March 31, 2014

Gambar Bayi Comel Dengan Pakaian Formal

Salam semua..

Seorang blogger dari Amerika Syarikat, Mommy Shorts telah mengadakan segmen yang bertajuk #babysuiting. Peraturan sangat mudah, mereka hanya perlu bayi mereka memakai pakaian formal. Jom kita tengok bayi-bayi yang comel dengan pakaian formal mereka.

1.

2.

3.

4.

March 29, 2014

Shila Amzah Semifinal I Am a Singer

Salam semua...

Pada minggu ini Shila menanyikan lagu Cina yang bertajuk Yang Cong. Shila membawakan lagu tersebut dengan baik tetapi gagal menarik undian menonton pada minggu ini.


Shila hanya berjaya mendapat tempat ke 6 pada minggu tetapi Shila tetap layak merneruskan pertandingan ke peringkat akhir I Am a Singer. Semoga Shila berjaya mendapat tempat yang lebih baik untuk pertandingan akhir nanti.

March 28, 2014

Persembahan Shila Amzah di QQ Music Award

Salam semua...


QQ Music Award merupakan salah satu anugerah yang popular di China. Shila Amzah merupakan salah satu artis popular yang membuat persembahan di QQ Music Award. Antaran penyanyi popular yang lain turut membuat persembahan ialah penyanyi Rain.


Shila menyanyikan lagu yang sama semasa dalam pertandingan I Am a Singer dan berjaya memukau penonton yang hadir dengan vokalnya. Shila juga turut membuat persembahan pembukaan di anugerah ini dengan artis -artis popular dari China


March 27, 2014

10 Akaun Twitter Paling Popular

Salam semua...

Twitter merupakan salah satu sistem rangkaian sosial (SNS) yang popular selain dari Facebook. Twitter juga merupakan salah satu medium yang baru untuk mengetahui isu semasa. Berikut merupakan 10 akaun yang paling popular di Twitter.


March 24, 2014

MH370 Disahkan Terhempas

Salam semua...


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah mengadakan sidang akhbar pada 10.00 malam tadi dan mengesahkan bahawa kapal terbang MH370 terhempas di Lautan Hindi.

Sidang akhbar PM Najib
I was briefed by representatives from UK's AAIB that INMARSAT the satellite company performed further analysis. INMARSAT and AAIB concluded MH370 last position was in the middle of the Indian Ocean west of Perth. A remote location far from any possible landing site. With deep sadness that I must inform you with this new data, MH370 ended in the Southern Indian Ocean. MAS has informed the families. I urged the media to respect the (families') privacy and allow them the space they need at this very difficult time.

Divergent Movie Review

Salam semua..


Tajuk : Divergent
Genre : Sci-Fi, Aksi
Durasi : 139 minit
Rating : 4.5 bintang

Dalam dunia yang dibahagikan dengan puak berdasarkan sifat dalam diri sendiri, Tris mendapat tahu dia berbeza dari yang lain apabila keputusannya ialah Divergent. Divergent merupakan orang yang mempunyai lebih dari satu sifat yang ada dalam diri mereka. Divergent menjadi ancaman kepada kerajaan tersebut. Apabila dia mendapati sebuah pakatan untuk memusnahkan Divergent. Tris dan Four mesti menyelamatkan diri mereka dari tertangkap oleh pakatan tersebut.

March 23, 2014

Big Bad Box Sale

Salam semua...


Big Bad Wolf sekali lagi mengadakan pesta buku di Mines International Exhibition Centre (MIECC) tetapi kali ini dengan sedikit kelainan. Seperti yang semua sedia maklum, Big Bad Wolf merupakan pesta buku dimana mereka menjual semua buku dengan diskaun sehingga 95%.

Tetapi kali ini Big Bad Wolf membuat kelainan dengan Big Bad Box Sale. Para pelanggan hanya perlu membeli kotak sahaja dan semua buku adalah percuma. Mereka perlu memenuhkan kotak tersebut dengan buku-buku yang mereka pilih dengan syarat kotak tersebut boleh ditutup dengan rapat. Terdapat 2 pilihan kotak. Kotak yang bersaiz kecil berharga RM79.90 dan kotak besar berharga RM99.90

March 21, 2014

Shila Amzah di I Am a Singer dengan Rolling In The Deep

Salam semua...



