June 29, 2011

Samsung Galaxy S2 menawan...

Salam semua..

klik gambar

Samsung Galaxy S2 yang baru beberapa hari dilancarkan di Malaysia mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan peminat gadget.Dengan kejayaan Samsung Galaxy S yang terjual hampir 10 juta unit terjual,Samsung mengeluarkan smartphone Galaxy S generasi kedua yang jauh lebih canggih dengan generasi yang sebelum ini antaranya processor yang lebih laju,kamera yang lebih tinggi megapixel,Android 2.3 dan lain-lain lagi.

June 26, 2011

MTV The Show

Salam semua..

Siapa yang mengikuti channel MTV?Mesti semua perasan ada satu slot pukul 1 petang setiap Ahad ada satu rancangan nama Seoul Sunday.


Untuk pengetahuan semua,rancangan tersebut khas untuk peminat kpop dan sekarang rancangan tersebut ditukar dengan rancangan MTV The Show.MTV The Show merupakan rancangan muzik untuk channel MTV di Korea.Rancangan tersebut membawakan lagu-lagu terbaru dari negara tersebut.Rancangan muzik ini seperti KBS Music Bank,MBC Music Core cuma rancangan ini tidak mempunyai carta.

Hari : Ahad di channel MTV ( 713 Astro )
waktu : 1 petang ulangan 10 malam hari yang sama

June 25, 2011

We Got Married Eunjung Jangwoo in Malaysia

Salam semua..

Siapa sangka rancangan yang popular bukan sahaja di Korea tapi di negara-negara lain membuat penggambaran variety show tersebut di Malaysia pada 14 hingga 17 Jun 2011.Memang tak percayakan?Bagi sesiapa yang tak tahu,We Got Married merupakan variety show yang popular di Korea.Variety show tersebut berasaskan perkahwinan virtual.Selain daripada mereka ada juga pasangan yang popular seperti YongSeo Couple,Adam Couple dan Khuntoria Couple

Woojung Couple atau Campus Couple ( CC )

Nak tengok video?Klik baca lagi..

Bang , jom g jalan jalan

Salam semua..


Segmen mencari orang untuk blogwalking.Cepat tutup 10 malam ni..

Kei Seichi Official Blog: Score A Programme

Kei Seichi Official Blog: Score A Programme: "Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kali ni saya nak mempromosikan satu produk pembelajaran untuk kanak-kanak sekolah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Score A Program ialah produk pembelajaran secara online yang telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran dan digunakan oleh ramai pelajar sekolah. Program ini menyediakan soalan-soalan latih tubi untuk para pelajar buat dengan pemantauan ibu bapa. Program ini telah melahirkan ramai pelajar yang mendapat skor A bagi setiap subjek untuk setiap peringkat sekolah."



Antara ciri-ciri yang menjadikan produk ini diminati ramai ialah:
  • Akses selama 24 jam, 7 hari seminggu. Jika anda hantar anak ke tuisyen, hanya beberapa jam seminggu sahaja.
  • Boleh digunakan dimana-mana selagi ada kemudahan Internet.
  • Antaramuka (interface) yang menarik minat pelajar untuk menggunakannya.
  • Respon jawapan yang segera. Setelah selesai membuat latihan, keputusan latihan akan segera diperoleh dan anda boleh lihat prestasi segera anak-anak anda.
  • Pengawasa ibu bapa menjadi mudah dengan sistem SMS. Setelah anak-anak selesai membuat latih tubi, ibu bapa akan diberikan keputusan segera mengenai pencapaian anak-anak untuk latihan itu melalui SMS. 
  • Ibu bapa boleh melihat kemajuan anak-anak dengan sistem buku laporan online untuk ibu bapa.

Antara komponen-komponen yang terdapat dalam program ini ialah:
  • eTopic: Menyediakan latih tubi mengikut topik bagi setiap tahap. 
  • eAssesment: Menyediakan latih tubi untuk beberapa topik, Boleh juga dianggap sebagai ujian bulanan.
  • eTrial Exam: Menyediakan soalan-soalan percubaan untuk mereka yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM.
  • ePastYearExam: Menyediakan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun sebelum.
  • iTeacher: Menyediakan nota dan pengajaran yang menarik. Pelajar juga boleh bertanya kepada iTeacher seperti cikgu mereka sendiri di dalam kelas. iTeacher telah diprogramkan untuk menjawab pelbagai jenis soalan dari para pelajar.
Kalau nak tahu cara menggunakannya sila pergi ke blog Kei Seichi untuk maklumat yang lebih lanjut =]

June 24, 2011

[update] 2PM 2nd Album : Hands Up

Salam semua..


Setelah berjaya menduduki carta di tangga yang pertama diseluruh Korea seperti Dosirak,Soribada,Melon dan lain-lain..Mereka mengeluarkan pula music video untuk Hands Up.


