Posts

Showing posts from August, 2010

Jom Sahur

Image
Sekali lagi Kelab Usahawan Muda UiTM Melaka atau nama glamournya SIFE menganjurkan program jom sahur bersama penghuni Kompleks Penyayang Bakti,Sg Buloh,Damansara.Dan sekali lagi aku pun join program anjuran SIFE ni.Bertarikh 21 Ogos 2010 iaitu hari Sabtu jam 3-7 pagi.Kena berkumpul Jumaat malam pukul 11.30.Tak sangka pulak ramai part 1 and semuanye budak banking.Bas bertolak dalam pukul 1 pagi dan sempat singgah kat R&R Seremban Utara sebab diaorg lapar sangat.Dah makan semua,naik bas tak boleh tidur pulak.So,berjaga la sampai kat damansara tu.Sampai dalam pukul 3 lebih,kiteorg arrange makanan dan buat ape yang perlu.

ole-ole utk warga bakti penyayang

Then kejut penghuni bakti penyayang tu.Ada kanak-kanak,ada warga emas tapi warga emas tak banyak.Budak-budak tu,pagi buta dah hyperactive,kejar-kejar.Aku jaga bahagian makanan,so kena ambilkan ayam untuk diaorg.Menu sahur memang banyak,ade ayam rendang,ikan masak kicap,roti sosej,bubur.Lepas tu,makan sekali dengan diaorg.Time ten…

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamulaikum...

Hari tu ada majlis tarbiyah rohaniah.Passal menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.Tergerak hati nak pergi dengar ceramah tu,memang berbaloi sebab penceramah tu memang sangat best + sporting.Siap bukak lagu Wali Band lagi.Kalau ceramah pasal bulan Ramadhan mestilah berceramah pasal kelebihan,malam lailatulqadar dan lain-lain lagi.Yang paling best time persembahan sajak.Sajak tu tentang jika ramadhan ini yang terakhir bagiku.Memang best isi sajak tu sebab 2 hari sebelum bulan Ramadhan,ada siswi UiTM meninggal dunia.Time tu teringat balik sajak tu dan harap tahun ni bukan Ramadhan yang terakhir.

Ramadhan menjelang sudah.1st Ramadhan dapat sambut dekat rumah dengan suasana yg sangat amat berbeza...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...

Memang lain sangat suasana bulan puasa tahun ni sebab dah takde orang kat rumah,dulu kalau arwah wan ada kat rumah,mesti anak-anak or cucu-cucu dia yang lain ada.Tapi sejak bila dah takde,meman…