Shila menduduki tempat pertama minggu ini. Shila Amzah mebuat persembahan dengan lagu Rolling In The Deep nyanyian asal oleh Adele. Seperti sebelum ini persembahan Shila tidak mengecewakan. Persembahan tersebut telah berjaya memukau penonton. Shila mebawakan lagu tersebut dengan gayanya tersendiri.





 Versi Youtube yang lebih pendek dari Facebook.

March 20, 2014

Keputusan SPM 2013 MRSM

Salam semua...

Keputusan SPM telah pun keluar pada pagi ini iaitu 20 Mac 2014. Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang dalam keputusan SPM anda semua. Berikut merupakan senarai kedudukan keputusan SPM 2013 untuk MRSM.

1) MRSM Tun Ghaffar Baba (TGB)
2) MRSM Taiping
3) MRSM Pengkalan Chepa (PC)
4) MRSM Tun Dr Ismail (TDI) sebelum ini Pontian
5) MRSM Kota Kinabalu (KoKi)
6) MRSM Pasir Salak
7) MRSM Kuala Klawang
8) MRSM Langkawi
9) MRSM Kuantan
10) MRSM Kuala Kubu Baru (KKB)
11) MRSM Kepala Batas
12) MRSM Serting
13) MRSM Mukah
14) MRSM Pengkalan Hulu
15) MRSM Tun Mustafa
16) MRSM Pendang
17) MRSM PDRM Kulim
18) MRSM Parit
19) MRSM Kuala Berang
20 ) MRSM Johor Bahru

Untuk senarai penuh kedudukan MRSM Se-Malaysia sila tengok digambar ini.

Putrajaya International Book Fair 2014

Salam semua...


MPH menganjurkan sebuah pesta buku antarabangsa yang bermula pada 19 Mac hingga 23 Mac 2014 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dari 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Banyak acara menarik yang diadakan sepanjang pesta buku tersebut berlangsung.


Antara program yang menarik ialah sesi bertemu dengan penulis New York Bestseller iaitu Lauren Oliver yang popular dengan buku triloginya iaitu Delirium dan buku terbarunya iaitu Panic. Selain dari itu, terdapat juga sesi sembang santai bersama penulis-penulis Lejen Press iaitu Nami Cob Nobbler, Wan Shafiq, Naufal Tarmizi dan Syafie Mahyani.

March 19, 2014

Gempa Bumi Semasa Berita Siaran Langsung

Salam semua...


Pembaca berita dari siaran televisyen KTLA yang berpusat di Los Angeles, Amerika Syarikat bersembunyi dibawah meja selepas merasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Los Angeles ketika sedang bersiaran langsung. Video yang menunjukkan 2 pembaca berita dalam keadaan panik ketika gempa bumi itu berlaku menjadi viral di laman Youtube apabila video tersebut mendapat tontonan sebanyak 9 juta.


March 18, 2014

Birth Secret Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Birth Secret
Genre : Melodrama, Romantik, Komedi
Episode : 18
Saluran : One HD
Waktu : Isnin - Khamis 7.40 malam

Jung Hyun Yi (Sung Yu Ri) hilang ingatan terhadap suaminya, Hong Gyung Doo (Yoon Joo Sang) dan anak perempuan mereka, Hae Deum (Kal Jadi Won) disebabkan amnesia. Dia tidak dapat mengingati peristiwa-peristiwa dari usia 17 hingga 27. Drama ini akan menceritakan tentang bagaimana dia memulihkan ingatannya, dan juga jatuh cinta sekali lagi.


March 17, 2014

Samsung Galaxy S5 di Malaysia

Salam semua...

Seletah di lancarkan kepada semua pada bulan Februari yang lalu, akhirnya Samsung Galaxy S5 bakal dilancarkan secara rasminya pada 27 Mac ini dan mula dijual bermula April ini.


March 16, 2014

Shila Amzah No 3 di I Am a Singer

Salam semua...


Shila Amzah menyanyikan lagu penyanyi terkenal iaitu Forever Love oleh Wang Lee Hom.
Pada minggu ini, Shila Amzah telah mendapat tempat ketiga sekali lagi dan keputusan tersebut melayakkan Shila meneruskan pertandingan dan masuk ke pusingan separuh akhir pada 28 Mac ini.


Seperti minggu minggu yang lepas, Shila berjaya memukau penonoton dengan persembahannya. Penyanyi Wang Lee Hom turut berkongsi video nyanyian Shila pada minggu ini di dalam laman Facebooknya.

