada orang ramai.Dan untuk pengetahuan semua, Hari Guru Sedunia ialah pada 5 Oktober.Aku pun baru tahu yang ada hari guru sedunia.Apa-apa pun SELAMAT HARI GURU.


Bukannya tak nak cerita tentang cikgu yang lain tapi yang aku masih ingat sampai sekarang cikgu-cikgu kat MRSM Pontian,tempat aku belajar semua benda sepanjang 5 tahun.Macam-macam cikgu aku jumpa dari yang paling selamba sampai paling garang.Salah sorang cikgu yang paling aku tak boleh lupa ialah cikgu sejarah,Puan Syariah merangkap penasihat Persatuan Usahawan Muda(PUM) masa tu.

Walaupun mengajar kelas aku 2 tahun tapi rasa rapat sangat dengan cikgu tu,mungkin sebab cikgu tu penasihat PUM dan ahli PUM banyak luangkan masa dengan beliau.Cikgu ni sangat caring tentang anak muridnya.Memang semua cikgu caring pasal anak murid diaorang tapi cara cikgu ni lain.Yang paling tak boleh lupa,masa tu ahli PUM kena pergi konvensyen PUM MRSM Se-Malaysia dan tak sangka kitaorang dapat masuk Top 10 syarikat terbaik.Masa tu cikgu tak dapat ikut sebab dah nak bersalin.Dipendekkan cerita masa kiteorang bertolak balik,guru pengiring bagi tahu yang cikgu selamat bersalin dan sanggup telefon kiteorang dan cakap sorang-sorang sebab nak ucap tahniah.Terharu habis aku masa tu.Tamat.

Tak nak cerita panjang,hargailah guru anda yang telah memberikan ilmu yang bermanfaat.Ingat besar pahala seorang pengajar sebab selagi kita beramal dengan ilmu yang diberikan,selagi tu lah dia akan dapat pahala.

May 15, 2012

500th Follower

Salam semua...

Sudah 500 follower blog ni.Terima kasih sesangat diucapkan kepada yang follow blog yang tak sebarapa ni.Bukanlah banyak sangat pun info dalam blog ni.Banyak pasal benda yang aku suka je or yang boleh aku share kat blogger-blogger yang lain.

Thanks kepada SaraKassim sebab sudi jadi follower ke 500 ye.

p.s : tak sangka bila check nuffnang dapat metered earning.Walaupun tak seberapa tapi first time dapat rasa teruja =)

KFC SNAX card

Salam semua..

Baru aku tahu yang KFC ada card yang boleh collect point yang dipanggil SNAX.Aku pun tak maksud nama card tu.Mungkin sempena set snack plate.Apa pun memang berbaloi untuk penggemar KFC sebab card ni untuk collect point dan boleh redeem makanan.


Cara-cara nak apply.Pergi je mana-mana KFC outlet dan bayar RM3.00. Aktifkan dalam masa 2 hari dan dapat point free. Daripada korang makan KFC selalu tapi tak collect point.Bolehlah makan sambil collect point kan.

p.s : aku pun baru tahu pasal kad ni.Saje nak kongsi. =)

May 13, 2012

5 Haiwan Paling Beracun

Salam semua...

Semua orang takutkan haiwan beracun yang boleh membawa kepada kematian.Disini ada 5 senarai haiwan yang paling beracun di dunia.

No 5
Death Stalker Scorpion


  • Antara kala jengking paling berbisa
  • Lebih kecil dari kala jengking yang lain
  • Bisanya menyebabkan rasa sakit,diikuti koma,kejang,lumpuh dan KEMATIAN
  • Tidak didapati di Malaysia





No 4
Blue Ringed Octopus

  • Sotong paling beracun
  • Racunnya dapat membunuh 26 orang dewasa.
  • Tiada penawar untuk mengubati racunnya
  • Racunnya membuatkan orang berasa mual,pandangan kabur,beberapa saat buta,hilang deria,lumpuh dan akhirnya MATI.
  • Ditemui di Lautan Pasifik
No 3
Marbled Cone Snail

  • Setitis racun boleh membunuh lebih 20 manusia
  • Tiada penawar untuk racun siput ini.
  • Boleh menyebabkan lumpuh,gagal bernafas.
  • Ditemui di perairan di India



May 12, 2012

Masakan Korea

Salam semua...

Sedang-sedang sibuk remaja sekarang heboh dengan k pop,drama Korea dan Korean Wave. Korea Selatan sendiri mengambil kesempatan ni dengan mempromosikan makanan mereka melalui drama-drama yang kita tengok macam dalam drama Princess Hour.Boys Over Flower ada kot kalau tak silap. Dan cara terbaru mereka mempromosikan makanan mereka adalah dengan menggunakan artis kpop.

Star Kitchen with U Kiss

Promosi ni adalah usahasama dengan channel KBS yang menggeluarkan dalam bentuk video di Youtube.Ada beberapa resepi yang popular di Korea yang mereka buat.Dan yang paling penting sekali mereka semua bercakap dalam bahasa Inggeris.


May 11, 2012

Blood Thirsty Prosecutor Korean Drama

Salam semua..


Dikenali sebagai Vampire Prosecutor. Drama ni menceritakan tentang seorang pendakwa vampire yang boleh mendapat petunjuk apabila dia minum darah mangsa.Macam ala-ala CSI jugak la drama i sebab tujuan mereka adalah untuk cari pembunuh tapi storyline setiap episod berbeza.

May 10, 2012

Up Follower & Tambah Kenalan

Salam semua..


Jumlah follower terkumpul 494.Asal dari Melaka =)

May 9, 2012

Wordless Wednesday : Samsung Galaxy S3

Salam semua.

 


p.s : TERINGIN .SG3.

May 8, 2012

'Awak! Jom Follow Blog Saya!'

Salam semua.


p.s : Cantik pulak GIF ni =)

Mama Korean Movie

Salam semua...


Tajuk movie ni Mama dan movie ni mengisahkan tentang 3 kisah yang berlainan tetapi mengenai ibu mereka. Movie ni ditayangkan pada tahun 2011.Dalam 3 kisah ni yang paling sedih tentang budak kecil dengan mak dia. (Gambar sebelah kiri sekali).Budak kecil tu memang pandai berlakon sebab memang sedih.