November 29, 2011

Second album IU Last Fantasy

Salam semua...

Penyanyi solo Korea,IU telah mengeluarkan album keduanya selepas album penuh pertamanya berjaya menaikkan namanya dalam kalangan artis Kpop iaitu dengan lagu Good Day.

Album keduanya mengadungi 13 lagu dan lagu utama dalam album tersebut ialah You & I.Dalam album terbarunya,IU telah menulis 6 lagu daripada 13 buah lagu tersebut.Album tersebut telah dikeluar dalam bentuk special edition dan album tersebut habis dijual dalam masa satu hari.

November 27, 2011

Dancing with The Star Season 13

Salam semua..

Setelah 13 season ditayangkan di US,rancangan realiti yang popular ni baru di tayangkan di Malaysia menerusi saluran Star World.Rancangan ni macam Sehati Berdansa jugaklah tapi mereka bukan pasangan.Kiranya salah seorang daripada pasangan tersebut merupakan selebriti.


Rancangan ni baru je ditayangkan minggu lepas dan antara selebriti yang menyertainya ialah Rob Kardashian.Season yang lepas ada jugak yang famous tapi disebabkan dah banyak season tak ramai selebriti yang famous macam dulu lagi.Banyak  negara lain yang buat rancangan macam Korea tapi tak sebanyak US lah sampai 13 season.

November 26, 2011

2011 Melon Music Award

Salam semua...

Pada 24 Oktober 2011 satu acara telah diadakan iaitu Melon Music Award.Acara ini merupakan antara acara berprestij umtuk artis Korea selain MAMA,Seoul Music Award dan lain-lain.

Ramai artis yang hadir memeriahkan majlis tersebut antaranya IU,Beast,Super Junior,SISTAR dan lain-lain.

IU

BEAST

Senarai penuh artis yang memenangi anugerah untuk majlis tersebut.

Artist: BEAST
Album: 2NE1
Best Song: IU menerusi lagu Good Day
New Artist: Huh Gak
Hot Trend: GG (Park Myung Soo & G-Dragon)
Netizen Popularity: Super Junior
Music Video: T-ara ( Roly Poly)

November 20, 2011

Ojakyo Family Korean Drama

Salam semua..


Drama dari saluran KBS yang mengisahkan tentang kisah sebuah keluarga yang mempunyai 4 orang anak lelaki dan mereka bergantung hidup dengan sebuah ladang yang telah diberikan oleh mereka.Konflik berlaku apabila anak tuan ladang tersebut meminta kembali ladang yang telah diberikan kepada mereka.


Lakonan mantap barisan pelakon-pelakon tersebut telah melonjakkan rating drama tersebut menjadi drama nombor 1 untuk slot masa tersebut.Watak hero dipegang oleh Joo Won sebagai Hwang Tae Hee iaitu anak ketiga.Dia pernah berlakon dalam drama Bakery Kim Tak Gu.Dan watak heroin dipegang oleh Uee sebagain Baek Ja Eun.Dia pernah berlakon dalam drama hit You're Are Beautiful.

November 19, 2011

Semester baru pelajar diploma UiTM

Salam semua..

Bermula hari Isnin ni pelajar UiTM termasuk aku akan memulakan semester baru mereka setelah 1 bulan lebih bercuti.Ada yang kerja sebab nak dapat duit poket tapi aku duduk rumah je.Macam sekejap pulak rasa satu bulan.

Saje buat entry nak ucapkan selamat pulang ke UiTM masing-masing.Semoga semester baru korang akan lebih baik dari semester sebelum ni.Makin naik sem,makin susah subjek. -__-

Apa-apa pun all the best.

November 16, 2011

Wordless Wednesday : BKrazy Burger King Promotion


grab one now.hurry.go to the nearest BK outlet.

November 13, 2011

Greyson Chance live in Malaysia

Salam semua..

Baru-baru ni artis youtube yang popular menerusi lagu Paparazzi mengadakan showcase  dan autograph session di Kuala Lumpur.Greyson yang baru mengeluarkan album pertamanya iaitu Hold On till Night pun turut menjayakan AIM 2011.Dia berduet dengan artis youtube juga tetapi dari Malaysia yang kian popular iaitu Najwa Latif.

sweet kan.

Persembahan kemuncak AIM pada malam tersebut merupakan persembahan mereka dan mendapat perhatian ramai.Mereka berduet dengan lagu Paparazzi.

"Rasanya lebih baik dari Justin Bieber sebab Greyson Chance memang membawa lagu dengan soul dan vokal yang buat kita bersemangat untuk dengar." - Budiey

Setuju dengan Budiey sebab cara Greyson Chance bawak lagu tu boleh buat orang terpegun.Kita tengok je video yang telah membuatkan Greyson Chance famous.