Music video tersebut menjadi video yang paling banyak dikongsi dan paling banyak dilihat pada hari tersebut.Video ini juga menjadi trend di Youtube.Video ini dibuat di sekitar Singapura dan lagu ini merupakan lagu yang pertama bergenre pop clubbing oleh 2PM.

June 20, 2011

2PM 2nd Album : Hands Up

nSalam semua..

Setelah beberapa bulan mengeluarkan single mereka iaitu I'll Be Back,kali ini kumpulan k-pop 2PM kembali dengan album penuh kedua mereka bertajuk Hands Up.Terdapat 13 lagu dalam album ini termasuk single-single yang mereka pernah keluarkan sebelum ini.


Tracklist

01 Hands Up
02 Electricity
03 Give It To Me
04 Like in The Movie
05 Noticed
06 Hot
07 Without U
08 I'll Be Back
09 I Can't
10 Hands Up (East4A mix)
11 Electricity (220v mix)
12 Thank You
13 Don't Stop Can't Stop

June 15, 2011

Shining Inheritance : Korean Drama

Salam semua...


Shining Inheritance merupakan sebuah drama dari saluran SBS dan mempunyai 28 episod.Drama ini ditayangkan pada tahun 2009 dan rating untuk drama ni sangat memberangsangkan apabila drama ini mendapat tempat pertama dalam hampir setiap episod yang ditayangkan.

DateEpisodeNationwideSeoul
2008-04-25116.9 (3rd)17.0 (3rd)
2009-04-26219.2 (4th)19.6 (5th)
2009-05-02315.9 (3rd)15.6 (3rd)
2009-05-03421.7 (3rd)21.6 (4th)
2009-05-09521.8 (1st)23.1 (1st)
2009-05-10626.5 (2nd)27.7 (1st)
2009-05-16724.7 (2nd)25.1 (1st)
2009-05-17828.5 (1st)29.6 (1st)
2009-05-23926.8 (1st)27.4 (1st)
2009-05-241029.1 (1st)29.4 (1st)
2009-05-301128.5 (1st)28.1 (1st)
2009-05-311233.4 (1st)33.3 (1st)
2009-06-061328.5 (1st)29.2 (1st)
2009-06-071433.4 (1st)33.3 (1st)
2009-06-131530.9 (1st)30.4 (1st)
2009-06-141634.1 (1st)34.4 (1st)
2009-06-201732.9 (1st)32.7 (1st)
2009-06-211835.5 (1st)36.1 (1st)
2009-06-271933.0 (1st)33.8 (1st)
2009-06-282039.9 (1st)40.6 (1st)
2009-07-042135.6 (1st)35.7 (1st)
2009-07-052239.7 (1st)40.1 (1st)
2009-07-112338.5 (1st)37.6 (1st)
2009-07-122441.8 (1st)41.7 (1st)
2009-07-182540.1 (1st)39.9 (1st)
2009-07-192643.4 (1st)44.0 (1st)
2009-07-252744.6 (1st)45.3 (1st)
2009-07-262847.1 (1st)47.4 (1st)
Average31.9%32.1%
source : wiki-addict

Drama ini menceritakan seorang gadis yang telah jatuh ditimpa tangga.Drama ini menceritakan gadis yang bernama Go Eun Song yang kembali ke Korea setelah belajar di luar negara.Belum sempat menikmati kehidupan di Korea,dia telah diuji dengan kepergian bapanya yang mati akibat kebakaran.Kemudian dia diuji dengan ibu tirinya yang menghalau dia dan adiknya keluar dari rumah.Ditambah lagi dengan kesedihan kehilangan adiknya yang menghidap penyakit autism.Dia bangkit kembali apabila dijaga oleh seorang nenek yang telah terhutang budi dengannya.

June 12, 2011

Samsung Chromebook

Salam semua..

Setelah Google berjaya membuat fenomena dengan mengeluarkan Operating System (OS) Android yang semakin popular dalam kalangan masyarakat dunia kini.Google sekali lagi bekerjasama dengan Samsung dengan mengeluarkan Chromebook.Chromebook merupakan notebook yang mengunakan OS Google Chrome sebagai software utama.



June 11, 2011

10 laman web yang baru disekat oleh Malaysia

Salam semua..


Buat sesiapa yang tak tahu lagi tentang penyekatan 10 laman web yang membolehkan pengguna internet memuat turun video dan lagu secara tidak sah.Berikut merupakan senarai penuh laman web yang baru disekat oleh Malaysia.

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com

Memang semua pun tahukan,memang laman web ini adalah laman web yang illegal untuk download tapi majoriti orang guna alternatif ni untuk download.Sehingga malam ni,laman web diatas masih lagi dapat diakses antaranya Piratebay dan Megaupload.Kita tunggulah sehingga laman web tersebut disekat sepenuhnya di Malaysia.


BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Salam semua..


