February 27, 2010

Ranting Cinta

Perbualan Plato dan gurunya Socrates.
Plato bertanyakan makna cinta dan Socrates pun menjawab:
"masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik.Tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.
Pada saat engkau sudah memutuskan pilihanmu,keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluar tanpa membawa sebatang ranting.
"Saya sebenarnya sudah berjumpa dengan ranting yang bagus tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yg lebih baik.
Tetapi setelah berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik.Maka saya keluar tanpa membawa apa-apa
Socrates pun berkata
"itulah cinta'

Mula-mula baca ayat ni tak berapa nak faham maksudnya.Tapi bila dah habis baca novelnya,baru faham apa yang dimaksudkan dengan ranting.Ranting tersebut adalah pasangan dalam hidup kita.Bila kita menjumpai seseorang yang kita rasakan terbaik untuk diri kita,jangan sesekali kita cuba untuk meninggalkannya.Kelak kita akan menyesal kerana meninggalkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita.

Memang best jalan cerita novel Ranting Cinta Si Plato.Sarat dengan fakta, berunsur islamik dan macam-macam lagi.

p/s : u should get it now.

February 26, 2010

wrong shift (n_n)

Seperti biasa waktu off aku pada hari Selasa dan Jumaat.Sebelum balik kerja pada hari Isnin,aku melihat jadual waktu sekali imbas dan terlihat perkataan A yang membawa makna AFTERNOON.
Dengan yakin dan tanpa was-was,pada hari Rabu aku pun pergi ke tempat kerja pada pukul 12.30 tengahari.Tiba di kaunter MPH bookstore,rakan sekerja bertanya
"Syuk,bukan kau kerja pagi ke?"
"Petanglah"jawab aku dengan yakin.
Aku terus pergi ke office dan supervisor pun menegur aku,
"Syukri,awak punya shift pagi.Awak dah salah masuk shift"
Dengan perasaan tak percaya,aku masuk ke bilik bos dan terus melihat jadual waktu.Dan memang betul,sepatutnya aku masuk shift pagi.Aku pun keluar dalam bilik tersebut dan terus melakukan kerja.Dan secara kebetulan.salah seorang rakan aku yang bekerja shift petang tidak dapat datang dan aku perlu menggantikan tempatnya sebagai cashier.
Semesa mengira float,aku pun berkata sambil tersenyum dengan supervisor tersebut "Ada hikmah saya salah shift."Sepervisor hanya tersenyum.


Satu lagi cerita tentang seorang customer berbangsa Cina.Customer tersebut memang seorang yang berada dan mempunyai tittle di depan.Dia membeli lebih kurang 40 buah buku dan harga buku-buku tersebut ada yang mencecah RM 200 untuk sebuah buku.Aku menjadi cashier pada hari dia hendak mengambil buku dan bila melihat cara customer tersebut membuatkan aku tersenyum.Dia seorang yang peramah ketika bercakap dengan staff MPH,kelakar dan walaupun dia kaya,dia bukan seorang yang berlagak.Sempat juga berbual-bual dengan customer ketika dia hendak membayar buku tersebut.Memang baik.

p/s : dah mule bergiat menulis semule.haha =p

February 23, 2010

All about MELAKA buds!!

Tanggal 9 Februari 2010.Pelajar-pelajar MRSM Pontian yang berasal dari Melaka berkumpul di Mahkota Parade.[ayat gempak].Tak semua pun dak-dak Melaka ada and tak semua budak Melaka.Adalah dalam 10 org hari tu yang turun.Yang lain ada pergi PLKN,kerja dll.Sebenarnya nak pergi Jusco Bandaraya Melaka,tapi disebabkan mereka-mereka yang suka putar belit,sekali kat MP.Tapi sebelum pergi MP.Jalan dulu dgn Izzah,Sal & Mira kat Jusco.Ada diantara mereka nak cari stoking.Lepas tu,pergi lah MP.Memang best sebab jumpa kawan kan.Banyak benda yang diceritakan.Sampai saja MP,terus naik foodcourt and tengok dak-dak tu tengah tangkap gambar.Kami yang baru sampai pun join.Time tu ada Faisal dengan Iman,tapi lepas tu mereka ada hal lain.Yang selebihnya berjalan[jln ngan shima time tu & dyeorg nak kne kan lak] dan akhirnya tengok movie [Haunted University] 18 tahun keatas[belum lagi sebenarnye].Duduk sebelah Taqiah,ada lah beberapa kali dia menjerit.[hehe].Mula-mula seram cerita tu tapi last-last dah tak best.Kami siap gelak-gelak lagi.Walaupun bosan tapi kami enjoy[rasenye].Dah habis tengok movie,kami pergi ke pusat hiburan,berjumpa dengan Faisal.Sebelum tu,kami borong aiskrim kat McD,siap duruh abg tu ambilkan gambar.Gha pulak nak keluarkan duit,berapa mesin entah dia try hari tu.Dekat pusat hiburam,ada yang main motor.Izzah belanja 1 token and kami pun main kereta.Dapat num. 1.Lepas tu,Faisal pulak belanja.seronok main ramai-ramai tapi tetiba Dila pulak main sorang[pelik btol].Lepas tu,kami pun ambik 1 lagi snap kat Secret Recipe sebagai tanda kenangan.
Hari tu pulak Bday Zack.Sebab tu la pergi Secret Recepi,tapi dia yang beli lah =p


sebelum pulang =]