November 9, 2011

Wonder Girls : Wonder World

Salam semua..

Wonder Girls pun telah mengeluarkan album terbaru mereka iaitu Wonder World setelah sibuk di US untuk filem mereka.Dalam beberapa jam sahaja album tersebut dilepaskan,ia mendapat tempat pertama dalam kebanyakkan carta di Korea.


Terdapat 12 lagu dalam album tersebut dan lagu hit album tersebut ialah Be My Baby.Terdapat satu lagu yang telah digubah sendiri oleh salah seorang ahli kumpulan iaitu Ye Eun.Without further a due,here is the MV for Be My Baby


November 6, 2011

Hari Raya Korban : Berkorban apa sahaja

Salam semua...

Selamar Hari Raya Aidil Adha atau pun Hari Raya Haji atau pun Hari Raya Qurban.Mana satu pun boleh guna janji raya okay.Dah dapat banyak daging korban?Yang mana rajin menolong kat masjid tu mesti dapat banyak.Boleh buat sup nanti.

sedap sangat     *sumber google*

Mana yang tak dapat korbankan lembu atau kambing,buatlah sesuatu yang melibatkan diri korang dengan korban.Kalau gaduh nak tengok TV dengan adik,berkorbanlah untuk dia.Itu pun kira korban jugaklah tu.haha.Nak share satu video pasal korban jugak,tapi bukan video sembelih lembu,tapi pengorbanan seorang ayah untuk anaknya walaupun ayahnya cacat.

November 5, 2011

Movember : Kempen untuk Lelaki sahaja!!

Salam semua..

Siapa tahu apa tu Movember?Movember merupakan satu kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan kepada lelaki,jadi mereka memilih bulan November untuk mengadakan kempen tersebut.




Asal usul sejarah Movember ni mestilah dari orang Barat yang pada mulanya diadakan hanya untuk kebajikan tapi telah menjadi kempen besar-besaran.Malaysian pun ada join jugak.Sila-silalah like page Movember Malaysia

Syarat-syarat untuk menyertai kempen ni adalah seperti berikut :

November 4, 2011

Doodle Google yang cool : Do A Barrel Roll

Salam semua..

Ramai yang sudah discover dengan doodle terbaru dari google iaitu Do A Barrel Roll.Macam yang kita biasa tengok kalau kita buka homepage Google akan ada tulis yang seakan-akan tulisan google,tapi kali ni google membuat kelainan dengan melakukan Do A Barrel Roll

Cara-cara nak tengok Do A Barrel Roll.

1) Buka Google page. Google.com
2) Taip Do A Barrel Roll kat ruangan search.
3) Korang boleh tengok hasil yang menarik.

HASILNYA...

November 3, 2011

2011 Mnet Music Asian Award Singapore

Salam semua...

Mnet Asian Music Award merupakan antara acara terulung yang dibuat setiap tahun.Pada tahun ni acara ni akan diadakan di Singapore pada 29 November 2011 di Singapore Indoor Stadium dan slogan mereka pada tahun ini ialah Music Makes One. Acara ini merupakan acara yang pertama dibuat diluar Korea Selatan pada tahun 2010 dan seramai 1.9 juta penonton yang acara ini sama ada di TV ataupun streaming.


Undian telah pun dibuka dan sesiapa yang berminat untuk mengundi,boleh pergi ke laman web MAMA2011.Singapore merupakan negara kedua pilihan MAMA 2011 selepas China menjadi tempat pertama MAMA diadakan diluar dari Korea Selatan.


Sebanyak 23 anugerah yang dipertandingkan antaranya artis of the year,songs of the year dan lain-lain lagi.Jom tengok kedudukan terkini undian yang telah dibuat oleh peminat kpop diseluruh negara.

November 2, 2011

Wordless Wednesday : Pisang paling sedap??

Salam semua...


Pisang yang paling sedap....Pisang yang orang bagi kat saya.. =p

Wonder Girls Kembali!!!

Salam semua..

Ingat lagi kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena kpop di seluruh negara termasuk Datuk Siti yang pernah menyanyikan lagu mereka,Mereka adalah Wonder Girls yang popular dengan lagu Nobody dan lagu tersebut merupakan lagu pertama dari Asia yang masuk dalam carta Billboard Hot 100.

Mereka akan kembali dengan album kedua selepas 1 tahun lebih aktif di Amerika Syarikat.Mereka ni yang sebelum ni pernah datang ke Malaysia beberapa kali untuk mengadakan persembahan dan pernah membuat konsert solo.

Kali ni mereka kembali dengan konsep pop berbanding konsep ala-ala old school.Cubalah tengok trailer yang lain daripada yang lain dengan lagu-lagu yang pernah mereka bawa.