February 28, 2014

Girls Generation Mr Mr Music Video

Salam semua...


Girls Generation sudah mengeluarkan music video terbaru mereka iaitu Mr. Mr. pada malam ini. Album tersebut telah pun keluar dan mendapat tempat pertama dalam carta muzik di Korea mahupun di iTunes luar negara.


Teaser solo untuk lagu terbaru mereka Mr Mr. Lagu Mr Mr juga mendapat gelaran "all kill" disebabkan lagu tersebut mendapat tempat pertama di semua carta muzik di Korea.



February 27, 2014

Shila Amazah I Am a Singer

Salam semua...


Masih belum terlambat untuk aku post entri pasal Shila Amzah ni. Untuk yang masih tak tahu lagi, Shila Amzah sekarang masuk pertandingan I am a Singer di China. Pertandingan tersebut merupakan pertandingan antara artis. Shila Amzah baru saja masuk pertandingan tersebut minggu lepas dan mendapat tempat kedua.

Pertandingan  I Am a Singer merupakan pertandingan dari Korea Selatan yang juga membawakan konsep yang sama.Shila Amzah membawakan lagu mandarin yang bertajuk Xiang Ni De Ye dan berjaya memukau penonton di dalam dewan tersebut dengan vokalnya.

February 26, 2014

Mayat berkafan ditepi jalan

Salam semua...


Cuba bayangkan tengah-tengah berjalan tiba-tiba ternampak mayat yang sudah dikafankan ditepi jalan. Mesti semua orang gelabah tengok. Perkara yang sama terjadi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.
"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baharu mati," katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di situ.
Lagi gambar

February 23, 2014

Samsung Galaxy S5

Salam semua...

UPDATED...

Samsung S5 telah dilancarkan dan didatangkan dengan 4 warna electric blue, shimmery white, charcoal blakc dan copper gold . Samsung Galaxy S5 menggunakan pemprosesan Snapdragon 801Quadcore 2.5GHz dengan 2GB RAM dan mempunyai skrin sebesar 5.1 inci dengan Full HD Super Amoled. Untuk kamera pula Galaxy S5 didatangkan dengan kamera 16 MP dengan sokongan rakaman 4K.


Galaxy S5 akan mula dijual pada April 2014 dan Malaysia juga mungkin menjadi negara yang terawal untuk menjual S5 seperti S4 sebelum ini. Aku rasa macam biasa je handphone ni cuba nampak macam cantik tapi still plastik casing Galaxy S5. Mungkin Samsung ada upgrade untuk meletakkan sensor jari dan nadi walaupun fungsi tersebut dah ada dekat telefon yang lain.


Samsung mengadakan acara Unpacked 5. Dalam acara tersebut mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Samsung S5 pada 25 Februari 2013 (waktu Malaysia).

Banyak ura-ura mengatakan yang Samsung S5 akan mempunyai ciri-ciri kalis air dan teaser untuk Samsung S5 disertakan dengan perkataan Wet5.

February 20, 2014

Facebook mengambil alih Whatsapp

Salam semua...

Facebook mengejutkan dunia teknologi pada hari Rabu ketika ia mengumumkan untuk membeli WhatsAapp pada harga 16 bilion USD. Persetujuan itu merupakan salah satu daripada pengambilalihan terbesar dalam sejarah dunia teknologi kerana Facebook membeli Whatsapp hampir dua kali ganda Microsoft membeli Skype pada tahun 2011, dan lebih lima kali ganda Lenovo membayar Google untuk Motorola.

Pengguna Whatsapp meningkat dalam tempoh 4 tahun

February 19, 2014

5 Rahsia untuk Mempertingkat Kandungan dalam Blog

Salam semua...

Sesuatu blog tersebut berjaya apabila mendapat penglibatan dari orang ramai seperti jumlah trafik yang tinggi tidak kira sama ada blog untuk sesuatu syarikat ataupun blog sekadar memenuhi minat. Kita mungkin memerhatikan salah satu entri dari blog kita mendapat trafik yang tinggi dan mungkin juga ada yang hanya mendapat beberapa pengunjung.

Terdapat 5 cara untuk mempertingkatkan dan menyeimbangkan kandungan dalam blog. Tips ini diambil dari laman web Mashable. Secara kasar kandungan dalam blog kita boleh dibahagikan kepada 5 dan mereka menggunakan makanan sebagai contoh kandungan.


  • Gandum dan bijirin
    • berkongsi dengan pembaca tentang dengan menggunakan entri 3rd party.
  • Sayuran
    • berkongsi sesuatu yang ilmiah walaupun susah untuk buat entri tersebut tetapi berguna untuk blog kita
  • Daging
    • berkongsi sesuatu dari pandangan kita seperti ulasan novel, drama. Ini mungkin membuatkan pembaca untuk mengikuti blog kita
  • Pencuci mulut
    • Berkongsi sesuatu yang mudah difahami seperti gambar ataupun video yang kelakar
  • Perasa
    • Menggunakan kenyataan yang berani dari pandangan kita.
Nak lebih details, boleh tengok gambar ni. Semoga kita dapat meningkatkan prestasi blog :)


February 18, 2014

3 Days Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : 3 Days
Genre : Melodrama, Thriller
Episod : 16
Saluran : One
Masa : Rabu & Khamis ( akan datang)

Sebuah drama tentang kes yang berlaku dalam masa tiga hari antara ejen-ejen perkhidmatan rahsia di Rumah Biru. Kejadian bermula ketika Presiden Korea Selatan bergerak ke sebuah vila untuk menikmati percutian beliau. Selepas tiga tembakan dilepaskan, presiden tersebut hilang. Pengawal peribadi Han Tae Kyung (Park Yoo Chun) cuba untuk mencari Presiden.



February 17, 2014

Novel Terbaru Fixi : Suspek dan Kacau

Salam semua...

Baru-baru ni Fixi mengumumkan 2 novel terbaru mereka iaitu Suspek dan Kacau. Buku tersebut boleh mula dibeli di laman web Fixi.






Tajuk : Kacau
Penulis : Ariff Adly
Mukasurat : 328
Harga : RM19.90








“Syira? Syira! Ajim, mana Syira?!” teriak aku.
“Dia ada sebelah aku tadi, tapi lepas blackout tu aku…” Al terhenti. Matanya memandang ke atas. “Oh my god!! Sana!” Al menunjuk ke arah Syira yang sedang bergayut pada lampu chandelier, masih cuba memanjat.
“Someone do something! Bawak dia turun! Fiq! Jimie!” Al yang biasanya tenang dalam semua perkara semakin hilang identitinya.
Fiq berlari ke arah Syira dan menariknya dari bawah.
“Hahahahahahahahahahaha!” Syira mengilai melihat Fiq yang terkial-kial menarik kakinya. Aku turut cuba menghulurkan bantuan, tetapi usaha yang dilakukan seperti tidak memberi apa-apa impak.
 “Fiq, on three. Kita rentap sama-sama!” cadang aku.
“Okay!”
 “One, two… three!”

February 10, 2014

Flappy Bird dikeluarkan dari Apps Store dan Android Market

Salam semua...


Untuk pengetahuan semua, game popular iaitu Flappy Bird telah dikeluarkan oleh developer game tersebut dari Apps Store dan Android Market.

Developer game tersebut yang berasal dari Vietnam membuat keputusan memgeluarkan game tersebut setelah game tersebut dikritik oleh orang ramai.

I can call 'Flappy Bird' is a success of mine. But it also ruins my simple life. So now I hate it. - Dong Nguyen 
 Press people are overrating the success of my games. It is something I never want. Please give me peace. - Dong Nguyen