March 13, 2014

Lagu Bertajuk #Selfie Popular

Salam semua...

Lagu #Selfie telah dihasilkan oleh The Chainsmoker dan di muatnaik di Youtube pada 29 Januari 2014 dan telah mendapat tontonan sebanyak 10 juta. Lagu tersebut menjadi viral apabila mendapat tempat ke 6 di carta iTunes US dan tempat ke 8 dalam carta Spotify.

)

Untuk yang tidak tahu, perkataan selfie telah pun di masukkan ke dalam kamus Oxford pada tahun lepas. Selfie memberi makna mengambil gambar yang diri sendiri, dan dimuat naik ke laman web media sosial. Perkataan lain bagi selfie ialah selca iaitu self camera dan juga memberi maksud yang sama.


March 11, 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


Salam semua....

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Segmen oleh Zamani Abe yang akan memberikan Power Bank kepada blogger yang bertuah. Jom ramai-ramai join segmen ni, manalah tahu untung badan dapat satu power bank percuma dari Zamani Abe.

Masih tiada tarikh tutup, mungkin sekejap je jadi buatlah entri yang mudah ini.

Kepentingan SEO Untuk Blog

Salam semua...


SEO ialah search engine optimization dan merupakan salah satu proses untuk sesebuah blog mendapatkan trafik dari enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing. Bila seseorang yang mencari sesuatu dari enjin carian dan hasil carian tersebut akan ditunjukkan berdasarkan jawapan yang relevan. Ada 3 perkara yang perlu diberi penekanan bila ingin mendapatkan trafik dari enjin carian.

Yang pertama ialah perkataan.
 - Enjin carian sangat menitikberatkan perkataan yang digunakan di dalam sesebuah laman web. Penulis blog digalakkan untuk menggunakan bahasa formal bagi memudahkan sesuatu blog mendapat trafik dari enjin carian

Yang kedua ialah tajuk.

Tajuk amat penting untuk sesebuah artikel kerana ia merupakan ringkasan kepada artikel tersebut dan enjin carian amat mementingkan tajuk sesuatu artikel. Cuba untuk menggunakan tajuk yang boleh membantu untuk mendapatkan trafik dari enjin carian.

March 8, 2014

Shila Amzah Dapat No 3 I Am a Singer

Salam semua...


Untuk minggu ketiga, Shila Amzah membawakan lagu yang memerlukan vokal yang mantap iaitu lagu Listen oleh Beyonce. Pada minggu lepas Shila membawakan lagu Mandarin dan berjaya mendapat tempat keempat. Lagu Listen ini memang menguji vokal seorang penyanyi.



Kapal terbang MAS MH370 Hilang

Salam semua..


Usaha mencari kapal terbang MH370 sedang giat dijalankan. Beberapa negara lain turut menghulurkan bantuan dalam usaha mencari pesawat tersebut. Walaupun media dari luar negara mengesahkan kapal terbang tersebut terhempas, tetapi pihak MAS masih belum mengeluarkan seberang kenyataan rasmi lagi. Sama-sama kita mendoakan untuk semua orang yang berada dalam kapal terbang tersebut selamat.

TERKINI, berikut merupakan nama-nama penumpang yang berada di dalam kapal terbang MH370.

 1. China – 152 dan 1 bayi
2. Malaysia - 38
3. Indonesia - 12
4. Australia - 7
5. France - 3
6. United States of America – 3 dan 1 bayi
7. New Zealand - 2
8. Ukraine - 2
9. Canada - 2
10. Russia - 1
11. Italy - 1
12. Taiwan - 1
13. Netherlands - 1
14. Austria - 1

Pihak tentera laut Vietnam mengesahkan bahawa MH370 telah terhempas di laut tetapi pihak Malaysia Airlines (MAS) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi lagi.

Sebuah pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dari radar. Sama-sama kita doakan agar semua orang yang berada dalam kapal terbang tersebut selamat dari bahaya.

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

March 7, 2014

Bayi dilahirkan Dengan Sebelah Jantung


Aku ternampak gamba Camilo masa tengok feed Twitter, bila tengok gambar tu aku terus Google dan akhirnya jumpa Facebook page Camilo. Secara amnya, Camilo menhidap penyakit Hypoplastic Left Heart Syndrome (HLHS) atau lebih dikenali sebagai "half of heart". Maknanya jantung kiri Camilo tidak sempurna sepenuhnya.

