Salam semua..
Disebabkan aku ni sedang berkerja part time kat kedai buku. Mestilah selalu update pasal buku. Aku ada terbaca satu buku ni.Buku tu lebih kurang macam Hunger Games sebab storyline buku tu fantasi. Ni tajuk bukunya Divergent.
Sinopsis ni tentang seorang remaja perempuan yang perlu memilih kehidupan dia selepas umur 16 tahun.Ada 5 pilihan yang dia boleh buat.
Secara am nya, ada 5 kumpulan iaitu Abnegation (tidak mementingkan diri sendiri), Erudite(terpelajar), Dauntless (Berani), Amity (aman) dan Candor (Jujur). Ceritanya macam ni,ada sebuah tempat ni diasingkan penduduknya mengikut ciri-ciri yang ada dalam diri masing-masing. Dan cara mereka hidup pun berdasarkan ciri-ciri mereka dan bagi setiap kumpulan pakaian mereka juga mengikut kumpulan.
Macam Dauntless(Berani) pakaian dorang hitam.
Kalau Abnegation(tidak mementingkan diri sendiri) warna kelabu.