Sepatah dua kata untuk pengenalan blog ni,blog ni baru je berusia 2 tahun.Mula-mula buat blog ni untuk suka-suka tapi penhujung tahun 2010 barulah bergiat menulis.Kalau perasan blog ni banyak hiburan Korea.Memang kebanyakkan entri tentang hiburan atau apa saja tentang Korea,tapi ada jugak kadang-kadang entri tentang teknologi dan perkara-perkara lain.Tu jelah tentang blog ni.Rasa-rasa berminat nak dapat kawan tentang hiburan Korea atau teknologi bolehlah follow. =]

June 10, 2011

Susan Boyle South Korea, Sung Bong Choi

Salam semua..

Sung Bong Choi,22 tahun mendapat jolokan Susan Boyle Korea apabila dia muncul dan mengadakan persembahan di Korea's Got Talent di TvN dan telah menarik perhatian diseluruh dunia dengan suaranya yang unik.Dia mendapat jolokan Susan Boyle kerana videonya di Youtube menjadi video yang paling ramai dikongsi dan sehingga kini viewer video tersebut telah mencecah 3.9 million [sehingga entri ini ditulis].Video ini menjadi trending sehingga masuk ke dalam blog Youtube Trends.

Yang membuatkan video ini menjadi fenomena adalah latar belakang Sung Bong Choi yang lari dari rumah anak yatim kerana dipukul dan hidup bersendirian sejak umur 5 tahun lagi.Ketika dia menyanyi di atas pentas,para juri dan para penonton mengalirkan air mata.


June 9, 2011

City Hunter : Korean Drama

Salam semua...


Drama ini diadaptasi dari sebuah manga yang popular dari negara Jepun.Drama ini mempunyai 20 episode dan mula ditayangkan di SBS pada 25 Mei dan mendapat perhatian ramai.Hero drama ini adalah Lee Min Ho yang pernah berlakon dalam Boys Over Flower dan heroinnya pula berlakon dalam drama Sungkyunkwan Scandal.Goo Hara merupakan penyanyi kumpulan Kara debut sebagai seorang pelakon didalam drama ini sebagai anak presiden.

Drama ini mengisahkan tentang City Hunter iaitu Lee Yoon Sung yang bekerja di Rumah Biru dan mempunyai hasrat untuk membalas dendam akibat kematian ayahnya.Kim Nana lakonan Park Min Young merupakan seorang altit judo dan juga bekerja sebagai pengawal President Korea.Syarat yang diberi oleh kawan baik ayah Lee Yoon Sung adalah jangan jatuh hati dengan sesiapa kerana orang yang kesayangannya akan berada dalam keadaan bahaya.

June 5, 2011

BEAST Fan Meeting Tour in Malaysia

Salam semua...


Kumpulan terkenal k-pop iaitu BEAST akan datang ke Malaysia pada bulan 7 ini di Sunway Lagoon.Fan Meeting ni adalah bersempena dengan album mereka yang terbaru iaitu "Fiction and Fact".Beast dianggotai oleh 6 orang ahli iaitu Doo Joon sebagai ketua kumpulan,Yoseob sebagai lead vocal,Kikwang sebagai main dancer,Junhyung sebagai lead rapper,Dongwoon dan Hyunseung.

Beast pernah datang ke Malaysia sebelum ini tapi hanya menajayakan konsert Digi Live K-pop bersama dengan artis dibawah naungan Cube Entertainment.Mereka dijangka mengadakan pertemuan bersama peminat pada 1 Julai 2011 di Sunway Lagoon.Tiket bermula dari serendah RM188 sehingga RM 388.

June 4, 2011

Top 20 Korean Idols in Terms of Income

Salam semua..

Baru-baru ni,Mnet Idol Chart Show ada mengeluarkan carta untuk artis yang berpendapatan tinggi.Dan tempat pertama jatuh kepada G-Dragon dari kumpulan Big Bang.

1. G-Dragon (Big Bang)

2. Lee Seung Gi

3. IU



4. Jang Geun Suk

5. Kim Hyun Joong (SS501)

June 3, 2011

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO

Salam semua...


SAYA SUKA BLOG saya sendiri kerana saya boleh kenal ramai blogger-blogger dari blog saya sendiri..

June 1, 2011

Baby Faced Beauty : Korean Drama

Salam semua..



Jang Nara kembali dalam arena drama korea.Dia pernah popular dengan drama Successful of Bright Girl yang pernah ditayangkan di TV3.Drama Babyfaced Beauty mula bersiaran di Korea pada awal bulan Mei di saluran KBS dan mula ditayangkan di KBS World pada pertengahan bulan Mei.Purata rating untuk drama ni dalam tempat ke 6.

Drama ini menceritakan tentang Lee So Young,wanita berumur 34 tahun yang mempunyai baby face dan bercita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen.Dalam masa yang sama dia perlu menyara keluarganya yang banyak berhutang.Konflik drama ni bermula apabila dia bekerja di sebuah syarikat fesyen menggunakan identiti adiknya yang berumur 25 tahun iaitu 9 tahun lagi muda dari dia disebabkan dia mempunyai muka yang muda.

Jang Nara sebagai Lee So Young