Pasangan kepada Camilo iaitu Michael Lozano dan Sonia Avia Lozano telah mengetahui yang anak mereka akan dilahirkan dengan Hypoplastic Left Heart Syndrome (HLHS) apabila doktor mengimbas semua organ-organ Camilo dan doktor memberitahu mereka bahawa pemeriksaan lanjut perlu dibuat.

Camilo telah dilahirkan pada 31 Januari 2013 dan telah melakukan berkali-kali pembedahan disebabkan penyakitnya dan semua pembedahan ke atasnya berjaya.



March 6, 2014

10 Cover Let It Go Terbaik di Youtube

Salam semua...


Lagu Let It Go yang dinyanyikan oleh Idina Menzel dalam filem animasi Frozen amat popular sehingga ramai yang menyanyikan semula di Youtube. Lagu tersebut mendapat anugerah di Oscar dan mendapat kutipan lebih dari 1 billion USD di seluruh dunia. Kedudukan ini berdasarkan jumlah penonton di Youtube

1) Alex Boyé (Africanized Tribal Cover) featuring One Voice Children’s Choir, 21 juta penonton


2) Maddie and Zoe, 7.1 juta penonton


3) Vivaldi’s Winter by The Piano Guys, 6.9 juta penonton


4) Sam Tsui’s “Let It Go”/”Let Her Go”, 4.7 juta penonton


5) Steamfaerie’s Demi Lovato cover, 4.1 juta penonton


March 5, 2014

Ugly Alert Korean Drama



Tajuk : Ugly Alert
Genre : Kekeluargaan
Episode : 133
Saluran : ONE
Waktu : Rabu & Khamis jam 8.55 malam (setelah 6 tahun, ONE menyiarkan drama ini semula) 

Sebuah drama mengenai seorang lelaki bodoh dan tidak bernilai mengubah orang di sekelilingnya. Drama ini juga menyampaikan maksud 'keluarga' di mana walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah tetapi mereka memahami antara satu sama lain walaupun kadang-kadang mereka boleh menjadi cemburu dan mengabaikan satu sama lain. 


Gong Joon Soo (Im Ju Hwan) adalah seorang lelaki yang telah mempunyai kehidupan yang tidak stabil dan terpaksa menyara dirinya sendiri. Dia mengaku sebagai pembunuh walaupun adiknya sendiri yang membunuh .Di sana dia belajar untuk menjahit dan memperoleh perdagangan. Selepas keluar dari penjara, kemahiran baru yang diperolehi memberinya pekerjaan di sebuah syarikat fesyen dan kerja-kerja untuk Na Do Hee (Kang So Ra), anak perempuan dgn baik syarikat fesyen yang dibina oleh datuknya.

March 3, 2014

Non-Stop Movie Review

Salam semua...


Tajuk : Non-Stop
Genre : Aksi, Misteri
Durasi : 106 minit
Rating : 4/5 bintang

Filem yang mengisahkan tentang seorang marsyal udara bertindak sendirian semasa penerbangan ke London selepas menerima satu siri mesej teks ancaman untuk membunuh penumpang dalam kapal terbang tersebut kecuali pemindahan wang sebanyak 150000000 $ ke dalam akaun.


March 2, 2014

Konsert Taylor Swift di Malaysia

Salam semua...


Penyanyi terkenal Taylor Swift bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 11 Jun 2014 ini. Konsert Taylor Swift Red Tour tersebut akan diadakan di Stadium Bukit Jalil bermula jam 8.30 malam. Seperti yang tertera di gambar, tiket boleh mula dibeli pada 1 Mac 2014.

Untuk konsert ini, Taylor akan mempersembahkan lagu-lagu di dalam album Red yang mempunyai lagu popular seperti "We Are Never Ever Getting Back Together", "I Knew You Were Trouble", "22" dan banyak lagi.Tiket untuk konsert Taylor Swift bermula pada harga RM295 hingga RM725.

March 1, 2014

Shila Amzah Minggu 2 I am a Singer

Salam semua...


Semalam Shila Amzah telah pun membuat persembahan keduanya di I Am a Singer dengan membawakan lagu bertajuk Zui Chang De Dian Ying. Lagu ini mempunyai lirik dan melodi yang sedih. Penonton di dalam dewan turut sama menanyikan lagu ini semasa Shila membuat persembahan.