JPJ Test

cSelama 3 bulan lebih menjalani kelas memandu.Akhirnya tanggal 17 Februari terbayar juga dengan lesen P yang diperolehi.Sepatutnya boleh dapat lebih awal lesen tersebut.Tapi disebabkan terikat dengan jadual kerja,terpaksa ditangguhkan dahulu hingga bulan 2.Daripada kursus hinggalah ujian JPJ,banyak benda yang dipelajari mengenai pemanduan kereta.Kenangan pun ada,ketika belajar memandu selama 8 jam.Pelbagai cikgu yang dapat ditemui.Ada yang memahami,cepat marah,baik,sporting,kelakar.Paling aku suka dengan cikgu yang mengajar untuk kali pertama dan terakhir.Kedua-dua cikgu tersebut memahami.Setelah selesai belajar memandu,tiba giliran untuk Pra test,disebabkan menjadi orang pertama yang di uji,aku gagal untuk membuat balancing dengan baik.Aku pun keluar dari kereta dan menunggu sehingga pelajar lain habis.Atas budi bicara cikgu yang menjadi penguji,aku diberi peluang sekali lagi untuk mencuba membuat Pra test tanpa membuat bayaran.Dan kali kedua aku berjaya dengan jayanya.Tiba ujian dijalan raya,dipendekkan cerita aku pun lepas untuk ujian tersebut.
Dalam masa 2 minggu aku akan diuji oleh JPJ.Mendengar cerita daripada rakanku yang gagal ketika ujian JPJ,terasa cuak pula untuk ujian tersebut kerana mereka tersangkut di bahagian 3 penjuru.Sungguh strict JPJ.
Tiba pada hari ujian,pelajar pergi ke tempat ujian JPJ.Pagi itu hujan turun dengan lebat tapi dengan kuasa Allah,hujan tersebut berhenti dan kami pergi ke tempat ujian.Seperti biasa,seorang demi seorang membuat ujian bahagian kedua.Dan sekali lagi pelajar pertama gagal melepasi bukit.Mungkin disebabkan perasaan nervous menjadi orang pertama kerana pelajar tersebut membuat balancing dengan baik ketika Pra test.Giliran pada hari itu adalah nombor 22.Ketika dipanggil nombor 22,aku berjalan menuju ke kereta.Mulut kumat-kamit membaca apa yang patut.Kaki kiri di clutch,kaki kanan diminyak dan aku terus naik ke bukit selepas mengangkat handbrake.Akibat terlalu laju,kereta terlajak ke depan.Anggota JPJ menyuruh aku kebelakang untuk melakukan semula.Aku melakukan seperti biasa,dan untuk kali kedua,aku berjaya berada di dalam kotak kuning.Memang sangat cuak,takut-takut minyak tak cukup untuk ke depan.Balancing dibuat dan ketika kereta rasa terangkat,aku terus mengangkat handbrake menuju ke side parking.Selesai di side parking terus ke 3 penjuru dan ketika hendak membuat olah gerak yang terakhir,enjin kereta tersebut mati disebab terlalu memikirkan tentang rakan yang gagal di 3 penjuru.Tapi,aku hanya menghidupkan semula enjin dan keluar dari petak tersebut.Sebelum membuat bahagian 3,sempat melihat keputusan bahagian 2.Syukur Alhamdulillah.Lepas juga bisik di dalam hati.Dipendekkan cerita lagi,aku dapat JPJ yang strict untuk ujian bahagian 3 kerana sebelum giliran aku,pelajar yang naik kereta anggota JPJ tu belum sempat keluar dari pusat memandu sudah gagal.Memang sangat cuak tapi dengan selamba aku masuk ke dalam kereta dan terus membuat apa yang perlu.Semuanya okay ketika di jalan raya tapi ketika lampu isyarat yang terakhir,aku lupa untuk memasukkan gear, lalu anggota JPJ tu tegur "Mane ko nak pergi,gear tak masuk" katanya dengan selamba.Aku pun memasukkan gear 1 dan jalan pulang ke pusat memandu dan akhirnya LULUS.

Keesokkan harinya,aku terus pergi ke JPJ untuk membuat lesen P =]

p/s : cerite dgn detail coz ade org nak tau. =] [kepade org tu,bace btol2] =p

1 bulan

Rasa lama sungguh tak menulis blog.Hampir sebulan rasanya.Macam-macam perkara yg tak dapat dicoretkan di blog.Maklumlah,sibuk dengan perkara lain.Hanya sempat membaca blog rakan-rakan lain.Memang banyak yg nak ditulis.Mulakan dengan pekerjaan.Sudah hampir 2 bulan bekerja di kedai buku tersebut.Banyak perkara yang dipelajari disana.Semuanya tentang bukulah yang pasti.Gaji pertama pun sudah dapat.[bukan gaji pertama,gaji pertama time PUM dulu].Dan pelbagai ragam customer yg perlu dilayan.Maklumlah,position disana Customer Service Asst.Ramai jugak rakan-rakan sekolah rendah yang aku jumpa.Selalunya mereka yang menegur aku,bukannya tak nak tegur,takut salah org pulak nanti. =] Sekolah menengah pun ada jugak.Dah blurr nak tulis.Kekok pun ada.Itu saja untuk entry kali ni


p/s : sebenarnye nak letak gamba..tapi dah hilang la[mati kne marah dgn boss]